The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Sunday, May 8, 2011

0 Tekanan pada siapa??


Sudah tentu adalah MU, bukannya Chelsea. Jika ada pihak yang kalah, team yang paling menanggung malu adalah MU kerana membiarkan kita merampas kedudukan teratas liga walaupun Chelsea ketinggalan 15 point pada suatu ketika.

Chelsea tiada tekanan kerana sejak bulan Feb lagi sasaran kita adalah Top 4 dan mendapatkan tiket CL - siapa sangka kita boleh mengejar MU ke saat ini dan mencabar title?? Sekiranya Chelsea kalah, kita takde begitu banyak kekesalan kerana sejak sekian lama kita tak dianggap title contender sebenar. Selepas sasaran utama kita hanya tempat CL, kedudukan kedua adalah pencapaian yang dikira bagus walaupun memenangi liga sudah tentu satu bonus yang paling marvellous.

Situasi malam ini amat mudah buat The Blues. Menang, Chelsea akan ambil title dengan tersenyum lebar. Kalah, no hal dan kita boleh mula bereksperimen untuk musim hadapan dalam baki dua match terakhir. Takde masalah bukan?? Jelas lagi nyata, tekanan adalah pada MU malam nie di Old Kerepot. The Blues?? We got nothing to lose. Bring it on, KTBFFH!!


No comments: