The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Sunday, November 7, 2010

0 PREVIEW : Musnahkan padang semut!!


Selagi ada kesempatan, jangan cuba memberi peluang kepada pihak lawan untuk bernafas..Sebelum askar semut merah nie dapat membina sarang diorang yang sebelum nie dah hancur musnah, lebih baik kita robohkan kembali tempat tinggal diorang..Si Fool sekarang boleh dikatakan dalam proses pemulihan selepas zaman kejatuhan hasil usaha ‘murni’ Rafa dan Hodgson..Haha aku memang menikmati saat diorang berada di bawah, walaupun baru-baru nie Fool berjaya keluar dari Zon Relegasi, hujung minggu nie Chelsea, tidak, Mighty Blues akan pastikan diorang terperuk kembali di tangga terbawah!!

Prestasi Fool sekarang agak boleh tahan, diorang dah menang 2 match berturut turut, walaupun hanya kemenangan tipis tetapi menunjukkan team diorang sedang gel dan tidak boleh dipandang rendah..Namun sehebat manapun, diorang masih dalam proses bertatih, merangkak sedangkan Mighty Blues ketika ini sedang ligat berlari sepantas Usain Bolt..Prestasi kita sememangnya tengah berapi-api, sepanas aksi Ivanovic dan Zhirkov yang sedang beraksi hangat membara ketika ini..Selepas menang 2-1 di Ewwod Park dan kekal menerajui takhta liga dengan perbezaan 5 mata, kita meneruskan kecemerlangan di Eropah pulak dengan membelasah Spartak tanpa belas kasihan 4-1..Tiada kompromi, Fool akan menjadi mangsa ketiga!!

Mengenai persediaan skuad, Carletto mengesahkan Lampard takkan bermain selepas belum sembuh sepenuhnya..Walaupun tanpa Lamps, aku yakin Zhirkov mampu menjadi pengganti yang berkaliber..Pemain lain Ramires semakin cergas selepas pulih dari injury dan mampu bermain 90 min ketika menentang Spartak, walaupun tempatnya dalam skuad utama belum pasti sekembalinya Essien nanti..Malouda yang terlepas match menentang Spartak memberikan proses pemulihan mengejut dan dijangka akan kembali ke skuad utama..JT pulak dijangka akan kembali selepas direhatkan Rabu lepas..

Gerrard - pemain terbaik Chelsea musim lepas di Padang Semut

Mengenai skuad lawan, aku tak pasti siapa perlu dijaga rapi, kerana barisan Fool semuanya hampas belaka..Okehla, demi menjaga hati, emmmmmmmm aku rasa jaga la Gerrard, maksud aku jaga dia baik – baik sepaya tak cedera sebab dia mungkin antara yang akan bagi assist kepada Didi untuk gol pertama nanti..Oh ya, lupa pulak kepada pengkhianat keparat Joey, dengar kata injured tak dapat main hujung minggu nie..Hmm aku tak pasti la cedera betul atau malu nak jumpe teammate lama sebab musim lepas Team Champ, sekarang Team Relegation..Namun ketiadan Joey dan Youssi bermakna kedua-dua player yang bertukar arah takkan berjumpa teammate lama malam nie..Dengan Penoreh tak perform lately, dengar kata tengah berkira – kira nak join Kelantan, Sathianathan pon tengah kumpul sponsor nak cekau duit transfer fee..Antara semua pemain diorang, hanya Reina je yang buat aku berbulu sikit, mamat Van Diesel nie memang cekap jaga gawang, aku harap Didi, Malouda dan Anelka ada special plan kasi dia bocor bertalu talu malam nie..

Sesi Bertukar Jersi

Berdasarkan prestasi pemain semasa, aku yakin Carletto akan menurunkan Zhirkov berbanding Ramires sekali lagi sebagai tunjang serangan di bahagian tengah, disambung dengan serang tiga penjuru oleh Malouda, Anelka dan Didi..Ash dan Ivanovic akan support assist di bahagian wing secara overlapping, manakala Essien dan Mikel tugas diorang amat – amat mudah, rampas bola pihak lawan!! Gandingan JT dan Alex terbukti memang kental habess, menjadi kubu terakhir kita sebagai pelindung kepada Big Pete..Sekiranya mahukan impak subs, kita masih ada Kalou, Ramires, Bosingwa, Kakuta dan juga McEachran yang bagi aku semuanya berpotensi memberikan injeksi positif dalam pasukan..

Skuad malam nie :

Cech
Ivanovic – JT –Alex – Ash
Zhirkov-Mikel-Essien
Anelka-Didi-Malouda

Result Prediction : Fool (0) – Chelsea (2)

Match LIVE Astro 817 11.00 malam Ahad 17 Nov

Jangan dilupakan Chelsea berjaya memenangi Premiership musim lepas kerana kita berjaya menumpaskan Sengal, Fool dan Manure secara Home mahupun Away dan sememangnya ia adalah perbezaan besar..Aku harap kita dapat mengulangi prestasi mabeles musim lepas, tumpaskan semua Big Team di EPL dan aku yakin trofi Premiership sekali lagi akan berada di Stamford Bridge hujung musim nie!! Sengal sudah terkena, kini giliran Fool merana!!! KTBFFH!!

No comments: