The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Wednesday, October 20, 2010

0 Hadiah dari Russia


Cepat, mudah, betul - Hah, amat mudah tugasan di Russia..The Blues berjaya meraih kemenangan bermakna kepada satu2nya team pencabar yang unbeaten di Group kita, Spartak Moskva dengan keputusan akhir Chelsea menang 2-0!!

Apa yang menarik adalah kita dapat memadam memori pahit di Luzhniki Stadium - gelanggang yang menyaksikan JT tergelincir dan kita tewas dalam Final CL 2008..Tambah mengujakan adalah gol pertama dijaringkan oleh Zhirkov - gol pertamanya buat kelab dan Anelka menjaringkan gol ke -50 buat The Blues..

Chelsea memulakan match tanpa sebilangan pemain senior yang masih cedera antaranya Didi, Lampard, Alex dan Ramires..Ash dan Essien diturunkan walaupun padang tiruan yang digunakan di Luzhniki Stadium dikatakan agak merbahaya untuk kecederaan lutut..Tetapi selepas kedua2 pemain nie berpuas hati dalam sesi latihan singkat di Russia, Carletto memberikan lampu hijau..Berita baik adalah Kalou kembali dalam skuad utama selepas terlepas 3 match sebelum nie..

Thunderbolt!!

First Half Chelsea sememangnya mendominasi perlawanan walaupun berdepan tekanan dari sorakan penyokong tuan rumah..The Blues membuka jaringan di minit ke - 23 selepas sepakan torpedo mahadewa yang diopelajari dari Alex berjaya menembusi gawang Spartak Moscow..Anelka menggandakan jaringan selepas through pass cantek dari Essien berjaya mencari Frenchman yang mudah menggelecek pertahanan dan melorongkan bola ke sudut gawang..

Gaya kepak Didi??

Second Half agak hambar kerana kita agak defensive setelah mendahului 2-0..Spartak yang mendapat ruang menggandakan asakan namun aku memang tabik spring pada Cech..2-3 tepisan menerbang kayangan berjaya menyelamatkan Chelsea dan membuktikan gawang kita sememangnya kukuh walaupun di tempat lawan..3 pemain muda diberikan peluan - McEachran, Kakuta dan Van Aanholt dimasukkan sebagai memberikan pengalaman berharga beraksi di pentas prestij seperti Liga Juara - Juara..Chelsea kekal mantap sehingga ke akhir wisel dan match tamat 2-0!!



Membawa pulang 3 mata dari Russia memang berharga dan kini kita menduduki carta teratas group dengan perfect 9 point, 3 mata di atas Spartak..2 minggu lagi kita akan bertemu dengan team yang sama, dan kali nie di Bridge pulak..Aku yakin takde masalah dan jika menang kita akan berada 6 mata di atas, situasi yang selesa seterusnya mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati..Apapun keadaan kita kini amat bagus, pemain yang menjadi backup memberikan aksi yang membanggakan manakala pemain muda juga beraksi agak baik..Dengan kepulangan beberapa pemain senior nanti, aku yakin keadaan kita akan semakin perfect..Match seterusnya tumpuan kepada team cap ayam Wolves..Hah, tak sabar Singa nak baham serigala!! KTBFFH!!

No comments: