The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Sunday, March 20, 2011

0 Preview : Lupakan Man-ure, fokus Man-see

0 Comments
Lupakan seketika undian CL kita menentang Manure bulan depan, kita harus fokus pada satu lagi team dari Manshitter, Money City malam nie..Match yang dikategorikan match terpenting ini memang crucial untuk menentukan kedudukan Top 4 pada akhir musim..

Sedar tak sedar, dah 3 pertemuan Chelsea gagal memenangi City dalam Premiership..Kesemuanya bermula dengan kehadiran Mancini dan pendekatan fizikal yang diterapakan dalam skuad Mancee..Kita gagal menandingi kekentalan De Jong, Yaya Toure dan ketajaman Tevez..Bukan kebetulan kerana biasalah selalunya setiap team ada satu pasukan badi masing-masing; Arsenal dengan Chelsea, Spurs dengan Manure, Chelsea dengan Mancee..Adakah malam nie akan jadi saat kita menamatkan badi celaka nie??

Bermain di Bridge adalah satu kelebihan kerana sedangkan abang kandung Manure pon boleh tersungkur, inikan adik hingusan Mancee..Namun Mancee sememangnya terkenal dengan bermain defensive dan counter dalam perlawanan besar..Yupp, ia akan memerlukan sesuatu yang special pada Didi, Torres dan Anelka untuk menembusi kubu kebal Mancee..Tanpa gol dari striker kita dalam 6 match liga terakhir, dah tentu keadaan menjadi lebih sukar..Dan jika kita mengulangi prestasi hambar menentang Copenhagen tempohari, badi ini akan kekal berterusan..

Berita skuad, Alex sudah hampir fit sepenuhnya tetapi Luiz dan JT akan tetap menjadi first choice partner Centreback..Kesemua skuad dalam keadaan cergas dan masalahnya hanya pada Carlo untuk memilih kesebelasan terbaik..Menurut kepada polisi rotation Carlo, pemain yang tidak starting ketika menentang Copenhagen akan bermula malam nie, bermakna Torres, Malouda, Essien adalah 3 nama yang akan berada dalam kesebelasan utama..Formasi dijangka kekal 4-4-2 dan barisan skuad yang sama menewaskan Manure tempohari akan diturunkan..Persoalannya, siapakah partner Torres?? Anelka mahupun Drogba??

Skuad malam nie :

Cech
Iva-JT-Luiz-Ash
Ram-Lamps-Essien-Malouda
Torres-Anelka

Result Prediction : Chelsea (0) - Mancee (0)

Match LIVE Ahad 11.55 mlm Astro Supersport (Channel 813)

Mujur buat The Blues adalah Spurs dan Arsenal seri semalam, sekaligus tiada tekanan untuk kita mendapatkan 3 mata..Seri atau kalah bermakna kejuaraan liga hampir pasti akan terkubur, tetapi matlamat Top 4 masih seimbang..Ia akan menjadi perlawanan yang amat, amat sukar dan jika kita gagal mendapat 3 mata, aku lebih prefer draw..Apapun harap berlaku keajaiban seperti ketika menentang Manure, dan kita mendapat mata penuh..Adakah Luiz akan gol lagi?? Hopefully!! KTBFFH!!




0 There is only one England captain!!

0 Comments
Capello : Teman doh rase menyampah dengan Rio, injured je memanjang.
Teman nak fire die, apa pendapat mengkeme sume??

Beramai-ramai : Bakor!! Kita bakor!! Kita bakor!!


Rio, haupp le mike teman bakor harinie!! Big Girls dont cry, ok??

"Tahniah Terry, mike jadi Kapten balik!!"-------" Okeh, saya janji tak kaco bini boss!!"


HAHA!!! ------------------------------DAMN!!

Okeh baby, pasnie jangan pergi memana lagi ok??

THERE IS ONLY ONE CAPTAIN IN ENGLAND!!

Saturday, March 19, 2011

0 Harapan Umat Manusia

0 Comments
Adik Drogba

Coklat yang mengecil


0 Revenge Moscow dalam ingatan

0 Comments
Sape boleh lupa peristiwa di Moscow?? Terutamanya buat fan Chelsea. Hanya setapak lagi kita nak merangkul trofi Eropah pertama cuma nasib tak menyebelahi kita. Final 2007 nie jugak membuktikan Manure sebagai team paling banyak 'luck' haram jadah. Dua rembatan Lamps dan Didi kena palang, JT tergelincir, nak kata apa lagi??

Keputusan undian suku akhir CL memberi banyak kejutan dan sememangnya aku tak menjangka kita akan bertemu Setan Merah seawal ini..Menentang Manure boleh diibaratkan ulangan Final 2007 dan kita dah tentu nak memberikan paku dulang paku serpih kepada Si Hidung Merah..Manure secara rekod tak pernah tewas menentang team senegara di peringkat Eropah setakat nie, tapi apadahal?? Chelsea memang team yang suka buat rekod baru.

Pendapat mengenai undian malam tadi, ada yang bagus dan ada yang tidak. Tetapi secara kesuluruhan ia adalah undian yang 'memuaskan'.

Positif
-Kita takkan bertemu Heavyweight Barca atau Madrid dalam laluan ke Final di Wembley.
-Laluan semi agak mudah. Inter bukan team yang sama tanpa Jose. Menang dengan Bayern hanya pure luck. Schalke pulak hanyalah team cacamarba yang belum cukup mantap. Mana-mana pon aku tak kisah. Jika dapat melepasi Manure, tiada masalah untuk menempah tiket awal ke Wembley bulan May.
-Tiada kejutan.Berjumpa team se-England bermakna takde lagi rahsia antara dua team dan ia akan menjadi satu match straight forward. 50/50.
-Manure bukan dalam keadaan terbaik, terutamanya defensive. Vidic nampak penat, Ferdinand hampir pasti out of season. Tinggal Smalling je untuk diratah.
-Vidic muntah darah selepas mengetahui perlu berjumpa Torres 3 kali lagi sebelum tamat musim.
-Chelsea semakin mantap. Hampir kesemua pemain utama cergas dan fit pada waktu yang tepat. Kepulangan Alex bermakna ketiadaan Luiz takkan dirindui sangat. Benayoun akan memberikan senjata tambahan untuk membunuh setan merah.

Negatif
-Second Leg akan bertempat di Old Kerepot, kubu setan terkuat bagi Puak Mancunia. Jika masuk extra time+penalty kick, advantage akan lebih sikit pada Setan Merah.
-Gandingan Shrek dan Cengkerik nambak merbahaya dari semasa ke semasa.
-Manure nie jenis banyak luck, walaupun bila dia main teruk. Macam tak biasa.


Potensi bertemu Manure?? Aku pon tak pasti. Mungkin skuad Manure bukan setaraf pada 2007, tapi tetap merbahaya. Ada yang terlebih excited, terlebih positif, tapi aku rasa ia akan jadi perlawanan yang sukar. Match first leg akan menjadi ukuran, bermakna Chelsea harus memastikan kita tak bolos di Bridge. Di Old Kerepot, aku yakin kita boleh score. Jika takde favour ref, Chelsea boleh memastikan revenge Moscow tercapai.

Dua match CL menentang Manure bukan je penting sebagai batu loncatan kita di Eropah, tapi akan effect untuk mengejar kejuaraan liga jugak. Campur satu match Premiership kat Old Trafford, bermakna kita akan bertemu setan merah 3 kali dalam masa sebulan. Sekiranya Manure terkeluar awal Eropah, dah tentu akan bagi impak dari segi psikologi di liga sepertimana musim lepas. Menang 3 kali, Chelsea masih ada harapan buat Double Double!! Juz wait n C. KTBFFH!!

....


Oh ya, takziah buat Spuds.


Friday, March 18, 2011

0 CL Draw ; Siapa korang mahukan??

0 Comments
Malam nie akan dilakukan undian menentukan perjalanan CL dari suku akhir ke final di Wembley..Tinggal 8 team dalam perebutan kejuaraan Eropah musim 2010/2011..Siapakah diorang??

Gambaran setiap pasukan dalam satu perkataan

Chelsea - 'Kental'
Barcelona - 'Dominasi'
Shaktar - 'Underdog'
Man U - 'Tuah'
Shalke - 'Analitikal'
Inter - 'Semangat'
Madrid-'Disiplin'
Spurs -'Kejutan'

Syarat undian kali ini

-Tiada kumpulan : Tiada ranking yang membezakan team, semua pasukan adalah sama.
-Bebas : Mana-mana kumpulan boleh berjumpa lawan dari konfederasi dan group stage yang sama.
-Tetap : Perjalanan dari suku akhir ke final akan dilakarkan secara terus, bermakna setiap pasukan boleh mengagak siapakah 3 lawan terakhir yang akan ditempuh untuk menjulang trofi Eropah pada bulan May

Ramalan??

Nie pendapat aku :

Chelsea-Schalke
Barcelona-Spurs
Man U - Madrid
Shaktar-Inter

Tapi bagi sesiapa pon apadahal, Chelsea pantang gentar!!

Undian LIVE boleh dilihat di Astro ESPN pukul 7.00 malam nie (Jumaat)


0 Klon-Klon Dunia Bolasepak

0 Comments

Selain Lucas Piazon dan Kaka, sebenarnya banyak lagi klon yang muncul sebagai reinkarnasi pemain lagenda terdahulu..Persoalannya, menjadi atau tidak?? Jom layan senarai Klon Sepanjang Zaman..

Lionel Messi - Diego Maradona

- Klon yang bakal lagi hebat dari baka original..Kegemilangan Piala Dunia tetap menjadi pemisah, namun telah memenangi segala-galanya di peringkat kelab, abiliti yang dikatakan telah mengatasi predecessor, 2 kali FIFA World Player of The Year, dan lebih penting tak bergelumang dengan 'benda alah' menjadikan Messi tetap special..
Rating Klon : A+

Wayne Rooney-Paul Gascoigne


-Kalau ikut perangai tak senonoh, boleh kata lebih kurang je dua ekor nie (sorang kaki rembat nenek, sorang kaki teguk air setan)..Tapi dari segi kejayaan di atas padang, Wazza nampak lebih menyerlah dengan beberapa kejayaan kelab walaupun Gazza memberi impak lagi umphh buat England dalam World Cup 1990 dan Euro 1996..
Rating klon : A

Milos Krasic-Pavel Nedved


Rambut kuning Super Saiya, winger sejati dan bermain untuk Old Lady 'Bianconeri'-Krasic mempunyai segala-galanya untuk menyamai legenda Juve serta bekas pemenang Ballon d'Or, Pavel Nedved..Masih dalam musim pertamanya di Itali tetapi dah menjadi antara teraju utama Juve sepanjang musim..Masih muda dan mempunyai banyak masa untuk menjadikan reinkarnasi Nedved satu kenyataan..
Rating Klon : B+

Robinho-Pele

-Berasal dari kelab yang sama (Santos), Robinho hanya boleh berbangga dengan jumlah kelab yang disertainya setakat nie yang lebih banyak berbanding hanya Santos dan New York Cosmos..Pele masih lagi dalam kategori legend dengan Piala Dunia dalam genggaman.."Ko ade??" ujar Pele dengan angkuh.
Rating Klon : B

Dos Santos - Ronaldinho

Juga dari kelab yang sama (Barca), malah pernah beraksi bersama cuma mungkin tiada tuah buat Dos Santos menjadi sehebat idolanya..Keputusannya berangkat keluar dari Barca lalu menyertai kelab ayam Spurs memakan diri..Beraksi agak hebat bersama Mexico semasa World Cup 2010 namun kembali merempat di England dan kini melayan hati yang lara di Racing Santander sebagai pinjaman..
Rating Klon : C

David Bentley - David Beckham

'Bent it like Becks' adalah slogan paling popular berdasarkan paras rupa dan posisi di padang tetapi David sememangnya tak layak dikategorikan setaraf dengan satu lagi David bekas kapten England ini..Bermula sebagai pemain Arsenal menyebabkan kesengalan melampau, naik kejap kat Blackburn, kemudian merosot di kelab ayam Spurs, serta akhirnya merempat di pelbagai kelab EPL menyebabkan slogan ini ditukar ke 'Bent it like Bent-ten'
Rating Klon : D


0 Mengenali ahli keluarga baru Chelsea : Si Kembar Siam

0 Comments

Kembar siam??

Muka sama, kelab sama, negara sama, posisi sama, nama je lain..LUCAS PIAZON - pembelian terbaru Chelsea secara senyap adalah starlet terbaru yang akan dibawa masuk ke akademi Cobham..Pemain Brazil berusia 17 tahun nie diberikan gelaran sebagai 'klon kaka' yang akan menjadi superstar dalam masa beberapa tahun lagi..

Piza?? Piala Zon?? Peagueot?? Piazon?? Bagi sesiapa yang merasakan dia hanya budak hingusan murahan kutip tepi jalan, harap telan balik kata-kata korang tu..Jangan terkejut kerana bayaran untuk mendapatkan Piazon bukannya murah, £6 million adalah kos keseluruhan bagi mendapatkan budak yang belum masuk umur 18, wang yang sama digunakan Sau Paulo untuk mendapatkan Luiz Fabiano..Malah proses merebut Piazon juga amat sukar dan panjang kerana Chelsea berdepan saingan sengit dari Juve, menunjukkan betapa tingginya expectation kelab-kelab Eropah pada budak muka jambu nie..Tapi macam biasa, kelab terbaik akan mendapat pemain terbaik..Sorry old lady..

Nama penuh Gustavo Lucas Domingues Piazón - Berketinggian 1.80 cm, mampu menggunakan kedua-dua belah kaki, pantas dan mempunyai vision membaca permainan, boleh bermain di mana-mana posisi serangan, terutamanya di belakang striker (umpama Kaka) serta Piazon merupakan Top Scorer ketika kejohanan Under 15 Amerika Selatan sebagai bukti ketajamannya di hadapan gol..Piazon akan dijadualkan menyertai Chelsea pada Januari 2012 iaitu sejurus dia mencapai umur 18 tahun..


"I am happy because it's always been my dream to play in Europe," said Piazon, according to The Mirror.

"Chelsea have Brazilian players already - Ramires and Luiz - and that is excellent for me and will help speed up how I settle in.

"Italy and England are the biggest leagues but England always looks spectacular and exciting. It will be a great challenge."



Ramires, Alex, Luiz dan kini Piazon - adakah Chelsea nak membuka cawangan kelab Brazil di EPL?? Selagi main bagus, aku pedulik hapa..Carlo memang pakar guna pemain Brazil , malah dia jugak yang membawa Kaka ke Eropah dari Sau Paolo pada 2004, rest is history..Cafu, Dida, Pato antara pemain hebat Brazil yang dibentuk Carletto sepanjang di Milan jadi kita boleh lihat kesinambungan di situ..Dengan pembelian Piazon, aku boleh katakan kita tak perlukan Neymar..Bakal pengganti Kaka?? Harap-harap mulut korang masin..Welcome to The Blues, Piazon!! KTBFFH!!

Thursday, March 17, 2011

0 Post Match : Macam Kunyah Panadol

0 Comments
Cuba amik panadol, kunyah selama 90 minit - pahit, kelat - takde gambaran lain yang boleh aku bandingkan untuk game pagi tadi, terseksa nak mampus..Sumpah, boleh dikatakan nie match paling bosan Chelsea pernah aku tengok..Kalau nak diikutkan Gopenghagen nie memang tak bagi cabaran langsung, level taraf ayam tapi itupun barisan player Chelsea tak boleh nak eksploit sumbat gol 2-3 bijik..Haihhhh..

Ulasan match pagi tadi..hmmm..takde benda nak diulas kot, 90 minit yang hambar habess sampai member aku boleh terlelap..Kalau bukan sebab kopi panas Mekdi, aku pon mungkin dah terlentok sama..Bagi sesiapa yang terlepas match nie, dinasihatkan tak payah lah download highlight tue..Dari keseluruhan skuad, hanya Mikel, Zhirkov, Iva, JT dan Cech yang aku puji mencapai standard piawai ISO yang ditetapkan..Yang lain?? Mungkin masih dalam mood rehat seminggu yang panjang, kaki pon kejang - rase macam nak lempang pang pang pang..

Papehal pon, kira bersyukur jugak la dah masuk quarter final, daripada berangan nak 4 piala last-last habuk pon takde..Kita kini dah boleh cuba mengagak siapakah lawan kita seterusnya di suku akhir..Undian akan dilakukan Jumaat nie pada pukul 7 mlm waktu tempatan, LIVE di ESPN..Ini barisan pasukan untuk Last 8 Champions League : Chelsea, Barcelona, Schalke, Real Madrid, Inter, Shaktar, Man U, Spurs. (Siapa korang pilih??)

Selepas undian CL, fokus akan diteruskan kepada match utama liga pada Ahad nie antara Chelsea dan Mancee..Jika bermain macam tadi, memang takde peluang la nak menang, serius aku cakap..Aku harap ia hanya setback disebabkan rehat seminggu lepas yang menyebabkan pemain kita kurang 'umphh'..Kita perlukan sesuatu yang istimewa untuk menghancurkan barisan pemain bulldozer Mancini n Co, justeru The Blues perlu segera menaikkan gear di peringkat tertinggi jika mahukan kemenangan..Menang -tempat Ketiga hampir sah jadi milik kita; Kalah - wassalam le jawabnya..Focus to the next game!! KTBFFH!!







Wednesday, March 16, 2011

0 Preview : Rotation??

0 Comments
Beberapa rotation akan dilakukan oleh Carlo, katanya..Mungkin hanya bluff, mungkin tidak..Yea,yea ada perlawanan Mancee hujung minggu tapi disebabkan kita tak bermain seminggu lebih, harapnya pemain utama tak lemau jadi aku mahukan kesebelasan terkuat kita bermain menentang Copenhagen..Momentum amat penting dan kita perlukan semua pemain beraksi di potensi tertinggi ketika kita masuk peringkat akhir musim..

“I want to rotate in this game. I didn't choose the team for tomorrow yet, but I want to use rotation because we have all the players fit and I want to use all the players to prepare well for these two games – against Copenhagen and against Man City.

“It's a fantastic moment for us to have all the players fit and I want to maintain a good motivation for everyone because we need everyone in the last games of the Premier League and the Champions League.

Apa yang penting adalah mengeluarkan yang terbaik dari Torres..Kini adalah waktu yang amat sesuai..Dengan 2 gol away sudah dalam genggaman, kita tiada pressure melampau malam nie untuk menang..Harap Carlo boleh menggunakan pemain yang sesuai untuk membantu Nando menjaringkan gol pertamanya untuk Chelsea..Formasi dan player ketika First Leg di Denmark amat bagus kerana Torres bermain dengan penuh involvement, jadi aku harapkan barisan yang sama akan diturunkan..Adakah kita bakal melihat kehebatan 5om man yang sebenar malam nie??

Mengejar gol pertama

Bila lagi peluang untuk Josh?? Ramai fan mahukan lebih peluang diberikan kepada starlet utama kita nie tetapi dah tentu Carlo seperti biasa akan mengutamakan pemain senior..Boleh difahami kerana nie match besar, namun sekiranya kita dah mendahului 1-0 separuh masa dan dah konfem sepenuhnya akan ke suku akhir, aku harapkan Carlo akan menurunkan Josh..Dia ada bakat, konfiden setaraf pemain senior, jika Wilshere boleh, kenapa tidak Josh??

Adakah ia akan menjadi game yang mudah?? Tak jugak, jangan lupa Copenhagen yang Chelsea temui dua minggu lepas adalah skuad yang dah dua bulan tak bermain secara kompetitif..Untuk Second Leg, dah tentu kita akan melihat 'muka sebenar' diorang justeru jangan memandang rendah kepada gergasi Denmark nie..Steve Solbakken, manager FCK tak berselindung mengenai niat diorang untuk bermain menyerang sehabisnya di Bridge malam nie..

"It is stupid to [be] defensive when you're behind 2-0," Stale Solbakken, the Copenhagen coach, said. "If we score they will be nervous. I can guarantee that.

"The key to the game is who scores the first goal. If we do, it will be the inverted psychology no matter how Chelsea has prepared for the game."

So, buat pesanan kepada JT n Co, berhati-hati!!

Barisan pemain Chelsea tiada perbezaan, Alex walaupun hampir pulih dijangka masih terlampau awal untuk beraksi malam nie..Benayoun masih lagi sidelines..Pemain lain sihat walafiat -tambahan pulak selepas seminggu lebih cuti, kesemuanya cergas!!

Hanya David Luiz yang ineligible dari bermain malam nie, tanpa Alex bermakna Iva akan kembali ke CB dan Bosingwa akan bermain Right Back..Anelka selaku Top Scorer Eropah kita dijangka akan menjadi partnership utama Torres di barisan hadapan..Essien dan Lampard kekal menjadi anchor midfield, manakala Malouda dan Ramires membuka flanks di sayap kiri dan kanan..Didi, Kalou, Mikel, Zhirkov dan Josh sedia menjadi tenaga tambahan apabila diperlukan..

Formasi malam nie :

Cech
Boss-Iva-JT-Ash
Ram-Essien-Lamps-Malouda
Anelka-Torres

Result Prediction : Chelsea (2) - Copenhagen (0)

Match LIVE Astro ESPN (CH812) 3.40 am

Jika bermain dengan penuh berdisipilin dan bersemangat, aku yakin kita tiada masalah untuk menamatkan sisa-sisa harapan terakhir perjuangan Copenhagen di Bridge..Yupp, first gol adalah crucial dan aku tak berharap Chelsea bermain defensive 90 min..Jangan lupa, SERANGAN ADALAH PERTAHANAN TERBAIK..Gol first akan membunuh terus semangat lawan dan segalanya akan menjadi amat, amat mudah..Kill em all, KTBFFH!!




Tuesday, March 15, 2011

0 Khabar dari wad sakit : Alex hampir kembali!!

0 Comments

Rindukan penerajang maha super Alex?? Sape boleh lupa kot..Berita baik Alex dilaporkan sudah hampir kembali ke skuad utama selepas direhatkan hampir 3 bulan akibat kecederaan lutut..

Hasil arthroscopic knee surgery yang dilakukan di Brazil bulan lepas, keadaan Alex semakin pulih dan update terbaru dia sudah mula melakukan latihan ringan di Cobham semalam..Berdasarkan tinjauan Alex dijangka akan bersedia bermain sepenuhnya menentang Stoke awal April nanti walaupun dia berkemungkinan akan melakukan kejutan penampilan awal malam esok menentang Copenhagen..

Yeah, kehadiran Alex sememangnya amat tepat dalam jadual..Aku yakin dia akan memainkan peranan besar buat Chelsea terutamanya di Eropah..Tanpa David Luiz yang cup-tied, hanya Iva dan Terry yang boleh diharapkan selama ini sebagai centre back..Sekiranya kita berjaya menyudahkan sisa-sisa harapan Copenhagen, Carlo menjangkakan Alex akan memberikan kestabilan di bahagian pertahanan bermula quarter final nanti sekaligus membolehkan Iva bermain di posisi terbaiknya iaitu Right Back..Dengan barisan empat pertahanan terbaik, harapan Champion League masih terbuka, dan Alex akan menjadi salah seorang penentunya..All the best Alex!! KTBFFH!!