The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Wednesday, December 9, 2009

0 Great Game, Bad Result..

Permainan yang menarik, dengan tanpa tekanan untuk mencari kemenangan, corak menyerang yang ditampilkan oleh Carletto dan anak buahnya sememangnya menghiburkan tetapi ia juga memberi kesan buruk di mana kita bolos 2 gol-menamatkan rentetan 11 game tanpa bolos di home musim ini..Keputusan seri tidak memberi apa2 makna kerana kita dah top group, tetapi dengan tanpa kemenangan dalam 3 match terakhir, pe kata Carletto??

'It was not a good evening. We did well first half, played well and scored two goals with intensity but the second half was totally different, we lost intensity, we lost concentration, played too slowly, too soft. The second half was not good,' Ancelotti said afterwards.

'I think it is psychological. I see every day players train very well in all psychological situations. Tomorrow will be different.'

Ak setuju dengan Carletto, walaupun hanya match pelengkap jadual, para pemain perlu bermain dengan 100% kerana para pemain yang memakai jersi biru adalah pendukung maruah kelab, jika tidak mahu bermain bersungguh2, apa maknanya??

Dengan campuran pemain muda adan tua menjadi sandaran semalam, sudah tentu ada beberapa kecacatan di dalam persembahan disebabkan kurang persefahaman tatkala Carletto still ingin bereksperimen dan memupuk teamwork yang mantap antara pemain baru dan lama..Tapi xleh dinafikan walaupun memberikan kesebelasan berbeza, corak menyerang semalam memang dipuji dengan diamond kita dipenuhi pemain attacking seperti Joe dan Malouda di samping darah muda seperti Kakuta dan Borini di dalam skuad sudah tentu enjin masih panas mahukan gol..

Percaturan meletakkan Turnbull mungkin satu gamble dari Carletto kerana kita bolos seawal minit ke-6 tetapi Essien membalas dengan shot padu dari luar kotak dan Didi menyempurnakan comeback di babak pertama dengan gol kedua hasil assist dari Zhirkov..Essien injured yang memberikan khabar kurang baik, masih menantikan scan result dan Lampard dimasukkan di penghujung first half..

Second half The Blues menggandakan asakan dengan kombinasi Joe Cole dan Kakuta sememngnya berbahaya dengan larian pantas dan tricky pass yang hampir mencari gol ketiga..kakuta dikeluarkan dan Borini dimasukkan dan tak kurang hebatnya, young italian nie melepaskan volley dalam kotak yang sedikit tersasar dari gawang..Sekali lagi Borini hampir membantu mencari gol ke-3 dengan bicycle kicknya ditepis keeper sebelum Terry menjaringkan gol-malang ianya Offside..Great debut dari Borini!! Namun sepertimana ketika menentang Blackburn dan Atletikus, skrip yang sama berulang kembali, kental di depan, bocor di belakang..APOEL mendapat gol penyamaan minit-85 selepas error dari Mikel yang terlepas bola membolehkan Mirosavljevic one on one dengan Turnbull..mungkin terlupa nak minum Redbull, pemain Apoelmudah melepasi Cik Rose dan menjaringkan gol penyamaan..

Cukuplah dengan beberapa kali Chelsea bolos di minit terakhir dengan perlawanan menentang Barca season lepas adalah yang paling teruk sekali..Ak harapkan masalah ini dapat diatasi..Mahukan penyelesaian di bahagaian defend?? tanya Special One!! 7 bolos dalam 3 game terakhir adalah membimbangkan dan memberi gambaran defend kita masih belum ampuh seperti generasi 2003 di bawah Jose..namun begitu bahagaian serangan tidak membimbangkan dengan Didi sememngnya di prestasi terbaik, dan beberapa pemain seperti Essien juga mampu menjaringkan gol..Harap segala kelemahan mampu diperbaiki menentang Everton nanti..

Keputusan seri menamatkan perlawan peringkat kumpulan dan seterunya kita harus fokus ke peringkat kalah mati..Dengan tempat teratas menjadi taruhan, kita akan berhadapan dengan naib jura kumpulan lain, AC Milan dan Bayern antara lawan yang bakal dihadapi, sementara possibility bertemu Barca atau Inter masih lagi diragui, bergantung kepada result diorang malam nie..undian akan dijalankan 18 Disember, Jumaat depan..Tak kira siapa kita bakal hadapi, Chelsea tidak sesekali gentar!! KEEP THE BLUE FLAG FLYING HIGH!!



No comments: