The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Sunday, November 14, 2010

0 Preview : Pucuk Dicita Ulam Mendatang



Muahahaha, nak tergelak aku nak tengok result rival-rival The Blues yang dikatakan mampu ‘merampas’ trofi EPL dari genggaman Chelsea..Haha Manure sekali lagi agak bangang tanpa Roosex, seri buat kali kelapan musim nie di Villa Park dengan keputusan 2-2 (itupun nyaris nak kalah lepas down 0-2)..Kelab Terkaya Dunia Tapi Tak Reti Beli Player Bajet Boleh Tiru Chelsea – Mancee, juga banyak mengharapkan Teves nak score gol, kalo dia tak gol memang gersang la, semalam diorang seri 0-0 kali kedua berturut dengan Birmingham..Ehem ehem kelab lapuk dan bersejarah, Fool yang berbangga tak ingat menang dengan Chelsea tapi hakikatnya ketinggalan lebih 10 mata dengan Mighty Blues dilihat terkena sumpahan Biru Mata Hitammu..Selepas seri pertengahan mingggu, semalam aku gelak besar tengok Fool kena belasah sampai stroke 0-2..Nie sekaligus membolehkan diorang kembali ke ability asal diorang – aksi kelab pertengahan seperti yang dimahukan Hodgson supaya sama dengan Fulham kendalian dia dulu..Sengal tak main lagi, aku harap pemain fantasy aku, Cahill gol 10 bijik malam nie..Apapun keputusan teruk para pesaing kita sememangnya rahmat buat Chelsea..Sekiranya kita menang dengan Sunderland malam nie, kita akan melebarkan jurang kepada 6 mata di atas!!

Ayuh Lebarkan Sayap, Terbang Tinggi!!

Mengenai keadaan skuad, yup, pasti ada yang masih keciwa Frank Lampard akan sidelines tambahan 3 minggu lagi akibat kecederaan muscular pulak selepas hampir membuat comeback minggu nie..Apa yang menambah garam ke luka kita adalah kad merah Essien tidak akan dibuat rayuan, sekaligus mengesahkan The Bison akan ‘berehat’ 3 match selepas nie..Masih lagi dalam mood Wad Sakit, Alex dikatakan mengalami slight injury dan mungkin tak bermain malam nie..Namun Abdul Salam Bilal dilaporkan dah sembuh dari kecederaan belakang dan mungkin akan beraksi malam nie..Pemain lain fit, sihat walafiat!!

Untuk Sundal Land, walaupun Bent injured, jangan dipandang rendah kerana Asamoah 'Gian' agak berbahaya..Ketajamannya dalam setiap match ketika nie adalah senjata utama pihak lawan, membuktikan kita tidak boleh leka walaupun sesaat pon..Harap JT and Co berjaga – jaga!!

Skuad malam nie :

CechBosingwa-Ivanovic-JT-Ash
Ramires-Mikel-Zhirkov
Anelka-Didi-Malouda

Result Prediction : Chelsea (2) - Sundal Land (1)

Match LIVE (ASSP 3) 11.00 MLM

Harap kita tak terlalu memandang rendah pihak lawan, bermain dengan konsisten dan mengekalkan possession adalah penting..Ketajaman Didi amat dirindui, selepas beberapa match tak score, harap malam nie dia dapat membolosi gawang!! 3 mata dicari, Cmon Chelsea, KTBFFH!!


Adakah Magnificent 7 akan berulang??








No comments: