The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Sunday, February 6, 2011

0 Preview : £22m Vs £50m Man

Gigi Arnab lawan Si Blonde

Aku rase korang pon dah banyak baca preview match terulung malam nie..Tak perlu nak ulas panjang, tak perlu aku rasa nak review macamana 'panas' game malam nie, aku rase korang sendiri dah terasa bahangnya..

Mungkin banyak yang mengandaikan match malam nie adalah perlawanan individu antara dua signing terbaru kelab, Suarez vs Torres..Sorang pemain mahu membuktikan dia adalah hero terbaru kelab, sorang lagi mahu membuktikan dia mengejar impian di haluan yang betul..Apapun kata orang, aku mengandaikan malam nie bukan mengenai Suarez mahupun Torres, tetapi maruah kedua-dua kelab..Aku yakin perjalanan malam nie akan ditentukan oleh teamwork, determination dan siapa yang lebih hunger..Torres dan Suarez akan menjadi limelight, tetapi permainan berpasukan akan menentukan siapa yang layak mendapat 3 mata berharga malam nie...

Ancelotti belum memutuskan samada Torres akan starting atu tidak, tetapi berdasarkan suasana, malah kesungguhan Torres untuk menentang kelab lamanya, aku bajet dia akan starting 11, membentuk gandingan "Mahadewa'' bersama Drogba di hadapan..Dengan Chelsea ketika ini semakin bernafsu untuk mengganas hasil rentetan 3 kemenangan terakhir di liga, kita berada di prestasi terbaik..Stamford Bridge akan menjadi 12th Factor, malah aku menantikan chant Torres dari bangku penonton 'The Blues Army'..

Berita skuad, ketika ini hanya Zhirkov, Benayoun dan Alex yang masih tercedera manakala pembelian terbaru Luiz hampir pasti tak beraksi selepas baru pulang dari menyelesaikan isu permit..Bermakna Iva dan JT akan kekal sebagai gandingan CB, manakala Bosingwa dan Ash akan menyerang dan bertahan dari kawasan sayap..Walaupun Ramires bermain bagus, kemungkinan Mikel yang lebih berpengalaman akan beraksi bersama-sama Essien dan Lampard..

Bagi pasukan lawan, bagi aku Suarez dan Gerrard adalah threat utama untuk defend kita..Kedua-duanya pantas dan sekiranya lalai kita akan diserang secara counter yang pasti memberi padah..Jangan lupa Kuyt dan Meireless juga dalam prestasi terbaik dan perlu diberi perhatian..Cuma satu kelemahan Liverpool iaitu Kerengga dan Seketul..Sorang player dah tua, sorang skinhead hisap dadah..Walaupun ada Reina, secara defensive diorang masih kurenng jadi aku harap bahagian serangan Chelsea akan memanipulasi kelemahan di situ..

Ramai memberikan cadangan formasi terbaik untuk memasukkan Torres ke dalam starting 11..Carlo dah memberikan hint ketika menentang Sundalan dengan menggunakan taktikal 4-3-1-2 dan ternyata memberi impak positif, dengan Anelka menjadi tunjang serangan sebagai 'Trequatista'..Aku yakin strategi yang sama akan digunakan oleh Carletto, menggunakan kebijaksaaan Anelka, kepantasan Torres serta keganasan Drogba - LIVERPOOL PASTI HANCUR!!


Skuad malam nie (4-3-1-2)

Cech
Bosingwa-Iva-JT-Ash
Essien-Mikel-Lamps
Anelka
Didi-Torres

Result Prediction : Chelsea (2) - Liverpool (1)

Match Live Astro Supersport (817) 11.00 malam

Sudah tentu match malam nie dijangka sengit dan aku membayangkan mungkin akan dibezakan dengan satu gol..Kedua skuad mempunyai determination yang kuat untuk mempertahankan maruah masing-masing..Macam la taktau betapa penyokong Scouse nie memang envy dengan kekayaan Chelsea..Bagi aku siapa yang paling fokus dan bermain dengan lebih berdisiplin akan menang..The Blues mempunyai advantage fan home, dan ia akan memberikan kekuatan semangat kepada para pemain Chelsea..Suarez ke sapa, pedulik hapa aku..

"He's now a blue he was a red, Torres Torres...
I'd rather walk alone he said, Torres Torres...
Off to Stamford Bridge he came, to score a goal in every game...
Fernando Torres, Chelsea's number nine!"


Cmon Chelsea, hancurkan LiverFOOL!! KTBFFH!!



No comments: