The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Monday, August 30, 2010

0 Kekal 100%!!

3 game, 3 win, 14 gol, 0 bolos - rekod 100% Chelsea masih lagi kekal, utuh sekaligus membolehkan The Blues berdiri megah di persada liga dengan 9 mata di atas..Walaupun bukan lagi rekod jaringan Playstation 6-0 seperti minggu2 lepas, bagi aku kemenangan 2-0 ini sudah cukup memadai apatah lagi berdepan Stoke yang lebih bersedia berbanding West Brom dan Wigan..

Dengan skuad Chelsea semakin berapi-api menjaringkan gol dalam 2-3 minggu nie, Stoke mengamalkan corak permainan kecut telor iaitu BERTAHAN bagi membolehkan diorang tak menjadi antara senarai mangsa belasahan The Blues musim nie..Stoke bermain kasar dan secara fizikal cuba menidakkan segalka peluang Chelsea menjaringkan gol..Yup, Stoke memang berjaya menahan Chelsea dari menang 6-0 lagi, tetapi diorang tak berjaya menahan The Blues dari terus mencatatkan kemenangan..

Bertahan la macam mana pon, barisan serangan Chelsea kini memang aku salute..Berbanding barisan serangan musim2 terdahulu yang lebih rigid dan kaku, skuad The Blues kini beraksi sebagai satu pasukan dan ini membolehkan kita bermain secara kolektif manakala pergerakan kita sukar diramal..Sebut sahaja Ash, Didi, Malouda dan Anelka mampu bertukar2 posisi sekaligus menyebabkan pihak lawan terkeliru dengan taktikal marvellous Carletto..Sebijik macam Total Football Johan Cruyff..


First Half menyaksikan Chelsea hampir membuka jaringan seawal minit ke -11 apabila Malouda dijatuhkan di dalam kotak penalti..Namun peristiwa yang jarang2 berlaku apabila Mr. Penalty- Super Frankie, gagal menjaringkan gol dan diselamatkan oleh Sorensen..Namun tuah Stoke hanya seketika, kerana selepas asakan bertubi2 dari Chelsea akhirnya Malouda memecah benteng kecut telor Stoke yang hanya mampu bertahan sepanjang masa..Lorongan cantik dari Cappi JT berjaya mencari Malouda dan rembatan catik dari Predator Perancis mudah melepasi Sorensen!! 1-0 Chelsea!!

The Blues kian mengasak dek kesangapan nak gol 6 lagi sekali lagi..Ash semakin menjadi2 ketika ini, bermain posisi LB tetapi main macam winger!! Berbanding musim lepas, boleh dilihat betapa berbahaya Ash ketika ini dan menunjukkan kenapa dan mengapa Carletto tidak mahu walau sekalipun melepaskan World Best Left Back ke Madrid..Hantaran cantik Didi mudah mencari Ash yang melakukan rembatan volley padu umpama Captain Tsubasa..Namun sayang, tangg!! Terkena palang!!
Second HAlf aku menjangkakan 5 gol seperti minggu lepas untuk disaksikan namun mungkin tiada tuah atau Stoke semakin gah bertahan agar tak dimalukan 7-0 sekali lagi..Tandukan free header diselamatkan Sorensen dan beberapa lagi peluang cantik dari Anelka gagal disudahkan dengan sempurna..Stoke juga hampir mencipta kejutan dengan rembatan Whelan menggegar palang Chelsea ketika Cech kelihatan berkhayal di gawang..mabuk ke apa?? Nasib baik tak gol..Carletto mengeluarkan Frankie yang dikatakan injured di perut pada mint ke - 71 dan Kalou dimasukkan..Malouda shift ke midfield manakala Kalou menjadi Winger Kiri..


Sekali lagi Chelsea mendapat penalti dan kali nie seorang lagi Frenhman, Anelka dijatuhkan di dalam kotak penalti..Tanpa Lampard, Didi diberi tanggungjawab korporat sosial untuk mengambil penalti..Tiada masalah, Didi merembat kencang ke sudut kiri dengan mudah menewaskan Sorensen..2-0 Chelsea!!

Essien dan Anelka kemudian dikeluarkan untuk memberi laluan kepada Sturridge dan New Boys, Ramires ketika 10 mint tinggal..Tiada impak yang merbahaya mampu dilakukan duo ini ketika Chelsea nampak berpuas hati dengan kemenangan selesa 2-0..Wisel tamat dan 3 point untuk Chelsea!!




Mungkin agak kecewa kerana kita dah dibiasakan dengan gol bertubi2 sebelum nie tetapi bagi aku ia penting untuk memberi peringatan kepada skuad - bukan semua pihak lawan akan memberikan ruang kita menjaringkan gol..Stoke sebagai contoh lebih kerap bertahan dan memberikan sedikit peluang kepada barisan penyerang kita menyumbat jaringan seperti sebelumnya..Namun dengan kerja keras membuktikan mana2 benteng juga mampu bolos dan kita membuktikan kali nie mengapa Chelsea adalah Juara Berganda musim lepas!! The Blues akan berehat minggu nie untuk laluan EURO Qualifier bermakna Chelsea akan kekal di atas sekuarang2nya untuk dua minggu nie..Masih banyak liku2 di BPL musim nie untuk dilalui, namun dah tentu ia adalah permulaan yang fantastik!! Harap teruskan konsistensi seperti nie!! KTBFFH!!



No comments: