The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Wednesday, April 7, 2010

0 Little Leo Rock The World!!

0 Comments
Yup, off topic-walaupun tidak ada mengena dengan Chelsea tetapi kehebatan Messi semalam sememangnya suatu fenomena dalam dunia Bolasepak sekarang..Menjaringkan 4 gol menentang Arsenal di kejohanan bertaraf dunia seperti CL, dan kesemuanya dilakukan secara berseorangan tanpa bantuan teammate sememangnya satu keadaan yang CRAZY..Selaku Fan Chelsea dan Football secara general, walaupun aku tidak menyokong Barca, Messi sememangnya layak di-salute sebagai Footballer yang amat Ajaib..

Jika bapak, datuk nenek kita boleh bercerita kepada kita bagaimana legend2 terdahulu mewarnai dunia bolasepak seperti Maradona, Pele, Puskas, walaupun kita bukan se-zaman dengan mereka sudah tentu kita akan cuba menggambarkan suasana ketika itu..Bagi aku Messi tidak layak digelar Best Human Footballer kini kerana dia sememangnya bukan HUMAN!! Seperti makhluk ajaib dari galaksi lain boleh dikatakan tiada siapa yang dapat menafikan Messi amat tinggi tarafnya dalam dunia bolasepak kini, mungkin lebih dahsyat dari mentornya Maradona, Little Leo boleh la dikira seperti Football Goddess.. Generasi kini boleh dikatakan bertuah dapat melihat aksi Messi secara live, mungkin dalam 20-30 tahun akan datang bila kita semua dah ada anak, cucu kita dapat menceritakan kepada generasi baru bagaimana hebatnya makhluk yang bernama MESSI..

Jangan terkejut kerana Messi masih muda disebalik reputasi hebatnya kini, baru umur 22 tahun (sama umur dengan aku beb!!) dan dah tentu masih banyak yang akan dilakukan oleh Little Leo dalam karier nya terutama World Cup 2010 yang akan berlangsung nanti..Selaku Fan Chelsea aku sememangnya iri hati bagaimana Barca memperoleh pemain seperti Messi..Diharapkan suatu hari nanti kita mampu mencipta pemain seperti Leo..

Tapi sehebat mana pon Messi, dia masih lagi kantoi dengan kelab kesayangan aku Chelsea dalam pertemuan Champions League season lalu, menunjukkan The Blues lagi marvellous dari Little Leo!! Haha dalam match musim lepas Messi sememngnya senyap dalam kedua-dua leg, jika tak puas hati aku harap kita akan bertemu lagi Barca season depan dan menunjukkan Who is The Best!! Jose dan Inter kini ada tugas besar untuk menghalang Messi, may the best team win..Apepun selaku Football Fan, no doubt, Messi is TOTALLY CRAZY!!


0 Joey Kembali Bernafas!!

0 Comments
Magician 10 is back!!

Musim nie sememangnya bukan musim terbaik Joey, di awal musim, dia mengalami kecederaan, terkeluar dari skuad England, kontrak Chelsea tertangguh dan tidak diberikan peluang bermain oleh Carletto..Tidak mahu menyalahkan manager, kerana Joey sememangnya kelihatan seperti pemain yang sudah berumur, cepat pancit, kurang pantas dan injury prone..ketika itu semua fan dan media mempersoalkan mengenai prestasi Joey yang kian merosot dan ramai yang mengatakan dia sudah 'Finished'..

Tetapi hanya dalam beberapa minggu lalu segalanya berubah, kecederaan Didi dan kemerosotan Anelka jelas memberikan peluang sekali seumur hidup kepada Joey..Take it or leave it!!..Joey tidak menoleh ke belakang, dengan Anelka direhatkan, peluang bermain menentang Posemut digunakan sebaiknya, cross dari Joey menghasilkan gol kelima Chelsea..Jelas masih ada sinar di situ..Menentang Villa, dengan Didi injury, Anelka kembali menjadi striker dan Joey mendapat peluang kedua di sayap kanan untuk membuktikan dirinya still marvellous..keupayaan Joey bermain flow football memberikan kelebihan pada Chelsea, dia merupakan link terbaik antara midfield dan striker, membolehkan kita menang besar 7-1..ketika ini Joey sudah semakin mendapat kepercayaan dari Carletto..mendapat 1-2 game secara berterusan memang menaikkan confidence Joey..

Backheel yang merubah segala-galanya

Kemuncaknya adalah di Old kerepot minggu lepas, bermain di posisi sayap kanan, Joey melakukan segala-galanya untuk menunjukkan mengapa dia digelar 'Wonderkid' suatu ketika dulu..Di pentas terbaik Old Kerepot, di hadapan 75,000 penonton, di hadapan manager kelab dan negara yang meragui keupayannya, Joey melakukan Backheel Goal yang World Class dan memberikan titik terpenting untuk Chelsea memenangi pertemuan di Theatre of Cream dalam masa 4 tahun..

Kini Joey kembali bernafas, namanya kembali disebut untuk skuad England, pihak pengurusan Chelsea kembali membuka mata mengenai keupayaan Joey di atas padang, Capello tersenyum, begitu juga Carletto, the Pheonix has risen from the ashes, they said..

Namun masih ada sesuatu yang masih berlegar dalam pemikiran Fan Chelsea, mampukah kita melihat pemain berbakat seperti Joey dilepaskan begitu sahaja terutamanya kepada rival seperti Manure??..Masalah kontrak masih lagi diperkatakan, kerana Joey dikatakan demand gaji setaraf John Terry dan Frankie..Bagi aku, adakah Joey layak mendapat kontrak baru?? Sudah tentu!! Adakah Joey layak mendapat salary setaraf JT dan Frank?? Sudah tentu tidak!! Joey tidak menjaringkan 20 gol setiap musim seperti Frankie, manakala dia tidak sekental Terry yang mampu bermain setiap match dalam satu musim..

Yup, Joey sememangnya hebat, tetapi dia masih tidak layak nak demand gaji tinggi2..Joey merupakan pemain Chelsea yang dikatakan sememangnya berdarah biru..Merupakan Chelsea Fan dari kecil, sudah berapa kali ungkapan" I Love Chelsea" dikatakan dan apabila transfer rumours berlegar, Joey akan segera menafikan dengan mengatakan dia gembira bersama The Blues..Tapi sekiranya Joey adalah True Blues, bagi aku persoalan gaji tidak seharusnya menjadi persoalan, gaji £80,000-a-week yang diterima kini sudah cukup tinggi, sekiranya dia mahu stay, bagi aku dia perlu merendahkan permintaaannya untuk mendapatkan kotrak baru..Yup, perbincangan kontrak Joey mungkin akan ditangguhkan kini sehingga musim tamat, aku harap penyelesaian terbaik mampu dicapai, dan sudah tentu, ak harap Joey kekal musim depan!!

Kembali dalam skuad England dan berambut panjang??

Okey mengenai skuad England, no doubt Joey perlu diterbangkan bersama ke South Africa!! Kecederaan Beckham jelas memberikan ruang percuma kepada Joey, siapakah pemain England yang mempunyai banyak skill seperti dia?? Mempunyai abiliti yang jarang dimiliki oleh Englishmen lain, Capello diharapkan akan membuka mata untuk memanggil Joey kembali ke dalam skuad England..Sekiranya Fit, aku yakin dia mampu menjadi pemain yang mampu mengubah result satu-satu game sepertimana yang berlaku di Old Kerepot..

"If I am playing regularly in a team fighting to be champions I will have every chance to be in England squad. But my main focus now is Chelsea. It is very important this club gets back to the summit of English football. I want to be part of the team that becomes champions again."


Buat masa kini, Joey akan menumpukan sepenuh fokus untuk remain fixture untuk Chelsea, aku yakin dia akan memainkan peranan penting untuk The Blues menjelang penghujung musim nie..Harap dia akan memberikan yang terbaik dan kekal beraksi hebat sehingga tamat untuk membantu Chelsea meraih Double!! All the best to Joey!!


Monday, April 5, 2010

3 Pak Gasang kunyah Chewing Gum

3 Comments

Habis je match kelmarin, terus je aku temuramah Pak Gasang (PG) aka Alex Ferguson tentang kekalahan Setan kepada Ombak Biru London di Old Kerepot, dalam hati aku "boleh ke nak tanya die nie nanti kena baling kasut"-memegang semangat Zola Legend Chelsea aku memberanikan diri-yelah Manure dah kalah konfem dia tengah berapi nie..

Setapak demi setapak ak mendekatkan diri kepada bench Manure, nampak Pak Gasang di situ, tiada reporters lain, peluang baik, aku pun menyusup mendekati orang tua nie..

The Blues Army (TBA) : Pak Gasang, saya dari blog The Blues Army nak mintak komen mengenai match nie..Apa komen dengan kekalahan kepada pasukan sekuat Mighty Chelsea kat Home??

PG : (sambil kunyah Chewing Gum) Referee memang bangang!! Setakat nie tak pernah team aku tak dapat penalti dekat Old Kerepot..Lawan Liverpool, Arsenal dah dapat, kenapa kali nie tak?? Mike Dean nie memang buat aku menyirap..Park sememangnya kena tackle, walaupun dive ke tak, sebab nie Home kitorang, so ref sepatutnya bagi favour pada team aku..Drogba pulak Offside, buta ke?? Kalau bukan sebab gol kedua Chelsea nie, match nie seri 1-1!!

TBA : Err Pak Gasang, kalo tak silap saya gol Macheda patutnya tak kira jugak sebab handball, so nak kira fair, Chelsea menang 1-0 la..

PG : Handball?? Nonsense!! Mana ada, player Manure sume jujur, mana pernah nak menipu dalam game..

TBA : Betul la, tak percaya?? Pak Gasang tengok gambar nie~

Aku pun mengeluarkan satu gambar dari dalam kocek yang aku baru print dan tunjukkan pada Pak Gasang..



Sambil aku tengok dia terkebil-kebil melihat gambar nie, aku pun bersuara kembali..

TBA : Nie die, jelas lagi nyata Macheda handball..Betul tak??

Sambil terkumat-kamit dia berkata..

PG : Emm..Err..Mane?? Tak nampak pon??

TBA : La, takkan tak nampak kot, tu punye jelas besar bola kena tangan..Cube tengok betul-betul..(sambil aku suakan gambar tu dekat-dekat depan dia)


Pak Gasang dah nampak gelisah, muka dia dah dipenuhi peluh-peluh cuak seolah-olah Norman Hakin kantoi kena tangkap basah..sambil berdalih dia cuba seolah-olah tak nampak gambar yang aku tunjuk..

Pak Gasang pura-pura tak nampak


PG : Emm sori la, hari ni saya tak pakai cermin mata, saya pon ad press lagi pasnie, saya gerak dulu la..Sorry

Tanpa membuang masa, Fergie bergerak pantas beredar memasuki tunnel membiarkan aku keseorangan di situ..Sambil berlari pantas, mulut dia berkumat-kamit seolah-olah tidak berpuas hati dengan sesuatu..

Semasa melihat dia beredar, aku terlihat sesuatu tertinggal di atas kerusi yang diduduki Pak Gasang..


Chewing Gum kepunyaan Pak Gasang tertinggal atas kerusi..nampak belum berusik.Aku termanggu di situ sambil melihat Player The Blues masih lagi bersorak-sorai di tepi padang bersama Carletto dan kedengaran laungan Blues is The Colour di sekeliling stadium yang hampir kosong tanpa Fan MU..

Sunday, April 4, 2010

2 Post Match : Bendera Biru berkibar megah di Teater Angan-angan..

2 Comments

Seperti namanya Theatre of Dream aka Teater Angan-Angan, nampaknya Fan Manure kini boleh berangan-angan je la nak merangkul EPL musim nie, CL?? Langkah mayat Bayern dan Flying Dutchman Robben dulu..Kemenangan 2-1 Chelsea semalam melengkapkan great comeback The Blues untuk merampas tempat teratas seterusnya mencerahkan peluang untuk meraih Double!! Tiada yang lagi mahsyuk daripada melihat Manure tersungkur di laman sendiri dan Blues Flag Fying High di Old Kerepot!!

Match semalam bagi aku sememangnya sukar, yup kita mendominasi First Half tetapi keseluruhannya agak balance, cuma finishing dan confidence yang memuncak dari player2 The Blues yang membezakan segala-galanya..

Carletto membuat kezutan di awal match dengan merehatkan Didi sekali lagi dan menggunakan formasi dan lineup yang sama seperti ketika menentang Villa minggu lepas..Agak terkejut tetapi tidak risau kerana menentang Villa skuad ini bermain dengan teamwork yang jitu..Didi agak selfish dan bagi aku Anelka sememangnya teamwork player yang membolehkan Chelsea bermain dengan flow football yang pantas!! Berita yang melegakan bagi aku adalah apabila melihat nama Joey mucul dalam lineup, menafika rumous bangang di Internet yang mengatakan dia injured dan doubtful untuk match nie..Ak memang yakin Joey akan kembali hebat dan aku mahukan dia bermain dalam match nie sebagai platform untuk membuktikan dia masih Marvellous!!


First Half kita dapat melihat betapa formasi 4-3-3 yang semakin mantap diadaptasi oleh Carletto menunjukkan mengapa kita mampu membelasah Villa 7-1..Deco, Mikel dan Lampard sememangnya gandingan yang semakin marvellous di bahagian tengah yang menyebabkan Fletcher, Scholes dan Park terkontang-kanting meminta bola..Malouda sememangnya Best Player Chelsea season nie, larian pantas Malouda jelas memberikan masalah kepada Neville yang dah nak tua patah kaki cuba mengejar Flying Frenchman..Tidak menunggu lama, kita mendahului di minit ke-20 apabila larian Malouda (sekali lagi) sukar dikekang dan cross leret dari sayap kiri berjaya menemui Joey yang bijak melakukan flick untuk Gol Pertama Chelsea!! Sememangnya World Class Goal, apatah lagi menewaskan keeper seperti Van Der Sar..Aku yakin dia mampu melakukan Magic, dan ternyata Joey tidak menghampakan!!

Chelsea sekali lagi mendominasi keseluruhan First Half, tidak memberikan ruang kepada Valencia, Fletcher dan Park untuk menyerang kubu Chelsea yang kebal..Berbatov?? Tidak perlu disebut, si Pemalas nie tiada langsung memberikan masalah kepada Terry and Co..Park dijatuhkan di dalam kotak penalti, tiada penalti, agak kontroversi, tetapi selpas itu Anelka juga dijatuhkan di dalam penalty Box oleh Neville, memang obvious, kedua-duanya memang Penalti, Cancel Both, so keputusan yang adil dari Mike Dean..

Second Half adalah situasi yang berbeza, Manure mengasak habis-habisan namun kerana tiada finisher setajam Rooney the Shrek, mereka hanyalah Ordinary Team, tiada siapa yang mampu memberikan masalah besar kepada Defence Chelsea..Joey sekali lagi menunjukkan Sentuhan Emas dengan through pass yang cantek untuk Ferreira overlap membawa bola one-on-one dengan Van Spender Besar , namun finishing yang hampeh membuatkan Fan Manure boleh dikatakan bernasib baik tidak dibolosi lagi..

Manure sekali lagi mengasak benteng Chelsea dan ketika ini aku sudah berkata kepada Carletto, Tiada Subs?? Sesuatu perlu dilakukan untuk meredakan serangan Manure, aku tidak mahu kejadian menentang Blackburn berulang kembali..Syukur Carletto dah makan pil minyak ikan kod, Dumex dan Kismis Jampi Malam Jumaat untuk membolehkan dia berfikir pantas kini..


Kemasukan Didi dan Kalou menggantikan Anelka dan Joey yang kepenatan jelas keputusan yang tepat di waktu yang tepat!! Gandingan berdua player Ivory Coast ini sememangnya membawa tuah, lorongan Kalou membolehkan Didi merembat Gol Kedua Chelsea melepasi Van Spender Besar..Yup, aku akui memang offside, tayang ulang kali memang Linesman bersalah, tetapi tidak lama selepas itu, Mike Dean memberikan favour untuk Manure pula, Gol dari Subs Macheda jelas handball, yup terkena dada dan terkena tangan, jelas dia cuba menahan bola menggunakan tangan..Sorang lagi adik Henry dan Maradona..Disebabkan Didi offside, jadi aku pon tak kisah la gol tu, amik la bagi fan Manure yang merengek-rengek seperti manager mereka..Fair bukan?? Kesimpulannya The Blues menang secara adil 1-0.. Chelsea bertahan dan kita berjaya menakluk Old Kerepot kali pertama dalam masa 4 tahun!!

Match Highlight :



Kesimpulan match nie :

-Manure sememangnya One-Man-Team!! Diorang takde Rooney je dah merepek macam Dunia Nak Kiamat..Diorang tak tengok lagi Injury List Chelsea; Essien, Carvalho, Ivanovic, Ashley Cole, Bosingwa kesemuanya First Team Regular player, Chelsea tak tergugat pon, siap boleh main cantik lagi kat Old Kerepot..No Rooney, No Chance!! Chelsea for Premiership!!

-Teamwork semakin mantapp!! Football adalah permainan berpasukan bukannya individu, skuad kita kini lebih bersatu, setiap pemain bermain sebagai satu team, reliable to each other, yang membolehkan Chelsea menjadi sebuah team yang sukar dikalahkan kini..Bersatu Teguh, Bercerai Roboh!!

-Beberapa pemain sudah menunujukkan Value mereka..Zhirkov menunjukkan betapa tag $18 juta yang dimiliki adalh setimpal dengan bakat yang dia ada..Defensive yang mantap juga Offensive yang marvellous seperti larian2 pantas yang kerap memberikan masalah kepada Neville..Ashley sudah pasti amat risau posisinya akan dicuri kini..Deco seperti muda kembali, possesion kita di First Half banyak diperoleh dari kebijaksanaan pemain Portugal nie..Seperti Xavi dia mempermainkan midfield Manure..Joey adalah satu lagi player yang kian meningkat!! Gol pertama memang Top Class, manakala larian, vision dan passing ability sepanjang match jelas kelebihan Joey..Through Pass untuk Ferreira adalah Genius!! Worth a Contract and World Cup Place??

-Carletto menunujukkan mengapa dia bakal menjadi Manager Pertama Stay di Chelsea selepas Jose..5 kemenangan dari 5 match menentang Big 4, Double kepada Manure dan Arsenal, jelas menunjukkan dia mendominasi EPL musim nie..Harap Decision ability Carletto yang agak teruk sebelum ini akan terus diperbaiki..Kemasukan Didi dan Kalou sememangnya keputusan yang Tepat!! Nice One Don!!


Papepon ini adalah permulaan, kita sudah mendapat platform terbaik untuk menjadi EPL Champions, hanya 5 match tinggal, kita belum lagi konfem juara, jangan angkuh dan kekalkan prestasi yang ada, aku yakin kita mampu teruskan kemaraan dan merangkul Trofi Premiership!! Next Match Villa menanti di Semi FA Cup, tumpaskan Villains, Big Chance Double for Chelsea!! KTBFFH!!



Note : Bagi sesape tengok match highlight kat atas, komen Joey lepas match memang best :

"I didnt think I'm finished, if I can play regularly for Champions, sorry, I mean Chelsea, we will be Champions, I will find every minute I can to play like this. My focus is Chelsea right now, I just want to play football like always"


Haha, of course, we will be Champions!! Nice One Joey!!






Saturday, April 3, 2010

3 The Blues on Top!!!

3 Comments

Fan Manure tak puas hati?? Didi Offside?? Kontroversi?? Biar aku ingatkan, gol Macheda adalah handball, dan Mike Dean sememangnya fair, Park tidak mendapat penalti, begitu juga dengan Anelka yang jelas dikasari oleh Neville..Nak dikira fair, gol Joey menentukan segala-galanya..Who cares?? We are on top now!!

Nak dikira match tadi sememangnya dikuasai sepenuhnya oleh Chelsea, formasi 4-3-3 sememangnya marvellous berdepan team yang tight seperti Manure..Aku masih ingat bagaimana Chelsea amat senyap ketika berdepan Manure awal season di Bridge dengan menggunakan taktikal Diamond..Bayern sudah melakukannya dan kini Chelsea juga berjaya melaksanakannya!!

Joey sememangnya marvellous, seperti yang aku katakan, ternyata dia masih ada magic!! Flick Goal sememangnya Top Class dan membuktikan sentuhan emas Joey masih wujud..Malouda sememangnya Main Threat, first half dia memberikan masalah demi masalah kepada defender Manure terutamanya Neville..Deco, totally brilliant, seperti xavi, dia merupakan playmaker terhebat Chelsea, walaupun berbadan kecil, speed dan vision yang dimiliki Deco jelas memporak-perandakan Midfield Manure..Carletto kali nie aku puji, lebih pantas membuat keputusan, Second Half kita agak tertekan hasil serangan dari Manure, tetapi kemasukan dua sub Didi dan Kalou jelas meredakan serangan mereka dan membuka ruang untuk Gol Kedua Chelsea..No offence, Didi memang offside, tetapi gol Manure juga kontroversi, Macheda menggunakan tangan untuk menjaringkan gol..Fair bukan??

Secara keseluruhan The Blues jelas mempamerkan ciri2 Champions di Old Kerepot, dominasi dan prestasi kita kini sedang memuncak!! Chelsea kini kembali di persada liga dengan dua mata, hanya 5 match tinggal, menang kesemuanya, kita akan menjadi EPL Champions!!


Keep Supporting, Keep Believing, Keep The Blues Flag Flying High!!


3 Preview : Clash of The Titans!!

3 Comments

Sudah tiba, sudah hampir menjelma, match yang ditunggu-tunggu oleh semua Fan The Blues akan berlangsung malam nie, aku pasti semua sudah berapi-api dalam hati menunggu pertemuan Clash Of The Titans!!

Old Kerepot sememangnya tempat yang sukar, memang aku akui betapa hampir 4 tahun kita gagal mencipta kemenangan di sini, kali terakhir 2004/05 di mana kita menang 3-1..Malam ini sememangnya peluang terbaik untuk mencipta sejarah baru di depan fan2 Manure!!

Pihak Tuan Rumah sememangnya dalam keadaan cedera, kekalahan 1-2 kepada Bayern dan ketiadaan Rooney memang memancitkan Manure yang banyak berharap kepada Shrek sebagai goal scorer sepanjang musim..Tapi jangan over-confidence, walaupun tercedera, Manure tetap ampuh di bahagian Midfield dan Defend..Vidic dan Ferdinand tetap pertahanan yang sukar ditembusi..Nani, Valencia, Park dan Fletcher akan tetap menjadi nadi Manure untuk mencipta peluang jaringan walaupun tanpa Rooney..Be cool dan bermain seperti biasa, aku yakin mereka mampu dijinakkan..

Kem Chelsea sememangnya berbeza, selepas seminggu rehat tanpa match Europe, sudah tentu skuad The Blues mempunyai barisan pemain yang lebih cergas dan kemenangan 7-1 minggu lepas ke atas Villa meletakkan mentaliti pejuang Biru di tahap tertinggi!!! Hanya Didi yang agak merisaukan kerana dikatakan akan menggunakan pain barrier sepanjang match, dan nie bukan cerita baru, dikatakan dia sudah bertahan sejak beberapa minggu lalu..Carletto sudah declare Didi fit sepenuhnya cuma pain barrier yang digunakan berisiko akan membawa surgery hujung season nanti..Mungkin akan mengganggu persiapan World Cup, tetapi buat masa kini, Didi boleh bermain!!!

Tapi jangan gembira dulu, berita terbaru yang aku terima agak merunsingkan, Joey dikatakan tidak akan beraksi akibat kecederaan sewaktu training yang sudah tentu akan membuka laluan untuk Anelka beraksi..Masih belum official tetapi jika benar Anelka perlu menjadi pengganti di posisi sayap kanan..Jika hanya gurauan mesra, aku yakin Joey perlu starting!! Dengan Capello memandang, aku yakin dia mampu mencipta sesuatu yang magic!!

Perlukah kita menukar kepada diamond?? Bagi aku tidak perlu, kita sudah sedia maklum, Malouda tidak akan perform sebagai Attacking Midfielder..Malouda sememangnya aset terpenting Chelsea dan playmaker yang terhebat dalam skuad kita kini dan aku tak mahu prestasinya menurun akibat pertukaran formasi..Sayap kiri adalah makanan ruji Malouda, manakala aku yakin Si Tua Neville sudah tentu akan mudah diratah malam nanti..Lampard juga lebih selesa dalam formasi 4-3-3 di mana dia menjaringkan 5 gol dalam 2 match terakhir..

Tetapi untuk formasi yang lebih selamat, bagi aku blueprint formasi Bayern boleh digunapakai, yup bagi aku match malam nie akan berkisar di posisi midfield dan kita amat perlukan kekuatan possesion sekiranya mahu memenangi match nie..Formasi 4-2-3-1 seumpama 4-3-3 tetapi lebih padat di bahagian tengah..Aku harap dengan formasi ini kita mampu membenam Manure!!

Formasi (4-2-3-1) :

----------Cech------------
Ferreira-JT-Alex-Zhirkov
-------Mikel-Deco------
Joey-Lampard-Malouda
----------Didi----------

Sekiranya midfield mampu bergerak dan memberikan cover yang bagus kepada defender, aku yakin kita mampu survive dari dibolosi..Berbatov bahaya bola tinggi, selagi kita mampu mengekang Valencia dan Nani melakukan cross2, kita akan selamat..aku tak nampak mereka mampu menembusi defence kita dari bahagian tengah tanpa Rooney..Gandingan Lampard-Deco-Mikel diharapkan akan terus menyinar, Ballack mungkin boleh dimasukkan sub sekiranya kita mahukan lebih protection di bahagian tengah nanti..Bahagian kanan defence adalah kelemahan utama Manure, jelas kelihatan Neville adalah lubuk emas pihak lawan yang dapat dilihat ketika menentang Bayern..Attack habis-habisan bahagian ini, aku yakin kita mampu meraih gol!! Ribery sudah melakukannya, kini giliran rakan senegara, Malouda..

Result Prediction : Manure (0) - Chelsea (3) Malouda 1, Didi 2

Tidak tahu mengapa, aku rasa amat yakin kita akan menang malam nie, harap bukan mainan perasaan semata2 atau omong kosong, segala kerumitan yang dilalui pihak lawan sudah membuka peluang luas kepada Chelsea untuk kembali menerajui takhta EPL..Sekiranya tidak digunakan sepenuhnya dah tentu satu kerugian..Mungkin nie adalah hint yang ini adalah tahun kita..Ayuh, robohkan Old Kerepot!! KTBFFH!!

Match LIVE 7.40 mlm ESPN
Ready to Rumble??

KEEP
THE
BLUES
FLAG
FLYING
HIGH!!









2 Replay : Manure 1-Chelsea 3

2 Comments


Yup, agak lama kita tidak menang di Theatre of Cheat..season 2004/05 adalah musim terakhir kita berjaya menundukkan Manure di laman mereka dengan jaringan 1-3..Mengimbau masa dahulu, match nie jelas menunjukkan berapa superiornya Mighty Chelsea sewaktu itu..Harap kita mampu melakukannya semula!! Enjoy The Vid!! KTBFFH!!

Friday, April 2, 2010

3 Beware the 13th Man!!

3 Comments
Seperti diketahui kita akan beraksi di Old Kerepot malam esok, dan Manure akan memperoleh sokongan penuh dari home fan hampir 75,000 penonton esok..Home Fan sering digelar 12th man dalam satu-satu match, di mana mereka mampu memberikan perbezaan dengan sokongan dan suara2 lantang sokongan kepada Home Team..

Tetapi seramai mana 12th man nie, mereka hanyalah penonton bagi aku, tidak banyak yang mereka boleh lakukan selain dari memekik maki hamun pihak lawan dan bersorak untuk pemain kesukaan mereka..Aku tidak risau mengenai 12th man, yang aku risaukan adalah 13th man yang akan mnentukan match malam esok..Who's 13th Man??

13th Man adalah referee yang akan mengadili match malam sok..Amat tipikal, di Old Kerepot pihak lawan selalunya akan menjadi mangsa pengadilan yang biased dan kebanyakannya favour kepada Manure..Tidak Percaya?? Tanya Arsenal dan Liverpool apa yang berlaku di Old Kerepot..

1) Rooney dive untuk mendapatkan penalti lawan Arsenal awal musim dulu..
Result akhir Manure menang 2-1..


2) Foul di luar kotak dapat Penalti?? Total Nonsense. Mascherano dikatakan mengasari Valencia membolehkan Manure dapat penalti..Result akhir Manure menang juga 2-1..

Inilah sebabnya aku kurang ngam dengan Manure..Pak Gasang sememangnya banyak konco2 dalam EPL, hatta dalam referee dan FA..Manure selalunya menggunakan taktik kotor dan strategi mereka untuk menang memang memualkan aku dari dulu..

Mike Dean

Match malam esok akan diadili oleh Mike Dean, referee yang mengadili kita sewaktu tewas 2-4 kepada Man City bulan lalu..Dalam match tu memang dia kita main macam haram, tapi dari refereeing, tiada kesalahan dari Dean..Harap dia tidak akan berat sebelah dan mengadili match malam nanti dengan seadil-adilnya..Ikut la panduan dalam buku yang dipelajari semasa nak dapat Lesen Pengadilan, bukannya kata2 Si Tua Hidung Merah nanti..Bring the Fair Play!!





2 Ciss Kau Wedges!!

2 Comments
Prof.Wedges


Mengungkap kata2 bijak pandai Proff Sengal Wedges dua minggu lepas:

"Chelsea have a mental disadvantage and maybe a physical advantage in the longer run," the Gunners boss told reporters at a press conference on Thursday.

"I know how hard it is to get over a disappointment like they faced in the Champions League, so the two points they dropped at Blackburn [Rovers] could have been down to that."

Carletto segera membalas minggu lepas:

"Mentally, it wasn't good for us to go out of the Champions League. But after the victory against Portsmouth, this moment is finished. We have to look at every game.

"We play Aston Villa tomorrow and then have a week to prepare for Manchester United. That could be an advantage for us. Before, we had midweek games. We are disappointed to be out of the Champions League, but it could be an advantage."


WTF Wedges?? Tak perlulah aku mengingatkan kemenangan besar 7-1 Chelsea minggu lepas, dan ya, jangan dilupakan kanak2 Sengal yang diagung-agungkan Wedges seperti mempunyai mentaliti kuat seri 1-1 sahaja bersama Birmingham..Siapa yang berkata besar sebelum nie?? Shout your mouth, Wedges!!!


Nie la akibatnya bila memekak tak tentu hala..Kan dah kena sumpah jadi Cheesy Wedges..


Yup, kalau boleh aku pon mahu melihat Chelsea merangkul Piala Eropah, tetapi musim nie entah la, aku rasa tak yakin walaupun jika kita layak menang dengan Inter tempohari..Skuad musim nie agak lesu, kurang mantap dan banyak injury..Jika Chelsea kekal di dalam Europe, besar kemungkinan list injury akan menjadi lebih teruk dari sekarang, dan tidak mustahil mungkin akan menjejaskan prestasi Chelsea di Premiership, FA Cup, sedangkan CL bukannya mudah digapai..Nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran..Menang Double lagi sedap dan lazat!! (macam Double Cheeseburger)

Okey dua malam berturut2 kita disajikan dengan match Europe, yup, memang perit bagi Fan The Blues, kita sudah terkeluar, jadi kebanyakan The Blues Army yang keluar pon tengok je la sebagai Neutral Fan..Ak usha game pon sebab bosan, sekadar nak usha isi masa lapang..Wedges mengatakan The Blues akan mental down akibat match Eropah, tapi berdasarkan apa yang aku lihat, out dari Europe jelas menguntungkan Chelsea, dan seperti dikatakan Carletto bakal memberi Big Advantage kepada The Blues dalam perebutan Premiership..Seingat aku, pernah ke Chelsea Mental Down??

Kesibukan rival di Eropah jelas menguntungkan Chelsea..Manure kehilangan Rooney selama sebulan, manakala Sengal kehilangan Gallas dan Arshavin selama 3 minggu, Fabregas lak dikatakan out sampai habis season..Mngkin nie la last die pakai baju tadika Arsenal, tengok macam beria2 nak join Barcelona season depan..Result lak sekor2 macam haram, sekor seri, sekor kalah..Nak dibandingkan, Chelsea mendapat rehat seminggu dan mempunyai persiapan terbaik menjelang match menentang Manure sabtu nie dan match2 yang mendatang..How ironic??

Biarlahkan rival kita cuba menggapai impian mereka yang tidak pasti (result fist leg pon dah tau sape pemenang), predict aku Barcelona mungkin juara CL lagi, dan Chelsea akan mengumpul semua tenaga untuk bermaharajalela di EPL menanti rival2 kita yang kepenatan pulang dari Europe tanpa hasil..Boleh dikatakan fan2 team lain boleh cakap besar mereka kekal dalam CL, bagi aku mereka hanya bermimpi dan di-April-fool-kan oleh angan2 mereka..

Pedulikan team lawan, match Sabtu nie, kita akan menambah misery untuk Manure yang sedia cedera parah di bedal Bavarians..Tiada masa yang lagi tepat, Shrek tiada dalam list player, Manure kepenatan, The Blues berkunjung dengan Full Energy, Old Kerepot akan roboh sekelip mata!! Arsenal?? konfem seri 1-1 dengan Wolves..Minggu depan nak kalah jumpe Barca lak, simpan la player2 yang ada elok2 minggu nie ea..



Oh ya, semalam aku baca dukacita dilaporkan Didi tak cergas dan bakal terlepas match menentang Manure Sabtu nie..





Tapi Tidak!!

Ini semua penipuan belaka, April Fool!!

Didi sudah konfem fit dan bakal menghancurkan Manure nanti!!

KTBFFH!!




Thursday, April 1, 2010

0 Nik atau Didi??

0 Comments
Ada kesempatan nak menulis post aku gunakan sebaiknya, mungkin agak short kerana masa aku agak terbatas..Post nie pon hanya dibuat untuk korang berfikir dan komen2 le sendiri..

Menjelang match lawan Manure, Carletto dalam dilema, dia suruh aku tanya fan2 kat Malesia (ntah Carletto sebut camnie) siapa yang patut dipilih sebagai lone striker nanti?? Kt sini aku senaraikan beberapa info penting pasal dua candidate nie..Pemilihan bergantung pada korang :

Nicolas Anelka
Nickname : Nic, Niko


Kelebihan
-muke ala2 rappers Akon, smart abess..
-Larian pantas, sedap bila counter..
-Dribbling kemas, mengelirukan
-Teamwork player, tak tamak, banyak assist
-Humble, tak kecoh2..tak pernah kena Red Card
-Imam Masjid Kings Road, London

Kurengg
-Takde rambut apatah lagi yang stylo2..
-Finishing macam haram, 10 game tak gol..
-Cross tak lawa macam Malouda atau Joey..
-Kurang X factor..
-Selalu tak perform Big Game..

Didier Yves Drogba Tébily
Nickname : Didi, DD, Drog, The King


Kelebihan
-rambut yang stailo ala2 Bob Marley
-Muka ketat, ganas dan menggerunkan lawan terutamanya Vermaelen dan kanak2 Sengal..
-Hebat Free Kick, nak lawan Ronaldo..
-Finishing padu, precise, jarang miss..
-Susuk tubuh seperti Malik Noor, memang physical untuk defender kecil molek..
-Kekuatan utama perform dalam Big Match,
-Mentaliti kuat, tak pernah nangis macam Gallas.

Kurengg
-Lembab dalam bab2 larian dalam 1-2 season nie..
-Selfish, jarang assist, ikut suka hati die je..
-Kerap pegang bola, tak sedap counter attack
-Dribbling agak mudah dibaca, kantoi tak lepas
-Kepala panass, suke buat hal, gadoh ngan referee hobi masa lapang, suka mengumpul kad berwarna merah..
-Asyik jatuh je, walaupun badan besar gedabak..
-Muka tak hensem sangat..


Didi atau Nik?? Korang pilih :)