The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Saturday, February 19, 2011

0 FA Cup Preview : King Didi mahukan takhta kembali!!


Yupp, King Didi sedia merebut kembali kawasan jajahannya yang dirampas oleh budak baru Torres..Selepas diturunkan pangkat ke bangku simpanan menentang Fulham, maruah The King pasti tercalar ditangan budak blonde..King Didi yang sudah merajai bahagian atttacking bertahun lamanya tidak sekali gentar, kerana dahulu ada juga gerangan dak Blonde dari Ukraine hadir, tetapi berjaya diusir dengan kekuasaan The King yang tersohor..New Kids in the house?? King Didi sudah sedia mempertahankan crown miliknya!!

Walaupun hanya disebabkan Torres cup-tied dalam FA Cup kerana penglibatannya bersama Liverpool, Didi dah tentu akan mengambil kesempatan nie untuk membuktikan dirinya belum 'tamat' dan dia berhak diletakkan dalam skuad utama..Ketiadaan Torres bermakna Didi akan kembali mengemudi bahagian serangan sebagai Top Hitman..Strategi Carlo merehatkan Didi minggu lepas bukannya kebetulan, dengan tujuan untuk membangkitkan rasa amarah Didi untuk kembali beraksi hebat seperti dahulu..Yeah, macam korang tak tahu je, The King menjadi lebih berbahaya apabila diberikan punishment, sepertimana ketika Hiddink membebaskan Didi dari kurungan Scolari yang favourkan Anelka, tanya je Juve, rest is history..

Yo, yo, blonde guy, you think you're the best?? Juz rezz, The King will take the rest!!

Selain Torres, seorang lagi pembelian baru David Luiz juga tidak eligible untuk FA Cup kerana tidak mendaftar awal, iaitu sebelum First Leg menentang Everton di Goodison Park 29 Januari lalu..Iva dijangka akan kembali beraksi sebagai Centre Back dan Bosingwa di bahagian Right Back..Bagi aku ia adalah timing yang bagus kerana kita juga akan kehilangan David pada pertemuan bersama Copenhagen minggu depan, jadi Back 4 yang sama akan dapat menyesuaikan diri untuk 2 match sekaligus..

Yuri, smile again??

Satu lagi berita baik adalah Yuri Zhirkov sudah kembali fit, dan dia bakal diletakkan dalam skuad utama malam nie..Walaupun dah hampir berbulan tak bermain, kehadiran Yuri tetap memberikan impak positif dan memberikan Carlo lebih choice untuk membuat sebarang perubahan pada skuad..Kepantasan Yuri adalah senjata utamanya, malah long shot dia seperti ketika menentang Spartak Moscow boleh menjadi satu kelebihan..Dengan versatility sebagai attacking midfield ataupun left winger, Yuri mampu memberikan dimensi tambahan malam nanti..

Mengenai skuad lawan, berita baik adalah dah tentu ketiadaan mamat Saharuddin..Dengan 9 gol dalam pertemuan menentang Chelsea bersama 3 kelab berbeza - Fulham Manure dan Everton, Saha adalah badi utama kita sepertimana Didi dan Sengal..Tanpa Saha yang cedera, bahagian defence kita seakan sudah boleh menarik nadas lega, tapi awas!! Jangan dilupakan diorang ada mamat Australia yang baru pulang, Tim Cahill - dan kangarooman nie memang berbahaya terutama di udara..Harap JT dan Iva mengambil perhatian agar pertahanan kita kekal kental walaupun tanpa David..

Selepas direhatkan menentang Fulham, Kalou dan Mikel dijangka akan bermain starting..Sedikit rotation akan dilakukan untuk memberikan beberapa pemain untuk 'segar' menjelang match minggu depan menentang Copenhagen..

Skuad malam nie :

Cech
Boss-Iva-JT-Ash
Essien-Mikel-Lampard
Anelka-Didi-Kalou

Result Prediction : Chelsea (1) - Everton (0)

MATCH LIVE 19 FEB STAR SPORTS (CH813) 8.40 pm

FA Cup satu je piala yang aku rasa konfiden boleh menang musim nie..Liga dah hampir tamat, manakala CL masih awal untuk menentukan nasib Chelsea..Dengan kita bakal memecahkan satu lagi rekod - kelab pertama menang FA Cup 3 kali berturut-turut dalam 125 tahun, ia adalah satu motivasi tambahan untuk kita memenangi match malam nie dan mensasarkan Wembley sekali lagi..Yeah, harapnya kita dapat Dua Final di sana pada Mei nanti, siapa tahu..Cmon Chelsea, KTBFFH!!


No comments: