Player banyak tegang urat sampai otot kejang, Fan pulak tegang urat kepala tengok kekalahan Singa Biru di tangan Kuda Belang semalam..Nak tak nak kita kena terima hakikat skuad muda kita semalam dah out dari Darling Cup..Tak terlampau kecewa kerana hanya cup murahan tetapi cara defend kita bertahan semalam memang amat mengharu birukan malam aku semalam sampai taktau nak kata apa..Boleh kata Kuda Belang serang sekali, kita bolos sekali..Yup, keeper Tunggul memang efficient dalam memboloskan gol..
Carletto menurunkan hampir 50% pemain muda dalam skuad pagi tadi yang melihat Kakuta, Bruma, Van Aanholt dan Sturridge mendapat permulaan kesebelasan utama manakala pemain muda lain seperti McEachran di bangku simpanan..Turut diturunkan adalah beberapa pemain senior yang jarang diturunkan antaranya Zhirkov, Ferreira, Ramires, Benayoun..JT dan Anelka yang direhatkan sewaktu match menentang Blackpool juga diturunkan untuk mendapat match fitness menjelang match di Eastland hujung minggu nie..Tunggul diberikan peluang untuk memperbaiki kesilapan lalu dan menjadi penjaga gawang menggantikan Cech..
Chelsea mendapat gol awal yang tak disangka2 apabila Van Aanholt yang mendapat umpanan Kakuta dari sayap kiri merembat bola masuk untuk gol pertama The Blues seawal minit ke - 6..Namun pada minit ke 27 Kuda Belang menterbalikkan situasi dengan dua gol pantas dalam 5 minit sekaligus menyebabkan Chelsea agak terkejut dan kaget dengan situasi yang tak disangka..Second Half, Terry yang masih lagi tidak 100% fit digantikan dengan Alex manakala Kalou menggantikan Kakuta..Chelsea cuba bangkit dengan melakukan beberapa cubaan awal namun Ameobi mengejutkan sekali lagi dengan rembatan luar kotak melepasi Tunggul - ya, seperti namanya - tidak mampu menepis bola untuk gol ketiga Kuda Belang..Situasi makin pincang, urat kaki player semakin tegang, keadaan makin malang..Kalou yang dimasukkan menggantikan Kakuta yang tercedera pulak injured (mungkin hamstring) dan diusung keluar membolehkan Mc Eachran dimasukkan..Dalam masa beberapa minit Benayoun juga menghidap penyakit dan wabak yang sama dan terpaksa dikeluarkan akibat kekejangan otot kaki..Dengan 3 subs sudah digunakan, Chelsea perlu bermain dengan 10 pemain dalam baki 30 minit terakhir..
Semangat Singa Biru tidak pernah luntur, dengan kemunculan Mc Eachran yang fresh dan secara cool nya mendominasi midfield, youngsters 17 tahun nie memberikan impak hebat di bahagian tengah yang sebelum ini agak lesu..Teknikal abiliti budak nie agak mengagumkan aku walaupun dia berbdan kecil..Dengan mudah dia merangka serangan2 Chelsea yang nampak lebih rancak menyerang kubu Kuda Belang..Di minit 70 Van aanholt sekali lagi menjadi punca dengan melakukan hantaran cantik dari sayap kiri yang mudah mencari Anelka untuk melakukan remabatan padu ke sudut gawang Kuda Belang..2-3 Chelsea!! Dengan keadaan semakin rancak, Singa Biru menggandakan asakan dan hasilnya Alex dikasarkan dalam kotak dan The Blues mendapat sepakan penalti diidamkan di minit 83..Anelka yang cool bertambah cool dengan finishing mudah ke sudut kiri gawang manakala Krul hanya mampu memandang..3-3 dan Great comeback!!
Namun kalau dah namanya Tunggul tu Tunggul gak la..Aku taktau kenapa dia makin lama semakin teruk sebab bagi aku performance dia musim lepas not bad..Kuda belang mendapat corner kick tatkala perlawanan masuk minit 90..Dengan hanya satu tandukan, Tunggul rebah sekali lagi dan bocor buat kali keempat..Kemana dia tepis aku pon tak pasti seolah2 dia takde kat depan gawang..Stadium gegak gempita dengan sorakan sekawanan kuda belang lain dalam stadium..Aku dah agak dah, no turning back, defensive memang hncur..4-3..Offically, we out!!
Nak kata aku hampa giler babeng tak jugak, Chelsea menurunkan ramai pemain muda malam semalam..Yup, mungkin Newcastle juga sama tak beraksi dengan skuda utama tetapi perlu diingat kita bermain 10 vs 11 dalam 30 minit terakhir namun masih mampu mengejar dari 1-3 ke 3-3 sama jadi ia adalah sesuat yang agak membanggakan..Jika kembali ke objektif asal kita compete dalam Darling Cup adalah untuk memberikan experience dan peluang bakat2 muda menonjolkan skill diorang, aku rasa kita dah berjaya mencapai matlamat asal..Walaupun kalah kita dapat melihat beberapa aksi fantastik dari pemain2 muda yang diturunkan..Nie komen aku pasal diorang :
bruma - Fantastik?? Tak jugak..Tapi masih boleh dikategorikan bagus walaupun bolos empat bukanlah kesalahan dia tetapi akibat kebangangan Tunggul..Bruma melakukan beberapa tackle crucial ketika pihak lawan counter dan ia adalah petunjuk yang hebat..
Kakuta - Next Wonderkid?? HAhaha...Aku tak pasti mengapa media selalu mengembar gemburkan budak muda nie..Yup, mungkin dia agak menonjol di French U -19 tetapi ketika menyarung jersi Chelsea - he is nothing special..Sejak aku melihat aksi die musim lepas, tiada peningkatan drastik dilakukan dan malam semalam dia agak gelabah jika dilihat secara keseluruhan match walaupun memberikan assist gol pertama..Yeah, bagi aku dia hanya popular kerana kes saman musim lepas..
Van Aanholt - Tidak sepopular Kakuta tetapi bagi aku antara best promising Left Back yang kita ada kini..Dengan wajah dan rambut seiras Malouda, aku yakin dia bakal mengikuti jejak langah Flying Frenchman malah dia boleh dikatakan pemain terbaik di atas padang semalam mengatasi pemain senior lain yang bermain hambar seperti Ferreira..Dengan 1 gol dan 1 asssist semalam, its fantastic!!
Sturridge - Not usual Danny yang aku kenal semalam kerana dia agak senyap tetapi aksi die dalam match2 lepas masih mengekalkan tanggapan aku he is one BIG THING..
Mc Eachran - Yup susah disebut dan dieja namanya tetapi agak menyenangkan hati melihat cara dia bermain seolah2 dah bertahun2 menyarung jersi The Blues..Dengan mudah dia mendominasi bahagian tengah semalam dengan kawalan yang kemas dan seriously dia ada ciri2 playmaker sejati..Melihat cara dia bermain aku dapat melihat dia mampu menjadi pengganti Lampard sekiranya dia diberikan pendedahan berterusan..Seperti gabungan Iniesta, Joey dan Frankie dia mengemudi bahagian midfield membuatkan aku rasa amat teruja semalam..Hopefully, aku rasa walaupun baru 17 dia ada ramuan yang cukup untuk ditempatkan dalam skuad utama...Mungkin dia mampu mengatasi Wilshere dalam masa terdekat yang juga English dan bersaing di posisi yang sama di Sengal..Thumbs up!!
Walaupun kalah, kita harus berbangga dengan aksi semalam terutamanya dari segi mentaliti pemain yang mampu mengejar dengan 10 pemain..Namun agak sedih kerana Kakuta, Kalou dan Benayoun dikatakan akan berehat dalam masa beberapa minggu akibat kecederaan semalam..Harap2 tidak seteruk disangka dan pemain lain mampu menggalas harapan yang ditinggalkan..Lupakan Darling Cup, fokus kini kepada Mancee..Hanya tinggal 3 hari, aku harap Lampard cepat sembuh dan JT akan fit 100% di Eastland nanti..Win or loose, KTBFFH!!
No comments:
Post a Comment