The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Wednesday, April 6, 2011

0 Preview : Harapan Terakhir Kelab London


Sesudah Sengal ditendang oleh Belacanlona, Spuds pulak hampir pasti disingkirkan oleh Madrid apabila dibelasah 4-0 malam semalam - bermakna dua wakil London telah menjadi mangsa oleh Kelab Sepanyol..Dengan final CL kali ini di Wembley bermakna kini hanya ada satu sahaja kelab terakhir yang tinggal untuk menggalas harapan tunggal warga tempatan The Smoke melihat kelab tempatan beraksi di pentas terakhir..


Malam nie sudah tentu dah ramai fan tunggu-tunggu dan mungkin ada yang dah siap kunci alarm clock pukul 2 pagi standby punyer pasal..Chelsea vs MU, Blues Vs Reds, Heaven vs Hell - match yang selalu ada kontroversi sepanjang zaman, sapa taknak tengok??




Sekiranya berjaya melepasai Setan Merah, harapan tinggi untuk Chelsea melayakkan diri ke Final buat kali kedua dan menempatkan diri di Wembley..Lebih ironik, finalis bersama sudah tentu adalah antara Madrid mahupun Barcelona, dan jika Chelsea dapat menewaskan salah satu kelab Sepanyol ini, ia adalah satu revenge terbaik dan kebanggaan berharga buat warga tempatan The Smoke..Lagipun mana ada lagi kelab London menang CL??


Mengulas mengenai match pagi esok, sukar nak menjangkakan siapa akan mendapat kelebihan utama sebab boleh kata 50-50 beb, tapi jika diukur dari segi determination untuk menang, aku yakin 100% Chelsea akan merobek Manure secukupnya malam nie..Sapa boleh lupa Moscow?? Aku yakin old guard macam JT, Lamps, DD dan Cech antaara yang paling berkobar untuk menebus kehampaan terdahulu dan membuktikan tahun ini adalah milik Chelsea..Dengan CL kini adalah satu-satunya harapan piala buat musim nie, aku yakin semangat dan fokus pemain sudah pasti akan berada di tahap tertinggi bermain di Eropah..Pemain Manure walaupun berada di prestasi terbaik, diorang ada distraction 3 piala untuk dikejar dan aku yakin akan ada gangguan pada mentaliti pemain setan..


Pada 2007, Carlo membawa Milan dan bersama-sama Kaka, Seedorf dan Co mendapatkan sweet revenge ke atas Liverpool untuk memenangi CL setelah tewas penalti yang perit di Istanbul..Pada 2011 situasi yang sama bakal berulang..Insiden ngeri di Moscow memang kelat untuk ditelan buat skuad Chelsea dan sudah tentu hanya kemenangan ke atas Manure di Eropah mampu menjadi pengubat..Carlo sudah pasti sedia menaikkan semangat pemain Chelsea dengan keazaman yang serupa diberikan kepada skuad Milan 2007..Keperitan penalti JT masih dirasa dan aku yakin semakin kuat kehampaan para pemain semakin kuat motivasi diorang untuk mendapatkan sweet revenge..


Persediaan skuad, ada yang bidas Torres setelah 2 bulan yang hambar, tapi aku pasti dia sengaja simpan yang terbaik untuk match penting di Eropah - yup, diharap selepas Luiz kini tiba masanya pulak untuk Torres menjadi hero!! Selepas Drogba mempamerkan aksi yang bagus di EPL, keseluruhan skuad berada di tahap yang stabil dan hanya ketiadaan Alex dan Benny akan dirindui walaupun diorang dijangka akan beraksi pada second leg..Tanpa David Luiz, pertahanan kita agak rapuh tetapi kita masih ada Iva, harap gandingan bersama JT akan kebal menahan asakan Shrek dan Cicah Roti..


Setan Merah pulak masih segar dari kemenangan 4-2 ke atas West Ham terutamanya prestasi Shrek dan Cicah Roti amat merbahaya sekarang..Ferdinand dikatakan akan bermain selepas injured yang panjang tetapi Vidic dan Smalling dijangka akan bermain first team..Manure berada di prestasi terbaik terutamanya di bahagian serangan tetapi selepas bolos dua dalam match terakhir bermakna masalah defend diorang boleh dieksloitasi oleh Didi dan Torres..Yupp, Manure taklah sekebal yang disangkakan, cuma luck diorang je yang aku risau..


Skuad pilihan aku malam nie :

Cech

Boss-Iva-JT-Ash

Ram-Essien-Lamps-Yuri

Didi-Torres


Prediction?? Aku pick 2-0..Berani?? Yupp. Berkat semangat Moscow ak yakin pemain Chelsea lebih berkobar berbanding Manure untk menang dalam match nie "Keperitannya masih terasa sampai sekarang" bak kata Lampard. Setan akan kita bakor cukup-cukup malam nie..Kita bakor!! bakor!! KTBFFH!!



No comments: