The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Wednesday, December 8, 2010

0 Preview : Full Throttle!!

Tak pernah aku tengok Carletto se-desperado nie, menunjukkan situasi kita memang amat teruk dari jangkaan..Yeah, Carletto dah menjanjikan Barisan Terkuat akan diturunkan malam nie, walaupun match malam nie diklasifikasikan sebagai Friendly match sahaja selepas kita dah konfem menjadi Group Leader F..Masalahnya, perlukah kita membahayakan pemain utama selepas kita akan berhadapan Spurs, Manure dan Sengal secara berturut-turut selepas nie??

Mungkin momentum adalah benda yang dicari oleh Carletto ketika nie..Yup, 3 match liga selepas nie memang penting dan mungkin menentukan pencapaian akhir musim nanti..Momentum awal amat penting dan selepas gagal mendapatkan kemenangan menentang Everbontot kelmarin, kemenangan menentang Marseille amat crucial sebagai persiapan terbaik menentang Spurs..Sekiranya kita gagal bermain baik dan tewas malam nie, dah tentu akan menambahkan pressure kepada pemain dan manager menjelang match di White Hart Lane..Seriously, kita perlu menang malam nie!!!

Mengenai persiapan skuad, Carletto bersedia untuk menurunkan barisan terbaik kita setakat nie, dan pemain muda kemungkinan hanya akan masuk sebagai subs..Dari kesebelasan menentang Everbontot, hanya Ash dan Anelka yang injured akan direhatkan, manakala Mikel mungkin juga sidelines selepas hanya 1 booking akan menyebabkan dia terlepas pusingan kalah mati nanti..Van Aanholt dijangka mengisi posisi Left Back manakala Ramires akan bergandingan bersama Malouda dan Essien di bahagian tengah..Didi hampir pasti dah tak sabar nak berhadapan bekas kelab lamanya di Perancis, dan aku harap kenangan prestasi hebatnya di Stade Velodrome akan mengembalikan kehebatan Didi yang gersang Open Play Goal sejak awal Oktober lagi..

Bagi Marseille, diorang dah layak sebagai Second Spot Group F,disebabkan Chelsea dan konfem Leader Group, boleh dikatakan takde makna lagi game malam nie cuma sekadar pelengkap fixture..Tidak pasti bagaimana perjalanan match malam nie cuma mungkin diorang akan bermain sambil lewa dan jangan harapkan sangat match yang sengit la malam nie..

Skuad malam nie:

Cech
Bosingwa-JT-Ivanovic-Aanholt
Ramires-Essien-Malouda
Kalou-Didi-Sturridge

Result Prediction : Marseille (1) - Chelsea (3)

Match LIVE Astro 813 3.40 pagi Khamis

Sepertimana Carletto, aku juga mengharapkan kita menang malam nie untuk menutup mulut para pengkritik buat seketika..Namun no pressure, jika kita dapat bermain bagus dan menunjukkan corak permainan bolasepak yang gempak, itu dah cukup bagi aku - Menang adalah Bonus..Just Play our Football!! KTBFFH!!


No comments: