The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Saturday, June 4, 2011

0 Hanya ada satu pilihan??

Gus-Midas!!

Banyak nama sudah disebut - MvB, Mou, Villas Boas, Rijkaard, tetapi hanya ada satu favourite choice buat Roman, dan tak mustahil ianya telah ditetapkan sebelum pemecatan Ancelotti...

Guus Hiddink - ikon yang agak sukar untuk dilupakan oleh fan Chelsea..Walaupun hanya hadir dalam masa 4 bulan, 'Gusmidas' telah mencipta impak tersendiri..Membersihkan kekalutan yang dicipta oleh Scolari, memenangi FA Cup dan apa yang penting adalah memberikan strong performance ketika menentang Barcelona yang digelar skuad terbaik ketika itu sehingga memaksa UEFA menggunakan taktik kotor Ovrebo..Taktikal Hiddink tidak perlu dipertikaikan, Man Management dia adalah Top Class serta merupakan seorang Gentlemen di dalam dan luar padang - adakah dia manager paling ideal??

Walaupun pada mulanya beberapa kali Guus menolak lamaran Chelsea dan mengatakan dia hanya mahu fokus pada tugasan bersama negara, situasi terbaru beberapa hari lepas sememangnya tak dijangka..Adakah Roman telah melakukan sesuatu di belakang tabir sehingga menukar pemikiran Hiddink??

I never told anybody that I was going to continue working with Turkey.

'I feel I need to do more, so a club role is more preferable than coaching a national team.

'I haven't told the president of the Turkish FA. But he is an intelligent man and I'm sure he follows the world's media. There is no official offer yet, so I cannot guarantee anything.'

Hint dari Gusmidas amat jelas, dia mahukan posisi di kelab!! Sudah tentu ia adalah ayat yang positif dan dengan hanya Chelsea yang menunjukkan minat, sudah terang lagi bersuluh hanya ada satu tumpuan Guus, iaitu Stamford Bridge..Apa yang dicucuk oleh Roman dalam masa seminggu masih misteri tetapi ianya memang berkesan!! Tanpa candidate yang benar-benar kuat ketika ini, sudah tentu Guus adalah pilihan terbaik dan kepulangannya akan disambut dengan penuh kegembiraan oleh fan The Blues seantero dunia..

Namun persoalannya, adakah Guus mahukan dual role lagi?? Keputusannya akan dilihat malam ini iaitu match kelayakan Euro 2012 antara Belgium dan Turki..Kekalahan The Turks bermakna kegagalan ke Euro 2012 justeru hampir pasti Guus akan melepaskan tanggungjawab di peringkat antarabangsa dan berlepas ke Bridge..Namun apakah bakal terjadi jika Turkey menang?? Guus tiada masalah dengan persoalan ini dan dia memberi jaminan dia masih kuat untuk menjaga dua pasukan serentak..

"I've trained Australia and PSV at the same time, as well as Russia and Chelsea, and I was very happy. We'll see what happens with Turkey."


Aku agak risau jika Guus masih mampu mengambil beban berlebihan ketika usianya kian meningkat..Namun jika dia konfiden maka tiada masalah bagi aku..Kalau boleh aku mahu Board selesaikan masalah siapakah nama utama kerusi panas kita musim depan secepat mungkin sebelum mula mencari transfer target yang sesuai..

Adakah Hiddink stability yang kita cari?? Hampir pasti bukan, memandangkan umur yang lanjut tetapi aku masih berharap dia dapat kekal minimum 2-3 tahun sebelum naik menjadi Director of Football dan Villas Boas mengambil alih tampuk di Bridge untuk masa yang lama..Ini adalah perancangan terbaik tetapi dengan adanya Roman maka aku takkan terkejut jika ada lagi perubahan demi perubahan di tengah jalan..Harap ianya adalah sesuatu yang positif buat kelab dan bukan sebaliknya..

Buat masa ini aku harap Guus adalah jawapan untuk selesaikan kekusutan ini (tak lalu dah nak baca rumours mengarut manager tiap-tiap hari) dan move forward secepat mungkin!! Moga kita dapat berita baik pagi esok~Go Chelsea, Go Belgium!!

No comments: