The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Tuesday, February 8, 2011

0 Aku Tidak Akan Berputus Asa!!

0 Comments
Super Danny!!

Mungkin kedatangan Torres melupakan kita kepada sorang lagi striker muda yang dihantar ke Bolton..Dengan 2 gol dalam 2 match, tak payah tag harga 50 juta pound dah membuktikan dia bakal superstar masa hadapan..DANIEL STURRIDGE - ketika ini dia memang sedang hangat membara bersama Bolton dan walaupun baru berumur 21, dia dah memberikan tekanan hebat kepada pemain senior seperti Elmander dan Kevin Davies..

Ketika nie Danny sedang dalam tempoh pinjaman sehingga akhir musim dan akan kembali untuk musim baru Chelsea..Diharap dalam tempoh yang singkat dapat memberikan pengalaman berharga untuk pemain muda ini untuk menjadi lebih matang - dan apa yang dilihat sekarang sememangnya Danny semakin hebat!! Cuma apa yang aku khuatir adalah jika Danny bakal mengikut jejak Carlton Cole, Ben Sahar serta Stoch yang dipinjamkan terlalu kerap sehingga akhirnya berpindah ke kelab lain..Dengan kehadiran Torres, serta Drogba, Anelka serta Kalou, persaingan untuk posisi striker kelihatan lebih sengit di Chelsea dan adakah Danny mampu survive??

'It’s going to be a difficult to go back to Chelsea with Didier Drogba, Nicolas Anelka and now Fernando Torres there.

'But I believe in myself and I believe in my ability.

'I’m not worried about Torres coming. I think it’s great that there is healthy competition.'


Baguslah jika Danny berfikiran camtu..Dengan Anelka dan Didi semakin di penghujung karier, aku harap Danny akan termasuk dalam perancangan jangka masa panjang Chelsea..Dia amat sesuai bermain sebagai sayap kanan seperti Anelka dan finishing abiliti dia jangan dipersoalkan lagi..Kenapa Carlo tak menggunakan dia dengan lebih kerap sebelum ini di Chelsea masih menjadi tanda tanya..Harap Danny dapat meyakinkan Carlo dengan sumbat gol berdas-das bersama Bolton (kalau boleh masa lawan Liverpool sekali), kemudian pulang ke Bridge dan membentuk gandingan mantap bersama El Nino!! Torres, Sturridge, Josh, David Luiz, Van Aanholt - Barisan Era baru The Blues!! KTBFFH!!

Dua aksi jaringan 'berapi' Danny setakat ini bersama Bolton!!


vs Wolves (1-0)


vs Tottenham (1-2)





Monday, February 7, 2011

0 "Berikan Torres masa"

0 Comments

Carlo mempertahankan Torres pada debut match yang kurang menjadi..Carlo mengatakan Nando perlukan masa untuk mendapat keserasian dan dia akan stick kepada 3 striker di hadapan seperti semalam..

'Fernando tried to do something, he had good movement and did a good job. He has to try in the training sessions to combine well with the other strikers but this is normal after one game.

'He has experience, he has confidence and he didn't show problems before the game. He was enthusiastic to play and didn't show a problem. I took him out because after 60 minutes and a very busy week for him it was good to take him out.'

'The problem was not these players together, they have a lot of quality,' the Italian argued. 'I have to try to put them together and I will try to do everything to put them together. They have fantastic quality, their shape was good. Obviously we could play better as a team, not just in front, but when you don't play quick from the back you have difficulty to find space in front.'


Tidak menyalahkan Torres kerana bagi aku dia ada potensi cuma mungkin formasi tak kena semalam..Carlo juga wajar dipuji kerana memberikan kelainan dan mencuba untuk menggandingkan Didi dan Torres di hadapan walaupun berisiko namun bagi aku hanya ada satu cara sahaja bagi membolehkan kita melihat nilai sebenar Torres; iaitu drop Drogba dan main 4-3-3..Eksperimen semalam agak jelas kita agak kaku dengan diamond seperti aksi awal musim lepas dan ketiadaan pemain sayap menyebabkan kita kurang menggunakan space di atas padang..Harap Carlo menilai kembali prestasi Drog, dan ambik risiko ini untuk mencipta sesuatu yang baru..Takde gunanya letak semua star jikalau skuad tak seimbang..Adakah 11 Messi akan menjuarai Champions League?? Fikir-fikirkanlah..Yeah, aku jugak agak kecewa Ramires tak main semalam, tetapi David Luiz adalah faktor utama aku yakin masalah defence kita akan selesai..

Dengan kekalahan semalam, peluang Chelsea untuk mempertahankan kejuaraan liga nampaknya sudah tertutup rapat..Aku harap kita kini menumpukan usaha untuk memastikan kedudukan Top 4 pada akhir musim..Dengan tinggal 12 game, serta dikejar rapat oleh Spurs, juga kini Liverpool saingan semakin sengit..The Blues akan menghadapi Manure dua kali, serta Spurs dan Mancee dalam baki perlawanan..Dengan rehat International minggu nie, diharap Carlo dapat memberikan latihan terbaik bagi membentuk formasi yang mantap bersama dua pemain baru kita untuk persiapan next game 14 Feb menentang Fulham..

Di samping FA Cup, CL masih memberi harapan namun ia bergantung kepada bagaimana Carlo menyusun Torres selepas ini samada mampu menjadi hit atau tidak menjelang pembukaan kalah mati 16 Feb nie..Tak dilupakan Barca tetap akan menjadi faveret musim nie..Chelsea till I die, KTBFFH!!


0 Kalah?? No hal la, Carefree!!

0 Comments


Chelsea kalah?? Torres flop?? Berdasarkan apa, hanya satu game?? Okey memang Chelsea tewas tadi, seperti yang aku jangka, dibezakan dengan margin 0-1 satu je hasil jaringan Meireless..Tapi apa yang aku puji adalah keberanian Carlo meletakkan gandingan Torres dan Drogba di hadapan, seakan gamble kerana belum diuji lagi keberkesanan duo ini di hadapan kecuali dalam PES 2011 yang konfem berdas-das gol masuk..

Seperti yang aku risaukan, memasukkan El Nino dalam kesebelasan utama sememangnya memberi pressure kepada dia kerana debut sahaja dah diberikan tekanan menentang bekas kelab justeru main pon agak kurang fokus..Mungkin formasi kurang berkesan atau masalah emosi tetapi formasi 4-3-1-2 adalah sesuatu yang baru dan jika tak cuba, tak tahu bukan?? Debut yang tak menarik untuk Torres dan David harinie tetapi bagi aku, apdahal?? Kita membeli mereka untuk jangka masa panjang, iaitu selama 5-6 tahun akan datang dan kegagalan diorang impress harini takkan mengubah tanggapan aku bahawa duo ini akan menjadi tunjang kita selepas satu era emas Didi n Co berakhir..Apa yang memberikan pemikiran positif untuk aku adalah Torres kelihatan serasi dengan teammate baru walaupun agak kurang menyerlah, manakala David dengan hanya cameo 20 minit dilihat ada ciri-ciri defender berkaliber yang tenang tetapi kental seperti Carvalho..Selepas 2-3 game aku yakin diorang akan menunjukkan nilai sebenar..

Biasalah dalam football ada gamble, dan berikan masa kita akan melihat hasilnya!! Sejujurnya 4-4-3 bagi aku masih formasi terbaik Chelsea, dan jika aku menjadi manager, aku sanggup melakukan rotation antara Didi dan Torres, kerana gaya permainan dua pemain nie memang sama dan diorang sama-sama mempunyai history tidak sukakan partnership di hadapan..Namun aku mungkin mahu melihat Carlo mencuba sekali lagi formasi diamond ini melawan Fulham, di mana gandingan Didi dan Torres perlu diberi peluang kedua..El Nino akan menjadi pengganti tetap Didi di masa hadapan, jadi bagi aku formasi Diamond ini hanya sementara sebelum kita kembali ke 4-3-3 bersama Torres sebagai leading striker bila sampai saat Didi sudah kurang effective..Kita kini di era peralihan, biasalah ada kurenng sikit sementara nak dapatkan yang terbaik..Change will lead to better future!! KTBFFH!!



APADAHAL!!






Sunday, February 6, 2011

0 Preview : £22m Vs £50m Man

0 Comments
Gigi Arnab lawan Si Blonde

Aku rase korang pon dah banyak baca preview match terulung malam nie..Tak perlu nak ulas panjang, tak perlu aku rasa nak review macamana 'panas' game malam nie, aku rase korang sendiri dah terasa bahangnya..

Mungkin banyak yang mengandaikan match malam nie adalah perlawanan individu antara dua signing terbaru kelab, Suarez vs Torres..Sorang pemain mahu membuktikan dia adalah hero terbaru kelab, sorang lagi mahu membuktikan dia mengejar impian di haluan yang betul..Apapun kata orang, aku mengandaikan malam nie bukan mengenai Suarez mahupun Torres, tetapi maruah kedua-dua kelab..Aku yakin perjalanan malam nie akan ditentukan oleh teamwork, determination dan siapa yang lebih hunger..Torres dan Suarez akan menjadi limelight, tetapi permainan berpasukan akan menentukan siapa yang layak mendapat 3 mata berharga malam nie...

Ancelotti belum memutuskan samada Torres akan starting atu tidak, tetapi berdasarkan suasana, malah kesungguhan Torres untuk menentang kelab lamanya, aku bajet dia akan starting 11, membentuk gandingan "Mahadewa'' bersama Drogba di hadapan..Dengan Chelsea ketika ini semakin bernafsu untuk mengganas hasil rentetan 3 kemenangan terakhir di liga, kita berada di prestasi terbaik..Stamford Bridge akan menjadi 12th Factor, malah aku menantikan chant Torres dari bangku penonton 'The Blues Army'..

Berita skuad, ketika ini hanya Zhirkov, Benayoun dan Alex yang masih tercedera manakala pembelian terbaru Luiz hampir pasti tak beraksi selepas baru pulang dari menyelesaikan isu permit..Bermakna Iva dan JT akan kekal sebagai gandingan CB, manakala Bosingwa dan Ash akan menyerang dan bertahan dari kawasan sayap..Walaupun Ramires bermain bagus, kemungkinan Mikel yang lebih berpengalaman akan beraksi bersama-sama Essien dan Lampard..

Bagi pasukan lawan, bagi aku Suarez dan Gerrard adalah threat utama untuk defend kita..Kedua-duanya pantas dan sekiranya lalai kita akan diserang secara counter yang pasti memberi padah..Jangan lupa Kuyt dan Meireless juga dalam prestasi terbaik dan perlu diberi perhatian..Cuma satu kelemahan Liverpool iaitu Kerengga dan Seketul..Sorang player dah tua, sorang skinhead hisap dadah..Walaupun ada Reina, secara defensive diorang masih kurenng jadi aku harap bahagian serangan Chelsea akan memanipulasi kelemahan di situ..

Ramai memberikan cadangan formasi terbaik untuk memasukkan Torres ke dalam starting 11..Carlo dah memberikan hint ketika menentang Sundalan dengan menggunakan taktikal 4-3-1-2 dan ternyata memberi impak positif, dengan Anelka menjadi tunjang serangan sebagai 'Trequatista'..Aku yakin strategi yang sama akan digunakan oleh Carletto, menggunakan kebijaksaaan Anelka, kepantasan Torres serta keganasan Drogba - LIVERPOOL PASTI HANCUR!!


Skuad malam nie (4-3-1-2)

Cech
Bosingwa-Iva-JT-Ash
Essien-Mikel-Lamps
Anelka
Didi-Torres

Result Prediction : Chelsea (2) - Liverpool (1)

Match Live Astro Supersport (817) 11.00 malam

Sudah tentu match malam nie dijangka sengit dan aku membayangkan mungkin akan dibezakan dengan satu gol..Kedua skuad mempunyai determination yang kuat untuk mempertahankan maruah masing-masing..Macam la taktau betapa penyokong Scouse nie memang envy dengan kekayaan Chelsea..Bagi aku siapa yang paling fokus dan bermain dengan lebih berdisiplin akan menang..The Blues mempunyai advantage fan home, dan ia akan memberikan kekuatan semangat kepada para pemain Chelsea..Suarez ke sapa, pedulik hapa aku..

"He's now a blue he was a red, Torres Torres...
I'd rather walk alone he said, Torres Torres...
Off to Stamford Bridge he came, to score a goal in every game...
Fernando Torres, Chelsea's number nine!"


Cmon Chelsea, hancurkan LiverFOOL!! KTBFFH!!



0 WAhahahaha!!

0 Comments
Meh sini abang Drogba nak rap pagi pagi buta nie..



Who let the Drog Out??

Wolves Wolves Wolves!!

Who make Shrek cries out??

Wolves Wolves Wolves!!

......




Saturday, February 5, 2011

0 Buildup : David bakal terlepas Super Sunday, Torres supersub??

0 Comments
Yeah, malam esok dah tentu match yang ditunggu-tunggu oleh semua peminat, terutamanya Chelsea dan Liverpool, sementara budak Sengal dengan Manure akan layan je kat tepi senyap-senyap..Perpindahan Torres ke kelab level tertinggi, Chelsea dari Liverpool secara mengejut pada Deadline Day menyemarakkan lagi api permusuhan antara The Reds dan The Blues, menjadikan ia sebagai match wajib tonton..Toksah nak kata la, malah kat internet Twitter, Fesbuk, Blog dah penuh caci-maki antara penyokong dua kelab yang tak berkesudahan..

Setiap orang ada pendapat tersendiri, bagi aku match malam esok tak beza dengan match lain, kita hanya ada satu je motif : MENANG..Bukan kerana nak menangkan Torres, tetapi kita mahukan 3 mata untuk memanjat carta liga..Libpudlians aku taktau la korang nak revenge ke, ape ke rasa dia tak menyumbang pada kelab (walaupun Torres dah skor 81 gol dalam 142 match untuk Liverpool), mungkin korang rasa dia tak mengenang budi (walaupun dapat £50m duit masuk), its up on your own opinion!! Layan la emo korang tu puas-puas~

Untuk match Super Sunday, aku akan buat buildup news mengenai perkembangan terbaru menjelang perlawanan malam esok..Berita terbaru David Luiz dilaporkan bakal terlepas match dengan Liverpool ahad nie, kerana terpaksa pulang ke rumahnya sejauh 11,000 mile untuk mendapatkan permit kerja..Luiz mungkin akan pulang ke UK esok tetapi dengan masa latihan yang terhad serta kepenatan dari penerbangan, berkemungkinan David akan menangguhkan debutnya sehingga match bertemu Fulham minggu depan..Ini bermakna Ivanovic bakal meneruskan tugasnya sebagai Centre Back manakala Bosingwa akan bermain sebagai Right Back..


Mengenai watak utama match malam esok, Carlo mengatakan Torres disahkan fit dan cergas untuk bermain malam esok, namun belum dapat dipastikan samada dia akan bermain kesebelasan utama atau digunakan sebagai subs.

"Fernando is fit, okay, and has trained well. He's available to play against Liverpool."

"I don't know if he will start or if he will come on during the game. It's my decision. I want to take that decision. I will take it before 4pm on Sunday."


Tidak ada pressure bagi aku untuk Torres menjaringkan gol dalam debut menentang Liverpool seperti yang diapi-apikan oleh media..Bagi aku ada sebaiknya kita menggunakan Torres sebagai subs untuk mengurangkan pressure..El Nino masih kurang keserasian bersama teammate baru jadi menggunakan dia sebagai kesebelasan permulaan adalah gamble terutamanya dalam match besar macam nie..Sepertimana Suarez menjaringkan debut gol sebagai subs, aku mengharapkan perkara yang sama akan Carlo fikirkan Ahad nanti..Bukan Nando seorang yang boleh memenagi match nie, tetapi semangat berpasukan adalah lebih penting!! With or without Torres, Mighty Chelsea akan meranapkan Liverpool di Bridge!! KTBFFH!



Friday, February 4, 2011

0 Belum main dah menang, apadahal??

0 Comments
Jersi Torres sedia untuk disambar!!

'Torresism' dah melanda satu London, hanya menanti masa je nak sampai ke Padang Besar..Jualan jersi No. 9 El Nino di Megastore Chelsea mencanak-canak naik dalam masa 2-3 hari dan ketika ini Torres adalah juara dalam perang jersi bersama pembelian terbaru Liverpool, Suarez dan Carrol..

Statistik terkini jualan menunjukkan jersi no.9 Torres lebih laris berbanding jersi no. 9 Carrol dengan nisbah 250-1..Di Anfield walaupun Carrol dibeli lebih mahal, jualan jersi Suarez nampaknya lebih popular melebihi Si Ekor Kuda hampir 380%..Namun haha masih tidak mampu menandingi demam Torres Mania, apabila El Nino menewaskan Si Arnab Suarez dengan nisbah 30-1..Malah permintaan untuk jersi El Nino dilaporkan adalah 40% lebih tinggi berbanding ketika Torres hadir ke Liverpool 3 tahun lalu..Dengan harga sehelai £55.94, Chelsea dijangka perlu menjual sebanyak 893,814 helai jersi (ori je, chow kit, big field, roadwalk tak main ok) untuk mendapatkan modal asal £50m Transfee Fee..



TORRESISM!!



Torres = King of The Shirt Sales, belum main dah menang, apadahal??


Thursday, February 3, 2011

0 Footage awal aksi Torres dan Luiz di Cobham

0 Comments


Mahukan gambar terkini dua signing Chelsea?? Memang sangat teruja dengan dua signing terbaru kita, dan kedua player nie dah sampai ke Cobham dan melakukan sesi latihan bersama teammate yang lain..Torres telah menjalani latihan 'ringan-ringan' dengan Coach Chris Jones semalam, diikuti oleh David Luiz yang tiba agak lewat dan baru bermula pagi tadi..Torres dan David Luiz ketika ini memang fit tanpa sebarang kecederaan dan berkemungkinan akan disenaraikan untuk debut menentang team Liverpool Ahad ini.

p/s : David akan memakai jersi no.4 peninggalan Makalele, Torres memakai jersi keramat Osgood, No.9!! Yeahh!!

Gambar paparazzi dari Cobham, layan!!

Aksi Luiz mengapungkan bola di udara

"Lain kali kalo nak tekong buat camnie Ramires, ngerti??"

Setakat timbang camnie, Titus James pon boleh buat..

"Aku nak dribble camnie la lawan Liverpool nanti, gelecek, gelecek, gelecek...Goool!!"

"Wehh, takde kuih muih ke lepas training?? Lapar siot.."

Sesi bacaan doa penutup majlis bersama Ustaz Abdul Salam Bilal





Wednesday, February 2, 2011

0 Post Match : Sesi memanaskan badan!!

0 Comments

Yeahh, pagi semalam Chelsea berjaya mencatat kemenangan 4-2 ke atas Sundalan, sekaligus membalas dendam kekalahan 3-0 November lalu..Dengan 3 mata yang diperoleh, kita semakin mengukuhkan kedudukan ke dalam Top 4, kini berada 1 mata di belakang Mancee dan 6 mata di atas Spurs yang akan bermain pagi esok..Sengal dan Manure sama-sama mengutip 3 mata penuh justeru persaingan untuk trofi EPL masih lagi sukar..

Apa yang membanggakan aku adalah semangat juang Chelsea yang tidak mudah menyerah..Selepas ketinggalan 0-1 seawal minit ke 4, The Blues bangkit untuk mengejar hasil jaringan gol Lampard dan Kalou menjadikan kedudukan 2-1..Sundalan menjaringkan gol penyamaan menerusi free kick Richardson namun Second Half Chelsea kekal mengasak dan kita mendominasi baki 45minit..Gol daripada JT membolehkan Chelsea kembali di hadapan dan Anelka memastikan The Blues pulang dengan 3 mata berharga dengan jaringan gol ke-4..

Persembahan kita pagi tadi memang menarik, terutamanya di bahagian serangan yang semakin lancar dan merbahaya, walaupun masalah defensive masih menjadi gangguan..Pujian harus diberikan kepada Carletto yang memberikan formasi terbaru bagi menghadapi Sundalan..Apa yang menarik formasi 4-3-1-2 yang digunakan Carlo seolah-olah memberikan hint Chelsea sudah bersedia untuk menggandingkan Drogba dan Torres di bahagian hadapan!! Anelka merupakan pemain yang menjadi tumpuan kerana dia bakal menjadi player utama tip of the diamond di belakang 2 striker dan hasil semalam memang memuaskan..Nik memporak-perandakan midfield Sundalan dan menjadi nadi serangan Chelsea semalam di belakang Kalou dan Didi..Nik memberikan satu assist dan satu gol serta beberapa gerakan menarik yang hampir memberikan Chelsea 2-3 gol tambahan..Tak mustahil formasi yang sama akan digunakan Ahad ini dan aku tak sabar melihat Anelka, Torres dan Drogba menghancurkan Liverpool!!

Kemenangan ini dah tentu menunjukkan Chelsea hampir kembali ke prestasi terbaik, dan walaupun 10 mata di belakang Manure, aku masih tak putus harapan untuk mempertahankan trofi EPL..Kemasukan Torres dan David jelas menaikkan semangat skuad dan aku yakin kita mampu menghasilkan sesuatu yang fantastik musim nie!! Apapun tumpuan selepas ini adalah match menentang Liverpool..Kemenangan ke atas Sundalan hanya pemanas badan, kini tiba masanya Chelsea dan Torres untuk menghancurkan The Reds!! KTBFFH!!



Tuesday, February 1, 2011

0 Preview : Dendam Kucing Hitam

0 Comments

Hahaha masih lagi dalam mood exctasy dengan pembelian Torres dan David Luiz tapi nanti dulu, kita ada match pagi nie weihhh jangan luper..Masih ingat lagi kekalahan 0-3 November lalu di tangan Black Cats?? Yup, antara result paling teruk Chelsea pernah terima lawan kelab level bawahan musim nie..Selepas seri dengan Everton, nampaknya proses pemulihan kita agak tersangkut seketika, tetapi masih dalam mood selamat..Dengan pembelian duo mega semalam, motivasi para pemain dah tentu akan naik mendadak dan aku yakin ia akan memberikan suntikan semangat kepada skuad kita yang agak lesu selepas bermusim tak menerima marquee signing..

Okeh jangan berharap David dan Torres akan bermain malam nie, sebab diorang belum masuk join training di Cobham, Carlo pasti akan tengok diorang dalam sesi latihan untuk menyesuaikan diri dulu sebelum diberikan debut pertama, berkemungkinan Ahad depan menentang Liverpool..Tanpa Sturridge, Kakuta dan Aanholt yang dipinjamkan, nampaknya hanya tinggal Josh dan Bruma sebagai pemain akademi yang tinggal..Carlo dijangka takkan melakukan perubahan besar, walaupun kita bermain agak hambar di Gurisan Hati Park minggu lepas..Mungkin Kalou akan bermain menggantikan Anelka dalam permulaan kesebelasan selepas gol penyamaan tempohari..Kemenangan amat ditagih, kerana akan memastikan tempat kita ke CL musim depan..Harap kita dapat menunjukkan kepada Torres mengapa dia hadir ke kelab yang betul!!

Skuad malam nie :

Cech
Bosingwa-Ivanovic-JT-Ash
Ramires-Essien-Lampard
Kalou-Didi-Malouda

Result Prediction : Sunderland (1) - Chelsea (2)

MATCH SUNDERLAND VS CHELSEA STAR SPORTS (CH813) 3.40 am LIVE