The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Monday, August 23, 2010

0 Juadah Lazat Pembuka Selera

Amaran :Dugaan untuk sesiapa yang berpuasa

Bagi sesape warga Penang atau pernah lepak2 kat sana, aku yakin korang kenal punyer Hammerbay, tempat makan Seafood paling mantopp..Yup, makan makanan laut kat sini memang sedap mahsyuk meleleh habess, sambil bersaksikan keindahan Pulau Jerjak dan Jambatan Pulau Pinang di waktu malam..Ikan bakar bermacam jenis, udang, ketam dan pelbagai jenis juadah korang leh cari kat sini..Tapi yang aku nak tekankan kat sini adalah juadah pembuka selera di Hammerbay yang memang special iaitu Sotong Masak Tepung yang akan dihidangkan sebelum makanan tempahan korang sampai..Sotong dia, pegh, lembut, enak terutamanya bila dicicah dengan sos dia yang masam-masam manis (arggh batal pose aku)..Seriously, korang kena pergi Hammerbay..

Ape kaitan dengan Chelsea?? Kalau nak diibaratkan aku mengganggap kemenangan 12 gol dalam 2 game adalah pembuka selera yang memang mahsyuk untuk Fan Chelsea..Sedap, lazat dan tangkap leleh habess sampai sanggup usha highlight berulang2 kali sebijik macam rasa ketagih aku kat Sotong Masak Tepung tadi sementara menunggu juadah yang berat2..Giler ke apa, baru 2 game musim BPL start, Goal difference kita dah 12, menunjukkan Chelsea sememangnya Dominant Force dalam England ketika ini..Aku yakin pihak lawan Chelsea selepas nie akan terketar2 menunggu kehadiran Mighty Blues yang akan cuba merobek diorang sehabis mungkin seperti West Penyapu dan Wigan Atletikus..

Jika ada sesiapa yang masih tak puas hati dengan corak permainan Chelsea, aku sarankan korang cucuk mata ngan garpu..Its beautiful!! Aku tak tahu sejak bila tetapi Carletto walaupun berbangsa Itali mempunyai sense permainan cantik yang lagi menarik..One touch, backheel, through pass, adalah makanan ruji pemain Chelsea ketika ini di atas padang sampai Lampard pon skang aku tengok dah pandai buat Cross Gunting..

Okeh berbalik kepada match kelmarin, Chelsea bermain di DW Stadium , tempat yang menyaksikan kita tewas mengejut 1-2 di tangan tuan rumah musim lepas..Namun situasi kini sudah berubah dengan pengalaman setahun di EPL sudah tentu Don tahu akan ancaman kelab bawahan yang boleh menghukum sediapa jika lalai..Carletto sudah lebih bersedia kali nie dan akanj revenge apa yang berlaku musimn lepas...

Harapan tinggal harapan, Ramires tidak bermain dan mungkin debut dia akan ditangguhkan sehingga match bertemu Stoke, mungkin Carletto ingin memastikan Blues Kenyan benar- benar bersedia sebelum diturunkan..Mikel sekali lagi menjadi anchorman dan barisan yang sama ketika menentang West Penyapu cuma berbeza dengan kehadiran Ivanovic yang baru sembuh dari kecederaan..


First Half, aku boleh katakan Chelsea agak kaget dan kaku kerana bermain di tempat lawan yang sememangnya satu masalah besar kita musim lepas..Wigan mendominasi 30 minit awal dengan beberapa cubaan berbahaya namun kekentalan bek diketuai Capten Marvel JT memastikan Defend Chelsea kekal mantap dan teguh..Chelsea tidak risau walaupun ditekan sehabisnya dan hasil kesabaran,di mint ke 33, Malouda sekali lagi meneruskan goal scoring habit die dengan gol pertama Chelsea hasil bola muntah dari rembatan Lampard..Separuh masa : 1-0


Second Half adalah cerita berbeza..Seperti musim lepas, sekali sahaja Chelsea score, akibatnya amat padah selepas itu untuk pihak lawan kerana The Blues akan menyumbat gol sebanyak yang boleh selahgi wisel penamat tak ditiupkan oleh pengadil..Hanya dalam 6 minit Chelsea sudah menjadikan scoreline 3-0 hasil jaringan Double Pak Nik Anelka..Kalou dan Benayoun yang dimasukkan sebagai subs pulak tak mengecewakan..Si Ceplos menjaringkan dua gol hasil hantaran Didi manakala Benayoun akhirnya mendapat gol debut yang menggembirakan untuk penutup majlis yang sempurna di DW Stadium..Result akhir : 6-0!!


Pemain yang amat aku puji adalah Didi, walaupun tak score tetapi dia memberikan 3 assist yang sememangnya menjadi punca kemenangan besar Chelsea kelmarin..Bukan sahaja hebat menjaringkan gol, Didi berupaya mengawal permainan dan ini yang menjadikan aku salute dia sebagai complete striker yang lebih hebat dari Rooney mahupun Torres..Makin tua makin berisi, harap dia kekal konsisten camnie sampai habis musim!!


Yup, kita mengekalkan rekod 100% musim nie dengan 2 win, 12 gol, 0 bolos namun seperti kata Carletto, kita perlu berpijak kembali ke bumi nyata..West Penyapu dan Wigan Atletikus adalah kelab murahan yang sememangnya layak dibelasah..Masih ada banyak ruang untuk peningkatan dan musim ini masih panjang..Kelab2 yang lebih berkaliber sedia menanti untuk menumpaskan The Champion, dan kita perlu kekal berhati-hati dan tak terlampau angkuh..Apapun aku yakin skuad kali nie lebih mantopp dari musim lepas so kepada pihak lawan sekalian, beware of the Champion!!



No comments: