The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Monday, February 14, 2011

0 Preview : Kunjungan ke Craven Cottage!!


Selepas Spuds menang semalam, pressure sudah tentu kepada para pemain Chelsea untuk menang..Kita kini dipintas lalu terduduk di tangga kelima, 3 mata di bawah team ayam putih..Justeru hanya 3 mata dicari malam nie bagi membolehkan kita terus kekal dalam pemburuan Top 4..Mancee kalah kelmarin adalah berita baik tetapi tak menjanjikan apa-apa jika kita gagal mengutip mata malam nie..

Mengenai persediaan skuad, pemain utama tiada latest injury cuma masalahnya adalah pemilihan pemain dan taktikal..Semenjak Wilkins chow memang kita agak tumpul dari segi strategi dan apabila Carlo dikerumuni oleh assistant yang bangang macam Emenalo, apa yang boleh diharap?? Membeli Torres adalah satu kejayaan, tetapi untuk menempatkan dia dalam skuad yang sudah pack adalah satu headache..Carlo masih mengatakan dia akan kekal dengan gandingan Didi dan Torres di hadapan, dengan Anelka bermain di belakang striker duo..Aku masih berharap Didi akan direhatkan , justeru Torres akan bermain lone striker dihadapan, diapit Malouda sebagai sayap kiri yang bermain bagus bersama Perancis minggu lepas serta Anelka di sayap kanan..Ramires yang bermain 3 game gempak sebelum digugurkan ketika menentang Liverpool bagi aku perlu diturunkan berbanding Mikel..Aksi kepantasan dan determination Ramires adalah sesuatu yang missing di bahagian Midfield ketika kita tewas minggu lepas..BTW, Its still your call, Carlo..

David Luiz - rambut dah macam Serj Tankian (SOAD) pulak budak nie

Satu je benda yang mengujakan aku untuk match malam nie adalah David Luiz akan diturunkan sebagai starting 11 malam nie, selepas cameo 15 minit yang menarik ketika bertemu Liverpool..Sejujurnya aku melihat pembelian David lebih penting ketika Januari berbanding Torres kerana masalah defensive kita lebih kritikal berbanding attacking..Aku yakin David akan memberikan dimensi berlainan kepada The Blues..Bagi sesiapa yang melihat aksi dia ketika Brazil menentang Perancis dah tentu dapat merasakan budak nie memang berbakat..Selain rambutnya, aksi dia sebagai CB memang megingatkan aku dengan Carvalho dan Puyol di waktu prime, kuat, pantas serta kental mengasak lawan..Mungkin tak dapat clean sheet hasil gol Benzema tapi contribution dia sepanjang game tak boleh disangkal..Malam nie dia bakal berganding dan berguru bersama JT, salah seorang pemain pertahanan terbaik sepanjang zaman..Kemasukan Luiz juga menandakan Iva akan kembali ke posisi terbaiknya, iaitu Right Back sekaligus menjadikan Back 4 kita antara yang terbaik ketika ini!!

Skuad pilihan aku (bukan Carletto) malam nie:

Cech
Iva-JT-David-Ash
Ramires-Essien-Lamps
Anelka-Torres-Malouda

Result Prediction : Fulhampeh (0) - Chelsea (2)

Match LIVE Astro 812 TUE 15-Feb 03:54 pagi

Title Premiership bagi aku dah 99% berakhir, kita mungkin hanya ada 1% sahaja peluang nak menang liga, itupun jika Manure begitu bangang nak melepaskan mata demi mata dalam 12 match terakhir..Dengan adanya SAF-Si tua kunyah chewing gum yang dah master dalam menang liga bertahun tahun, agak sukar aku melihat Chelsea melakukan miracle melainkan kita dapat mengulangi kejayaan Blackburn 1994/95 suatu masa dahulu..Apa yang penting bagi aku kini adalah Top 4, menang liga merupakan priority sampingan..Dimulakan dengan Fulham, kita perlu konsisten bermula sekarang!! KTBFFH!!

No comments: