The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Monday, January 10, 2011

0 7th Heaven & 7 Cara Kekalkan Konsistensi

Its 7th Heaven again!!

Tengok pada scoreline halftime pon aku dah tersedak..wahlaweh, 3-0??..Apekejadah takde live kat Astro?? Aku dah merampus, berangin satu badan..Game Manure-Fool punyer la bosan, pakat game dive disamping kehebatan Man Of The Match Howard Webb - tipikal perangai setan..Berusaha cari live stream kat internet, takde jugak..Hampa aku, dah la Wonderkid McEachran main starting beb, partner ngan idola dia Lampard dia di kawasan tengah, memang aku teruja sangat2 camane gandingan diorang buat pertama kali..Sorang kaki passing, sorang kaki rembat..Kekecewaan teramat sampai aku terlelap, Anarafali menang pon aku tak perasan dah walaupun membe aku ada je kat depan usha tv..

Bangun pagi, dengan laptop tak sempat shutdown, aku bukak livescore (dalam hati, nie mahu 7-8 gol nie)..Final result, 7-0 beb!! (tersedak lagi sekali) Sturridge 2, Lampard 2, Anelka 1, Kalou 1 dan 1 own goal..Memang rasa meyesal giler aku tak dapat usha game nie..Baca ulasan Chelsea konker game sampai habis, dan McEachran memang main superb malam semalam, berperanan sebagai 'Pirlo'..Gandingan Josh dengan Lampard memang menjadi, dan Super Frank meledak 2 gol semalam menunjukkan nafsu 20 gol setiap musim dia masih ada - membolehkan dia mendapat pujian MOTM oleh rating Goal.com dalam game nie..

Boleh dikatakan situasi kita kini lebih kurang juga dengan musim lepas..Masih ingat 7-2 taram Sundaland? Bulan Disember selalunya memang bulan malang buat Carlo setiap season walaupun musim lepas tak seteruk nie, tetapi agak down dengan beberapa kali seri - lawan Birmingham dan West Ham, serta kemenangan tipis dan setengah mati lawan Fulham..Tetapi kebangkitan kita jelas terpampang bermula dengan kemenangan 7-2 keatas Sundal-Land pada awal Januari 2010..Apa yang megejutkan kita bermain dalam game tue juga tanpa Drogba dan Essien (macam masa lawan Ipwich), yang sibuk dengan Piala Afrika..Bermula dari match tersebut Chelsea berubah menjadi Goal Scoring Machine malah rekod tertinggi membedal team sekental Villa 7-1, juga Wigan 8-0 dalam match terakhir liga sekaligus membolehkan kita merangkul trofi Premiership..

Walaupun aku tak berjanji kemenangan 7-0 ini akan menghasilkan sesuatu yang sama seperti musim lepas (lagipun Ipswich tannga ke-19 Championship), aku tetap yakin ia akan memberikan perbezaan pada recent game kita yang amat longlai ketika nie..Jangan cepat berpuas hati, kerana proses pemulihan baru bermula sekarang, dan apa yang penting adalah kekalkan konsistensi kita sehingga akhir musim..Bagaimana?? Ini 7 Step untuk Carlo :

1) Rotation buat pemain berumur yang malas, lembab dan tak perform.

Dalam match semalam, Carlo membuat beberapa pertukaran, Didi, Essien, Malouda, Ashley Cole kesemua tidak beraksi (atas dasar direhatkan akibat injury) tetapi bagi aku diorang memang patut rehat, bukannya injury fizikal, tapi injury pada mental..Kekurangan determination pada sesetegah pemain senior sememangnya memakan satu team dan kelewaan diorang menjejaskan corak permainan berpasukan hampir 2 bulan lamanya ..Sejak dari Disember lagi aku dah berkata, Carlo perlu buat beberpa rotation dan masukkan youngster yang bagi aku dah bersedia main Top Football, macam Sturridge, Van Aanholt dan Josh, tapi degil semalam baru nak cuba..Tidak mengenepikan pemain senior sepenuhnya tetapi kadangkala kita perlukan fresh leg dan pemain berlainan untuk mengubah dimensi dan taktikal..

2) Keep aside, Drog!!

Drogba antara yang aku sarankan kepada Carlo untuk diketepikan buat masa ini..Pergaduhan Didi dan JT tempohari memang menambah kemelut dalam bilik persalinan dan suasana di luar padang..Sememangnya agak sukar jika ada banyak kepala dalam satu team walaupun selalunya ia boleh dibaiki..Didi kadangkala memang agak baran dan mungkin semangat dia untuk menang ada masanya boleh mengharu-birukan keadaan (macam masa berebut penalti Lampard lawan Wigan musim lepas)..Prestasi tak menentu, di samping umur meningkat membuatkan aku merasakan Didi perlu berehat seketika..Yeah, dia dilihat lesu dari segi mental dan fizikal, di samping malaria, jelas kelihatan ketika Chelsea ketiadaan JT dan Lampard sebelum nie, ditambah armband di tangan, Didi nampak 'beban' dengan taggungjawab menjaringkan gol setiap match..Kita dilihat bermain lebih baik tanpa Didi buat masa ini, dan ia terbukti ketika menentang Ipswich..Sturridge, Anelka, Kalou nampak meningkat sekarang, saranan aku terutama masa lawan Blackburn selepas nie : Gunakan trio nie, Didi masuk subs.

3) Kerap gunakan pemain muda

Apakah ditakutkan Carlo?? Kelab lain dah lama menggunakan pemain muda, dan bagi aku tak salah jika kita mencuba - macam semalam -..Jika pemain senior main macam sampah, bagi aku tak salah jika kita menurunkan youngsters..Menjadi manager memang macam gambling, kadangkala menjadi kadang2 tidak, tetapi just try!! Pemain seperti Sturridge, Josh dan Aanholt bagi aku dah lama bersedia untuk first team cuma Carlo takut2 nak pakai..Sepatutnya kita menggunakan diorang sejak Disember lagi, ketika krisis baru nak bermula..

4) Be creative, Carlo!!

Selepas taktikal Diamond tak menjadi dan mudah dibaca lawan musim lepas, Carlo mengambil masa hampir 2 bulan sebelum baru nak perasan taktikal dia suck dan perlu ditukar kepada 4-3-3..Ini antara trait yag aku tak suka pada Carlo la, fikir banyak sangat, lambat buat keputusan..Jika dalam satu match 4-3-3 kita tidak menjadi sekarang, Carlo perlu membuat backup plan, Plan B, supaya kita mampu adapt kepada flow match dan mendapatkan result..Ataupun adakah Carlo memang sucks tanpa Wilkins??

5) Beli Defender

Dengan kekurangan backup berkualiti di bahagian pertahanan, jelas lagi nyata - Carlo perlu berbelanja..Walaupun transfer window dah bukak hampir seminggu, masih tak nampak tanda-tanda Chelsea sedang mencari Defender secara serius..Yang aku nampak hanya rumours berhabuk yang tak konkrit maklumatnya..Belgian Kevin De Bruyne?? What the fish!! Aku harap scout kita cepat bertindak, tak dapat Subotic, Cahill pon mahsyuk gak bagi aku..Umur pon baru 24, muda lagi dengan ciri-ciri Rocky Defender macam JT..

6 ) Be more Assertive

Carlo sememangnya manager yang tidak banyak karenah, amat low profile dan hanya menumpukan pada tugas di dalam padang..Sebab itulah Carlo dapat bertahan di bawah rejim kuku besi Berlusconi selama 8 tahun..Carlo tidak akan membantah dengan pengurusan pasukan walaupun kadangkala ia banyak menyusahkan tugasnya untuk membentuk pasukan yag mantap..Walaupun personaliti Carlo agak menyenangkan Roman yang mahukan manager yag menurut kehendaknya, bagi aku Carlo perlu lebih tegas dengan kemahuannya..Lihatlah apabila Wilkisn ditendang keluar, Carlo tidak mampu bersuara walaupun Ray sememangnya pembantu yang fantastik..Aku risau jika Carletto hanya berdiam diri seolah-olah tiada masalah sedangkan kita semua tahu banyak isu dalam kem, antaranya pemain Chelsea semakin berumur dan kita perlukan pembaharuan..Adakah kita perlu menunggu Chelsea untuk menjadi seperti Milan yng hanya bergantung kepada Oldies seperti Pirlo, Gattuso dan Inzaghi pada 2008??Carlo perlu memperjuangkan hak dia, jika tidak aku risau ada pemain yang lost respect kerana menganggap Carletto amat mudah dipermainkan..

7 ) Step By Step

Tidak gunanya jika kita target trofi EPL di akhir musim sedangkan kita sendiri tidak konsisten..Apa yang penting bagi aku adalah fokus Carlo dan player kepada setiap game..Mungkin kita boleh target CL tapi jika suku akhir dah out peciter?? Tak perlu bercakap banyak tahun nie nak treble, double, bla3 jika main pon berterabur..Take step by step, jika dah sampai final baru boleh citer pasal menang trofi..Buat masa nie, tumpuan Chelsea haruslah pada match liga, kita perlu menang game seterusnya, menentang Blackburn, seterusnya Bolton dan Sunderland..Mendapat Top 4 kini adalah priority, berbanding menang EPL..Tumpuan kepada CL haruslah hanya bermula Februari, for the mean time, fokus pada liga, pastikan kita berada di kedudukan yang bagus ketika itu!! KTBFFH!!

p/s : Okeh mengenai update FA Cup, kita semakin mara dan match seterusnya kita akan bertemu Everton pada 29 Jan untuk 4th Round..Mampukah Chelsea menjadi team pertama menang FA Cup kali ketiga secara berturutan semenjak Premierhip diperkenalkan??



No comments: