Sape boleh lupa peristiwa di Moscow?? Terutamanya buat fan Chelsea. Hanya setapak lagi kita nak merangkul trofi Eropah pertama cuma nasib tak menyebelahi kita. Final 2007 nie jugak membuktikan Manure sebagai team paling banyak 'luck' haram jadah. Dua rembatan Lamps dan Didi kena palang, JT tergelincir, nak kata apa lagi??
Keputusan undian suku akhir CL memberi banyak kejutan dan sememangnya aku tak menjangka kita akan bertemu Setan Merah seawal ini..Menentang Manure boleh diibaratkan ulangan Final 2007 dan kita dah tentu nak memberikan paku dulang paku serpih kepada Si Hidung Merah..Manure secara rekod tak pernah tewas menentang team senegara di peringkat Eropah setakat nie, tapi apadahal?? Chelsea memang team yang suka buat rekod baru.
Pendapat mengenai undian malam tadi, ada yang bagus dan ada yang tidak. Tetapi secara kesuluruhan ia adalah undian yang 'memuaskan'.
Positif
-Kita takkan bertemu Heavyweight Barca atau Madrid dalam laluan ke Final di Wembley.
-Laluan semi agak mudah. Inter bukan team yang sama tanpa Jose. Menang dengan Bayern hanya pure luck. Schalke pulak hanyalah team cacamarba yang belum cukup mantap. Mana-mana pon aku tak kisah. Jika dapat melepasi Manure, tiada masalah untuk menempah tiket awal ke Wembley bulan May.
-Tiada kejutan.Berjumpa team se-England bermakna takde lagi rahsia antara dua team dan ia akan menjadi satu match straight forward. 50/50.
-Manure bukan dalam keadaan terbaik, terutamanya defensive. Vidic nampak penat, Ferdinand hampir pasti out of season. Tinggal Smalling je untuk diratah.
-Vidic muntah darah selepas mengetahui perlu berjumpa Torres 3 kali lagi sebelum tamat musim.
-Chelsea semakin mantap. Hampir kesemua pemain utama cergas dan fit pada waktu yang tepat. Kepulangan Alex bermakna ketiadaan Luiz takkan dirindui sangat. Benayoun akan memberikan senjata tambahan untuk membunuh setan merah.
Negatif
-Second Leg akan bertempat di Old Kerepot, kubu setan terkuat bagi Puak Mancunia. Jika masuk extra time+penalty kick, advantage akan lebih sikit pada Setan Merah.
-Gandingan Shrek dan Cengkerik nambak merbahaya dari semasa ke semasa.
-Manure nie jenis banyak luck, walaupun bila dia main teruk. Macam tak biasa.
Potensi bertemu Manure?? Aku pon tak pasti. Mungkin skuad Manure bukan setaraf pada 2007, tapi tetap merbahaya. Ada yang terlebih excited, terlebih positif, tapi aku rasa ia akan jadi perlawanan yang sukar. Match first leg akan menjadi ukuran, bermakna Chelsea harus memastikan kita tak bolos di Bridge. Di Old Kerepot, aku yakin kita boleh score. Jika takde favour ref, Chelsea boleh memastikan revenge Moscow tercapai.
Dua match CL menentang Manure bukan je penting sebagai batu loncatan kita di Eropah, tapi akan effect untuk mengejar kejuaraan liga jugak. Campur satu match Premiership kat Old Trafford, bermakna kita akan bertemu setan merah 3 kali dalam masa sebulan. Sekiranya Manure terkeluar awal Eropah, dah tentu akan bagi impak dari segi psikologi di liga sepertimana musim lepas. Menang 3 kali, Chelsea masih ada harapan buat Double Double!! Juz wait n C. KTBFFH!!
....
Oh ya, takziah buat Spuds.
No comments:
Post a Comment