The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Thursday, October 21, 2010

0 Shrek kaler biru??


Kisah shrek yang bergaduh dengan Jeneral Setan, SAF bukanlah cerita baru lagi..Dengan pengesahan dalam press conference, SAF mengatakan Shrek benar2 akan chow dari Kelab Manure dan situasi ini membuka mata setiap kelab di Eropah..Berdasarkan pengalaman lalu, jika sesiapa dah buat hal dengan SAF memag takde harapan nak stay jadi boleh dikatakan 100% Shrek akan diberikan pintu keluar secepatnya Januari ini..

Dari rumours yang kedengaran, Madrid, Barca, Man City malah Chelsea juga turut dikategorikan sebagai kelab yang berminat..Mancee dikatakan sebagai top candidate dan akan bid £35 m untuk Shrek ketika Januari nanti diikuti dengan Chelsea yang dikatakan akan cuba menawarkan £20 m transfer fee..Madrid juga menjadi antara calon utama kerana hubungan baik kedua-dua kelab sebelum nie, apatah lagi Si Bapuk Ronaldog ada di situ..

Persoalannya, adakah Chelsea memerlukan Shrek??

Walaupun aku bukan peminat dak botak nie, tapi sejujurnya dia memang pemain yang bagus, tapi jawapan aku adalah tetap TIDAK, mengapa??

- Lambakan Striker – Bayangkan jika Shrek menyertai kita Januari nanti, adakah ia sesuatu yang bagus?? Kita mempunyai begitu ramai penyerang dalam skuad – Didi, Anelka, Kalou, Malouda, Sturridge – kesemuanya bermain begitu cemerlang ketika ini dan jika Shrek hadir, sudah tentu akan menyebabkan lambakan striker dalam skuad dan ia akan menyebabkan beberapa pemain memanaskan bangku simpanan – Yeah, ia akan menjatuhkan moral pasukan.. Selagi Didi, Anelka masih bermain baik dan tidak dijual mahupun bersara, selagi itu aku takkan melihat Carletto mencari striker baru..Bagi aku bahagian serangan bukanlah masalah buat Chelsea, kita sudah mantap di bahagian ini dan kita tak perlukan Shrek.. Sebab itu ada yang berkata, “Mengapa perlu ubah sesuatu yang dah perfect??”

- Roman tiada kewangan – Beberapa musim kebelakangan ini kita dapat melihat betapa kurang perbelanjaan yang dikeluarkan oleh Roman..Kita hanya membuat satu pembelian mega setiap musim dan harganya juga tidak tinggi sekitar 17-18m sahaja e.g Zhirkov dan Ramires..Jika ingin bertanding bidding war dengan Man City, aku tak yakin Roman mampu berlawan dengan Pak Arab.. Kita sudah meninggalkan jauh zaman kekayaan Roman dulu, tiada lagi perbelanjaan gila seperti Sheva, face it!! Keluarkan 30-40m untuk seorang pemain?? Hah, aku lebih suka jika kita menggunakan duit yang ada dengan sewajarnya kini dan mengukuhkan kewangan kelab supaya tidak menjadi seperti Leeds mahupun Liverpool di masa akan datang..

- Suku Sakat Manure - Perlukah sebab lain?? Aku memang taknak sesiapa berdarah setan dalam kelab sesuci Blues Heaven..


Berdasarkan pandangan neutral, aku menjangka Shrek akan mengikut jejak langkah sebilangan pemain lama Manure yang pernah confront dengan SAF – berpindah ke Madrid..Dengan adanya factor Ronaldog dan Jose Mourinho, aku rasa dia akan berpindah ke Sepanyol secepat Januari nie..Selaku peminat Chelsea, dah tentu aku nak tengok Shrek blah jauh2 dari BPL sekaligus menyaksikan rival Manure semakin lemah, tersembam ke tanah..The Blues will conquer England again!!

No comments: