The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Monday, February 7, 2011

0 Kalah?? No hal la, Carefree!!



Chelsea kalah?? Torres flop?? Berdasarkan apa, hanya satu game?? Okey memang Chelsea tewas tadi, seperti yang aku jangka, dibezakan dengan margin 0-1 satu je hasil jaringan Meireless..Tapi apa yang aku puji adalah keberanian Carlo meletakkan gandingan Torres dan Drogba di hadapan, seakan gamble kerana belum diuji lagi keberkesanan duo ini di hadapan kecuali dalam PES 2011 yang konfem berdas-das gol masuk..

Seperti yang aku risaukan, memasukkan El Nino dalam kesebelasan utama sememangnya memberi pressure kepada dia kerana debut sahaja dah diberikan tekanan menentang bekas kelab justeru main pon agak kurang fokus..Mungkin formasi kurang berkesan atau masalah emosi tetapi formasi 4-3-1-2 adalah sesuatu yang baru dan jika tak cuba, tak tahu bukan?? Debut yang tak menarik untuk Torres dan David harinie tetapi bagi aku, apdahal?? Kita membeli mereka untuk jangka masa panjang, iaitu selama 5-6 tahun akan datang dan kegagalan diorang impress harini takkan mengubah tanggapan aku bahawa duo ini akan menjadi tunjang kita selepas satu era emas Didi n Co berakhir..Apa yang memberikan pemikiran positif untuk aku adalah Torres kelihatan serasi dengan teammate baru walaupun agak kurang menyerlah, manakala David dengan hanya cameo 20 minit dilihat ada ciri-ciri defender berkaliber yang tenang tetapi kental seperti Carvalho..Selepas 2-3 game aku yakin diorang akan menunjukkan nilai sebenar..

Biasalah dalam football ada gamble, dan berikan masa kita akan melihat hasilnya!! Sejujurnya 4-4-3 bagi aku masih formasi terbaik Chelsea, dan jika aku menjadi manager, aku sanggup melakukan rotation antara Didi dan Torres, kerana gaya permainan dua pemain nie memang sama dan diorang sama-sama mempunyai history tidak sukakan partnership di hadapan..Namun aku mungkin mahu melihat Carlo mencuba sekali lagi formasi diamond ini melawan Fulham, di mana gandingan Didi dan Torres perlu diberi peluang kedua..El Nino akan menjadi pengganti tetap Didi di masa hadapan, jadi bagi aku formasi Diamond ini hanya sementara sebelum kita kembali ke 4-3-3 bersama Torres sebagai leading striker bila sampai saat Didi sudah kurang effective..Kita kini di era peralihan, biasalah ada kurenng sikit sementara nak dapatkan yang terbaik..Change will lead to better future!! KTBFFH!!



APADAHAL!!






No comments: