The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Wednesday, December 2, 2009

0 Meriam Buluh

0 Comments
Meriam Besi jadi Meriam Buluh di pagi Aidiladha..Gembira dan sedih gak ak tgok match Chelsea ngan Sengal semalam..Hepi sebab Celsi menang beso dan sedih tgok kanak2 ribena tadika Sengal dipermain2 kan oleh team ‘dewasa’ Chelsea hahaha..Kemenangan 3-0 semalam melengkapkan korum big 3 yang rebah di badai ombak biru dan jelas menunjukkan penguasaan Chelsea di dalam EPL musim nie dan ak boleh katakan sebelah tangan JT sudah memegang trofi kejuaraan!!

Takde banyak yang perlu ak kritik mengenai persembahan Chelsea semalam kerana sudah hampir perfect corak permainan yang ditonjolkan..Kesemua player menunjukkan prestasi yang top class dalam match nie daripada defence, midfield dan attacking sememangnya kita mengatasi sengal dari semua aspek..Mungkin agak keterlaluan jika ak mengatakan Chelsea tiada pencabar untuk kejuaraan liga musim ini..

Player yang paling ak salute semalam adalah Ashley Cole..Walaupun teruk di boo oleh penyokong lawan, (Sebabnye?? korang agak2 r sendiri hehe..) Ash tidak menggelabah malah membalasnya dengan dua assist yang membawa Chelsea ke kedudukan yang selesa di penghujung First Half..Mentaliti yang tinggi dimiliki Ash merupakan sesuatu yang mmg ak respek kerana untuk mengabaikan jeritan dan makian haram dari penonton yang boleh ak kata beribu2 semalam mmg mmerlukan kekuatan mental yang tinggi dan focus yang mantap dan Ash berjaya melakukannya..The Blues amat bertuah kerana memiliki Ash yang bagi aku sememnganya seribu kali lagi bagus dari Si Nangis Gallas..

Ak nak ucapkan terima kasih kat Sengal sebab dulu bagi Ash kat kitorang dan tolong bersihkan kem Chelsea dari gangguan virus Gallas yang sangap nak gol sendiri..Mamat nie sememngnya barah kat Chelsea sbb x abes tak puas ati x dapat main center back sedangkan die dah mantap dah sebagai Defend kiri masa 2..Arsenal amik die, dapat la main tengah, pastu dapat Captain peh konon bangga la..Pastu satu2 hancur,hamik ko Sengal jadi barah lak kat sane haha.. kena buang jadi kapten, nangis atas padang , bolos lak banyak..Papepon thanks for Arsenal ak harap korang pegang die lama2 boleh Drogba bedal die lagi..

Drogba @Didi merupakan salah satu player yang ak tabik spring sebab macam bese die nie kalo korang pasan die nie mmg suke gol lawan Sengal x tau la nape..Semalam tambah lagi dua so setakat nie die dah sumbat 11 gol dalam 10 pertemuan dengan Meriam bengkok nie..Kalo Fan Sengal nak menang ngan Chelsea korang harap2 la Didi x men nanti hehe..Hmm mungkin Didi tak tahan kot tgok budak2 x cukup umur nie men rasa panas je so pe lagi buli la..Ak sokong Didi sebab die pemain ‘dewasa’ so kena tunjuk sket kat budak2 hingusan nie jangan bajet bagus..Lawan ngan team murahan len leh la ngan The Mighty Chelsea jangan harap r nak menang..Dengan finishing yang cantik untuk gol yang pertama dan Free kick yang masyuk untuk gol ketiga Didi sememangnya unstoppable!!

Sememangnya pengalaman itu lebih penting dari sepasang kaki yang kuat..Macam cerita arnab dan kura2..Dengan sepasang kaki yang laju x semestinya kita akan menang, akal adalah senjata utama dalam strategi untuk menumpaskan lawan..Memang ak akui player2 sengal mmg laju cam Walcot, almaklum la sume mude2 tapi tanpa pengalaman yang cukup korang tgok sendiri la pe Walcott wat semalam..Sengal ak tgok dalam match nie hanya berlari, berlari dan berlari tanpa hala tuju..Chelsea lebih bijak dengan memerhati dan mengambil peluang sekelip mata bila muncul untuk menjaringkan gol..

Mentaliti juga bagi aku adalah kekuatan utama The Blues yang rata2 player adalah golongan senior dan bukannya kanak2 seperti Si Meriam Buluh yang masih mentah..Pengalaman lalu membentuk kekuatan dalam pemikiran player yang boleh dikatakan mempengaruhi 80% prestasi seorang ahli Sukan..Dari experience muncul kekuatan mental yang mantap..Walaupun di awalnya kita asak oleh Sengal dalam match nie, pemain2 Chelsea tidak menggelabah dan berjaya mengawal permainan tanpa terikut2 dengan corak permainan lawan..Hasilnya?? Berkat kesabaran tiga mata dalam tangan..

Walaupun Sengal dah ditinggalkan jauh 11 mata di atas, jangan dilupakan team Setan yang masih mengekori di belakang dengan perbezaan 5 mata..Ak amat optimis dengan peluang Chelsea yang boleh dikatakan amat cerah untuk merangkul kembali merangkul kejuaraan liga musim nie tapi sebarang kealpaan pasti akan memakan diri jika tidak berhati2 sepertimana Fool musim lepas..Hanya yang konsisten akan berada di puncak dan kejayaan menumpaskan Big 3 bagi aku adalah satu kejayaan yang hebat bagi babak pertama EPL untuk Chelsea musim ini..Babak kedua akan bermula tidak lama lagi disajikan dengan Piala afrika selaku pembuka selera yang memualkan.. Diharapkan kita tidak goyah, telan segala kepahitan dan meneruskan perjuangan!! CHELSEA FOR PREMIERSHIP!!

Match Highlight :




Sunday, November 29, 2009

0 Korban Arsenal!!

0 Comments
Malam nie Chelsea akan bertemu Arsenal di Emirates untuk aksi BPL dan derby London selepas minggu yang cemerlang di Eropah..Kemenangan MU ke atas Porstmouse semalam merapatkan jurang kepada dua mata dengan Chelsea selaku pendahulu liga justeru hanya kemenangan yang dicari malam ini untuk kembali menjarakkan kedudukan..

Prestasi terbaik skuad Chelsea sememangnya dialu-alukan dan kepulangan beberapa pemain utama seperti Lampard, Ballack, Zhirkov dan Didi menjadi suntikan semangat di waktu yang tepat..Carletto kini mempunyai banyak pilihan untuk mendekorasi bahagian tengah yang menunjukkan persaingan yang sengit di kalangan pemain2 The Blues..Lampard, Essien dan Ballack kini dicabar oleh kelompok pemain yang kini menagih posisi tetap di bahagian midfield dengan menampilkan prestasi yang menarik dalam beberapa match terakhir antaranya Malouda, Mikel, Joe Cole dan Deco.. Jangan dilupakan juga kelibat dari pemain muda seperti Kakuta dan Borini yang kian mencucuk rapat..Saingan yang sihat sememangnya bagus untuk pasukan dan sekiranya ak diberi hak memilih, ak mahukan kelibat Malouda di dalam first team malam nie bergandingan dengan Lamps, Essien dan Ballack untuk memecahkan dominasi team Arsenal di bahagian tengah..

Berlawanan dengan home team, Sengal skang nie kehilangan beberapa tonggak utama antaranya Van Pasir, Diabiol, Clichy dan Gibbs..Dengan skuad lawan tempang, nie merupakan peluang terbaik Chelsea untuk meratah diorang secukupnya sekaligus meninggalkan diorang 11 mata di atas dan mengurangkan saingan kejuaraan liga kepada dua penjuru sahaja..Tapi walaupun kehilangan beberapa pemain penting, skuad The Blues harus berhati2 dengan sengal kerana kita bermain di tempat lawan dan dalam big match seperti ini macam2 boleh terjadi..Semoga pemain Chelsea tidak terlalu angkuh dan dapat bermain mengikut disiplin dan strategi yang ditetapkan oleh Carletto..

Dengan hampir kesemua pemain telah sembuh dari kecederaan (kecuali Bosingwa), ak harap agar dapat melihat kekuatan penuh Chelsea-aksi yang menarik, pertahanan yang mantap dan serangan yang efektif!! Sempena Aidiladha ini ak nak skuad The Blues mengorbankan Sengal secukup2 nya malam nie haha..KEEP THE BLUES FLAG FLYING HIGH!!

Formasi malam nie :

----------Cech-------------

Ivanovic-JT-Carvalho-Ash-----

Lamps-Ballack-Essien-Malouda

-------Anelka—Didi-------------


Result Prediction :

Arsenal (0)- Chelsea (2)

Match LIVE kat ESPN, 26 Disember 2009 pukul 11.55 malam..DONT MISS!!

0 Selamat Hari Raya Aidiladha

0 Comments


Kepada semua Blues Fan terutamanya pengunjung blog nie yang beragama Islam ak nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha semoga kita semua beroleh rahmat dan keberkatan dariNYA..Di harapkan di hari mulia ini kita sanggup melakukan pengorbanan yang mampu merubah diri kita dan masyarakat untuk menjadi insan yang lebih baik amin..Jom makan!!

p/s : Di Malaysia kita korban daging, untuk Team Chelsea kat London ak nak kita korbankan Arsenal huhu..

0 JT The 300!!

0 Comments
Match menentang Porto bukan sahaja memberikan Chelsea kedudukan teratas di dalam peringkat kumpulan, malah ia juga merupakan match yang bersejarah untuk Captain Marvel kita, John Terry kerana ia merupakan penampilan ke 300 beliau selaku Captain The Blues!!

John Terry pertama kali ditabalkan selaku Captain Chelsea oleh Claudio Ranieri menggantikan senior beliau yang turut merupakan legendary center back, Marcell Dessaily..Keupayaan JT selaku natural leader turut diakui oleh manager Chelsea yang lain; Jose Mourinho, Avram Grant, Luiz Felipe Scolari, Guus Hiddink dan yang terbaru, Carlo Ancelotti..

Terry added: "Playing 300 games as Chelsea captain is a great achievement for myself.

"I have played for a lot of managers and they have kept me as captain which is a great honour and I want to stay fit and keep Chelsea winning trophies."

JT merupakan kebanggaan Chelsea kerana merupakan bekas pelajar akademi Chelsea yang berjaya naik dari bawah dan seterusnya menjadi antara pemain bertaraf dunia kini..Jikalau ada kesungguhan tiada apa yang mustahil dan JT telah membuktikannya dan diharapkan pemain2 muda Chelsea seperti Kakuta, Sam , Sturridge , Borini dll dapat mengikuti jejak langkah legenda Chelsea ini..Pemilihan JT selaku kapten England oleh Capello sekali lagi membuktikan kewibawaan beliau selaku pemain kebanggaan Chelsea dan England dan prestasi cemerlang England di pusingan kelayakan membuktikan segala2nya..

Kehebatan JT selaku antara defender terbaik dunia merupakan faktor JT terus mempertahankan kedudukannya selaku leader terhebat Chelsea walapun manager datang dan pergi silih berganti..JT mempunyai ciri2 kapten yang sudah tertanam di dalam dirinya..sifat berani mati dan berkorban demi kelab kesayangannya Chesea telah membuatkan JT menjadi inspirasi buat teammate dan fan The Blues untuk memberikan yang terbaik demi pasukan mencapai kejayaan..

Masih ingat lagi bagaimana JT pengsan kerana disepak di bahagian kepala sewaktu menentang sengal di final Carling Cup?? Selain itu, ketika Chelsea ditimpa krisis selepas pemecatan Jose dan hampir tekeluar dari saingan kumpulan CL, JT yang cedera akibat keretakan di tulang hidung tetap bermain dengan menggunakan pelindung muka dan JT menunjukkan aksi menakjubkan di bahagian defend yang membolehkan Chelsea memperoleh kemenangan berharga ke atas Valencia seterusnya melayakkan diri ke peringkat kalah mati yang seterusnya membuka jalan untuk membawa Chelsea ke Final CL yang pertama..Gol tandukannya menentang MU baru2 nie turut membuktikan JT sentiasa merupakan leader terhebat Chelsea dan tulang belakang bagi The Blues dulu, kini dan selamanya..

Diharapkan agar JT mampu menjadikan season ini sebagai detik terbaik dalam karier beliau dengan membawa Chelsea merangkul kejuaraan liga dan tidak mustahil Champions League serta menjulang Piala Dunia bersama England!!..

JOHN TERRY-CAPTAIN, LEADER, LEGEND

Saturday, November 28, 2009

0 Chelsea Juara Group D!!

0 Comments

Chelsea berjaya menjuarai Group D dalam saingan CL selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Porto di Portugal..Dengan kemenangan nie skuad The Blues telah memperoleh 13 mata meninggalkan Porto di temnpat kedua dengan perbezaan empat mata..hanya satu je match tinggal pasnie iaitu menentang APOEL dan ak pasti Carletto dapat menggunakan peluang nie untuk merehatkan pemain2 utama..Dengan keputusan nie Chelsea akan terselamat daripada diundi untuk bertemu dengan juara kumpulan lain..tapi sume team kat CL nie mmg kuat x kira la naib x pun juara kumpulan..tgok la Bordeoux pn leh jadi juara group...yang penting Chelsea yang harus maintain form di peringkat seterusnya jika ingin mara lebih jauh dalam kejohana eropah nie...papepon Congratts Chelsea!!!

Seperti yang dijanjikan, Carletto membuat beberapa pertukaran dengan ivanovic, Ballack, Deco, Zhirkov dan Carvalho dimasukkan ke dalam skuad setelah terlepas perlawanan menentang Wolves hujung minggu lepas..apa yang mengejutkan adalah kelibat Didi yang dimasukkan dalam first team walaupun Carletto mengatakan sebelum nie yang die belum bersedia..Supprise??

Match nie mmg fight sebab Porto bermain di halaman sendiri..dengan kekuatan sorakan dan sokongan di belakang mereka, Porto terlebih dulu melakukan beberapa asakan berbahaya dari gandingan Belluschi, Falcao dan Rodriguez tetapi Cech ternyata kebal dalam match nie..Shot2 berbahaya dari trio nie berjaya ditepis oleh Big Pete yang ak boleh lihat tidak di support sepenuhnya oleh Defender yang kerap memberi ruang kepada pemain2 Porto melancarkan serangan..Fist half banyak didominasi oleh home team dengan hanya sesekali Chelsea melancarkan serang melalui Anelka dan Malouda yang bagi ak memang pemain terbaik Chelsea dalam match nie..Malouda memang pandai membuka ruang untuk rakan2 dan kelajuan dan cross Malouda memang meresahkan defender Porto cuma tiada siapa yang menyudahkannya ..Mgkin layak menjadi regular starter pasnie?? Didi menghilang tanpa arah tuju dalam game nie..mgkin kesakitan di rusuk masih menggangu permainan Didi, harap2 tidak melarat sehingga ke Emirates ahad nie..


Second Half Malouda sekali lagi menjadi threat utama untuk Porto dan kali nie usahanya mebuahkan hasil..Zhirkov yang naik ke atas berjaya membuka ruang untuk Malouda untuk melakukan cross yang cantik dan disambut dengan tandukan pantas oleh Anelka..1-0 untuk Chelsea!! Nie merupakan kali kedua Anelka menjadi pemusnah Porto selepas turut menjaringkan gol tunggal Chelsea di Bridge sebelum nie..

Deco dikeluarkan untuk memberi laluan kepada Joe Cole dan Deco diberikan standing ovation oleh fan2 home team yang masih mengingati jasa beliau selaku hero yang membawa kejuaraan Eropah kepada Porto pada tahun 2004 di bawah bimbingan Jose Mourinho..Deco menjaringkan salah satu gol di final menentang Monaco dengan result penuh 3-0..

Walaupun ketinggalan Porto tetap tidak berputus asa dan menggandakan asakan dan ak sememangnya lemas tgok kesungguhan player2 Porto menyerang pertahanan Chelsea bertali arus..Mujur Cech beraksi dengan amat cemerlang dan sedikit luck dengan beberapa kali serangan dari Falcao dan Belluschi terkena tiang..Keputusan seri adalah lebih adil but victory is victory!! Chelsea bertahan untuk memperoleh tiga mata berharga dan ditabalkan selaku Juara Group D!!

Dengan nie skuad Chelsea leh menumpukan perhatian ke aksi liga pula menentang Arsenal ahad nie di tempat lawan..Kemenangan Ahad nie akan meninggalkan diorang sebelas mata di atas dan dah tentu akan mengecilkan saingan antara Chelsea dan MU sahaja..Harap Didi dan Lampard dapat fit sepenuhnya sebelum Ahad nie..Prestasi yang cemerlang setakat nie dan kebolehan skuad Chelsea bertukar2 player tapi tetap memperoleh kemenangan dan mampu beraksi menarik sememangnya mengagumkan dan membuktikan The Blues mempunyai kekuatan dalaman yang hebat...Thumbs Up untuk Carletto kerana berjaya membawa Chelsea ke tahap ini..Keep The Blues Flag Flying High!!

Match Highlight :


Wednesday, November 25, 2009

0 Hancurkan Porto!!

0 Comments
Malam nie Chelsea akan bertandang ke Estadio de Dragao, Portugal menentang tuan rumah Porto dan match nie akan menentukan siapakah yang bakal menduduki tangga teratas Group D sekaligus mnegelakkan diri dari bertemu dengan juara Group len dalam pusingan kalah mati nanti..

Keputusan seri sudah cukup untuk Chelsea kerana match terakhir Chelsea akan menentang Apoel di laman sendiri dan Porto akan bertemu Atletico pasnie..Tapi tidak perlu bersusah payah bila ada jalan yang lebih mudah iaitu kemenangan..Jikalau Chelsea menang kita konfem jadi Juara Group dan match terakhir nanti beberapa pemain utama leh direhatkan dan beberapa pemain muda boleh diberikan peluang merasai pengalaman bermain di Eropah..


Deco, Ballack dan Didi sudah kembali ke dalam pasukan setelah pulih dari kecederaan sementara lampard masih lagi tersekat di Wad Sakit Bridge dan mungkin tidak beraksi menentang Sengal hujung minggu nie..Carletto memberikan hint yang beberapa pertukaran akan dilakukan pada barisan pemain malam ini berbanding semasa menentang Wolves di mana beberpa pemain akan direhatkan untuk match showdown di Emirates nanti..

'We are in Portugal now, and I want to say that Carvalho and Deco will play tomorrow. I want to change something, some players, and the players that did not play against Wolves will play, Ivanovic, Carvalho, Deco, Ballack,' he explained. 'I think that Zhirkov can play tomorrow at left-back.

'I don't know for Drogba, maybe he will start on the bench. He is well but I prefer to keep him on the bench.'

Porto yang tewas dalam match terakhir diorang jangan dipandang rendah kerana di Eropah prestasi mereka amat berbeza..Setelah tumpas di tangan Chelsea sewaktu match pembukaan, Porto telah mengumpul mata penuh untuk game2 seterusnya yang membolehkan diorang merapati kedudukan dengan Chelsea selaku pendahulu Group D..Dengan 12th man factor menjadi kelebihan diorang malam nie, Porto pasti akan memberikan tentangan sengit kepada skuad The Blues..

Hulk merupakan striker yang perlu diberi perhatian malam nie..striker dari Brazil nie memang antara faktor kehebatan Porto setakat nie di Eropah dan telah diintai oleh beberapa Kelab Eropah untuk memndapatkan khidmatnya..Dengan badan yang besar dan tendangan yang padu Carvalho dan Jt pasti mempunyai kesukaran untuk merantai pemain ini..Kesilapan menentang Atletico jangan dilulang lagi kerana sebarang kealpaan oleh benteng pertahanan pasti akan dihukum oleh Hulk sepertimana yang dilakukan Aguero..

Kakuta yang memberikan debut menarik turut serta dalam skuad ke Portugal dan mungkin akan diberikan peluang untuk beraksi di Eropah buat pertama kali oleh Carletto malam nie..Essien dan Didi walaupun turut serta mgkin akan direhatkan dalam match nie kerana baru pulih dari kecederaan bagi mengelakkan sebarang risiko..

Formasi malam nie:


-----------Cech------------

Ivanovic-JT-Carvalho-Zhirkov

---Mikel-Joe-Ballack-Deco---

--------Kalou-Anelka----


Result Prediction : Porto(1) - Chelsea(2)

Malam nie match LIVE kat ASTRO STAR SPORT pukul 3.40 pagi..Dont miss!!

0 Kuda Tua jadi sasaran???

0 Comments
Hampir nak tergelak aku bila membaca Chelsea dikhabarkan ingin membeli dua superstar (atau old superstar) iaitu uncle Gattuso dan pakcik Inzaghi..Selepas dikaitkan dengan Player Milan yang lain Pirlo dan Pato, kini The Blues dikatakan ingin membeli Muke mafia Gattuso dan Si Kuat Jerit Inzaghi pada bulan Januari nie..

Gattuso dan Inzaghi dikatakan ingin keluar dari Milan kerana sering diketepikan dari skuad utama oleh manager Milan, Leonardo di dalam formasi terbarunya..Dengan WC semakin hampir, sudah tentu kedua2 player nie nak terpilih di dalam skuad Itali jadi untuk mendapatkan tempat tersebut mereka memerlukan masa bermain yang maksimum..Chelsea sekali lagi dikaitkan kerana bekas manager diorang Carletto berada di Chelsea dan dia mungkin memerlukan beberpa pemain tambahan untuk menempung ketiadaan player Afrika bulan Januari nanti..

Adakah kita memerlukan kedua player nie?? Sudah tentu tidak perlu..Bukan ingin menidakkan kehebatan Inzaghi dan Gattuso yang bagi aku memang legend di Milan tapi faktor umur dan kecergasan perlu diambil kira..Bagi aku tidak guna membeli player tambahan jika hanya ingin digunakan untuk jangka masa pendek sahaja iaitu satu bulan selama Piala Afrika berlangsung..Skuad Chelsea yang sedia ada bagi aku memang sudah cukup ampuh untuk menampung ketiadaan bintang Afrika nanti walaupun tanpa pembelian baru dibuat..Persembahan menarik dari Kakuta, Borini dan Matic menunjukkan kita tidak ketandusan pemain2 muda yang boleh diharapkan selaku pengganti terbaik skuad utama masa kini dan akan datang..Forget The Big Name, Long Live Young Blues!!

Tuesday, November 24, 2009

0 Bicara Kakuta

0 Comments
Dengan wajah dan skill umpama Robinho, Kakuta merupakan prospek terhangat Chelsea masa kini..Debut yang menarik dari Gael Kakuta sewaktu menentang Wolves menutup segala kisah2 kurang enak dalam awal karier pemain muda Perancis nie dan membuka mata para pengkritik dan peminat bola sepak yang THE NEW STAR IS BORN!!..pe kata Kakuta??

'I have been waiting so long for it and I am really happy, I enjoyed playing the game,' he said.

'I wanted to score so much but I lost focus when I shot. It was good, I enjoyed playing the game and all the players were behind me, helping me and talking to me, so that was good for me.'

Seperti biji benih yang bermutu, jikalau tidak disertakan dengan air dan nutrien yang cukup sudah tentu tumbesaran benih tersebut akan lambat dan terbantut..Sepertimana karier Kakuta di usia yang amat muda, 16 tahun dirinya telah dijulang antara bakat terbaru yang bakal menyinar dengan prestasi yang hebat di RC Lens dan nie menyebabkan dirinya menjadi buruan kelab 2 ternama Eropah antaranya Chelsea..Pujukan The Blues membuka jalan untuk Kakuta mengembangkan bakatnya di bumi England pada tahun 2007 dengan impian bermain di samping Lampard dan Drogba menjadi igauan..Umurnya ketika itu hampir 17 tahun, tanpa mengetahui sebarang peraturan Kakuta mengangguk tanda setuju..Siapa yang tidak mahu bermain dengan Kelab Gergasi Eropah seperti Chelsea di usia muda??

Karier awal Kakuta di Chelsea agak baik walaupun masih kurang dikenali..musim 2007-08 Kakuta menjaringkan 12 gol dalam 24 penampilan dalam skuad muda Chelsea dan ditabalkan Academy Player of the Year musim tersebut..Namun begitu perjalanan ke Skuad Utama masih jauh dan Feb 2009 Kakuta menerima kecederaan teruk di lutut menentang Glenn Hoddle Academy yang menyebabkan bintang muda ini malap seketika ekoran perlu direhatkan selama 6 bulan..

Enam bulan berlalu, dan bintang muda ini sedia untuk bertarung untuk memecahkan benteng ke skuad utama tapi Kakuta sekali lagi ditimpa musibah, mgkin antara yang terburuk dalam kariernya..Tanpa mengerti apa yang berlaku nama Kakuta menjadi hangat di mata Media, bukan kerana bakat tetapi skandal perpindahan dan kontroversi yang sudah tentu tidak diingini oleh pemain muda yang baru ingin mencipta nama di arena Bola Sepak..Kakuta didenda €780,000 dan di haramkan bermain perlawanan kompetitif selama 16 bulan..Kakuta menjadi mangsa kontroversi dan dipandang selaku kambing hitam dalam kes nie..

Jangan dipersalahkan bintang muda ini, di usia 16 tahun sudah tentu Kakuta tidak faham apa2 mengenai rule FIFA, apa yang pasti dia memang passion mengenai bolasepak dan dia tahu Chelsea adalah kelab yang tebaik sebagai platform untuk dirinya memacu diri menjadi antara pemain terbaik dunia suatu hari nanti..Pengurusan Chelsea yang bersalah dalam hal ini kerana Kakuta tetap Kakuta, hanya seorang insan yang ingin bermain bola sepak..

Tetapi jika benih itu bermutu, di campak kemana pun mesti akan megeluarkan hasilnya..Hukuman terhadap skandal perpindahan ini ditangguhkan oleh CAS dan Kakuta kembali memperoleh peluang untuk membuktikan dirinya bukan popular semata2 kontroversi..Match menentang Wolves dipergunakan sepenuhnya hatta 30 minit sahaja masa yang diberikan..Seminit selepas dimasukkan menggantikan Anelka, bintang muda nie menggelecek pertahanan Wolves di sayap kanan sebalum melakukan rembatan yang menerjah kiri gawang..Kakuta sekali lagi mencuba nasib dengan rembatan dari luar kotak penalti yang deras seumpama senior essian cuma sedikit tersasar-hampir menjaringkan gol kompetitif pertamanya untuk kelab..3o minit adalah masa yang amat singkat, tapi cukup untuk membuktikan Kakuta adalah bintang muda masakini!!

'My fitness is good, because of the ban I have been out for months, but I have worked double sessions every day and I feel good,' he explained.

'It has been a little bit like pre-season, because when the boys finished I was still in, working in the afternoons.

'[In the Premier League] the game is much quicker, you have more choice when you play, you can play one touch, two touch, so it is much better.'

Seumpama mati hidup semula, semoga Kakuta mampu mempergunakan sepenuhnya peluang kedua ini untuk membuktikan dirinya adalah pembelian berbaloi oleh Chelsea dan dia sememangnya mempunyai bakat yang tidak ternilai harganya..ALL THE BEST KAKUTA!!

Ingin lebih aksi Kakuta?? Saksikan di sini..




Monday, November 23, 2009

0 Lampard jumpe Dr. Horse

0 Comments
Frank Lampard yang kini mengalami kecederaan di paha kiri telah terbang ke Serbia kelmarin untuk berjumpa dengan Doktor ajaib Marijana Kovacevic aka Dr. Horse yang terkenal dengan rawatan pemindahan placenta kuda kepada pemain2 Premier League sebelum nie..

Doktor nie memang ajaib sebab teknik rawatan die leh memulihkan kecederaan pemain lebih awal dari jangkaan..antara player yang gune rawatan nie adalah player libepul Riera dan Benayoun, diorang nie dijangka akan terlepas perlawanan dalam 2 minggu tapi hasil rawatan Dr. Horse, diorang sembuh lebih awal dan mampu beraksi lawan Man City haritu..Benitez skang pun dah hantar Johnson dan Aurelio untuk rawatan yang same..Haha x tau la leh caye ke x jangan rawatan guna jin dah le..

Rawatan moden ke, tradisional ke, ak xkisah yang penting harap2 Lampard cepat sembuh sebab kita memerlukan khidmat die terutamanya lam perlawanan besar2 pasnie..Lampard dijangka absent sekurang2 nya 3 minggu dan die akan terlepas match menentang Porto dan Arsenal hujung minggu nie..Harap2 die sempat sembuh sebelum menentang Mancity bulan 12 nanti..GET WELL SOON FRANK!!

0 Bebas!!

0 Comments
Setelah menyepi 3 minggu nie sebab exam, akhirnye leh gak ak kembali melakukan posting kat sini..I'm Free!! Mungkin agak kurang update sebelum nie harap2 di masa nie leh ak cover balik ruang2 kosong sewaktu tempoh ak menyepi..Sempena ak cuti nie mgkin ak akan wat beberapa perubahan untuk memantapkan blog nie..Harap korang fan Chelsea sentiasa menyokong aku!!