The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Saturday, April 16, 2011

0 Reaksi??


Memang perit, pahit, kelat nak diucapkan - tetapi congrats buat MU sebab diorang memang layak..Ferguson jelas lebih bersedia berbanding Carlo yang ketiadaan energetik David Luiz serta masih dalam proses eksperimentasi yang memeningkan menggunakan Torres..Tekanan menggunung dari Roman menambah bebanan di bahu Carlo di samping segelintir pemain seperti Lamps, Essien dan Anelka yang bermain macam hampas bermakna kita bakal trophyless musim nie..

Kecewa?? Sudah tentu, tetapi hasil Double musim lepas membuatkan aku tak ambik pusing sangat mengenai kutipan trofi kita musim nie..Menganggap Chelsea sebagai kelab yang wajib menang kejuaraan setiap musim adalah amat ridiculous dan Carlo bagi aku perlu diberi peluang merombak skuad kita kini yang berada dalam tempoh pertukaran era yang amat konfusing..Harap Carlo dikekalkan, kenapa??

Pressure media dan Roman di Chelsea memang tahap gila babeng nak mampus. Kalau ambik Ferguson sekalipon aku tak yakin dia boleh deliver result bila terlampau tinggi expectation. Gangguan pada aspek managerial di Chelsea juga paling tinggi berbanding kelab lain. Pemecatan Wilkins merupakan satu kesilapan besar awal musim yang perlu direnung kembali.

Jika Carlo disingkirkan adalah satu langkah yang tak munasabah..Roman seharusnya memberikan kuasa kembali kepada manager Chelsea yang sekian lama dibayangi oleh tangan-tangan ghaib BOD. Memecat Carlo hanya memberikan petanda bahawa manager kita takkan sesekali bertahan lama.Kesannya adalah kepada mentaliti pemain. Jika takde manager yang kekal lama 3-4 tahun dalam kelab, macamana pemain nak respek dan memberikan komitmen sepenuhnya?? Player power dalam bilik persalinan adalah BARAH sebenar yang melanda kita dengan amat teruk musim nie dan ia perlu diubah sama sekali. Berikan peluang satu musim untuk Carlo menyingkirkan under performer dan membentuk satu skuad fresh yang sepenuhnya musim depan.

Rombakan Summer :

-Kekalkan Carlo.
-Singkirkan beberapa pemain yang dah berumur/main haram (Anelka, Malouda, Bosingwa)
-2-3 pemain legend (Lampard, Drogba) perlu menjadi backup skuad sahaja musim depan.
-Kurangkan pressure pada manager, bentuk formasi di sekeliling Torres semasa Pre-Season.
-Youngsters PVA, Sturridge dan Josh diberikan peluang skuad utama.


Ramai yang memanggil Jose, Hiddink kembali ke Chelsea. Yupp aku akui diorang memang hebat, ada history marvellous bersama The Blues, tetapi diorang hanyalah penyelasaian jangka masa pendek. Hiddink sudah berumur, manakala jika kita mengambil Jose, sampai bila ia akan bertahan sebelum clash ego bersama Roman berulang kembali?? Budaya nomad Jose jugak tak meyakinkan aku dia akan komited bersama Chelsea buat jangka masa yang lama. Mvillas Boa mungkin satu-satunya coach yang paling sesuai buat Chelsea pada pandangan aku tetapi kita perlu lihat bagaimana pencapainnya di peringkat tertinggi dahulu bersama Porto. Carlo perlu dikekalkan 2-3 musim lagi dan kemasukan Boa yang lebih experienced seterusnya adalah plan yang lebih fantastik.


Tanpa CL, bermakna hanya liga sahaja untuk sajian akhir musim buat semua fan Chelsea. Dengan 11 mata di belakang MU, bermakna slot CL dan tempat kedua adalah target yang lebih realistik. Hanya tinggal 7 match, harap kita dapat memberikan sekurang-kurangnya aksi yang membanggakan sehingga tamat. Baki match boleh consider pre-season kita musim depan yang sudah bermula. Mungkin nie jugak peluang untuk Josh mendapat peluang bermain. Chelsea akan kembali mengganas musim depan!! KTBFFH!!



No comments: