The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Saturday, October 17, 2009

0 Portugal playoff, Cech terlepas kapal terbang..

0 Comments
WC qualify match terahir mmg memberikan kekecewaan wat fan Petr Cech (termasuk r aku) sebab die xkan beraksi kat Afrika nanti..Republik Czech xlayak pas seri 0-0 je jadi slovenia akan masuk play off diiringi Slovakia..tapi Rep Czech mmg ada xkuat da macam dulu so xbleh nak kate cech nie xdasat..lagipun die dapat clean sheet semalam membawa makna satu kebangkitan dan good news harap boleh diteruskan oleh cech sekembalinya die kat skuad utama lawan villa nanti..hmm pe leh wat skang nie terpaksa la big pete tgok WC kat depan TV je sambil makan popcorn..

Walaupun cech xlayak, kali nie die tewas kat junior die Stoch yang qualify dulu (die Slovakia)..haha ironic??tapi die nie bkan men pun sbab stoch nie men utk U-21..cme berita baik die score 1 lawan Cyprus..harap2 die terpilih tok team WC nanti..

Antara yang masih ad sisa2 harapan utk layak adalah angkatan the blues dari Portugal dan Perancis..diorg mng besar tp cme dapat playoff je..so kena tggu sebulan lagi baru tau camne nasib deco, Anelka n co..Mikel pon kena tggu gak sebab bulan depan baru ad last match qualify diorg..tah xpaham aku nape team Afrika nie lain lak fixture diorg..xpe r tuan rumah la katakan sukati diorg la nak lawan ble katanye haha..

Apa lagi result lain? mesti la ad result kecederaan gak yang menyusul lepas match antaraBosan nie..hmm nie yang ak xbape suke..antara mangsa yang terkena adalah Ballack dan who is the crook?? rupe2nye zhirkov yang tackle cet ad ke cederakan teammate club ko..da lah senior lak 2..injured ni jadi mase Germany-Russia ritu pastu melarat le sampai seminggu..hmm bese la match qualify nie kan penting so membe pon xkenal da ...pasnie ko kena belanja r ballack 2 zhirkov..Kecederaan Balllack nie x serius tapi die mgkin terlepas lawan ASSton Gila nanti..player len nampaknye berjaya melepaskan diri dari tackle berbahaye dan pulang ke kem Stamford Bridge dengan selamat..Welcome Back to EPL!!

Friday, October 16, 2009

0 England 3 - Belarus 0

0 Comments
Peter Crouch menguatkan peluangnya merebut satu tempat utama ke Piala Dunia dengan dua gol ketika England menamatkan kempen kelayakan bola sepak mereka dengan kemenangan 3-0 ke atas Belarus, kelmarin.

David Beckham pula mengumpul penampilan antarabangsanya yang ke-115 sebagai pemain gantian babak kedua dan penjaga gol Manchester United, Ben Foster, turut mengukuhkan harapan mendapat peranan penting di Afrika Selatan apabila pasukan Fabio Capello itu melengkapkan sembilan kemenangan daripada 10 perlawanan Kumpulan 6.

Namun, jaringan Crouch, kedua-duanya dengan tolakan masuk jarak dekat tidak mengagumkan seperti rembatan Shaun Wright-Phillips selepas sejam permainan.

Apa pun, kehadiran penyerang Tottenham itu di tempat yang tepat memang tidak diragui lagi.

Dalam penampilan antarabangsa ke-35, dia kini mengumpul 18 gol walaupun Emile Heskey yang tidak berada di bangku simpanan, masih merupakan pelindung berkesan buat Wayne Rooney di mata Capello.

Kecederaan menyaksikan Rooney dan Steven Gerrard tidak dapat diturunkan dan kedudukan jaringan akhir itu memberikan sedikit sinar untuk barisan uji kaji England yang tidak pernah difikirkan secara positif pada permulaan perlawanan.

Wright-Phillips mencetuskan asakan awal dengan mengirim satu rembatan rendah yang tersasar beberapa inci dan kurang tiga minit kemudian, Crouch membuka jaringan.

Umpanan mempesonakan Gareth Barry menerusi sebelah kiri memberikan Gabriel Agbonlahar peluang mencipta nama dan bola rendah itu ditolak masuk oleh Crouch yang bertindak baik mengatasi pembayangnya, Sergei Sosnovsky.

Penyerang Tottenham itu bertindak kurang baik ketika menanduk sepakan sudut Frank Lampard yang tersasar pada minit ke-15 dan Agbonlahor mensia-siakan peluang dalam aksi antarabangsanya selepas membebaskan diri ke kanan.

Gagal melepasi pertahanan terakhir, penyerang Aston Villa itu tidak mampu menguji penjaga gol, Yury Zhevnov dari sudut yang sukar.

Glen Johnson kemudian menunjukkan kehandalan serangannya, berlari ke satu lontaran Aaron Lennon ke kotak dan mengatasi Sosnovsky walaupun rembatan dari arah menuju bendera sudut, kurang memikat.

Sehingga itu, Capello pasti berpuas hati dengan apa yang disaksikannya tetapi perasaan warga Itali itu berubah suram apabila babak pertama berkembang sedangkan rentak dan tahap tumpuan England merosot.

Johnson khususnya membenarkan Vitaly Kutuzov berada di depannya dalam kawasan penalti sebelum dengan cuainya melepaskan kawalan bola kerana terlalu ghairah membuat umpanan lintang.

Lawan yang lebih handal pasti lebih beruntung daripada kedua-dua kesilapan itu dan kerapuhan England di bahagian belakang terserlah apabila John Terry terpaksa menarik baju untuk menghalang Sergei Kornilenko daripada mengatasinya.

Foster tampak lebih pasti dalam mengambil rembatan lengkung Sergei Omelyanchuk sejurus selepas sejam manakala sepakan bebas Lampard ditolak melepasi palang dan kemasukan Beckham sebagai gantian, mendapat sorakan terbesar malam itu.

Impak serta-merta pemain berusia 34 tahun itu dalam penampilan ke-115 buat negaranya berbayar dengan reputasi di samping kemahiran teknikalnya.

Beckham mendapat sorakan penonton lagi dengan satu umpanan 40 ela ke dada Crouch tetapi penyerang itu gagal memanfaatkannya dari hujung kawasan yang mampu menghasilkan gol.

0 Kalou, Alex sudah..G.I Joe bile lagi??

0 Comments
Nampaknye pengurusan Chelsea memang tgah sibuk sekarang nie mencetak borang kontrak utk player cese sume sain..Selepas kalou baru je tanda tangan kontrak, Alex pulak turut same mengorak langkah menyambung tali hayatnye walaupun xpenah men lagi utk Chelsea season nie(macam kes ikut membe je nie..) who's next??

Nie sume gara2 fifa xbagi team The Blues membeli belah mase sale bulan Jan nanti..so terpaksa la Pengurusan Chelsea beli belah 'dalam ' kelab je..emm so skang nie menurut sumber yang bole dipercayai mgkin G.I Joe bakal menjadi mangsa seterusnya yang bakal diikat oleh Chelsea utk beberapa taun lagi haha..tapi die skang nie xmen lagi utk first team ..berbaloi ke??

aku harap xyah r rush sangat nak ikat player nie..bagi aku fitness G.I Joe perlu diambil kira..sebab da dekat bape season nie die asyik men bola kat spital je daripada atas padang..mgkin kalo die da btul2 bagus da cergas macam dlu barula tawar kontrak kat die..

da lame ak xtengok G.I Joe nie men..die nie mmg antara player faveret ak..harap2 die leh jadi dasat lek cam dulu..bagi sesape yang da lupe kedasatan Joe Cole leh kuatkan memori korang dengan tgok video kat bawah..Layann!!



p/s : anelka pn da merngut da ble die nk dapat kontrak baru..expired date die tggal 2 taun je lagi..rilek r anelka ikut gliran k huhu

Wednesday, October 14, 2009

0 Italian Job

0 Comments
Adakah Lampard akan berlakon filem??..haha nie xde kena mengena ngan filem mini cooper Italian Job tapi mengenai Lampard yang mengakui pengaruh Itali amat kuat dalam kariernya yang membolehkan die menjadi antara pemain terbaik di dunia kini..

Bakat Lampard dikesan oleh Claudio Ranieri dan manager Chelsea dari itali ini tidak berfikir panjang untuk membawa Frankie masuk ke famili The Blues pada tahun 2001..perpindahan ini menjadi titik tolak yang amat penting dalam karier Lampard sebab kalo die still stay kat West Ham mase 2 mesti die xkan mampu meningkat naik seperti sekarang..Di bawah kendalian The Tinkerman Ranieri dan dikellilingi dengan player dasat seperti Gianfranco zola, Lampard berjaya mengembangkan bakatnya selaku general di bahagian midfield..Sekalipun kehadiran Revolusi Abramovich pada 2003 membawa pemain terkemuka macam veron dan geremi, pemain England nie tetap cool dan Ranieri tetap manaruh keyakinan terhadap Lampard dan menjadikan die antara first team player mengenepikan superstar2 yang lain..Bagi aku Ranieri nie memang penyumbang terbesar dalam karier Lampard..Tanpa Ranieri kita xkan jumpe lampard yang sekarang..

Walaupun Ranieri dah xde, pengaruh Itali tetap ade dengan kehadiran Ancelotti di Chelsea. Selain Kelab, Lampard yang turut mewakili England mempunyai seorang lagi Manager Itali di peringkat kebangsaan iaitu Don Capello..

Komen Lampard mengenai pengaruh Itali dalam dirinya :

"The Italian managers are very disciplined. They work very hard on the training field but they are all different personalities with different styles," Lampard told the FA's official website.

"The way they carry themselves, and the way they go day-to-day with the players, they all have the same theme, which is working hard, being organised and being winners.

"I've been lucky enough to work with some of the best, and they've improved me and I've enjoyed playing under them."

"About Carlo Ancelotti, he has been fantastic on and off the pitch. He's a very good man. We've all enjoyed and reacted to his management style off the pitch.

"And, on the pitch, tactically, on the training ground and the way he is with us on match days, I think has been proven by the results. Everyone is very happy with him."

p/s : Manager dari Itali nie memang bagus sebab diorang nie analitik dan memang mahir pasal taktikal..lampard nie kira bertuah sebab dah men utk ramai manager yang dasat2..harap2 pengaruh Itali nie mampu membawa tuah kepada Chelsea dan England haha..


Tuesday, October 13, 2009

0 Kalou oh Kaloi..

0 Comments
Salomon Kalou telah menyambung kontrak dengan The Blues yang akan membolehkan die kekal sehingga 2012..Kalou kini menjadi antara player ke -4 yang telah memanjangkan kontrak musim ini selain Drogba, Terry dan Ashley Cole..Kontak terbaru kalou ini akan memberikan gaji sebanyak £60,000 seminggu sekaligus menutup sebarang spekulasi tawaran dari Arsenal dan Roma yang dikatakan berminat untuk menyambar Kalou..

Pemain Ivory Coast nie skang dah berada bersama Chelsea selama 4 tahun dan telah menjaringkan 31 gol dalam 93 penampilan utama..Kalou nie pernah buat kontroversi sebab pernah mintak kerakyatan Belanda sebab nak main utk team Oranje 2..tapi permohonan die xlepas jadi die wakil le negara Ivory Coast..

Keputusan memanjangkan kontrak kalou nie bagi aku agak mengejutkan gak r sebab die nie xperform sangat dengan Chelsea lagipun die nie selalu digunakan sebagai substitute je..dah 4 tahun die ad kat Chelsea dan sepanjang 2 ak rase xnampak peningkatan yang ketara dalam corak permainan Kalou nie..masalah utama die adalah ketajaman di depan gol dan prestasi yang yo-yo menyebabkan die nie jarang digunakan oleh manager cese..Mungkin antara faktor die dapat kontrak nie sebab Cese xdapat beli pemain utk transfer window nie dan faktor usia..Kalou nie sedar x sedar mude lagi baru 24 taun jadi mgkin pengurusan kelab dan Ancelotti nak bagi peluang kedua kat die nak buktikan yang die nie mmpu menjadi player yang berwibawa macam rakan senegara die Drogba..Kelebihan Kalou nie cume kelajuan die ngan skil menggelecek die 2 leh tahan r..tapi yang pnting finishing kena kasi asah tajam sket sebab die nie striker..Gaji pun dah naik, umur dah meningkat, so Kalou bagi aku dah sampai masa utk ko berusaha kuat dan menunjukkan potensi sebenar ko kat fan sume..Bak kate peribahasa Melayu, 'Usaha Tangga Kejayaan'..Nothing is impossible..

0 Galeri World cup Qualifying

0 Comments
I kept everything insideAnd even though I tried, it all fell apart
What it meant to me will eventually be
A memory of a time when

I tried so hard and got so far
But in the end it doesn't even matter
I had to fall to lose it all
But in the end it doesn't even matter

LINKIN PARK -IN THE END

Monday, October 12, 2009

0 4 berjaya lepasi Zon Maut!!

0 Comments
Empat lagi player Chelsea berjaya mendapat tiket penerbangan Air Asia ke Afrika bulan Jun nanti!!...diorang akan menyertai teammate England dan Ghana yang dah layak lebih awal..Michael Ballack yang mengetuai barisan skuad Jerman antara yang dapat tiket free setelah berjaya menewaskan Russia 1-0 hasil jaringan Klose..Kesian kat zhirkov tapi xpe diorg still ad playoff..Defender kental Ivanovic turut layak dengan kemenangan 5-0 Serbia ke atas Romania..sape lagi 2?? The Rock dan Kalou turut berjaya melepasi segala halangan dengan keputusan seri 1-1 menentang Malawi..yang paling best mestila sebab The Rock dapat score satu lam game nie..hmm merase le diorg men WC kat benua sendiri taun nie haha..

Dalam kegembiraan ad gak teammate diorg yang masih berpeluh menunggu nasib diorg samada lepas ke x nak masuk sempadan afrika nanti xpun xsempat kena baham dulu ngan menatang liar kat sane..Walaupun menang 5-0, Perancis skang nie dapat tempat playoff lepas Serbia dah konpem tempat diorg..wpun x layak lagi tapi ad berita baik sebab anelka dan Malouda masing2 dapat menjaringkan gol sekaligus meneruskan kehebatan lepas lawan libepul ..Selain diorang, Zhirkov ,Petr Cech, Mikel dan barisan player dari Portugal (deco, carvalho, Bosingwa ngan Ferreira) masih lagi menantikan game terakhir rabu nie utk menentukan samada diorng men ke x bulan Jun nanti takpun tgok World Cup kat rumah je la..

England lak terkulai layu di tangan Ukraine lepas rekod kemenangan diorg lebur dek kekalahan 1-0..walaupun meletakkan first team, kehilangan Keeper Muka Hijau (Robert Green) di awal permainan mmg memberikan kesan besar ke atas keseluruhan permainan di mana Ukraine Berjaya mendominasi perlawanan ..Terry lampard ngan cole beraksi full 90 min tapi xmampu membendung kekalahan pertama diorang dalam qualifying campaign nie..England dah layak jadi xde ape nak dirisaukan..Sheva semalam hampa nak membuktikan die masih berbisa lepas penalti die xmasuk kena palang luar..hmm ak rase badi die ngan England x abes lagi kot ..papepun Rabu nie ad satu lagi Qualifying round..harap2 sume player Chelsea yang ade harapan lagi tu dapat la layak g WC dan yang paling penting NO INJURY sebelum match lawan villa nanti r..ALL THE BEST TO CHELSEA PLAYER!!

Saturday, October 10, 2009

0 AntaraBosan

0 Comments
Minggu nie spt yang diketahui takde EPL utk memberi laluan tok World cup qualifying..hmm mggu international mmg antara mggu yang membosankan bagi aku sebab Chelsea xmen..lagipun team faveret ak , England dah layak jadi mesti diorg men malas2 je nanti..England akan bertemu dengan Ukraine untuk menghabiskan 2 perlawanan lagi walaupun dah layak kul 12 tengah malam nnti..mgkin agak menarik sebab Terry akan bertemu dgan ex-teammate die Sheva..ak yakin Sheva nak membuktikan diri die masih berbisa selepas musim yang mengecewakan die EPL..Walaupun dah layak Don Capello dah bagi amaran kat anak buah die yang die nak kemenangan utk 2 match terakhir nie dan mgkin nie akan memberi peluang kepada player membuktikan kehebatan diorg spaya dapat panggilan ke afrika nanti..ak harap Joe Cole dapat beraksi malam nie..


Antara yang menarik perhatian mesti lah argentina sbb diorg xlayak lagi..tempat playoff pn xtentu lagi..Argentina nie ak minat gak dulu dengan player cam Crespo ngan Batistuta..diorg akan bertemu Peru dan kalo kalah ak rase konpem2 legend diorg Maradona 2 akan dipecat..Selain 2 Portugal pn antara team yang mgkin tersigkir...WC tanpa messi dan Ronaldo?? mmg xbest la nanti mcm mase EURO dulu England takde kempunan ak nak tgok Lampard ngan Terry beraksi..papepun may The Best Team Win..

hmm xtau le nak tulis pe lagi..match international nie mmg xmemberangsangkan langsung..Bagi sesape yang nak tgok England men, ad live kat Astro Supersport kul 12 tgah mlm nnti..utk fan Argentina lak, live die lambat sket pkul 5 pagi..kalo korang larat korang tgok le huhu..k la papepon have a great weekend tok korang..

0 Ballack reject Real

0 Comments

Pemain Midfield Chelsea Michael Ballack menafikan dirinya ada sebarang kaitan dengan isu perpindahan ke Real Madrid. Kapten Jerman ini menegaskan dirinya amat gembira di Stamford Bridge dan mahu menamatkan kariernya bersama dengan The Blues.

"Saya amat komited dengan Chelsea" tegas Ballack. " Saya ingin peminat tahu bahawa saya hadir ke sini untuk memburu trofi dan ingin menjadi antara pemain yang hebat di sini."

"Secara profesional saya dan famili amat gembira berada di London. Segala spekulasi mengenai perpindahan ke Real Madrid adalah tidak benar sama sekali dan saya tidak pernah berniat untuk meninggalkan Chelsea."

"Kecederaan yang saya alami kini amat mengecewakan tapi saya akan berusaha keras untuk cergas dan berlatih bersama rakan sepasukan yang lain"

p/s : aku pun harap Ballack dapat tamatkan karier die kat Chelsea. Watpe join Madrid, duit je banyak las sekali kalah gak.Die nie walaupun tak laju dan dah berumur, bagi aku passing dan vision die sebagai playmaker masih lagi tajam macam Giggs. Bagi aku 2 gol die mase lawan ManKayu dulu mmg gempak r...Long Live Ballack!!

Thursday, October 8, 2009

0 Mutu dan Viera

0 Comments

Masih lagi dalam mood kegembiraan menentang fool..skang ad cite lak mengenai Mutu dan Viera..pe kena mengena lak diorang nie ngan Chelsea???

Mengenai kes bekas player Chelsea, si Mutusamy aka Adrian Mutu yang dikenakan saman sebanyak €17 million oleh Chelsea skang telah ditangguhkan oleh Court of Arbitration for Sport (CAS) untuk mengkaji beberapa detail sebelum membuat keputusan..Mutu yang dibeli dari Parma oleh Ranieri telah dipecat oleh pengurusan kelab Chelsea pada tahun 2004..skang nie die men tok Fiorentina..Kes nie agak kecoh sebab seolah2 Chelsea ingin menindas Mutu sampai suruh die bersara dari Bolasepak..Bagi sesape yang menganggap Chelsea xrasional dalam hal nie, ad beberapa perkara penting korg kena tau :

a) Keputusan nie mengikut saluran yang sah iaitu CAS so xde ape2 yang meragukan bagi aku sebab ak yakin diorg lebih pakar dalam hal nie dan dah jelas keputusan diorg 2 menunjukkan Mutu mmg bersalah dalam hal nie..

b)Mutu telah melanggar kontrak dengan ambik benda alah 2 pastu xperform lak ngan chelsea(mule2 je gempak)..xselalu datang trainig dan kes die kantoi nie mmg menjatuhkan maruah kelab sendiri..so korang pikir2 la kalo ad pekerja korang yang wat camnie mesti korang pecat die kan..Bak kate donald Trump..You’re Fired!!

c)Korang tau x Chelsea beli Mutu dari Parma dengan harga €17 juta..bagi aku harga perpindahan nie kire mahal waktu 2 dan ape yang diberikan oleh Mutu kepada kelab?? mmg x berbaloi dan x mengenang budi..so dah tentulah Chelsea nak ganti rugi balik..Kes nie berlainan ngan shevchenko..ye la die xperform tapi xdelak cese saman die sebab die x memalukan Chelsea dengan amik mende2 camtu....

d)ade gak orang cakap nape pecat mutu 2 sedangkan kontrak die panjang lagi..bek jual dapat duit..korang pikir le sendiri kes die mase tahun 2004 tengah hot ade ke sesape nak beli die mase 2?? Juventus amik die pon sebab die free agent.. Dan kalo Cese bagi die stay, da la kena bayar gaji buta die lagi, lagipun menyimpan barah camnie lam kelab mmg berbahaya..

e) bagi aku kes nie sekurang2 nye leh menyedarkan player bolasepak len supaya jgan sesekali amik barang haram tuh..tgok la cam Maradona (bukan madonna k) pe jadi kat die??daripada star football terus jatuh merudum seb bek skang nie da okay cume Argentina je xtau masuk WC ke x huhu..

Bagi aku mutu memang bersalah lam hal nie dan lagipun Chelsea da bagi die rilek selam 5 tahun (2004-2007)..nie kire da sabor tahap langit ke7 dah nie haha..las bende ak nak kete "pandai buat pandai tanggung la"..DRUG is our Enemy..


so pekejadah lak si Model TV Viera 2 lam tajuk perbincangan ak nie?? haha skang nie ad rumours mengatakn Viera akan masuk Chelsea bulan Jan nanti, 2 pun kalau appeal cese tok banned trandfer windows to lepas..kalo sape tgok cese vs fool ritu mesti korang nampak viera pon ad kat tmpat penonton..

Bagi ak xyah lah beli bekas captain sengal neh buang karan buang mase je..player cese pn dah ramai yang berumur beb jgan la nak tambah sekor lagi nanti jadi cam Milan lak nanti..Korang ingat tak Mineiro yang cese amik dulu?? bajet nak gune jadi backup las2 buang camtu je..ak lgi suke kalo cese gunakan pemain mude kite Nemanja Matic jadi backup bagi aku die nie berpotensi...bek kita develop player mude kita sendiri dan hasilkan produk keluaran Chelsea..emm viera ak sarankan ko xyah la nak menumpang kat sini, tau la Jose xminat kat ko dah..balik kelab lame ko lagi bagus..