Melihat raut wajah Roman di Bridge minggu lepas jelas menggambarkan Carlo mungkin hanya menghitung hari untuk mengemas barang pulang..
Apa yang aku tak faham, mengapa sekarang?? Carlo hanya tinggal satu tahun kontrak dan melihat kepada manager berkaliber yang available sekarang memang tiada yang layak untuk hadir ke Chelsea pada musim panas ini..Jose, Hiddink, Boas?? Jose belum tercapai misi menenggelamkan Barca, Hiddink tidak mahu kembali ke club management, manakala Boas mahu membuktikan keupayaannya di CL musim hadapan..So, siapa yang tinggal?? Van Basten, Rijkaard, Van gaal?? Tak cukup xtra factor untuk mengemudi The Blues. Avram Grant?? Huh, jangan buat aku loya tekak.
Kesimpulannya, buat masa nie memang kita takde choice di pasaran. Daripada melilau mencari manager takde kredibiliti, lebih baik kita stick pada Carlo, sekurangnya sehingga kontrak dia tamat. Poll di sebelah pon menunjukkan ramai fan mahukan Ancelotti musim depan. Jika ada yang kata dia tak rebuild pasukan musim nie seperti yang diharapkan namun pendapat aku adalah dapatkan Zola sebagai assistant coach manakala Hiddink sebagai Sporting Director - dan kita cuba lihat hasilnya next season. Jika Carlo jelas takde perubahan dari segi management selepas diberikan support oleh board, maka Villas Boas akan available penghujung musim depan. Jelas dia ada connection kuat dengan Chelsea selepas menjadi assistant Jose di Bridge. Aku yakin jika dia mengganas di CL next season bersama Porto, Roman sudah tentu takkan melepaskan peluang mendapatkan Special One version 2.0 yang lebih berhemah dan dihormati lawan.
Apapun buat masa ini stick pada Carlo - Double Winner musim lepas. Jangan rush buat keputusan, aku harap kita takkan mengulangi kesilapan pemecatan Jose suatu ketika dulu. We need stability, KTBFFH!!
No comments:
Post a Comment