The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Saturday, January 29, 2011

0 FA Cup Preview : Ujian berat di Goodison Park

Ulangan Final FA Cup 2009

3 kemenangan dalam 3 match terakhir sememangnya menandakan kebangkitan The Blues selepas mimpi ngeri selama 2 bulan..Namun perlu diingatkan pihak lawan kita sebelum nie hanyalah Ipswich, Blackburn dan Bolton yang boleh dikatakan kelab anak ayam..Malam nie akan menjadi ujian penentu samada skuad kita benar-benar sudah pulih atau tidak..Jika kita dapat menang ke atas kelab se-gah Everton dah tentu ia akan menandakan The True Chelsea is Back!!

FA Cup adalah kejuaraan azimat buat Chelsea kerana kita dah menjadi juara FA Cup secara berturut-turut pada 2 musim terakhir..Malah rekod kita di FA Cup juga amat hebat, iaitu 14 match unbeaten setakat nie..Dengan pemain Chelsea ketika ini semakin konfiden berbekalkan kemenangan besar 4-0 ke ats Bolton minggu lepas, dah tentu kita mahukan Everton pula menjadi mangsa seterusnya!!

Malang buat Everton, tuah buat The Blues, kebanyakan pemain utama mereke tiada dalam lineup..Cahill antara yang missing kerana terlibat dalam Asian Cup, manakala Pienaar telah dijual ke Spurs, Saha semakin injury prone, walaupun Beckford masih ada sebagai pengganti..Tanpa pemain utama, boleh dikatakan Everton bermain tanpa 50% potensi sebenar, dan Chelsea dijangka akan mendominasi perlawanan..Namun di Goodison Park, gelanggang keramat The Toffees, macam - macam boleh terjadi dan kita perlu perlu bermain dengan keupayaan 100%..Beware of Coleman!!

Berita skuad, Lampard masih mempunyai kemungkinan 50/50 untuk bermain dan aku berharap jangan rush kepulangan Frank kerana kemungkinan side effect operation tempohari masih lagi membelenggu kakinya..Dengan umur 33, Lampard perlu diberikan jagaan rapi kerana dirinya tidak semakin muda dan dia masih lagi tonggak utama kelab dalam 2-3 tahun lagi..Aku harap gandingan Ramires-Essien-Mikel akan kembali menyengat..Didi kelihatan semakin mantap dan dilihat semakin cergas semenjak dijangkit Malaria bulan lepas..Mikel juga antara yang bermain bagus selepas berehat panjang dan dia dijangka akan bermain full 90 malam nie, selepas bermain hampir 70 minit ketika menentang Bolton minggu lepas..Dengan defensive semakin mantap, serangan semakin tajam, kita dilihat dalam persediaan terbaik!!

Skuad malam nie :

Cech
Bosingwa-Iva-JT-Ash
Ramires-Mikel-Essien
Anelka-Didi-Malouda

Result Prediction : Everton (0) - Chelsea (2)

Match LIVE ESPN SAT 29-Jan 20:25

Kejuaraan Premiership kelihatan agak jauh dari jangkauan, jadi boleh dikatakan FA Cup bakal menjadi taruhan utama untuk kejuaraan domestik kita musim nie..Dengan hanya 16 match tinggal, dan kita ketinggalan hampir 10 mata di belakang Manure segalanya tampak sukar walaupun tak mustahil..Top 4 masih menjadi priority, disamping CL dan FA Cup, KTBFFH!!

No comments: