Lama jugak aku dah tak buat review game Chelsea..Sorry sesangat sebab sibuk dengan kerja, damn!! Okeh malam nie the Blues seperti diketahui akan menentang arch rival Liverfool yang bertandang ke Bridge..Selepas kecewa ditewaskan Sengal , adakah kita akan berputih mata lagi dalam satu Big Match??
Ayam tambatan baru Liverfool (atau lagi sesuai digelar 'arnab tambatan') Luiz Suarez mesti dikekang sepenuhnya oleh barisan pertahanan Chelsea malam nie. Sudah bolos 13 gol dalam 11 game, kekebalan kubu kita boleh dikatakan memang rapuh berbanding zaman Jose dahulu. Dengan Van Pussy kita dah terkena, diharapkan berdepan Suarez kita dah lebih bersedia. Arnab, arnab pun kalau laju memang susah jugak Singa nak terkam.
Ex-player Chelsea, Michael Dubbery yang mempunyai 116 apps bersama The Blues di era 90an juga mengatakan kekurangan combo yang padu pada centreback kita menjadi punca kelemahan di bahagian pertahanan.
“I don’t think the Chelsea defence was as solid as it once was. They haven’t found a solid central defensive combination and they have lost their old routines so there is vulnerability about them,”
Aku setuju dengan Dubbery. Setakat ini AVB masih belum menjumpai formula terbaik di bahagian pertahanan. Awal musim nampak okay sebab hanya berjumpa team lemah, tetapi bermula dengan perlawanan menentang Manure, seterusnya Sengal, kelemahan kita mula terserlah. Hanya JT boleh dikatakan first choice CB manakala Luiz, Iva dan Alex bergilir2 menjadi partner combination menyebabkan kurang persefahaman. Ini berbeza dengan combo Riccy Carvalho-JT dahulu yang sememangnya mantapp.
So, untuk malam ini aku harap Luiz dimasukkan untuk membantu JT mengekang Suarez. Dengan pengalaman JT digabung bersama kelasakan Luiz aku yakin ia akan menjadi combo terbaik. Bosingwa? Boleh berambus. Kalau jaga Gervinho pon boleh semput, aku tak yakin dia boleh jaga Downing atau Enrique dari left flank. Letakkan Iva dibahagian kanan seperti menentang Blackburn adalah keputusan terbaik. Ash seperti biasa kekal sebagai left back.
Dengan adanya kombinasi pertahanan ini, harap Chelsea boleh kekalkan clean sheet manakala Suarez & Co boleh clean the sh*t.
Bahagian midfield dan serangan bagi aku tak perlu banyak perubahan. Mungkin jika perlu AVB akan melakukan 1-2 pertukaran taktikal sebagai perang minda dengan adik Daglish. Its up to you, Boss!!
Apapun, ini pandangan aku mengenai starting 11 malam nanti :
Cech
Iva-Luiz-JT-Ash
Lamps-Meireless-Ramires
Sturridge-Torres-Mata
Match LIVE 11.00 mlm Ahad (Astro 817)
Iva-Luiz-JT-Ash
Lamps-Meireless-Ramires
Sturridge-Torres-Mata
Match LIVE 11.00 mlm Ahad (Astro 817)
Kita tak boleh mencicirkan mata lagi kalau nak mengejar Mancee yang nampaknya unstoppable. So, hopefully, Chelsea menang 3-1!! KTBFFH!!
1 comment:
Hey, very nice site. I came across this on Google, and I am stoked that I did. I will definitely be coming back here more often. Wish I could add to the conversation and bring a bit more to the table, but am just taking in as much info as I can at the moment. Thanks for sharing.
Spica Thumb Support
Keep Posting:)
Post a Comment