The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Wednesday, July 7, 2010

0 Luahan Hati Joey

-I Just Need To be Loved-

Sekian lama memendam rasa, akhirnya Joey membuka bicara..Perpisahan dengan Chelsea sudah lama dikatakan, dan kata pemutus sudah diberikan bulan lepas, Joey dilepaskan secara percuma..Pemain kelahiran London, peminat setia Chelsea sejak kecil, nampaknya jodoh Joey tidak berpanjangan bersama kelab yang diminatinya..

Jom dengar luahan hati Joey..

"Mengapa aku chow?? Ahh, aku perlukan manager yang menyayangi aku, dan sudi meletakkan aku dalam setiap game. Macam omputih kata, 'I need to be Loved'..Sepanjang musim lepas, aku macam dianaktirikan, ada teammate aku yang masih diberikan peluang first team walaupun melakukan beberapa kesalahan dalam 1-2 game. Aku?? Hanya 20 minit aksi yang teruk, dan match seterusnya aku takkan starting. Enough is enough. Ulangan, I need to be Loved..

"Aku tengah pikirkan mana hala tuju aku pasnie. Dalam kelab baru, aku harap boleh main kat posisi center attacking, macam masa aku kecik2 dulu kat West Ham. Aku yakin prestasi aku masih gempak dan masih ada sinar cahaya di hujung terowong dalam karier aku.."

Semenjak berhadapan dengan injury yang berpanjangan, prestasi Joey kian merosot dan sedikit demi sedikit dia semakin dipinggirkan dari skuad utama..Kekurangan peluang beraksi menjadi punca utama Joey mahu beralih angin ke tempat lain..Arsenal, Mancee dan Spurs antara bakal destinasi terbaru Joey, selepas Manure menarik diri dari persaingan..

Persoalannya,


Adakah Joey benar ??

Adakah Chelsea dan Ancelotti bersalah dalam hal nie??


NONSENSE. Yup, memang aku nampak Ancelotti jarang menurunkan Joey musim lepas. Tapi, atas dasar apa?? Joey tidak bermain bagus dan prestasinya tak berkekalan. Adakah Ancelotti bersalah jika dia memilih pemain lain seperti Malouda dan Anelka yang bermain lebih hebat dan konsisten dari Joey?? Seorang manager sudah tentu akan memilih pemain yang terbaik dari kalangan skuad utama. Joey mahukan kasih sayang manager?? Damn. Bagi aku satu kesalahan jika manager nie ada pemain yang dia sayang dalam skuad. Bolasepak dinilai berdasarkan prestasi, bukannya favouratisme. Sebab itulah Domenech gagal di World Cup, gara2 menurunkan pemain yang dia suka, walaupun tak hebat. Pemain yang bagus, tak dipanggil, sebab tak ngam.

Aku dapat memahami ketidakpuashatian Joey. Dia tidak mendapat layanan seperti beberapa pemain lain, yang diberikan hak first eleven walaupun kantoi 1-2 game. Aku dapat meneka dia mengatakan kepada Anelka, dan mungkin juga Kalou. Mungkin Joey perlu sedar, walaupun kadangkala ada pemain nie tak bermain baik, diorang tetap berlari, mengejar, tackle untuk merampas bola. Semangat dan kesungguhan penting, menunjukkan betapa kuatnya desire ko untuk menang. Sejujurnya aku melihat Joey kurang dari segi aspek nie. Ada ketika kita dapat melihat Joey tidak berhempas pulas dalam satu2 match, hanya memberikan simple pass kepada teammate. Di manakah kesungguhan Joey sewaktu 2007 dahulu?? Favour dari manager hanya hadir jika ko beraksi bersungguh2 di atas padang, bukannya hadir bergolek.

Seperkara lagi, What the rush?? Joey perlu sedar yang dia baru sahaja sembuh dari injury yang teruk selama beberapa bulan. Ancelotti sebagai manager sudah tentu akan mengambil langkah precaution supaya kecedeaan sama tidak berulang kembali. Bagi kelab seperti Chelsea, kita ada 40-50 match kompetitif dalam satu musim. Sekiranya Joey bersabar, aku yakin dia akan mendapat bilangan match secukupnya musim depan.

Hmm, perkara yang lepas, biarlah lepas. Joey juga dah secara official meninggalkan Chelsea. Bagi aku ini adalah win-win situation. Joey mendapat kebebasan yang dimahukan, Chelsea dapat mengurangkan wages structure. Tiada siapa yang untung, juga rugi. Apapun alasan Joey meninggalkan Chelsea, biarlah ia menjadi pengajaran bermakna. Kemanapun halatuju dan destinasi Joey selepas nie, aku ucapkan Good Luck dan Terima Kasih atas 8 tahun sumbangannya bersama Mighty Blues. Aku akan kenang Backheel Goal di Old Trafford sampai bila2, yang dihasilkan Former Magician The Blues yang bernama Joe Cole.






No comments: