The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Saturday, January 15, 2011

0 Preview : Finally, Carlo membuka mata!!

0 Comments

Selembab lembab Carlo, akhirnya dia dapat jugak memahami betapa perlunya kita melakukan perubahan kepada lineup untuk Premiership match..Dah 9 game berlalu barulah Carlo membuka mata betapa taktikal dia memang sucks dan tiada versatility mahupun perubahan sehinggakan kita dah tercampak ke tangga ke 5 liga barulah dia perasan..Kedegilan Carlo untuk sticks kepada pemain2 tua yang bermain hambar seperti Drogba dan Ferreira hampir 2 bulan memang membarakan jiwa raga aku seolah -olah dia nie takde mata untuk melihat prestasi pemain..Manager perlu memlihi pemain berdasarkan PRESTASI, bukannya POPURALITI!!

Sedangkan kita mempunyai pemain muda yang bagus untuk memberikan nafas baru, Carlo masih keras kepala dan masih berharap kepada kuda tua kita untk bermain game demi game..Sehingga match menentang Ipswich, oleh kerana nak merehatkan pemain senior, Carlo barulah nak bereksperimen dengan pemain muda dan hasilnya?? Kita tibai diorang 7-0!! Sehingga saat itu, barulah Carlo sedar dan berkata dalam hati, 'Bagus jugak pemain muda aku, kenapa aku tak gunakan diorang lebih awal??'

Untuk match malam nie, dilaporkan Carlo bersedia melakukan perubahan ketara dan ini bermakna pemain senior yang tidak bermain dalam FA Cup seperti Didi dan Essien berkemungkinan tidak akan diturunkan!!

'Why not?' he pondered. 'I think that my job is to choose the best team to play the game. Maybe sometimes there are players not in good condition to play.

'This doesn't mean they are not important. The players maintained the same power and personality if they don't play every game. It doesn't matter. I had fantastic players in the past who didn't play every game.

'I want to take the right decision because there are very important performances in the game against Ipswich. I have to take this into consideration.



Satu langkah yang berani, dan aku memang puji Carletto 100%!! Pemain senior kita memang sebenarnya world class tetapi kadangkala perlu diajar bahawa jika main sambil lewa, jangan harap nak main first team, walaumacamana besar pon populariti korang dalam kelab..Sebagai manager, Carlo perlu menunjukkan siapakah Boss sebenar, dan pemain dengan prestasi terbaik perlu diberikan keutamaan berbanding pemain yang hanya mempunyai nama besar dalam skuad tapi main macam taik..Harap dengan menurunkan darjat Didi dan Essien ke bangku simpanan dapat membangkitkan naluri diorang untuk bermain lebih bagus pasnie..Bukannya nak memandang rendah kehebatan pemain senior kita tetapi biasalah kadangkala bila saat terdesak barulah kita boleh lihat balik potensi sebenar seseorang..

Selain nak memberi pengajaran kepada pemain tua, aku salute jugak dengan youngsters kita terutamanya Sturridge dan Josh..Jika lihat kepada umur memang tak percaya diorang masih muda tetapi bakat dan keupayaan diorang tak boleh disangkal lagi..Buat masa ini aku lihat Josh dan Danny antara yang sudah bersedia untuk memecah tradisi dan bermain sebagai starting 11 di EPL manakala Van aanholt dan Bruma mungkin perlu diberi sedikit masa lagi untuk mendapat peluang..McEachran kini antara sebutan ramai dan aksi marvellous dia sepanjang dipanggil menyarung jersi Biru Diraja tidak pernah menghampakan..



'McEachran is ready to start in the Premier League and is doing really well. He has confidence, personality and is strong. You can say he is not good enough in the tackle but against Ipswich he was very strong. He doesn't lack something. He is a good player and we are lucky our scouts found him.'


Malam nie aku memang berharap Josh dan Danny akan dimasukkan sebab aksi diorang di FA Cup memang mengubah corak permainan kita untuk kembali teratur, kemas dan effektif!! Mengapa perlu mengubah benda yang dah cantik, molek dan memukau?? Keep to the same lineup, Carlo!!

Lineup malam nie :

Cech
Bosingwa-Iva-JT-Ash
Ramires-Josh-Lamps
Danny-Anelka-Kalou

Result Prediction : Chelsea (2)-Blackburn (1)


Yeah, mungkin kita dah agak tenat nak mengejar kejuaraan liga tapi takkan nak terlepas tiket CL musim depan pulak kan?? Aku harap Chelsea dapat mengutip mata semaksimum boleh untuk last 17 game..Top 4 kini priority, bukannya trofi EPL..Hope this night should be the starting point!! KTBFFH!!


MATCH LIVE ESPN (CH812) 10.55 pm LIVE 15 JAN 2011

Thursday, January 13, 2011

0 Gosip Transfer : Yang Terlepas, Melepas, Hampas, Rampas!!

0 Comments
Bagi dua kupang je ada hati nak beli aku?? Kurang asam tol!!

Jika sebelum nie aku agak bengang dengan Board Chelsea yang kelihatan tidak bergerak aktif dalam Transfer Window, kali nie aku boleh menarik nafas lega..Walaupun belum mendapatkan sebarang pemain, usaha yang diberikan menujukkan kita serius untuk membeli pada Januari ini, terutamanya Defender..Baru baru nie Chelsea dilaporkan telah membida €20m untuk mendapatkan David Luiz - hasilnya?? Sorry, memang keciwa, Benfica telah menolak tawaran dan mahukan bid yang lebih tinggi iaitu minimum €25m..Pegh memang cekik darah, yelah selain Chelsea ada lagi penyangak Mancee yang menunggu untuk membuat tawaran dan seperti biasa pihak kelab takkan terus jual je, diorang mahukan bidding paling tinggi..Bila ada Pak Arab, aku rsa harga David nie boleh naik jadi €30m hasil termakan umpan, dan yang melopongnya adalh kelab yang bersaing, termasuklah Chelsea..

Habis Duit Kutu aku bulan nie..

Desperate?? Naikkan Bid?? Tidak, Roman dah menarik diri kerana baginya €25m adalah harga yang terlampau tinggi dan tak berbaloi buat pemain seperti David yang baru nak meningkat naik..Tambahan pulak Benfica bermain CL musim nie jadi pembelian CB yang dipangil 'Next Puyol' nie akan menjadi sia-sia kerana dia tidak boleh bermain utnk Chelsea di peringkat Eropah hasil peraturan UEFA (Seorang pemain tak boleh bermain untuk 2 kelab dalam musim yang sama)..Namun nie tak bermkna kita akan behenti mencari, kerana kita masih ada beberapa alternatif lain - Plan B, C dan D..

Plan B atau C??

Plan B : The Blues dikatakan sedang memantau pemain Borussia Dortmund buat masa ini, Nevel Subotic dan dikatakan akan menghantar rombongan meminang dengan hantaran sebanyak €17.5m..Dengan umur baru 22, pemain Serbia nie antara pemain meningkat naik dan sudah ditarget oleh Madrid, Manchester dan Arsenal..Namun persaingan akan menjadi sengit akibat competiton terutamanya dari Arsengal Wedges yang turut desperate mahukan CB setelah kecederaan kepada Verwatermelon dan Kosialnie..Bila persaingan sengit, bidding war akan bermula dan harga akan meningkat naik gila bebng punyer.. (Nilai kemungkinan : €19-22m)

Wuhuu Chelsea nak beli kita dua beb!!

Plan C : Tak pergi jauh, disebabkan persaingan untuk Subotic agak kompetetif, The Blues kemungkinan akan mencari Plan C, iaitu rakan sejawat Subotic di Borussia iaitu Hummels..Mungkin namanya kurang dikenali tetapi abiliti budak muda Germany 22 tahun nie sebagus seperti partnernya..Walaupun baru dua musim bersama Die Schwarzgelben, Hummels dah bermain hampir 70 game, membentuk benteng pertahanan yang kukuh bersama Subotic serta dah menghasilkan 7 gol setakat nie..Musim 2010-11 antara musim terhebat duo nie kerana Borussia kini menduduki carta teratas Bundesliga dengan perbezan 10 mata malah benteng pertahanan Die Schwarzgelben hanya dibolosi sebnyak 10 kali setakat nie..Kurang persaingan dari kelab lain membolehkan nilainya masih munasabah dan berbaloi..Dengan ketinggian 1.91 m (6 ft 3 in), Hummels memang sesuai untuk beraksi di EPL malah dia mampu merodok pihak lawan umpama Hummer di jalanan.(Nilai kemungkinan : €15-17m)

Hummer - Can hammer anyone, anywhere

Jika Plan C pon gagal?? Maka kita akan berbalik ke EPL , Plan D - Gary Cahill

Tak sangka aku nie mahal gak..hns,hnss..Bangga siott..

Bukan mahu menidakkan keupayaan pemain England cuma harga diorang memang kdangkala tak munsasabah..Hanya disebabkan dia pemain kelahiran Three Lions tak semestinya value mesti tinggi, betul tak?? Overrated, tetapi Bolton sudah memberikan kata amaran bahawa Cahill berharga €20m, dengan alasan Lescott yang sampah kat Eastland tu pon harga €22m..Cahill memang bagus tapi bagi aku harganya patut €10-12m..Aku yakin tag setinggi itu dari Bolton hanya untuk menakutkan para pembida agar menarik diri..Chelsea ada pengaruh peluang bermain di Eropah, sesuatu yang tiada di Bolton dan aku pasti dah cukup untuk memancing Cahill ke Bridge..Take it or leave it!! (Nilai kemungkinan : €10-12m)

Apa yang pasti, Chelsea perlu mendapatkan jugak seorang CB Januari nie kalau tidak memang mengah la kita menjelang Februari nie bila CL dah bermula kerana tanpa backup dan fixture yang padat, pemain akan kepenatan..Nak harapkan JT dengan Alex je CB?? Mangkor yob. Kalau satu target pon tak dapat?? Ape susah, beli je Sabree Abu!!

Amacam Carlo??

Wednesday, January 12, 2011

0 Lampard belum sembuh sepenuhnya??

0 Comments
Operate masuk tulang besi okay gak

Dua gol ketika menentang Ipswich menandakan Super Frankie sudah hampir untuk kembali ke prestasi asal, tapi adakah Frank sudah sembuh 100%??

Kecederaan selama 3 bulan setengah adalah antara yang terburuk dalam karier Lampard yang lebih dikenali sebagai Mr. Consistency..Amat jarang sekali kita melihat Lampard mengalami kecederaan panjang sepanjang 8 tahun bersama The Blues, kecuali pada musim 2007/08 apabila dia direhatkan selama 5 minggu akibat kecederaan thigh strains..Apa yang membimbangkan kepada Lampard adalah walaupun sudah diberikan lampu hijau untuk bermain full 90 minit, kecederaan terbarunya agak kritikal..Selepas pembedahan Hernia, tendon kakinya dilaporkan tidak lagi melekat pada tulang (tendon dgunakan untuk menarik tulang dan melakukan pergerakan otot) dan ini akan menyebabkan gangguan kepadanya buat masa yang lama..Apa yang penting adalah Frankie perlu menjaga kakinya agar sentiasa fit dan bermakna 2-3 session di Gym setiap minggu..

'I will try to keep that leg strong because I have a weakness there. My tendon came off the bone and it doesn't go back, you just have to stay very strong in the area,'

'I know other players who have had the same problem; they know the frustrations of it, the aftermath and what you have to do, which has helped.

'It's not a problem you just have to do an extra two or three sessions in the gym every week to keep it strong.'


Sebagai salah seorang tulang belakang The Blues sejak zaman berzaman di samping Captain Marvel JT, aku berharap Frank kekal fit sehingga penghujung kariernya..Jika Giggs masih selesa bermain sehingga umur 37, kenapa tidak Lampard?? Masih 33, aku mahukan Frankie kekal menjaringkan 20++ gol setiap musim , menjadi All Time Top Scorer Chelsea (msih kurang 42 gol) dan retire sebagai Legend The Blues..Keep steady Frankie, Keep The Blues Flag Flying High!!

Monday, January 10, 2011

0 Highlight : Chelsea Vs IpsSandwich

0 Comments

0 7th Heaven & 7 Cara Kekalkan Konsistensi

0 Comments
Its 7th Heaven again!!

Tengok pada scoreline halftime pon aku dah tersedak..wahlaweh, 3-0??..Apekejadah takde live kat Astro?? Aku dah merampus, berangin satu badan..Game Manure-Fool punyer la bosan, pakat game dive disamping kehebatan Man Of The Match Howard Webb - tipikal perangai setan..Berusaha cari live stream kat internet, takde jugak..Hampa aku, dah la Wonderkid McEachran main starting beb, partner ngan idola dia Lampard dia di kawasan tengah, memang aku teruja sangat2 camane gandingan diorang buat pertama kali..Sorang kaki passing, sorang kaki rembat..Kekecewaan teramat sampai aku terlelap, Anarafali menang pon aku tak perasan dah walaupun membe aku ada je kat depan usha tv..

Bangun pagi, dengan laptop tak sempat shutdown, aku bukak livescore (dalam hati, nie mahu 7-8 gol nie)..Final result, 7-0 beb!! (tersedak lagi sekali) Sturridge 2, Lampard 2, Anelka 1, Kalou 1 dan 1 own goal..Memang rasa meyesal giler aku tak dapat usha game nie..Baca ulasan Chelsea konker game sampai habis, dan McEachran memang main superb malam semalam, berperanan sebagai 'Pirlo'..Gandingan Josh dengan Lampard memang menjadi, dan Super Frank meledak 2 gol semalam menunjukkan nafsu 20 gol setiap musim dia masih ada - membolehkan dia mendapat pujian MOTM oleh rating Goal.com dalam game nie..

Boleh dikatakan situasi kita kini lebih kurang juga dengan musim lepas..Masih ingat 7-2 taram Sundaland? Bulan Disember selalunya memang bulan malang buat Carlo setiap season walaupun musim lepas tak seteruk nie, tetapi agak down dengan beberapa kali seri - lawan Birmingham dan West Ham, serta kemenangan tipis dan setengah mati lawan Fulham..Tetapi kebangkitan kita jelas terpampang bermula dengan kemenangan 7-2 keatas Sundal-Land pada awal Januari 2010..Apa yang megejutkan kita bermain dalam game tue juga tanpa Drogba dan Essien (macam masa lawan Ipwich), yang sibuk dengan Piala Afrika..Bermula dari match tersebut Chelsea berubah menjadi Goal Scoring Machine malah rekod tertinggi membedal team sekental Villa 7-1, juga Wigan 8-0 dalam match terakhir liga sekaligus membolehkan kita merangkul trofi Premiership..

Walaupun aku tak berjanji kemenangan 7-0 ini akan menghasilkan sesuatu yang sama seperti musim lepas (lagipun Ipswich tannga ke-19 Championship), aku tetap yakin ia akan memberikan perbezaan pada recent game kita yang amat longlai ketika nie..Jangan cepat berpuas hati, kerana proses pemulihan baru bermula sekarang, dan apa yang penting adalah kekalkan konsistensi kita sehingga akhir musim..Bagaimana?? Ini 7 Step untuk Carlo :

1) Rotation buat pemain berumur yang malas, lembab dan tak perform.

Dalam match semalam, Carlo membuat beberapa pertukaran, Didi, Essien, Malouda, Ashley Cole kesemua tidak beraksi (atas dasar direhatkan akibat injury) tetapi bagi aku diorang memang patut rehat, bukannya injury fizikal, tapi injury pada mental..Kekurangan determination pada sesetegah pemain senior sememangnya memakan satu team dan kelewaan diorang menjejaskan corak permainan berpasukan hampir 2 bulan lamanya ..Sejak dari Disember lagi aku dah berkata, Carlo perlu buat beberpa rotation dan masukkan youngster yang bagi aku dah bersedia main Top Football, macam Sturridge, Van Aanholt dan Josh, tapi degil semalam baru nak cuba..Tidak mengenepikan pemain senior sepenuhnya tetapi kadangkala kita perlukan fresh leg dan pemain berlainan untuk mengubah dimensi dan taktikal..

2) Keep aside, Drog!!

Drogba antara yang aku sarankan kepada Carlo untuk diketepikan buat masa ini..Pergaduhan Didi dan JT tempohari memang menambah kemelut dalam bilik persalinan dan suasana di luar padang..Sememangnya agak sukar jika ada banyak kepala dalam satu team walaupun selalunya ia boleh dibaiki..Didi kadangkala memang agak baran dan mungkin semangat dia untuk menang ada masanya boleh mengharu-birukan keadaan (macam masa berebut penalti Lampard lawan Wigan musim lepas)..Prestasi tak menentu, di samping umur meningkat membuatkan aku merasakan Didi perlu berehat seketika..Yeah, dia dilihat lesu dari segi mental dan fizikal, di samping malaria, jelas kelihatan ketika Chelsea ketiadaan JT dan Lampard sebelum nie, ditambah armband di tangan, Didi nampak 'beban' dengan taggungjawab menjaringkan gol setiap match..Kita dilihat bermain lebih baik tanpa Didi buat masa ini, dan ia terbukti ketika menentang Ipswich..Sturridge, Anelka, Kalou nampak meningkat sekarang, saranan aku terutama masa lawan Blackburn selepas nie : Gunakan trio nie, Didi masuk subs.

3) Kerap gunakan pemain muda

Apakah ditakutkan Carlo?? Kelab lain dah lama menggunakan pemain muda, dan bagi aku tak salah jika kita mencuba - macam semalam -..Jika pemain senior main macam sampah, bagi aku tak salah jika kita menurunkan youngsters..Menjadi manager memang macam gambling, kadangkala menjadi kadang2 tidak, tetapi just try!! Pemain seperti Sturridge, Josh dan Aanholt bagi aku dah lama bersedia untuk first team cuma Carlo takut2 nak pakai..Sepatutnya kita menggunakan diorang sejak Disember lagi, ketika krisis baru nak bermula..

4) Be creative, Carlo!!

Selepas taktikal Diamond tak menjadi dan mudah dibaca lawan musim lepas, Carlo mengambil masa hampir 2 bulan sebelum baru nak perasan taktikal dia suck dan perlu ditukar kepada 4-3-3..Ini antara trait yag aku tak suka pada Carlo la, fikir banyak sangat, lambat buat keputusan..Jika dalam satu match 4-3-3 kita tidak menjadi sekarang, Carlo perlu membuat backup plan, Plan B, supaya kita mampu adapt kepada flow match dan mendapatkan result..Ataupun adakah Carlo memang sucks tanpa Wilkins??

5) Beli Defender

Dengan kekurangan backup berkualiti di bahagian pertahanan, jelas lagi nyata - Carlo perlu berbelanja..Walaupun transfer window dah bukak hampir seminggu, masih tak nampak tanda-tanda Chelsea sedang mencari Defender secara serius..Yang aku nampak hanya rumours berhabuk yang tak konkrit maklumatnya..Belgian Kevin De Bruyne?? What the fish!! Aku harap scout kita cepat bertindak, tak dapat Subotic, Cahill pon mahsyuk gak bagi aku..Umur pon baru 24, muda lagi dengan ciri-ciri Rocky Defender macam JT..

6 ) Be more Assertive

Carlo sememangnya manager yang tidak banyak karenah, amat low profile dan hanya menumpukan pada tugas di dalam padang..Sebab itulah Carlo dapat bertahan di bawah rejim kuku besi Berlusconi selama 8 tahun..Carlo tidak akan membantah dengan pengurusan pasukan walaupun kadangkala ia banyak menyusahkan tugasnya untuk membentuk pasukan yag mantap..Walaupun personaliti Carlo agak menyenangkan Roman yang mahukan manager yag menurut kehendaknya, bagi aku Carlo perlu lebih tegas dengan kemahuannya..Lihatlah apabila Wilkisn ditendang keluar, Carlo tidak mampu bersuara walaupun Ray sememangnya pembantu yang fantastik..Aku risau jika Carletto hanya berdiam diri seolah-olah tiada masalah sedangkan kita semua tahu banyak isu dalam kem, antaranya pemain Chelsea semakin berumur dan kita perlukan pembaharuan..Adakah kita perlu menunggu Chelsea untuk menjadi seperti Milan yng hanya bergantung kepada Oldies seperti Pirlo, Gattuso dan Inzaghi pada 2008??Carlo perlu memperjuangkan hak dia, jika tidak aku risau ada pemain yang lost respect kerana menganggap Carletto amat mudah dipermainkan..

7 ) Step By Step

Tidak gunanya jika kita target trofi EPL di akhir musim sedangkan kita sendiri tidak konsisten..Apa yang penting bagi aku adalah fokus Carlo dan player kepada setiap game..Mungkin kita boleh target CL tapi jika suku akhir dah out peciter?? Tak perlu bercakap banyak tahun nie nak treble, double, bla3 jika main pon berterabur..Take step by step, jika dah sampai final baru boleh citer pasal menang trofi..Buat masa nie, tumpuan Chelsea haruslah pada match liga, kita perlu menang game seterusnya, menentang Blackburn, seterusnya Bolton dan Sunderland..Mendapat Top 4 kini adalah priority, berbanding menang EPL..Tumpuan kepada CL haruslah hanya bermula Februari, for the mean time, fokus pada liga, pastikan kita berada di kedudukan yang bagus ketika itu!! KTBFFH!!

p/s : Okeh mengenai update FA Cup, kita semakin mara dan match seterusnya kita akan bertemu Everton pada 29 Jan untuk 4th Round..Mampukah Chelsea menjadi team pertama menang FA Cup kali ketiga secara berturutan semenjak Premierhip diperkenalkan??



Sunday, January 9, 2011

0 Domino Effect

0 Comments


Carlo :Haha, kena pecat ke bai??
Hodgson :Gelak la, tengok la ko nanti camne..


Zaman sekarang tukar manager macam tukar baju - amat cepat, pantas, tuntas..Tak memeranjatkan kerana di EPL, pressure amat tinggi dan kadar pengurus dipecat adalah lebih tinggi berbanding liga lain..Bermula dengan Hughton, seterusnya Allardyce, dan yang terbaru Hotdogson baru sahaja dipecat malam semalam, walaupun di-cover dengan kata-kata "leave by mutual consent"..Selepas nie siapa?? Carletto?? Yeah, dah tentu Carlo antara nama yang dicanangkan untuk dipancung oleh Roman dalam masa beberapa minggu lagi..Ia seakan musim pemecatan dan gelombang menyalahkan manager sebagai kambing hitam takkan berhenti - Its Domino Effect!!

Apa yang membimbangkan adalah terdapat beberapa persamaan kepada Carlo dan Hodgson..Kedua-duanya boleh kata masih fresh dengan kelab baru, tapi telah dikeji dan diprotes oleh peminta sendiri..Kedua-duanya tidak disokong dari segi kewangan malah pembelian pemain baru juga bukan dari pedapat mereka sendiri..Result juga tidak membantu dalam 2 bulan nie untuk kedua manager, player mental down, tidak konfiden dan aku kengkadang merasakan badi Liverpool sudah melekat pada Chelsea buat masa kini..


Dua situasi yang sama di hadapan Cobham dan Anfield

Apa yang membezakan antara Carlo dan Hodgson adalah trofi kejayaan..Carlo amat sukses dalam musim pertamaanya, manakala Hodgson amat suck-sess dalam masa hanya 6 bulan berkhidmat..Dan mungkin nie yang bakal menyelamatkan Carlo agar tidak berakhir seperti Hosgson mahupun Benitez..

Carlo dah berjanji untuk membuktikan keupayaannya dalam masa 3 minggu utuk menterbalikkan situasi :

“I would not have lost my job if we did not win the league last year.

“Other managers here have been sacked for less. I know Roman Abramovich very well but I don’t know what’s in his mind.

“I don’t know how long we can go without results.

“The owner supports my job now but I would not have been surprised if he had sacked me.

“In the next two or three weeks we have to play better.

“We can’t keep playing like this until the end of the season.”


Carlo, Come To Papa, meh sini, ambo nak ghoyak sikit..

Roman juga dikatakan akan pulang ke London esok (sekarang nie takde) untuk bersemuka dengan Carlo untuk mendapatkan laporan penuh..Nantikan sahaja respons Roman kepada Carlo, samada "Suck the result, I will help you with transfer budget" atau "Suck the result, You're fired!!"

Juz wait n C



Wednesday, January 5, 2011

0 Preview : Selangkah ke lubuk serigala

0 Comments

Stamford The Lion bersedia menyerbu lubuk serigala di Molineux


Match pagi nie memang crucial buat The Blues, menang membuatkan kita mampu bernafas semula, seri atau kalah umpama menjerut tali ke leher sendiri, sesak nafas, semput dan mati!! Kunjungan Singa ke lubuk serigala jangan dipandang enteng, mungkin kelihatan mudah tetapi berdsarkan prestasi skuad kita kini, aku tak berani nak bercakap besar dan diharapkan kita mampu bermain dengan disiplin..

Oh ya, inilah serigala yang menakutkan bakal ditembung pagi nie

Kepulangan Iva agak melegakan bahagian defence yang lompang kini, Bruma bakal diketepikan dan buat Ferreira, aku harap tua nyanyuk nie tak main dan Bosingwa akan starting first 11..Ramires, Lampard, Essien diharap mampu memberikan peningkatan dan trio Anelka, Malouda dan Didi akan terus menambah jumlah gol diorang yang dilihat semakin hampir ke prestasi asal seperti awal musim..Apa yang penting adalah clean sheet, aku yakin kita mampu menjaringkan gol di Molineux sekaligus merampas 3 mata berharga!!

Skuad malam nie :

Cech
Bosingwa-Iva-JT-Ash
Ramires-Essien-Lamps
Anelka-Didi-Malouda

Result Prediction : Wolf (0) - Chelsea (2)

Match LIVE 0340-0545hrs Astro 813

Aku bajet Mancee-Sengal berakhir seri 2-2
Carefree beb
KTBFFH!!


5 5 Sebab Mengapa Carletto 'Terselamat'

5 Comments

Roman : Carlo, boleh citer kenapa main macam haram sekarang nie?
Carlo : Err..anu..itu..ini..aaa..


Dalam 7 tahun rejim Roman, manager datang dan pergi macam air lalu..Namun boleh dikatakan Carletto antara yang bernasib baik kerana walaupun result Chelsea di EPL macam haram dalam masa 2 bulan kebelakangan nie (tangga ke-5 EPL), Roman masih mampu bersabar dan dikatakan akan backup Carlo pada transfer window Januari nie..Mengenangkan apa yang berlaku secara kejam kepada Scolari, Jose dan Grant; Bagaimana Carlo masih boleh terselamat dari amukan Roman sehingga kini??

Antara statement Carlo : “I’m a lucky man. I understand that a lot of coaches are sacked after results like these.”

Yeah mungkin Carlo antara bernasib baik kerana entah mengapa angin Roman agak baik kali nie..Jujur aku kata aku agak risau dengan nasib Carlo ketika bulan Disember lalu, seolah-olah bila-bila masa sahaja Roman akan mengeluarkan kata-kata keramatnya "You're Fired!!!" sekali lagi..Apapun aku berpendapat terdapat beberapa faktor mengapa Carlo masih kekal menerajui takhta pengurusan The Blues sehingga kini :

Nampak tak nie Roman?? Ko boleh buat ke??

1) Double Champion -Mungkin Carlo ketika ini kelihatan lemah dan tak bermaya menerajui Chelsea tetapi kejayaannya menempah sejarah Double Champion buat The Blues tidak akan terlepas dari ingatan Roman..Mungkin Jose lebih gah kutipan trofi tetapi Carlo masih berjarak 5 bulan dari tempoh kegemilangan musim lepas..Kesabaran Roman mungkin akan bertahan sekurang-kurangnya sehingga penghujung season dan nasib Carlo akan dinilai berdasarkan kutipan trofi musim nie..

"Roman, aku diam jer, dak nie yang cakap lebih lebih"

2) Mendengar kata?? - Carlo sememangnya antara jenis manager yang dimahukan Roman, obey, pendiam, tidak lantang dan tak banyak bunyik kepada penguruan atasan..Malah ketika Wilkins ditendang keluar pon Carlo tidak melawan selain pasrah dengan keputusan Board..Tidak seperti Jose yang mempunyai ego tersendiri, Carlo tidak kuat membantah malah sifatnya yang humble memang dimahukan oleh Board untuk memberikan imej baik kepada pasukan..Macam korang tak kenal je Roman, kalau ada sesiapa bajet dia lebih 'berkuasa', boleh diagak dia takkan lama dalam Empire Roman..

Ada Carlo, ada la pesta gol

3) Permainan Cantik - Okeh mungkin ketika nie kita main macam cibai, tapi Roman mahukan aksi flow football dan musim lepas merupakan corak permainan yang diidamkan Roman apabila kita meledak 100++ gol..Jose agak defensive dan hanya Carlo yang dilihat mampu memberikan corak permainan menyerang idaman RA..

4) Ketiadaan calon manager sesuai - Pecatlah Carlo, kemudian apa?? Ketika nie memang kekurangan manager yang berkelayakan dan still available..Mungkin hanya Rijkaard yang dilihat mempunyai rekod terbaik di Eropah dan masih belum terikat dengan kelab besar selain Fenerbahce..Pep mungkin calon terbaik tapi dah sah la takkan dia nak tinggalkan kelab pujaannya Barca manakala Jose dah sah berputus arang dengan Roman dan mustahil untuk kembali ke Bridge..Tanpa saingan, Carlo diberikan peluang kedua untuk stay..

"Roman, ko nak trofi nie, kan kan??"

5 ) Hasrat belum tercapai - Carlo dibawa dengan satu tujuan UTAMA - Piala Eropah - Yup, Carlo selaku pemenang 2 Piala Eropah sepanjang kerjaya managerial dia masih belum melunaskan janjinya setakat nie; membawa trofi CL buat pertama kali ke Bridge..Mungkin kejuaraan liga nampak agak sukar untuk dipertahankan musim nie, tetapi kita masih mempunyai peluang terbuka di saingan Eropah..Berdasarkan undian Last 16 yang menempatkan kita bertemu Copenghangen dah tentu kita akan mempunyai peluang terbaik untuk mara dengan selesa ke peringkat 8 team terakhir..Step seterusnya adalah kita perlu menewaskan 3 lagi kelab ternama Eropah seperti Barca, Madrid, Milan, Inter atau Bayern dan dicampurkan dengan sedikit tuah, tak mustahil kita dapat menamatkan penantian beratus tahun kita musim nie..

Hanya masa je leh menentukan samada Carlo akan stay lebih lama atu pun tidak..Aku memang mengharapkan King Carlo kekal lama kat sini untuk kestabilan kelab..Lagipun aku suka corak taktikal dia di samping dengan keterbukaan menggunakan pemain muda..Untuk jangka masa panjang, aku tak nampak sapa lagi sesuai berbanding Carlo untuk membina legasi dia di Stamford Bridge..Keep The Blues Flag Flying High!!

0 Wlikins bukan punca

0 Comments
Chelsea main macam haram, macam kena sembelih je aku dalam 2 bulan nie

Walaupun prestasi macam haram Chelsea sekarang banyak dikaitkan dengan pemergian Wilkins, Didi berpendapat ketiadaan Ray bukan sebab utama dan player perlu disalahkan atas kecuaian diri sendiri :

"Ray's exit was a decision of the club and footballers are obliged to accept it.

"And although many people believe our situation is difficult Chelsea still have a chance to win the title.

"The league is very open and anything is possible.

"This season many players like Spurs' Gareth Bale, Marouane Chamakh at Arsenal, Manchester United's Nani and Yaya Toure for Manchester City have all progressed and they are helping their teams make big challenges.

"So emotions will run high until the end of the season — but we cannot afford any more errors. And we need to be invincible at Stamford Bridge."

Yup, aku setuju dengan Didi, managerial staff tetap datang dan pergi, sememangnya itu lumrah dunia bolasepak..Jose, Steve Clarke kesemuanya dah meninggalkan The Blues suatu masa dahulu tetapi gandingan Carlo dan Wilkins berjaya membangkitkan Chelsea kembali..Yup, Wilkins sudah tiada tetapi pengganti dia Paul bakal memberikan peranan terbaik seperti Ray, aku yakin!! Apa yang penting adalah pemain kembali fokus kepada peranan di atas padang, bukannya kisah gosip dan berita panas yang terpampang di akhbar..Sekiranya kita kembali bersatu, tiada siapa boleh menghalang!! KTBFFH!!


Tuesday, January 4, 2011

0 Nazak menanti Serigala

0 Comments
Aku tak tengok match Villa minggu lepas, tapi berdasarkan usha highlight boleh dikatakan kita memang nyawa-nyawa ikan terutamanya di bahagian Defensive..Malam sok lawan Wolves, serigala yang sedia membaham kita jika main macam cibai sekali lagi..Tak payah harap la nak EPL kalau main tak konsisten camnie..Harap kita fokus satu-satu match dulu..

Apa yang antara menggembirakan aku antaranya Drogba dan Lampard dah kembeli ke habit meledakkan gol diorang seperti dulu..Mungkin tak se-hot musim lepas tetapi nampak ada peningkatan dan jika diberi masa aku yakin duo nie mampu menyengat kembali..Selepas Malouda dah gol lawan Bolton, Didi dan Lampard jugak kembali menembusi gawang, aku harap Anelka pulak akan score lawan Wolves nanti..Harap jentera serangan kita kembali tajam seperti penghujung musim lepas!!

January Transfer dah bukak, dan berdasarkan laporan terkini, berita terbaiknya Roman bersedia memeberikan dana (walaupun tak sebanyak dulu) kepada Carlo untuk mencari seorang CB, berkemungkinan Gary Cahill (jimat kos beb!!), dan juga seorang Right Back..

Gary Cahill - bakal muka baru The Blues??

Harap perlu bertindak segera, sebab biasa la jika tangguh pemain England nie harga akan naik giler babi mahalnya akibat bidding war walaupun kengkadang nilai diorang tak setimpal langsung dengan tag (cth Lescott, Milner)..Tanpa Alex, kita memang umpama bernafas dalam lumpur mengaharapkan JT berseorangan menjadi benteng pertahanan..Ivanovic kekok main CB, Bruma pulak tak cukup pengalaman..Harap kita akan mendapat berita official sedikit masa lagi mengenai pemain baru!!