The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Thursday, October 7, 2010

0 Post Match : Masih kebudak - budakan..

Buli budak!!!

Sory agak lambat post match aku coz agak sibuk kebelakangan nie..Papehal pon tugas aku wajib dilaksanakan bukan?? Yeah, focus kepada Big Match Sunday kelmarin, hah, aku dah agak dah walaupun namanya Super Sunday, hakikatnya ia hanyalah perlawanan antara orang dewasa lawan kanak2..
Fan2 Sengal boleh kata macam-macam, korang control possession ke, realitinya hanya team yang menjaringkan gol yang akan menang..Apatah lagi dengan 2 gol berkualiti tahap dewa macam tu, apa korang nak cakap lagi??

Ingin aku ulas match ini tetapi seakan2 ulangan musim2 sebelumnya, Sengal akan control bola tetapi Chelsea tetap lebih effisien..Apa yang membuatkan aku nak tergelak apabila Didi gol lagi!! Giler Ivorian King nie memang Assasin la, setakat nie dah 13 gol dalam 13 pertemuan dengan Meriam Buluh..Alex, yeah macam biasa jurus torpedo die tu walaupun aku dah pernah tengok banyak kali dia buat sebelum nie, tetap mahsyuk tahap dewa!!

Okeh la sorotan match kelmarin, persiapan skuad adalah sama seperti jangkaan aku, tiada perubahan dengan skuad menentang Man Shitty..Ramires menjadi pengganti Lampard untuk bergandingan di tengah bersama Mikel dan Essien..Bahagian lain cukup, lengkap, perfect!! Sengal lak hadir tanpa pemain ‘dewasa’ diorang yang bagi aku tetap kanak2- Fabretonggas, watermelon, Van Pasir, Al mengelamunia dan Walrus Kot..Hah sejujurnya kalau diorang ada pon aku tak kisah The Blues akan tetap menang macam season lepas..

First Half macam biasa seperti edisi sebelumnya, kanak2 Sengal akan mengasak kita bertubi2 dari awal, yelah, budak2 kan darah muda jadi ectasy terlebih..Kita The Blues yang lebih senior nie hanya tengok je la dulu, bese la veteran enjin lambat panas tapi kekal lama..Hampir 30 minit gak la Chelsea bagi kanak2 nie peluang bermain2 dengan bola atas padang sebelum The Blues melancarkan kejutan pertama!! Lorongan Essien berjaya melepasi perangkap offside lalu Didi menyambut through pass dengan ucapan ‘Gracias baby’ dan merembat padu ke gawang!! Nasib baik Flopbiansky agak kurang sengal, jadi rembatan Didi ditepis ke tepi..Sedikit demi sedikit The Blues dah semakin panas dan segenap ruang midfield berjaya dikawal..Enough for the kids!! Di minit ke 38 adalah waktunya memberikan Sucker Punch kepada kanak2 meriam..Ramires yang agak kureng di awal permainan nampaknya sudah mampu menyesuaikan diri..Lorongan genius Ramires berjaya mencari Ash di sayap kiri yang melakukan low cross ke dalam kotak penalty lawan..Yeah, its take something special from special player to make difference!! Didi melakukan Jurus backheel 360 untuk menyambung cross Ash – bola terkena tiang dan melantun masuk!! Flopbiansky yang terkejut dengan jurus yang jarang dilihatnya terdiam kaku melihat kehebatan King Didi.. First half berakhir 1-0!!

Flopbianski : "Bolos lagi..ahh, buat2 pengsan arr malu siott.."

Second Half, dengan sudah leading 1 gol di hadapan, Chelsea mengamalkan corak ‘Santai dan Sentap (SdS)’ – bermaksud bertahan tetapi sekali counter attack konfem tercabut jantung pihak lawan..Sengal macam biasa pegang bola – yelah tu je diorang tahu, nak skor pekejadah tak reti langsung..Aku rase kanak2 meriam nie sesuai jadi Budak Milo kot, nak pegang bola je..Anelka hampir membuktikan SdS berjaya apabila Ko-memang sial-nie melepaskan bola dan mudah dirampas oleh Niko yang berhadapan 1-on-1 dengan Flopbiansky namun rembatan die sipi2 tepi gawang lak..Mungkin hari tak menjadi buat Niko yang jarang2 miss peluang cenggini..

Jika Sengal hanya tahu pegang bola, Chelsea pulak tahu cara nak menyerang dengan betul..Beberapa kali Chelsea mengasak secara counter yang mungkin memberikan 2,3 gol buat The Blues jika tidak kerana offside..Namun macam biasa la kalau kat SB menang 1-0 je rasa macam tak cukup la kan?? Minit ke 83 Anelka dijatuhkan di luar kotak lawan dan free kick diberikan..Didi ambil dan skor double?? Tidak2 kali nie Didi nak berkongsi kegembiraan membolosi gawang Sengal dengan teammate die pulak – Alex..Yeah, masih ingat gol CL Alex lawan Liverpool?? Its pretty same!! Jika lawan Marseille minggu lepas hanya kena tiang, kali nie its perfect!!

Alex merembat bola dengan padu yang melepasi celah2 wall pihak lawan dan melencong ke penjuru gawang !! Dah macam Captain tsubasa lak aku tengok cuma kalau dalam komik aku rasa gawang tu dah bocor dah..2-0 menjadikan kedudukan semakin selesa dan kali nie Chelsea benar2 nak menghancurkan Sengal..Beberapa serangan bertubi2 kembali diatur ke barisan kanak2 meriam yang dah mental down..Essien mendapat peluang untuk gol ke-3 selepas satu lagi counter tetapi seperti Niko menunggu terlalu lama di hadapan keeper lalu rembatannya dihalang..Jika nak diikutkan Chelsea patut menang 4-0 tetapi mungkin atas dasar simpati, jadi 2-0 sudah memadai..Wisel penamat, 3 mata milik kita!!



Kemenangan nie menjadikan kedududukan kita kepada 4 mata di persada liga di atas Man Shitty yang tak disangka2 semakin konsisten kini..Dengan menjarakkan 7 mata dengan Sengal, aku tak menolak diorang masih pencabar EPL kerana musim masih panjang tetapi macam biasa la kanak2 tetap kanak2, mana layak nak menang trofi orang dewasa nie..Setakat piala buatan sendiri Emirates tu boleh la, haha what a pity..

Selepas dua kekalahan perit di Carling Cup dan Eastland, aku agak lega kerana Chelsea cepat bangkit dan menang dua match penting selepas itu, MarSial dan Sengal..Berada di atas puncak liga sebelum rehat match antarabangsa sememangnya perfect timing untuk The Blues kembali menarik nafas..Harap dapat memberi ruang untuk pemain berhat seketika mental dan fizikal serta meneruskan konsistensi selepas ini..Dengan Frankie, Youssi dan Kalou kemungkinan akan kembali bermain minggu depan, semuanya nampak sempurna!!! Keep it up, KTBFFH!!

No comments: