The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Tuesday, May 24, 2011

0 Stability???


Selepas melihat manager sebaik Carlo turut dipecat dengan kejam, sudah tentu tiada istilah stability lagi yang sesuai diguna pakai di bawah rejim Roman..Yupp, semenjak kesilapan pemecatan Jose suatu masa dahulu, kita sememangnya tidak pernah aman..7 manager telah masuk dan keluar semenjak pengambilan Roman pada 2003 namun target utama CL masih belum dicapai..

Obses Roman untuk mendapatkan trofi Eropah menyebabkan istilah stabiliti adalah dongeng semata-mata..Kesemua manager baru hanya boleh mendapat minimum 2 tahun untuk proses rebuilding dan mendapatkan trofi CL, jika tak jangan harap boleh kekal lama..Jose dan Carlo adalah contoh terbaik kerana walaupun mendapatkan kejuaraan liga dalam musim pertama, ia tak memberi sebarang makna kerana tanpa trofi Eropah untuk ditunjukkan, korang tetap dianggap failure di mata Roman..

Namun, adakah stabiliti benda yang bagus, ataupun tidak??

Yupp, aku memang mahukan stabiliti tetapi ia bukanlah sesuatu yang konkrit untuk mengatakan ia sudah hampir pasti akan memberikan kita kejayaan..Ramai yang mengaitkan contoh terbaik adalah Ferguson yang diberikan masa oleh board MU dan kini mengumpul sebegitu banyak trofi untuk dalam 20 tahun berkhidmat..Tapi bagaimana pula dengan jiran kita, Arsenal berserta Wenger manakala Benitez dan Liverpool suatu masa dahulu?? Atas dasar stabiliti, Wenger trophyless selama 6 tahun manakala Benitez meletakkan Liverpool keluar dari kelompok Big 4..Jadi, adakah ia sesuatu yang bagus??

Ramai yang mengutuk Roman tidak sukakan kestabilan tapi ramai yang tak sedar sebenarnya ia turut memberikan kejayaan kepada Chelsea selama ini..Siapa yang berani mengatakan Roman silap memecat Ranieri, Scolari dan Grant dan mendapatkan manager terbaik seperti Jose, Hiddink dan Ancelotti?? Roman sudah sekian lama melakukannya sejak 2003 dan kita dah mendapat 8 trofi utama hasil proses pertukaran manager..

Namun apapun pemecatan manager memang sesuatu yang tak best..Ini bermakna kita perlu bermula dari bawah semula dan proses rebuilding kembali memang sesuatu yang memenatkan apabila setiap 1-2 tahun kita akan berada di bawah manager yang berbeza..Cara kelab memecat manager juga bagi aku agak harsh walaupun musim nie mungkin Roman boleh dikira cukup 'bersabar' kerana tak memecat Carlo pertengahan musim selepas terkeluar CL di tangan MU dan mendapatkan keputusan yang teruk dalam EPL dan FA Cup..Kalau boleh kita sekurang-kurangnya hold pada satu-satu manager selama kontrak dia bertahan tetapi Roman memang tak boleh bersabar dan dia mahukan instant success..

Adakah pemecatan Carlo satu kesilapan?? Aku 50-50 dalam hal ini..Bagi aku Carlo tak keluar kerana trophyless, tetapi cara dia manage team menjadi punca dia dikeluarkan..Team bermain tanpa spirit dan determintion menjadi faktor Carlo disingkirkan walaupun bagi aku dia patut diberikan masa yang lebih kerana selain pemecatan Wilkins, Drogba terkena malaria dan beberapa pemain injures menjadi faktor tambahan kegagalan teruk musim nie..Namun apa yang berlaku, biarkan berlalu dan kita perlu memandang ke hadapan..

Roman tak pernah memecat manager sekiranya dia tiada plan konkrit seperti ketika dia mengeluarkan Scolari dan memasukkan Hiddink..Chill out guyz, aku yakin Roman sudah ada perancangan terbaru siapa manager yang sesuai untuk rebuild Chelsea summer ini dan berkemungkinan ia sudah ditentukan dalam masa 2-3 minggu sebelum ini..Samada Van Basten mahupun Villas Boas, kita harus stick kepada new guys dan support sepenuhnya..Manager, player masuk dan keluar tetapi Chelsea akan kekal ada mencabar kejuaraan setiap musim..Keep calm and things will surely be better..Chelsea forever, KTBFFH!!


No comments: