The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Saturday, April 3, 2010

3 Preview : Clash of The Titans!!


Sudah tiba, sudah hampir menjelma, match yang ditunggu-tunggu oleh semua Fan The Blues akan berlangsung malam nie, aku pasti semua sudah berapi-api dalam hati menunggu pertemuan Clash Of The Titans!!

Old Kerepot sememangnya tempat yang sukar, memang aku akui betapa hampir 4 tahun kita gagal mencipta kemenangan di sini, kali terakhir 2004/05 di mana kita menang 3-1..Malam ini sememangnya peluang terbaik untuk mencipta sejarah baru di depan fan2 Manure!!

Pihak Tuan Rumah sememangnya dalam keadaan cedera, kekalahan 1-2 kepada Bayern dan ketiadaan Rooney memang memancitkan Manure yang banyak berharap kepada Shrek sebagai goal scorer sepanjang musim..Tapi jangan over-confidence, walaupun tercedera, Manure tetap ampuh di bahagian Midfield dan Defend..Vidic dan Ferdinand tetap pertahanan yang sukar ditembusi..Nani, Valencia, Park dan Fletcher akan tetap menjadi nadi Manure untuk mencipta peluang jaringan walaupun tanpa Rooney..Be cool dan bermain seperti biasa, aku yakin mereka mampu dijinakkan..

Kem Chelsea sememangnya berbeza, selepas seminggu rehat tanpa match Europe, sudah tentu skuad The Blues mempunyai barisan pemain yang lebih cergas dan kemenangan 7-1 minggu lepas ke atas Villa meletakkan mentaliti pejuang Biru di tahap tertinggi!!! Hanya Didi yang agak merisaukan kerana dikatakan akan menggunakan pain barrier sepanjang match, dan nie bukan cerita baru, dikatakan dia sudah bertahan sejak beberapa minggu lalu..Carletto sudah declare Didi fit sepenuhnya cuma pain barrier yang digunakan berisiko akan membawa surgery hujung season nanti..Mungkin akan mengganggu persiapan World Cup, tetapi buat masa kini, Didi boleh bermain!!!

Tapi jangan gembira dulu, berita terbaru yang aku terima agak merunsingkan, Joey dikatakan tidak akan beraksi akibat kecederaan sewaktu training yang sudah tentu akan membuka laluan untuk Anelka beraksi..Masih belum official tetapi jika benar Anelka perlu menjadi pengganti di posisi sayap kanan..Jika hanya gurauan mesra, aku yakin Joey perlu starting!! Dengan Capello memandang, aku yakin dia mampu mencipta sesuatu yang magic!!

Perlukah kita menukar kepada diamond?? Bagi aku tidak perlu, kita sudah sedia maklum, Malouda tidak akan perform sebagai Attacking Midfielder..Malouda sememangnya aset terpenting Chelsea dan playmaker yang terhebat dalam skuad kita kini dan aku tak mahu prestasinya menurun akibat pertukaran formasi..Sayap kiri adalah makanan ruji Malouda, manakala aku yakin Si Tua Neville sudah tentu akan mudah diratah malam nanti..Lampard juga lebih selesa dalam formasi 4-3-3 di mana dia menjaringkan 5 gol dalam 2 match terakhir..

Tetapi untuk formasi yang lebih selamat, bagi aku blueprint formasi Bayern boleh digunapakai, yup bagi aku match malam nie akan berkisar di posisi midfield dan kita amat perlukan kekuatan possesion sekiranya mahu memenangi match nie..Formasi 4-2-3-1 seumpama 4-3-3 tetapi lebih padat di bahagian tengah..Aku harap dengan formasi ini kita mampu membenam Manure!!

Formasi (4-2-3-1) :

----------Cech------------
Ferreira-JT-Alex-Zhirkov
-------Mikel-Deco------
Joey-Lampard-Malouda
----------Didi----------

Sekiranya midfield mampu bergerak dan memberikan cover yang bagus kepada defender, aku yakin kita mampu survive dari dibolosi..Berbatov bahaya bola tinggi, selagi kita mampu mengekang Valencia dan Nani melakukan cross2, kita akan selamat..aku tak nampak mereka mampu menembusi defence kita dari bahagian tengah tanpa Rooney..Gandingan Lampard-Deco-Mikel diharapkan akan terus menyinar, Ballack mungkin boleh dimasukkan sub sekiranya kita mahukan lebih protection di bahagian tengah nanti..Bahagian kanan defence adalah kelemahan utama Manure, jelas kelihatan Neville adalah lubuk emas pihak lawan yang dapat dilihat ketika menentang Bayern..Attack habis-habisan bahagian ini, aku yakin kita mampu meraih gol!! Ribery sudah melakukannya, kini giliran rakan senegara, Malouda..

Result Prediction : Manure (0) - Chelsea (3) Malouda 1, Didi 2

Tidak tahu mengapa, aku rasa amat yakin kita akan menang malam nie, harap bukan mainan perasaan semata2 atau omong kosong, segala kerumitan yang dilalui pihak lawan sudah membuka peluang luas kepada Chelsea untuk kembali menerajui takhta EPL..Sekiranya tidak digunakan sepenuhnya dah tentu satu kerugian..Mungkin nie adalah hint yang ini adalah tahun kita..Ayuh, robohkan Old Kerepot!! KTBFFH!!

Match LIVE 7.40 mlm ESPN
Ready to Rumble??

KEEP
THE
BLUES
FLAG
FLYING
HIGH!!









3 comments:

eddie dewanaga said...

kita perlu menang untuk rampas takhta liga,
kita perlu menang demi reputasi yg agak tercalar,
kita perlu menang untuk tangkal pergi Wembley,
kita perlu menang untuk tutup mulut mereka...!!!!

Raiden said...

Chelsea will rise as winner tonight!!

esofagus said...

a goal that's worth a contract