The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Saturday, September 11, 2010

0 Preview : Kill for Grant-ed!!


Yup2, okay mamat nie la yang berjaya bawak Chelsea masuk Final CL buat pertama kali dulu..Dia gak la yang selamatkan Chelsea dari kejatuhan selepas pemergian mengejut Jose Mourinho dulu malah kekalkan The Blues sebagai Big 4 di England..tapi tue sume citer lama dan banyak kisah dah berlalu malah aku agak melupakan Grant yang bagi aku tetap merupakan salah seorang trophyless manager di Bridge..Apa yang masih aku berterima kasih kat Grant adalah pembelian terbaik dia, Anelka dan Ivanovic yang kini menjadi tonggak utama kelab..Walaupun tempoh dia agak singkat, sekurang2nya pembelian dia nie amat berbaloi..

Cukup pasal mamat Israel nie, walaupun ad gak jasa dia ngan Chelsea, kita mungkin hanya mampu menambah misery kat mamat nie..Selepas mengalahkan Posemut musim lepas dalam FA CUP FINAL, kali nie Chelsea mungkin mampu membunuh karier Grant di West Ham..Selepas permulaan musim yang mengecewakantermasuk kalah barai ngan Setan Merah 2 minggu lepas, pihak kelab Penukul nampaknya dah panas hati dan mungkin memecat Grant jika tewas di tangan Chelsea..

Apa boleh dilakukan?? We are The Blues!! Chelsea hanya ada satu tujuan - kill whoever on the front!! Grant kena pecat ke tak, tu bukan masalah kita malah aku lagi concern masa Zola kena pecat musim lepas..Chelsea akan teruskan rekod 100% dan hancurkan West Hampeh secukupnya..Kill for Grant-ed!!

Preview skuad malam nie, Lampard dijangka akan diturunkan selepas Hernia Surgery minggu lepas dan dia dah mula training minggu nie..Terry juga hampir pasti akan beraksi di bahagian bek tengah bersama2 Alex walaupun terlepas Qualification Euro selepas sembuh dari Hamstring..Sekiranya tiada aral melintang, ini adalah barisan skuad yang akan menjahanamkan West Ham malam nie :

Cech
Ferreira-JT-Alex-Ash
Mikel
Essien-Lamps
Anelka-Didi-Malouda

Result akhir : West Ham (0) - Chelsea (2)

Match LIVE 10.00 mlm Ch. 812 Sat 11th September 2010



No comments: