The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Sunday, March 20, 2011

0 Preview : Lupakan Man-ure, fokus Man-see

Lupakan seketika undian CL kita menentang Manure bulan depan, kita harus fokus pada satu lagi team dari Manshitter, Money City malam nie..Match yang dikategorikan match terpenting ini memang crucial untuk menentukan kedudukan Top 4 pada akhir musim..

Sedar tak sedar, dah 3 pertemuan Chelsea gagal memenangi City dalam Premiership..Kesemuanya bermula dengan kehadiran Mancini dan pendekatan fizikal yang diterapakan dalam skuad Mancee..Kita gagal menandingi kekentalan De Jong, Yaya Toure dan ketajaman Tevez..Bukan kebetulan kerana biasalah selalunya setiap team ada satu pasukan badi masing-masing; Arsenal dengan Chelsea, Spurs dengan Manure, Chelsea dengan Mancee..Adakah malam nie akan jadi saat kita menamatkan badi celaka nie??

Bermain di Bridge adalah satu kelebihan kerana sedangkan abang kandung Manure pon boleh tersungkur, inikan adik hingusan Mancee..Namun Mancee sememangnya terkenal dengan bermain defensive dan counter dalam perlawanan besar..Yupp, ia akan memerlukan sesuatu yang special pada Didi, Torres dan Anelka untuk menembusi kubu kebal Mancee..Tanpa gol dari striker kita dalam 6 match liga terakhir, dah tentu keadaan menjadi lebih sukar..Dan jika kita mengulangi prestasi hambar menentang Copenhagen tempohari, badi ini akan kekal berterusan..

Berita skuad, Alex sudah hampir fit sepenuhnya tetapi Luiz dan JT akan tetap menjadi first choice partner Centreback..Kesemua skuad dalam keadaan cergas dan masalahnya hanya pada Carlo untuk memilih kesebelasan terbaik..Menurut kepada polisi rotation Carlo, pemain yang tidak starting ketika menentang Copenhagen akan bermula malam nie, bermakna Torres, Malouda, Essien adalah 3 nama yang akan berada dalam kesebelasan utama..Formasi dijangka kekal 4-4-2 dan barisan skuad yang sama menewaskan Manure tempohari akan diturunkan..Persoalannya, siapakah partner Torres?? Anelka mahupun Drogba??

Skuad malam nie :

Cech
Iva-JT-Luiz-Ash
Ram-Lamps-Essien-Malouda
Torres-Anelka

Result Prediction : Chelsea (0) - Mancee (0)

Match LIVE Ahad 11.55 mlm Astro Supersport (Channel 813)

Mujur buat The Blues adalah Spurs dan Arsenal seri semalam, sekaligus tiada tekanan untuk kita mendapatkan 3 mata..Seri atau kalah bermakna kejuaraan liga hampir pasti akan terkubur, tetapi matlamat Top 4 masih seimbang..Ia akan menjadi perlawanan yang amat, amat sukar dan jika kita gagal mendapat 3 mata, aku lebih prefer draw..Apapun harap berlaku keajaiban seperti ketika menentang Manure, dan kita mendapat mata penuh..Adakah Luiz akan gol lagi?? Hopefully!! KTBFFH!!




No comments: