Lupakan scoreline 3-1, bagi aku Chelsea bermain dengan hebat di OT..Ini antara sebab mengapa kita harus optimis walaupun tewas..
- Nando menjaringkan satu gol di sudut sukar, dan tidak bernasib baik terlepas 2-3 peluang terbaik untuk menambah derita De Gea..Mengingatkan kepada El Nino yang sebenar, kita bakal menantikan Torres dengan tranformasi terbaru di bawah AVB..
- Perbezaaan klinikal sahaja yang membezakan Chelsea dan MU, sedangkan kita mencipta sejumlah 21(8 On target) berbanding 14 (6 On Target) oleh MU..Yupp, secara jelas kita memberikan tentangan hebat terutamanya apabila dilihat kita bermain di kubu lawan..
- Oh ya,dan tak perlu aku ingatkan gol MU kebanyakannya offside..
- AVB memang ada aura Mou, mengeluarkan legend seperti Frank dan memasukkan Anelka adalah keputusan paling besar yang menunjukkan ketegasan manager baru kita ini berhadapan dengan pemain senior di sebalik umurnya yang muda..Lamps bermain teruk dan kemasukan Anelka memberikan perbezaan dalam hanya dua minit dengan assisst gol pertama buat Torres..
-Perlu diakui, kita masih dalam proses transisi, sedangkan MU telah mempunyai core player yang sudah mempunyai chemistry yang kuat..Kemasukan Mata sememangnya pembelian terbaik AVB, namun memerlukan masa untuk satu skuad membentuk keserasian bersama-sama..Hanya menunggu detik dan ketika, sedikit demi sedikit AVB akan membentuk skuad yang mantap!!
Aim to the future
Keep positif, skuad ini mempunyai potensi dan aku yakin kita akan menebus kekalahan ini di Bridge.Dan ketika itu dah tentu AVB dan pemain The Blues sudah lebih bersedia..Keep the faith, KTBFFH!!
No comments:
Post a Comment