The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Monday, January 31, 2011

0 Post Match : Malam layan Blues

Captain Tsubasa..shutttoo!!

Team sushi lawan team rugbi..Semangat Kamikaze Jepang nie memang aku puji, walaupun kena sondol, lanyak dengan player maskulin Aussie, diorang tak putus asa malah bertahan sampai Extra Time dan menjaringkan gol penghujung game untuk memenangi Asian Cup..Untuk pendatang baru benua Asia, menatang Kangaroo yang tak berapa rupa macam orang Timur nampaknya kempunan nak merasa trofi ditibai oleh Blues Samurai..Oh ya, nampaknya semangat Loserpool masih melekat kuat dengan Kewell..

Kalou tak gol jugak taktau la

Jika ada team kaler biru yang merasa trofi, ada pulak yang semput macam nak mati..Chelsea bermain separuh nyawa menentang Everton di Gurisan Hati Park apabila hampir disingkirkan dari saingan Piala FA..Mujur ada Kalou, Supersub tersohor dari Ivory Coast yang menjaringkan gol penyamaan ketika perlawanan berbaki 10 minit sekaligus mengikat kedudukan 1-1..The Blues memang layan Blues, dengan corak permainan hambar dan tak menyengat ditambah pulak oleh kehebatan Coleman dan Baines yang menghuru-harakan Ash dan Bosingwa, sekaligus membangkitkan spekulasi bahawa krisis di Bridge belum berakhir..Namun berkat draw, Chelsea mendapat nyawa kedua iaitu replay menentang Everton di Stamford Bridge untuk melayakkan diri ke pusingan ketiga sekaligus berpeluang mempertahankan trofi FA selama 3 tahun berturut-turut..




No comments: