The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Thursday, September 22, 2011

0 Chelsea Vs Fulham : Peluang buat pemain muda

Selepas 6 match tidak dipilih, kini masanya Josh beraksi!!

AVB sudah mengesahkan Bertrand, Josh, Romeue, Lukaku antara youngsters yang akan diturunkan sebagai kesebelasan utama menentang jiran sebelah rumah sempena Carling Cup pagi nanti..Ini merupakan peluang terbaik buat pemain muda kita menyerlahkan diri sekaligus merebut peluang memecah masuk first team..Josh bakal menjadi tumpuan, terutamanya apabila mentornya Lampard berada di prestasi terburuk dan kini adalah masanya untuk wonderkid ini menyerlah!! Selain youngsters, beberapa pemain senior juga bakal diberikan masa bermain terutamanya bagi yang baru pulih dari kecederaan, antaranya Didi yang masih terasa kesengalan di kepala selepas insiden ngeri menentang Norwich..David Luiz, hero menentang Leverkusen yang direhatkan di OT juga akan diturunkan untuk memantapkan bahagian pertahanan ditemani Alex..

Skuad jangkaan : 

Hilario
Ferreira-Luiz-Alex-Ash
Josh-Mikel-Romeue
Anelka-Lukaku-Malouda
Adakah AVB perlu menggunakan polisi seperti Sengal yang menggunakan Carling Cup sepenuhnya sebagai landasan membentuk pemain muda, atau menurunkan pemain senior semata-mata untuk memenangi trofi pertamanya sebagai manager Chelsea?? Aku mengharapkan keduanya. Pemain muda sememangnya harapan kita di masa hadapan tetapi jika boleh mendapatkan piala awal (walaupun sekadar Carling Cup), ia lebih berbaloi terutamanya ia akan mengurangkan pressure kepada AVB..Jose juga memenangi Mickey Mouse Cup ini sebagai piala sulungnya dalam musim pertama di Bridge seterusnya mendapat momentum dan keyakinan untuk memenangi EPL..Pemain muda mungkin akan digunakan pada peringkat awal kalah mati tetapi jika sudah ke peringkat semi mahupun final, aku tak kisah sekiranya pemain senior digunakan..Harap AVB sudah merangka pelan terbaik untuk menggabungkan pemain muda dan tua kita sebaik mungkin..Cmon Chelsea!! KTBFFH!!




No comments: