Dalam match Sabtu lepas, Man City mengejutkan prestasi konsisten The Blues dengan kemenangan tipis 2-1 di laman diorang..dengan aku x sempat nak usha game nie sebab sibuk ada kenduri, nak usha curi2 pon Astro lak mane la ade kat kampong ak nie..So ak pon tau pasal kekalahan mengejut Chelsea nie pon mase tgok Info Sukan kat TV 1..So maafkan aku sekiranya ada beberapa kesilapan dalam maklumat aku sebab ak hanya mencoret berdasarkan highlight dan berita yang ak baca..
Di tengah2 kita meraikan rentetan cemerlang Chelsea dalam beberapa perlawanan terakhir terutamanya selepas membelasah Sengal 3-0 minggu lepas, dah tentu keyakinan tengah memuncak dan ramai pemerhati mengakui The Blues sukar dihentikan buat masa kini..Walaupun kita tewas kepada Blackburn lam Piala Murahan Carling Cup 3 hari lepas, bagi aku ia tak menarik perhatian ak untuk mengandaikan kita tidak bagus kerana menggunakan pemain2 pilihan kedua dalam match tersebut, tetapi selepas tewas kepada pasukan shit cam City dengan menggunakan team terkuat kita, ak terfikir, apa lagi yang tak kena??
Dengan hampir kesemua kesebelasan utama yang mempermainkan team budak Sekolah Sengal kembali kedalam pasukan, sudah tentu hanya kemenangan yang dicari bagi memperkukuhkan kedudukan di kemuncak liga..Chelsea bermula cemerlang dengan menjaringkan gol awal menerusi gol sendiri Si Poyo Adebayor dan segala2 nya tampak bakal berakhr seperti di Emirates..
Satu yang ak kesalkan adalah nasib yang tidak menyebelahi kita di penghujung permainan..Chelsea berjaya memperoleh penalti, dan dengan Pakar Penalti Lampard sudah kembali, gol penyamaan sudah pasti berada di dalam tangan..Tetapi Given membuktikan mengapa dia adalah antara Keeper paling konsisten dalam Premiership dengan menepis shot padu Frank yang menafikan Chelsea untuk pulang ke London dengan sekurang2 nya 1 mata..Adoii dah la Lampard Captain ak beb konpem markah die low gler GW nie..
Match Highlight :
Dengan kekalahan ini, Team Setan yang dah menang awal kembali merapatkan kedudukan dengan 2 mata di belakang kita, menghangatkan kembali persaingan EPL musim nie..Senario ini (bukan kumpulan lawak tu) mengingatkan kembali aku dengan kejadian menentang Wigan di mana kita tewas mengejut di tempat lawan walaupun baru je mencatat kemenangan bergaya 2-0 ke atas Fool sebelum itu..Sepertimana yang aku katakan sebelum ini, konsistensi adalah elemen utama yang perlu dalam pasukan kita jika inginkan kejuaraan musim ini..Diharapkan kita mampu memmberikan peningkatan menakjubkan seperti selepas menentang Wigan di mana kita menang 5 perlawanan liga berturut2 tanpa dibolosi..
Match Premiership seterusnya :
Sat Dec 12 | Everton | H |
Wed Dec 16 | Portsmouth | H |
Sun Dec 20 | West Ham United | A |
Sat Dec 26 | Birmingham City | A |
Mon Dec 28 | Fulham | H |
Sat Jan 9 | Hull City | A |
Sat Jan 16 | Sunderland | H |
Wed Jan 27 | Birmingham City | H |
Sat Jan 30 | Burnley | A |
No comments:
Post a Comment