The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Monday, May 16, 2011

0 Diselamatkan kesengalan lawan


Seri 2-2 dengan Newcastle?? Memang sengal~

Kalah dengan Villa?? Lagi lagi lagi sengal~

Terima kasih Wedges dan kanak kanak Arsenal untuk Second Spot..Bagi sesiapa yang tak boleh senyum sebab draw kat Bridge, layan game Liverpool dengan Arsenal memang konfem senyum meleret + sengih nak ketawa besar..Tak sangka sebangang bangang Chelsea yang cacamarba musim nie, ada yang lagi bangang..

Walaupun gagal meraih 3 mata, tuah kita memang baik untuk konfem second spot selepas Arsenal kalah di Emirates (ah, dasar bebudak camnie la)..Dalam match di Bridge, Chelsea leading sebanyak dua kali melalui header padu dua defender iaitu Iva dan Alex, tetapi gol dari Gutierrez dan last minute tandukan Steve Taylor menamatkan game dengan keputusan seri 2-2..

Carlo memulakan game dengan beberapa perubahan mengejut selepas kekalahan di OT..Drogba, Luiz, Malouda dan Essien antara nama besar yang ditendang ke bangku simpanan manakala Torres, Benayoun, Alex, Josh dan Ramires dimasukkan ke starting 11..First half boleh dikatakan agak seimbang..Iva menjaringkan gol seawal mint kedua hasil flick dari Torres yang bermula dari sepakan sudut Lamps..Namun 8 mint kemudian Newcastle menyamakan kedudukan 1-1 selepas Jonas Brothers menyudahkan hantaran Taylor untuk menewaskan Cech..Baki masa memang hambar, kurang inspirasi, Torres pon macam uninstirested nak men..Benda positif aku tengok hanyalah Josh yang control midfield dengan bagus cuma bermain di bahagian holding mungkin menyebabkan attacking talent dia amat terhad semalam..Apapun memang puas melihat Josh dapat starting debut dia, harap boleh dapat lagi banyak peluang pasnie..

Second Half, permulaan 10 minit memang bosan dan melihat form kita tak improve, Carlo melakukan 3 pertukaran sekaligus..Didi, Malouda dan Essien dimasukkan menggantikan Benayoun, Ramires dan Josh yang nampak agak sukar adapt dengan permainan fizikal Newcastle..Agak lama jugak menunggu second gol tetapi Didi seperti biasa menjadi penyumbang pada mint ke 83..Cross dari free kick tepat mencari kepala botak Alex yang menanduk deras ke sudut gawang ..2-1!!

Alex dan tarian pelik Malouda

Adakah sudah berakhir?? Memang tak sepetutnya kita lalai dan leka..Sepakan sudut Newcastle gagal dibaca oleh Alex dan JT dan Taylor mudah menanduk masuk free header untuk gol terakhir di Bridge musim nie yang mengecewakan..Result akhir 2-2, dan kelihatan Roman memang kecewa dengan form kita harinie dari bangku penonton..

Adakah Carlo sudah terasa bahangnya?? Adakah ini match terakhir dia di Bridge?? Aku tak pasti, tapi biarlah Roman yang tentukan keputusannya..Carlo bagi aku dah cuba buat perubahan demi perubahan untuk accomodate Torres ke dalam skuad, cuba Didi, cuba Anelka, cuba Kalou dan kini Benayoun tetap tak menjadi untuk support leading 50m man..Lepas kita dah secure Second Spot, kini masanya untuk eksperimentasi tanpa gangguan bermula menentang Everton minggu depan sebagai last match musim nie dan juga Pre Season..Kita dah boleh pandang musim depan, proses pertukaran dan perbincangan secara menyeluruh untuk skuad akan bermula sekarang..Adakah Carlo akan kekal?? Jika tak, siapa pengganti berkaliber?? Siapa masuk, siapa keluar?? Siapa youngsters akan dimasukkan ke first team?? Segalanya akan dibincangkan dalam masa terdekat..Apapun tahniah Chelsea sebab dapat Second Spot dan secure CL..Musim depan kita akan kembali dengan lebih ganaz, KTBFFH!!


No comments: