The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Thursday, December 10, 2009

0 Essien masuk wad

0 Comments
Official Chelsea dah mengumumkan berita buruk pagi nie, xcukup2 lagi dengan gersang 3 game tanpa kemenangan, kini awan gelap sekali lagi melanda kem The Blues dengan scan kecederaan essien memberitahu pemain Ghana nie bakal terlepas 3-4 minggu..

Petikan dari official :

Michael Essien today (Wednesday) underwent an examination on the injury he suffered in last night's Champions League game. Results of scans show a tear in his right hamstring.

Essien is expected to be out for three to four weeks.

The Beast merupakan untouchables player di bahagian diamond dan pemain pilihan utama Carletto justeru kehilangan beliau pasti amat dirasai fan2 sume tambahan pulak die nie suke shot2 padu dan menjaringkan gol2 penting cam lawan Apoel haritu..kini Mikel dan Ballack perlu menggalas tugas selaku anchor di bahagian tengah..diharapkan Essien mampu pulih secepat mungkin sekurang2 nya musim Krismas kerana jadual ketika itu amat padat dan kita amat memerlukan pemain berkaliber sepertinya..perlukan Dr. Horse??


0 Match Highlight : Chelsea (2) -Apoel (2)

0 Comments

Wednesday, December 9, 2009

0 Great Game, Bad Result..

0 Comments
Permainan yang menarik, dengan tanpa tekanan untuk mencari kemenangan, corak menyerang yang ditampilkan oleh Carletto dan anak buahnya sememangnya menghiburkan tetapi ia juga memberi kesan buruk di mana kita bolos 2 gol-menamatkan rentetan 11 game tanpa bolos di home musim ini..Keputusan seri tidak memberi apa2 makna kerana kita dah top group, tetapi dengan tanpa kemenangan dalam 3 match terakhir, pe kata Carletto??

'It was not a good evening. We did well first half, played well and scored two goals with intensity but the second half was totally different, we lost intensity, we lost concentration, played too slowly, too soft. The second half was not good,' Ancelotti said afterwards.

'I think it is psychological. I see every day players train very well in all psychological situations. Tomorrow will be different.'

Ak setuju dengan Carletto, walaupun hanya match pelengkap jadual, para pemain perlu bermain dengan 100% kerana para pemain yang memakai jersi biru adalah pendukung maruah kelab, jika tidak mahu bermain bersungguh2, apa maknanya??

Dengan campuran pemain muda adan tua menjadi sandaran semalam, sudah tentu ada beberapa kecacatan di dalam persembahan disebabkan kurang persefahaman tatkala Carletto still ingin bereksperimen dan memupuk teamwork yang mantap antara pemain baru dan lama..Tapi xleh dinafikan walaupun memberikan kesebelasan berbeza, corak menyerang semalam memang dipuji dengan diamond kita dipenuhi pemain attacking seperti Joe dan Malouda di samping darah muda seperti Kakuta dan Borini di dalam skuad sudah tentu enjin masih panas mahukan gol..

Percaturan meletakkan Turnbull mungkin satu gamble dari Carletto kerana kita bolos seawal minit ke-6 tetapi Essien membalas dengan shot padu dari luar kotak dan Didi menyempurnakan comeback di babak pertama dengan gol kedua hasil assist dari Zhirkov..Essien injured yang memberikan khabar kurang baik, masih menantikan scan result dan Lampard dimasukkan di penghujung first half..

Second half The Blues menggandakan asakan dengan kombinasi Joe Cole dan Kakuta sememngnya berbahaya dengan larian pantas dan tricky pass yang hampir mencari gol ketiga..kakuta dikeluarkan dan Borini dimasukkan dan tak kurang hebatnya, young italian nie melepaskan volley dalam kotak yang sedikit tersasar dari gawang..Sekali lagi Borini hampir membantu mencari gol ke-3 dengan bicycle kicknya ditepis keeper sebelum Terry menjaringkan gol-malang ianya Offside..Great debut dari Borini!! Namun sepertimana ketika menentang Blackburn dan Atletikus, skrip yang sama berulang kembali, kental di depan, bocor di belakang..APOEL mendapat gol penyamaan minit-85 selepas error dari Mikel yang terlepas bola membolehkan Mirosavljevic one on one dengan Turnbull..mungkin terlupa nak minum Redbull, pemain Apoelmudah melepasi Cik Rose dan menjaringkan gol penyamaan..

Cukuplah dengan beberapa kali Chelsea bolos di minit terakhir dengan perlawanan menentang Barca season lepas adalah yang paling teruk sekali..Ak harapkan masalah ini dapat diatasi..Mahukan penyelesaian di bahagaian defend?? tanya Special One!! 7 bolos dalam 3 game terakhir adalah membimbangkan dan memberi gambaran defend kita masih belum ampuh seperti generasi 2003 di bawah Jose..namun begitu bahagaian serangan tidak membimbangkan dengan Didi sememngnya di prestasi terbaik, dan beberapa pemain seperti Essien juga mampu menjaringkan gol..Harap segala kelemahan mampu diperbaiki menentang Everton nanti..

Keputusan seri menamatkan perlawan peringkat kumpulan dan seterunya kita harus fokus ke peringkat kalah mati..Dengan tempat teratas menjadi taruhan, kita akan berhadapan dengan naib jura kumpulan lain, AC Milan dan Bayern antara lawan yang bakal dihadapi, sementara possibility bertemu Barca atau Inter masih lagi diragui, bergantung kepada result diorang malam nie..undian akan dijalankan 18 Disember, Jumaat depan..Tak kira siapa kita bakal hadapi, Chelsea tidak sesekali gentar!! KEEP THE BLUE FLAG FLYING HIGH!!



0 Baju Malang??

0 Comments
Chelsea memang telah menampilkan kehebatannya musim ini tetapi ia kadangkala agak terganggu dengan beberpa kekalahan yang mengejutkan dan tidak sepatutnya..Berdasarkan beberapa pendapat, ada sesuatu yang menggangu performance Chelsea-BAJU

Prestasi cemerlang Chelsea selalunya direncatkan dengan kekalahan dan ia berlaku apabila kita tampil dengan memakai baju away yang kurang familiar, berbelang biru gelap dan stripe kuning, jauh berbeza dengan baju away biasa kita yang berwarna putih atau kuning..

Mungkin hanya kebetulan kerana kita akan memakai baju ini ketika bertandang ke tempat lawan-seautu yang masih menjadi masalah kita setakat ini..Perhatikan ketika bertemu Man Shitty, dengan baju away, segala2 nya tidak kena..

Benarkah kebetulan?? kerana ketika di Emirates, iaitu tempat lawan-dengan baju biru diraja kebanggaan Chelsea, kita mudah menumpaskan diorang 3-0..Jngan risau, Chelsea bukan sahaja kelab yang menghadapi masalah sama:

-Brazil juga terpengaruh dengan nasib malang nie, sewaktu WC 1950 diorang kalah ngan Uruguay dan still tak menang pape kejohanan besar..teka baju warna apa diorang pakai masa tu??-Putih!! Brazil menukar warna baju diorang ke warna Kuning Hijau dan terus mendominasi dunia bolasepak sehingga kini..

Warna sememngnya antara satu cabang Psikologi cam merah-berani, biru-tenang..Warna kesukaan seseorang adalah seseuatu yang leh jadi pencetus kemenangan kerana ia akan merangsang seseorang itu menjadi lebih yakin..So dalam citer nie mgkin Player Chelsea lebih bersemangat ketika memakai baju home biru diraja kerana lebih familiar dan melambangkan kekauatan Chelsea sejak dulu lagi..Tapi jangan salahkan baju, performance adalah benda paling penting, pe guna baju lawa main buruk..Tapi lawan Everton nanti pakai baju home, harap ada tuah di situ..hehe..

Tuesday, December 8, 2009

0 No pressure!!

0 Comments
Malam ini dengan kembalinya Chelsea ke kampung halaman Stamford Bridge setelah berhadapan dengan dua tragedi di tempat lawan minggu lepas..APOEL akan menjadi pasukan yang perlu ditentang dan dengan Tempat Teratas Kumpulan telah digenggam sekuatnya, match malam ini akan menjadi medan untuk para pemain berehat seketika dari tekanan dalam match2 penting dan Carletto dapat menggunakan kepakarannya untuk mengeksperimen gabungan pemain2 muda dan pemain senior dalam pasukan..Masa untuk seluruh skuad The Blues untuk menghela nafas seketika dan mengumpul tenaga untuk kembali beraksi lebih baik!! Kemenangan ke atas APOEL akan menjadi permulaan!!

“We have two aims, one is to maintain a good performance in our group because we did very well. We won four games in five and we want to finish this group with a good performance,” Ancelotti said in his press conference on Monday.

“We have a record at home that we want to improve and also we have to have respect for the other teams because APOEL and Atletico Madrid are involved in the list, they can arrive in third place. We want to do the best."

Dengan beberapa pemain utama seperti Terry, Kalou dan Alex cedera, beberapa pemain muda seperti Kakuta dan Bruma yang memberikan aksi memberangsangkan sewaktu menentang Blackburn akan dipanggil beserta beberapa pemain senior untuk menentang kelab Cyprus ini..Turnbull mungkin akan mendapat debut pertama dalam CL selepas Cech mungkin diketepikan akibat kecederaan, satu petanda bahaya kepada Hilario yang kedudukannya selaku pilihan kedua bakal terancam selepas prestasi buruk menentang Hitam Terbakar minggu lepas..pemain2 utama lain seperti Didi, Ash dan Ballack pula mungkin direhatkan sebagai polisi rotation Carletto..Lampard akan bermain-untuk mengembalikan keyakinan dirinya selepas terlepas Penalti penting di Manchester..

Formasi malam ini :

---------Turnbull-------
Ferreira-Ivanovic-Carvalho-Zhirkov
Essien-Lampard-Mikel-Malouda
--------Kakuta-Anelka------

Result Prediction : Chelsea (1) - APOEL (0)

Walaupun apa jua result malam ini tidak akan mempengaruhi kedudukan Chelsea, tetapi kemenangan adalah lebih bermakna kerana ia akan membawa kita kembali ke landasan kemenangan sebagai persediaan mental terbaik sebelum match menentang Everton hujung minggu ini..KEEP THE BLUES FLAG FLYING HIGH!!

Monday, December 7, 2009

0 Cik Siti bikin kacau!!

0 Comments
Selepas melakukan persembahan memukau di Anugerah Skrin 2009, Cik Siti masih tak puas ati dan terus ke England bikin kecoh lak kat sane di Bandar Manchester dengan kehadirannya menggugat iman player2 Chelsea dan mengganggu kempen The Blues dalam misi menggapai kejuaraan Liga musim ini..

Dalam match Sabtu lepas, Man City mengejutkan prestasi konsisten The Blues dengan kemenangan tipis 2-1 di laman diorang..dengan aku x sempat nak usha game nie sebab sibuk ada kenduri, nak usha curi2 pon Astro lak mane la ade kat kampong ak nie..So ak pon tau pasal kekalahan mengejut Chelsea nie pon mase tgok Info Sukan kat TV 1..So maafkan aku sekiranya ada beberapa kesilapan dalam maklumat aku sebab ak hanya mencoret berdasarkan highlight dan berita yang ak baca..

Di tengah2 kita meraikan rentetan cemerlang Chelsea dalam beberapa perlawanan terakhir terutamanya selepas membelasah Sengal 3-0 minggu lepas, dah tentu keyakinan tengah memuncak dan ramai pemerhati mengakui The Blues sukar dihentikan buat masa kini..Walaupun kita tewas kepada Blackburn lam Piala Murahan Carling Cup 3 hari lepas, bagi aku ia tak menarik perhatian ak untuk mengandaikan kita tidak bagus kerana menggunakan pemain2 pilihan kedua dalam match tersebut, tetapi selepas tewas kepada pasukan shit cam City dengan menggunakan team terkuat kita, ak terfikir, apa lagi yang tak kena??

Dengan hampir kesemua kesebelasan utama yang mempermainkan team budak Sekolah Sengal kembali kedalam pasukan, sudah tentu hanya kemenangan yang dicari bagi memperkukuhkan kedudukan di kemuncak liga..Chelsea bermula cemerlang dengan menjaringkan gol awal menerusi gol sendiri Si Poyo Adebayor dan segala2 nya tampak bakal berakhr seperti di Emirates..

Tapi Cik Siti memberikan tentangan yang bagi ak takde la seberapa sangat, dengan gol penyamaan Si Adepoyo seperti bola2 pinball di depan gawang Chelsea yang nasib terkena kaki Si Poyo melepasi Cech..Sorak lak lebih2 bukan lawa pon jaringan ko konpem x masuk langsung dalam Goal of The Week..Tevez @ Takbest memang takbest betul dalam match nie sebab menjaringkan gol kedua Cik Siti menerusi Free Kick..Ak x nak salahkan Cech sangat sebab bola die mmg die kasi bucu, dengan muke Takbest ala2 Tarzan Kelaparan, sape tak cuak??

Satu yang ak kesalkan adalah nasib yang tidak menyebelahi kita di penghujung permainan..Chelsea berjaya memperoleh penalti, dan dengan Pakar Penalti Lampard sudah kembali, gol penyamaan sudah pasti berada di dalam tangan..Tetapi Given membuktikan mengapa dia adalah antara Keeper paling konsisten dalam Premiership dengan menepis shot padu Frank yang menafikan Chelsea untuk pulang ke London dengan sekurang2 nya 1 mata..Adoii dah la Lampard Captain ak beb konpem markah die low gler GW nie..

Match Highlight :


Chelsea menguasai match ini keseluruhannya cuma nasib tidak menyebelahi kita kerana bukan performance yang memberikan kemenangan tetapi gol, dan Man City bernasib baik mendapat gol2 mudah..Penyertaan Didi dalam Carling Cup juga perlu dipersoalkan kerana nampak die agak lesu dan hambar di samping penyudah yang tidak menjadi dalam match nie mgkin akibat bermain 3 match dalam seminggu..Harap2 Carletto dapat memerhatikan fitness dan kepentingan player2 utama yang perlu dijaga rapi selepas ini..

Dengan kekalahan ini, Team Setan yang dah menang awal kembali merapatkan kedudukan dengan 2 mata di belakang kita, menghangatkan kembali persaingan EPL musim nie..Senario ini (bukan kumpulan lawak tu) mengingatkan kembali aku dengan kejadian menentang Wigan di mana kita tewas mengejut di tempat lawan walaupun baru je mencatat kemenangan bergaya 2-0 ke atas Fool sebelum itu..Sepertimana yang aku katakan sebelum ini, konsistensi adalah elemen utama yang perlu dalam pasukan kita jika inginkan kejuaraan musim ini..Diharapkan kita mampu memmberikan peningkatan menakjubkan seperti selepas menentang Wigan di mana kita menang 5 perlawanan liga berturut2 tanpa dibolosi..

Match Premiership seterusnya :

Sat Dec 12

Everton

H

Wed Dec 16

Portsmouth

H

Sun Dec 20

West Ham United

A

Sat Dec 26

Birmingham City

A

Mon Dec 28

Fulham

H

Sat Jan 9

Hull City

A

Sat Jan 16

Sunderland

H

Wed Jan 27

Birmingham City

H

Sat Jan 30

Burnley

A




Match2 seterusnya adalah agak kacang Ngan Yin buat Chelsea dengan hanya team pertengahan menjadi santapan dengan perlawanan menentang Big 4 hanya akan berlangsung semula 7 Feb 2010 menentang Arsenal, so aku harap kita dapat memanfaatkan peluang ini untuk mengutip seberapa banyak point yang boleh..Tanpa gangguan dari Kejuaraan Eropah yang berehat kejap, sudah pastinya kita mengharapkan persembahan maksimum dari para pemain..Bintang2 dari Afrika diharapkan agar dapat menunjukkan prestasi yang mantap dalam match2 terakhir sebelum berlepas ke Afrika dan pemain yang sedia ada dapat menampilkan aksi yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang sepanjang ketiadaan bintang2 hitam kita bulan Jan nanti..Keep positive, Keep supporting and KEEP THE BLUES FLAG FLYING HIGH!!

Friday, December 4, 2009

0 Menjelang Undian Kumpulan WC 2010

0 Comments
Malam ini akan berlangsung undian di Cape Town bagi menentukan kumpulan bagi kesemua 32 negara yang terlibat dalam WC yang akan berlangsung bulan Jun nanti..ak pasti kesemua peminat bolasepak x sabar2 nak tahu pasukan mana yang akan tercampak ke kumpulan maut..

Suke nampak, Mandela?? macam South Afrika dah menang Piala Dunia lak haha..
Pegang le lelame nanti dah abes tournament tak merase la ko..

Dengan kesemua negara dah melayakkan diri masing2 dan hanya beberapa nama besar yang terlepas edisi kali ini macam Ireland dan Russia, World Cup kali ini mesti masyuk pye dipenuhi dengan nama2 besar yang sudah tentu akan menjanjikan aksi2 yang menarik..Aku menjangkakan negara yang akan menang mugkin antara Sepanyol, England ataupun Brazil..Nie pendapat ak kalo ad yang minat Netherland takpun Greece ke, sori le hehe..

Nie kesemua pot undian :

Pot 1 (seeded teams) : Argentina, Brazil, England, France, Germany, Italy, South Africa, Spain
Pot 2 (rest of UEFA) : Denmark, Greece, Netherlands, Portugal, Serbia, Slovakia, Slovenia, Switzerland
Pot 3 (AFC + OFC + CONCACAF) : Australia, Honduras, Japan, Korea DPR, Korea Republic, Mexico, New Zealand, USA
Pot 4 (CAF + rest of CONMEBOL) : Algeria, Cameroon, Chile, Côte d'Ivoire, Ghana, Nigeria, Paraguay, Uruguay

Possible Draw :

Group A: South Africa, Serbia, USA, Uruguay
Group B: Argentina, Slovakia, Australia, Ghana
Group C: England, Portugal, Mexico, Paraguay
Group D: Brazil, Netherlands, Honduras, Cameroon
Group E: France, Greece, Korea Republic, Nigeria
Group F: Italy, Denmark, Japan, Chile
Group G: Spain, Slovenia, New Zealand, Algeria
Group H: Germany, Switzerland, Korea DPR, Côte d'Ivoire

Thursday, December 3, 2009

0 Carling Cup je..

0 Comments

Relaxx, Dont panic at the disco..kita tersingkir dalam saingan piala kali pertama musim nie malam semalam tapi ia hanyalah Carling Cup yang digunakan sebagai medan ujian pemain2 muda dan second team..Dengan sudah berada di suku akhir, sudah tentu kita semakin hampir untuk mendapatkan piala ini tapi skuad perlu fokus kerana tumpuan utama kita musim ini adalah untuk kejohanan utama Champions League dan Premiership..

Walaupun menurunkan kesebelasan yang berbeza berbanding ketika kemenangan ke atas Arsenal sebelum ini (kecuali Didi yang sub second half), bagi aku player2 yang diberikan tanggungjawab malam semalam tetap mantap dan sudah cukup untuk membenam Si Hitam Terbakar tapi entah di mana silapnya barisan defend kita terutamanya Hilario cukup goyah menangkis serangan pihak lawan yang takde la sehebat mana..

Kalinic meletakkan Hitam Terbakar di hadapan tetapi Chelsea berjaya membalas dengan dua gol melalui duo dari Ivory Coast, Didi dan Kalou..Blackburn sekali lagi menjaringkan gol melalui Kalinic selepas tandukannya gagal ditepis oleh Si Gelabah Hilario untuk menyamakan kedudukan yang mengheret perlawanan ke Extra Time..Amat ketara prestasi Hilario yang hancur dalam match nie jika nak dibandingkan dengan persembahan die ketika menentang Liverpool dulu..Adakah Cik Rose Redbull akan mengintai peluang naik pangkat selaku keeper kedua??

Memasuki Extra Time tanpa Kalou yang cedera dan tanpa subs boleh dilakukan lagi( ye la half time 3 org masuk sekali), skuad The Blues terpaksa bermain dengan 10 orang dan Si Hitam segera mendapat gol awal menerusi sepakan penalti Mc Carthy memberikan kelebihan kepada tuan rumah..Pantang berundur sebelum ajal, Ferreira membuktikan semuanya belum berakhir dengan jaringan di hujung permainan dengan hanya berbaki 4 minit..Result akhir 3-3!!

Penalti Shoot out kita mengharapkan agar Hilario mampu melakukan keajaiban bagi memastikan Chelsea kekal ke pusingan seterusnya tapi tuah penalti menentang MU awal musim tidak bersama2 Carletto malam nie..Budak Ajaib Kakuta hilang keajaiban die dengan miss crucial penalty dan Rovers mara untuk bertemu Villa di semi..

Mungkin ad hikmah kita terkeluar dari Piala Mickey Mouse nie..Sekiranya kita layak, kita akan bertemu Villa untuk semi final yang dijadualkan bulan Januari nanti, iaitu masa yang sibuk untuk skuad Chelsea kerana ketiadaan bintang2 hitam kita ke Afrika..Saiz skuad ketika itu sudah tentu mengecil dan sudah tentu kita tidak mahukan penambahan fixture yang akan menyaratkan keadaan dan menyusutkan pemikiran..Aku lebih rela kita gagal dalam Carling Cup jika ia mampu membantu kita dari mengganggu prestasi pemain dalam aksi liga..Bagi aku Kejuaraan Premiership adalah lebih penting dari segala2 nya musim nie..

Kekalahan nie gak boleh membantu para pemain untuk menumpukan fokus sepenuhnya kepada kejohanan2 utama; Premiership, Champions League dan FA Cup..Semoga kita akan dapat memenangi semua baki trofi yang tinggal..Tak dapat satu, dapat tiga2 sekali pun boleh la hehe..Kakuta dan Bruma dah memberikan impak yang bagus dalam match semalam dan mampu mengejar walaupun bermain 10 orang menandakan mentaliti yang kuat - keseluruhannya keadaan The Blues masih di tahap tertinggi..Lupakan kekalahan, fokuskan pemikiran untuk next fixture adalah langkah terbaik..CHELSEA IS THE TEAM, BLUE IS THE COLOUR, WINNING IS THE GAME!!

Highlight :



Wednesday, December 2, 2009

0 Carling Cup : Bakar Blackburn sampai hitam!!

0 Comments

Belum lagi sempat nak meraikan kemenangan besar ke atas Arsenal minggu lepas, malam nie Chelsea akan kembali beraksi, jangan risau, Carling Cup je..Menentang Hitam Terbakar (Blackburn) selaku lawan malam nie akan memberikan peluang beberapa pemain utama seperti Frank dan Didi berehat untuk match menentang Cik Siti hujung minggu nie..Walaupun Carling Cup bukanlah keutamaan The Blues musim nie, tapi apa salahnya mencuba untuk memberi impak awal kerana jika kita mampu merangkul piala nie Feb nanti dah tentu akan menjadi suntikan moral kepada para pemain..

Apa yang menggembirakan aku Ray Wilkins berkata Wonder kid Kakuta akan diberikan peluang bermain dalam match nie dengan beberapa pertukaran akan dilakukan pada keseluruhan skuad untuk memberi ruang kepada pemain2 yang kurang beraksi..

“Gael will be in the squad. You saw a snippet of him a couple of weeks ago.“He is a very talented young man but obviously we have to nurture that along – as we do a couple of other very talented guys.“Gael has a great work ethic and is prepared to listen and work at his game. That’s nice to see.”
Kemenangan malam nie akan membawa kita ke semi final dan ak mengharapkan beberapa pemain muda akn diberi peluang untuk meningkatkan prestasi mereka menjelang Piala Afrika yang makin hampir..Kita bakal memerlukan khidmat Young Blues nie di saat ketiadaan Didi, Kalou, Mikel dan Essien nanti jadi ak mahukan mereka bersedia dengan prestasi terbaik bila diperlukan..


Formasi malam nie :


--------------Hilario-----------

--Zhirkov-Terry-Ivanovic-Ferreira--

--Malouda-Mikel-Ballack-Deco-

--------Joe Cole-Kalou------

Result Prediction :

Blackburn (0)-Chelsea (3)

0 Catch Us If You Can!!

0 Comments

Didi melontarkan cabaran kepada pencabar Chelsea supaya mengejar kedudukan skuad The Blues dalam saingan Liga Perdana England.

Penyerang Ivory Coast itu percaya Chelsea mampu menangani segala halangan daripada pencabar mereka setelah berjaya meneruskan kelebihan lima mata ke atas Manchester United.

"Apabila berada di tangga teratas liga, ia sesuatu yang bagus kerana kami boleh memberi tumpuan kepada pasukan kami sendiri. Tiada pasukan lain berada di atas kami.

"Mereka perlu mengejar kami, mereka harus beraksi lebih baik dan mesti menang banyak lagi perlawanan. Jadi ia bagus untuk kami."

Ahad lalu, skuad kendalian Carletto meraih tiga mata berharga selepas mengalahkan Arsenal 3-0 di Stadium Emirates sekaligus membuktikan Chelsea amat gah dengan rekod sempurna ke atas Big 3 dalam babak pertama musim nie.