The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Wednesday, December 30, 2009

0 Sayonara..



Selamat tinggal diucapkan kepada barisan bintang2 Afrika Chelsea yang telah berlepas ke pangkuan skuad negara masing2 untuk persiapan kejohanan ACN-African Cup nations yang akan berlangsung sepanjang bulan Januari nie..

Didi, Mikel, Kalou dan Essien adalah pemain yang terlibat dan khidmat diorang akan dilupakan buat masa sebulan nie meninggalkan skuad yang ada untuk mengharungi cabaran..Kemenangan ke atas Fulham kelmarin adalah hadiah terakhir diorang dan diharapkan kepulangan black star ke London nanti adalah perfect tanpa kecederaan..

So, siapakah yang akan tinggal?? Nie senarai pemain The Blues tanpa bintang2 Afrika :

1 Petr Cech
2 Branislav Ivanovic
3 Ashley Cole
6 Ricardo Carvalho
8 Frank Lampard
10 Joe Cole
13 Michael Ballack
15 Florent Malouda
17 Jose Bosingwa
18 Yury Zhirkov
19 Paulo Ferreira
20 Deco
22 Ross Turnbull
23 Daniel Sturridge
24 Nemanja Matic
26 John Terry
33 Alex
35 Juliano Belletti
39 Nicolas Anelka
40 Henrique Hilario
41 Sam Hutchinson
43 Jeffery Bruma
44 Gael Kakuta
45 Fabio Borini
46 Jacopo Sala
50 Jan Sebek

Kehilangan Didi dan Essien adalah paling dirisaukan dan akan memberikan major impact kerana kedua2 pemain nie adalah tulang belakang kekuatan Chelsea sepertimana JT dan Lampard..Mampukah kita memperoleh mata maksimum tanpa diorang?? Mujur fixture tanpa bintang Afrika tidak heavy tapi tetap tidak boleh dipandang rendah lihat sahaja apa yang berlaku kepada kita menentang Birmingham dan West Ham..Fixture Premiership sepanjang ACN :

9 Jan - Hull (Away)
16 Jan - Sunderland (Home)
27 Jan - Birmingham (Home)
30 Jan - Burnley (Away)

Takde la teruk sangat kerana kita tidak bertemu heavyweight club..Cume yang ak risaukan adalah jika ad kecederaan kepada pemain utama yang sedia ad dah tentu tambah probs..Harap Carletto tahu apa yang perlu dilakukan untuk rotate player untuk mengelakkan kehilangan pemain2 penting di saat yang genting nie..

Tanpa Didi dan kalou, bahagian serangan adalah yang paling menerima kesan..kini Anelka, Sturridge dan Borini akan menjadi harapan untuk menampung ketiadaan Didi dan ak harap Anelka akan maintain cergas Jan nie kerana die satu2 nye striker berpengalaman yang kita ada..Sturridge dah beraksi baik dalam 2-3 match terakhir dan nie petanda baik..Di bahagian midfield, ketiadaan Essien akan dirindui tetapi kita ad pengganti seperti Ballack, Belletti dan Deco boleh mengisi posisi ini..Bahagian defend dan GK tidak bermasalah coz takde pemain Afrika..

Bagi aku formasi terbaik tanpa bintang Afrika (4-4-2):

--------Cech-------
Ivanovic-JT-Alex-Ash
Lampard-Ballack-Beletti
--------Joe Cole-------
----Sturridge-Anelka---

Sekiranya mahukan Plan B, ak harap Carletto leh tukar formasi kepada 4-3-3, Zhirkov dimasukkan supaya lebih attacking..

---------Cech------
Ivanovic-JT-Alex-Ash
Lampard-Ballack-Yuri
Joe Cole-Anelka-Sturridge--

Pemain muda seperti Kakuta, Borini dan matic diharapkan mampu step up bila masa diperlukan dan ak harap diorang leh memberikan yang terbaik walaupun masih cetek pengalaman..Mengenai transfer window ak xpasti samada ad player baru akan dibeli atau x sebab Carletto dah beribu kali kate tak akan beli tapi kat trasfer window dah banyak rumours terutamanya Aguero..Samada ad muka baru atau tidak terserah la pada Carletto dan kelab cume bagi pendapat aku harap dapatkan sorang stiker mantap macam Aguero Jan nie dah cukup sebab summer depan mgkin kita kena transfer ban balik..Kalo xde, gune je la pemain muda..papepon selagi sume pemain memberikan yang terbaik ak yakin kita leh cope tanpa pemain Afrika sepanjang ACN berlangsung..Masa untuk ujian sebenar!!

No comments: