The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Monday, January 31, 2011

0 Transfer News : Pro dan Con mengenai El Nino

YNWA!! Eh silap, KTBFFH!!

Berita mengenai Chelsea begitu kepingin mendapatkan Torres bukannya sesuatu yang baru, kerana hampir 2 musim Roman yang merupakan peminat setia El Nino cuba mendapatkan striker Pool nie..Jika sebelum nie aku tak ambil kisah, sebab ia hanya rumours yang tak konkrit dan aku memang tak nampak mengapa Torres akan chow dari Pool ke kelab EPL yang lain..Namun selepas mendengar berita Transfer Request yang dihantar sendiri oleh Torres kepada Daglish, menunjukkan minat Chelsea bukannya bertepuk sebelah tangan, dan kali nie ia nampak begitu 'serius'..

Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi Transfer windows akan ditutup, dan selepas terlepas Pienaar, David Luiz, Sanchez, Godin dan Aguero, mungkin inilah sahaja peluang Chelsea untuk mendapatkan pemain baru yang diharapkan peminat.. Selepas bid £35m Khamis lepas kepada Torres telah ditolak, Chelsea perlu tampil dengan tawaran harga yang lebih tinggi iaitu minimum £50m, harga yang diminta oleh Pool..Berkemungkinan juga kita akan menawarkan Anelka ataupun Sturridge sebagai makeweight dengan nilai £8m + £42m Transfer Fee..

Persoalannya, adakah kita amat memerlukan Torres?? Ini serba sedikit Pro dan Kontra untuk difikirkan sebelum kita membeli El Nino..

PRO

1. Terbukti berkesan di EPL - Jika ada yang menganggap Torres bakal menjadi Sheva kedua, korang silap kerana Torres sememangnya terbukti berkesan di EPL, malah menjaringkan 30 gol dalam musim pertamanya di Liverpool..Ia takkan mengambil masa lama untuk El Nino menjadi hit di Chelsea..

2. Masih Muda - Torres kini berumur 26, bermakna dia berkemungkinan mempunyai 4-5 tahun untuk beraksi di tahap tertinggi..Kita juga membeli Drogba pada umur yang sama dan dia menjadi Top Hitman kita buat masa yang lama, sudah tiba masanya mencari successor untuk The King!!

3. El Nino + King Drog = Unstoppable!! - Bayangkan Didi berganding dengan Torres, dah tentu ia akan menjadi Striker Partnership paling menakutkan!!

4. Merchandise Seller - Tak terkejut kerana dengan muka jambu, rambut Blonde, serta hebat di padang menjadikan Torres sememangnya pujaan gadis-gadis dan Fan..Dengan hanya penjualan jersi no 9 Torres bagi aku dah cukup untuk Chelsea mengumpul dana bagi menampung kos Transfer Fee sebanyak £50m..Lihatlah betapa jersi Torres dikatakan lebih popular dari Gerrard, Captain Liverpool di Merseyside..Seperti Beckham, ketika ini hanya CRonaldo yang mempunyai impak sedemikian malah hanya dalam 2 musim Madrid dilaporkan sudah dapat menampung kos bayaran £80m untuk Ronaldo hasil penjualan jersi dan merchandise.

5. Tamparan besar buat Scouse - Tak perlu diperkatakan lagi, Torres sememangnya idola The Kops selain Stevie G, dan jika Chelsea berjaya mendapatkan Torres ia akan menjadi Big Blow buat diorang dari segi psikologi..Lihatlah bagaimana Manure tanpa Ronaldo, Arsenal tanpa Henry, aku yakin kehilangan Torres akan memberikan impak yang sama..Dan yang paling pasti, tanpa Torres, Chelsea tak perlu risau untuk dibolosi lagi menentang Liverpool!!


CON

1. £50m?? Mahal nak mampus - Harga yang diminta oleh Pool untuk Torres sememangnya tinggi dan jika berlaku, ia akan menjadi pembelian termahal kita selepas Sheva..Apa yang merimaskan aku adalah duit itu akan masuk ke kocek rival kita dan Liverpool akan memperoleh dana untuk melakukan revolusi pembelian pemain baru hasil jualan Torres..Jangan lupa kita masih memerlukan Centreback dan Midfielder berkualiti dan diharapkan summer depan kewangan kita tak kering hasil membeli Torres sorang..

2. Injury Prone - Tak perlu diperkatakn lagi, Torres memang kerap injured malah dia mungkin pemain kedua selepas RVP sebagai pengunjung tetap wad sakit di England..Masalah hamstring El Nino bukannya baru dan seperti Owen, Kaka, tak mustahil kita bakal membazirkan duit buat player yang takkan bermain..

3. Lone Striker - Sebut 'lone' pon dah tau, bermakna Torres adalah Target Striker, dan dia gemar bermain berseorangan di hadapan..Masih ingat Keane?? Lihat bagaimana gandingan dia bersama Torres yang tidak menjadi di Liverpool, malah di Spain juga Torres tidak boleh digandingkan bersama Villa..Jika kita membeli Torres, di mana Drogba akan bermain?? Jangan lupa, Drogba juga hampir sama, lone striker yang tak boleh berganding dengan sesiapa, hatta Sheva sekalipun..

4. Versatility - Torres tidak pernah bermain out of position seperti Villa, malah dia hanya sesuai sebagai lone striker bermakna range permainan dia adalah terhad..Jarang aku melihat Torres pergi ke bahagaian sayap dan melakukan cross seperti dilakukan Didi..Torres juga agak kurang bersungguh, dia tidak hardworking seperti Teves yang berusaha merampas bola apabila kehilangan possesion..Yupp speciality dia adalah sebagai Fox in The Box, tidak lebih dari itu!!

5. Pertukaran Formasi - Pembelian Torres bakal memberikan perubahan formasi kepada Chelsea yang kerap bermain 4-3-3..Yupp kita mungkin akan mencuba 4-4-2 untuk mencipta gandingan Torres-Drogba di hadapan..Masalahnya, adakah Carlo akan berkompromi?? Tak mustahil ia akan mengulangi kisah Drogba-Anelka sekali lagi, apabila salah seorang pemain perlu bermain wide..Anelka antara yang perlu beralah, bermain di sayap kanan, Malouda di sayap kiri dan Didi menjadi Lone Striker..Dalam kes Torres dan Drogba, siapakah yang bakal menjadi mangsa??

Adakah Chelsea patut membeli Torres?? Its up on your own opinion. :)




No comments: