The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Friday, June 24, 2011

0 Ramalan Yang Tak Mengena

Berita siapakah manager Chelsea sudah diketahui dengan meluas. Tapi bagaimanakah ramalan korang sebelum ini?? Sejak dua bulan lepas aku telah membuat poll mengenai 'Siapakah Manager Chelsea musim 2011-2012' berikutan spekulasi Carlo akan dipecat dan keputusannya agak jauh dari jangkaan ramai!

Result Poll :

Louis Van Gaal
2 (3%)
Marco Van Basten
8 (12%)
Jose Mourinho
14 (21%)
Frank Rijkaard
0 (0%)
Andre Villas Boas
9 (13%)
Carlo Ancelotti stay!!
32 (49%)

Berdasarkan poll, hampir separuh (49%) memberikan ramalan Carlo akan stay untuk musim hadapan..Tak mengejutkan kerana ketika itu Chelsea berjaya memanjat carta dari kelima ke tangga kedua dalam rentetan kemenangan yang menakjubkan..Walaupun gagal memintas United dan trophyless, ramai menganggap kita perlukan stability dan Carlo layak stay..Namun apakah keputusan akhir Roman?? Paham-paham jelah..

"Tenkiu buat sape yang mengundi, tapi sayang gua kena chow gak.."

5 lagi adalah calon luar yang dijangka akan mengambil alih tampuk hangat di Bridge..Berdasarkan undian Jose (21%)macam biasa menjadi calon paling popular untuk kembali ke Chelsea, diikuti rapat oleh AVB (13%), Van Basten (12%). dan Van Gaal (3%).Rijkaard adalah paling malang, mungkin kerana kurang hensem menyebabkan dia gagal mendapat sebarang undian (0%)..

"Sampai hati korang...."

Siapakah pemenang terakhir?? Hanya 13% ciput mencadangkan AvB tapi ternyata ianya tepat walaupun keseluruhan keputusan Andre hanya dianggap pilihan ketiga..Berkemungkinan ramai (termasuk le aku) menganggap AvB masih terlampau awal untuk hadir ke Bridge selepas hanya satu musim kompetitif di Liga Portugal yang tak berapa tinggi kredibilitinya..Namun usia dan pengalaman dijangka takkan menjadi masalah sekiranya ia hadir dengan attitude yang betul..Villas Boas mungkin hanya pilihan ketiga, tapi dia adalah The Chosen One!!

"Gua menang beb, terharu siott walaupun ramai tak undi.. "


P/s : Akhir kata, terima kasih untuk undian korang..Jumpa lagi untuk next poll..Harap terus memberikan sokongan!! :)


No comments: