The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Wednesday, November 17, 2010

0 Tribute Untuk Wilkins, Selamat Berjuang Paul Clemence!!

Farewell..


Pemergian Ray Wilkins, bekas pembantu jurulatih dari Chelsea masih lagi mengejutkan, malah dianggap terlampau pantas..Walaupun hanya berada di Chelsea selama 3 tahun, Wilkins sudah memberikan impak ketara terutamanya musim lepas apabila membantu Carletto meraih Double bersejarah..Mungkin aku tak sempat buat post farewell pasal Wilkins tempohari, jadi kali nie aku akan buat tribute khas untuk Si Mini Me nie..

Jika ada yang tak tahu, Ray juga merupakan pemain bolasepak yang terkemuka suatu masa dahulu..Bermula sebagai pemain akademi Chelsea, Ray bermain first debut match menentang Norwich City pada Oktober 1973 dengan umurnya ketika itu hanya 16 tahun..Pada 1975, Chelsea diturunkan divisyen dan beberapa pemain utama kita meninggalkan kelab..Wilkins, yang ketika itu baru berumur 18 tahun diberikan peranan besar : Captaincy oleh Manager Baru The Blues ketika itu, Eddie McCredie..Walaupun masih muda, Ray menjalankan tugasnya dengan fantastic, malah memimpin barisan pemain muda sebagai generasi baru Chelsea untuk kembali ke Top Division pada musim 1976-77..Dengan rupa Ray yang ketika itu agak ‘ganteng’ (Tak caya ke??), dia turut menjadi pin-up untuk magazine teenybopper popular British – sekaligus menjadi idaman gadis gadis muda sekitar London..

Kacak tak aku??

Namun khidmat Ray tidak lama di Chelsea, dengan ketiadaan Eddie McCredie,The Blues kembali ke Second Division, malah mengalami masalah hutang yang teruk..Ray menerima tawaran Manure dengan bayaran perpindahan sebanyak £800,000 sekaligus membantu Chelsea membayar hutang yang ditanggung..Perpindahan ke Manchester menamatkan legasi Ray di Barat London dengan khidmatnya selama 4 tahun sebagai Cappy akan dikenang..

Wilkins banyak berpindah selepas itu malah jangan terkejut kerana selain Chelsea dan Manure, Ray pernah bermain dengan berbagai kelab gergasi serata Eropah serta meraih pelbagai trofi antaranya AC Milan, QPR dan Rangers..

Kejuaraan milik Ray :

Club

Manchester United

* FA Cup (1): 1983* FA Charity Shield (1): 1983
Rangers
* Scottish Premier Division (1): 1988–89
* Scottish League Cup (1): 1988

International
England* Rous Cup (1): 1986
* British Home Championship (3): 1978, 1982, 1983


Ray juga antara tonggak pasukan England ketika Mid 1980-an, menjadi midfield utama pasukan sepanjang hampir sedekad lamanya menabur bakti untuk The Three Lions..Walaupun England tidaklah menyerlah mana, Wilkins antara pemain yang membawa negaranya layak ke Euro 1980 di Itali selepas Tiga Singa menyepi hampir sedekad di pentas antrabangsa..Wilkins terus memikul England sepanjang kariernya serta dipanggil beraksi dalam beberapa kejohanan utama; Piala Dunia 1982 dan 1986, serta Euro 1984..Ray menamatkan karier antarabangsanya pada November 1986 dengan 86 caps, 10 Captaincy dan 3 gol..

Karier saat - saat akhir Ray amat panjang dan dia beraksi dengan pelbagai kelab sebelum bersara pada 1996-97 bersama kelab terakhirnya Leyton Orien..ERA MANAGEMENT
Selain skill bermain bola, Ray turut berjinak-jinak dalam bidang kejurulatihan..Kelab pertama kendaliannya sebagai Manager adalah Fulham namun jodohnya tak lama..Ray juga pernah menjadi Caretaker di Chelsea pada 2000, sebelum sekali lagi berpindah ke Watford..Pada September 2008 Ray kembali semula ke kelab zaman kanak-kanaknya, Chelsea sebagai Assistant First Team Manager kepada Luiz Felipe Scolari, hasil pemergian Steve Clarke yang mengikuti Zola ke West Ham..

Ray tidak berpaling lagi, walaupun manager bersilih ganti antara Scolari, Hiddink dan Ancelotti; Ray tetap berdiri teguh bersama Chelsea..Musim 2009-2010 antara musim terbaik dalam karier Ray apabila membantu Carletto meraih Double pertama dalam sejarah kelab..

Double Team = Double Champion

Sebagai antara Kapten Termuda Chelsea,menjadikan Ray amat dihormati oleh pemain mahupun staff..Karier football yang fantastic, kebolehan berbahasa Itali dan England serta pengalamannya menjadikan dia antara asset utama kelab dan bantuan terbaik buat Carletto..Namun jodoh Ray dan Board Chelsea tak lama..Atas sebab tertentu, kontrak Ray tidak dipanjangkan dan pada 11 Nov 2010 Wilkins meninggalkan kelab kesayangannya..Ray mungkin sudah pergi, tetapi jasanya akan terus dikenang, Thank You, Ray Wilkins!!

PAUL CLEMENT

Siapakah Paul nie, adakah sotong ramalan lagi?? Haha dah tentu bukan, ketika nie Paul adalah Assistant First Team Manager tetapi sudah hampir pasti dia akan menggantikan Ray menjadi orang kuat Carletto dalam masa 2-3 hari lagi secara rasmi..Malah ketika menentang Sundal Land kita boleh melihat Paul duduk bersebelahan dengan Ancelotti..

Paul cuba memancing Anderson ke Chelsea..

Adakah Paul orang yang tepat?? Belum pasti, tetapi pengalaman dia yang begitu lama di Akademi Chelsea menjadikan dia antara staff yang paling dihormati serta aku berharap dia mampu melaksanakan tugasan yang fantastic di sini..

Paul adalah abang kepada former Chelsea defender, Neill Clement dan dia sudah menjadi coaching staff di Cobham sejak 16 tahun dahulu..Dia menghabiskan 6 tahun di Fulham Academy sebelum kembali pada 2005 untuk bekerja bersama pemain muda, seterusnya Reserves dan akhirnya dinaikkan pangkat sebagai First Team staff di bawah Hiddink dua musim lepas..

Paul : Carlo, aku nak McEachran main tiap2 hari, sengal la Ramires tu.. Carlo : Woit, aku bos ke ko??

Walaupun tidak dinyatakan secara official, aku dapat menjangkakan Ray dikeluarkan kerana berlakunya revolusi pada corak pengurusan Chelsea..Desakan UEFA, Platini dan Co untuk melihat semua kelab menjadi self sufficient serta mengikut peraturan Uefa's Financial Fair Play menjadikan pemain muda kita menjadi keutamaan kini, berbanding membeli pemain luar..Dengan perpindahan keluar Ballack, Riccy dan Deco summer lepas sebenarnya menghitung hari buat Ray..Paul yang merupakan staff yang selama ini membimbing pemain muda kita seperti McEachran, Bruma dan Van Aanholt akan dinaikkan pangkat justeru menandakan revolusi kita kearah menaikkan Young Blues..Ini sekaligus memastikan pemain muda kita mendapat pendedahan berterusan di peringkat Senior..

Pemergian Ray akan dikenang tetapi Paul sudah tentu aku harap akan menjalankan duty yang fantastic..Aku yakin dengan keputusan Chelsea Board, kerana mereka jugalah yang menggantikan Steve Clarke dengan Ray suatu masa dahulu sehingga kita berjaya meraih Double..Good Bye Ray, Good Luck Paul!!

No comments: