The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Saturday, November 28, 2009

0 Chelsea Juara Group D!!


Chelsea berjaya menjuarai Group D dalam saingan CL selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Porto di Portugal..Dengan kemenangan nie skuad The Blues telah memperoleh 13 mata meninggalkan Porto di temnpat kedua dengan perbezaan empat mata..hanya satu je match tinggal pasnie iaitu menentang APOEL dan ak pasti Carletto dapat menggunakan peluang nie untuk merehatkan pemain2 utama..Dengan keputusan nie Chelsea akan terselamat daripada diundi untuk bertemu dengan juara kumpulan lain..tapi sume team kat CL nie mmg kuat x kira la naib x pun juara kumpulan..tgok la Bordeoux pn leh jadi juara group...yang penting Chelsea yang harus maintain form di peringkat seterusnya jika ingin mara lebih jauh dalam kejohana eropah nie...papepon Congratts Chelsea!!!

Seperti yang dijanjikan, Carletto membuat beberapa pertukaran dengan ivanovic, Ballack, Deco, Zhirkov dan Carvalho dimasukkan ke dalam skuad setelah terlepas perlawanan menentang Wolves hujung minggu lepas..apa yang mengejutkan adalah kelibat Didi yang dimasukkan dalam first team walaupun Carletto mengatakan sebelum nie yang die belum bersedia..Supprise??

Match nie mmg fight sebab Porto bermain di halaman sendiri..dengan kekuatan sorakan dan sokongan di belakang mereka, Porto terlebih dulu melakukan beberapa asakan berbahaya dari gandingan Belluschi, Falcao dan Rodriguez tetapi Cech ternyata kebal dalam match nie..Shot2 berbahaya dari trio nie berjaya ditepis oleh Big Pete yang ak boleh lihat tidak di support sepenuhnya oleh Defender yang kerap memberi ruang kepada pemain2 Porto melancarkan serangan..Fist half banyak didominasi oleh home team dengan hanya sesekali Chelsea melancarkan serang melalui Anelka dan Malouda yang bagi ak memang pemain terbaik Chelsea dalam match nie..Malouda memang pandai membuka ruang untuk rakan2 dan kelajuan dan cross Malouda memang meresahkan defender Porto cuma tiada siapa yang menyudahkannya ..Mgkin layak menjadi regular starter pasnie?? Didi menghilang tanpa arah tuju dalam game nie..mgkin kesakitan di rusuk masih menggangu permainan Didi, harap2 tidak melarat sehingga ke Emirates ahad nie..


Second Half Malouda sekali lagi menjadi threat utama untuk Porto dan kali nie usahanya mebuahkan hasil..Zhirkov yang naik ke atas berjaya membuka ruang untuk Malouda untuk melakukan cross yang cantik dan disambut dengan tandukan pantas oleh Anelka..1-0 untuk Chelsea!! Nie merupakan kali kedua Anelka menjadi pemusnah Porto selepas turut menjaringkan gol tunggal Chelsea di Bridge sebelum nie..

Deco dikeluarkan untuk memberi laluan kepada Joe Cole dan Deco diberikan standing ovation oleh fan2 home team yang masih mengingati jasa beliau selaku hero yang membawa kejuaraan Eropah kepada Porto pada tahun 2004 di bawah bimbingan Jose Mourinho..Deco menjaringkan salah satu gol di final menentang Monaco dengan result penuh 3-0..

Walaupun ketinggalan Porto tetap tidak berputus asa dan menggandakan asakan dan ak sememangnya lemas tgok kesungguhan player2 Porto menyerang pertahanan Chelsea bertali arus..Mujur Cech beraksi dengan amat cemerlang dan sedikit luck dengan beberapa kali serangan dari Falcao dan Belluschi terkena tiang..Keputusan seri adalah lebih adil but victory is victory!! Chelsea bertahan untuk memperoleh tiga mata berharga dan ditabalkan selaku Juara Group D!!

Dengan nie skuad Chelsea leh menumpukan perhatian ke aksi liga pula menentang Arsenal ahad nie di tempat lawan..Kemenangan Ahad nie akan meninggalkan diorang sebelas mata di atas dan dah tentu akan mengecilkan saingan antara Chelsea dan MU sahaja..Harap Didi dan Lampard dapat fit sepenuhnya sebelum Ahad nie..Prestasi yang cemerlang setakat nie dan kebolehan skuad Chelsea bertukar2 player tapi tetap memperoleh kemenangan dan mampu beraksi menarik sememangnya mengagumkan dan membuktikan The Blues mempunyai kekuatan dalaman yang hebat...Thumbs Up untuk Carletto kerana berjaya membawa Chelsea ke tahap ini..Keep The Blues Flag Flying High!!

Match Highlight :


No comments: