Kemenangan besar 7-2 semalam ke atas Sunderland jelas memberikan mesej kepada pesaing2 kita yang Chelsea adalah pilihan utama kejuaraan liga musim nie dan membuktikan skuad The Blues mampu bermain dengan hebat, mungkin lebih hebat tanpa bintang Afrika!!
Gol2 dijaringkan oleh Anelka (2), Malouda, Ash, Ballack dan Lampard (2)..malang sekali walaupun menjaringkan berdozen2 gol semalam, barisan pertahanan x mampu mendapatkan clean sheet dengan Zenden dan Bent menjaringkan 2 gol saguhati atau 2 gol kesian untuk Sunderland..
Keseluruhan permainan sememangnya berpihak kepada Chelsea dengan kita mendominasi hampir seluruh posisi padang..tapi ape pon formasi 4-3-3 memang best!! Ketiadaan Didi menyebabkan Carletto terpaksa meletakkan Anelka yang baru fully fit menjadi lonely striker dan menggunakan formasi pokok krismas untuk menampung kekurangan striker berpengalaman yang ada..Joe Cole dan Malouda menjadi pemain sayap di support oleh Lampard, Ballack dan Belletti di bahagaian tengah..Barisan pertahanan tiada perubahan dengan JT, Carvalho, Ivanovic dan Ash menjadi pelengkap kubu pelindung untuk Si Gelabah Cech..
Sepertimana ketika menentang Watford, dengan menggunakan formasi yang sama, jelas ketajaman serangan kita bertambah bagus dan menusuk kalbu dan ak rase formasi menggunakan winger nie memang sesuai untuk Chelsea, sekurang2nya untuk Bulan Januari sebelum ketiadaan Didi..Joe Cole dan Malouda nampak selesa di posisi sayap dan guess who?? Super Frankie Lampard kembali menjaringkan gol dan kali nie bukan satu tetapi dua!! Ballack juga turut menambah jaringan semalam membuktikan formasi baru nie memberi lebih kebebasan untuk kedua2 playmaker nie naik ke atas dan menjaringkan gol demi gol..
First half sahaja dah cukup untuk menunjukkan pemenang awal match nie dengan Anelka membuka jaringan selepas terlepas perangkap offside, Malouda manambah derita Sundal Land dengan gerakan solo yang cantik sebelum merembat deras ke penjuru gawang..Ash kembali menjaringkan gol dengan chip yang cantik di depan gawang lawan dan Lampard menutup tirai separuh masa pertama dengan gol ke-4..
Second Half dengan kemenangan hampir pasti, Carletto memasukkan Alex dan Zhirkov menggantikan Ash dan JT untuk direhatkan kerana Rabu depan kita ada match penting FA Cup menentang Preston..Chelsea tak membuang masa dengan Ballack kali nie menjadi goalscorer dengan tandukan trademark die seumpama peluru yang menembusi gawang Sundal..Zenden menjaringkan gol xdisangka2 selepas volley dari ex-player Chelsea nie melepasi Cech yang ak rase amat rilek selepas lama xdiserang oleh pihak lawan dalam match nie..Sememangnya tipikal error dari Cech yang dah kureng hebat skang ak xtau nak kate ape lagi cume die yang leh perbaiki diri sendiri..
Walaupun defend bolos, barisan serangan Chelsea tak pernah berhenti menyerang dan Anelka menambah koleksi gol die untuk gol ke-6 selepas error dari defender Sundal..Joe Cole amat malang selepas dua percubaan jarak dekat gagal menerjah gawang..Sayang sekali die xdapat nama dalam scoring list sebab Joe memang antara pemain terbaik malam nie dengan menjadi threat utama dengan cross2 dan larian yang berbahaya di bahagaian sayap kanan..Anelka juga antara pemain terbaik, bukan je prolific menjaringkan gol, malah banyak membuka ruang untuk teammate mencari gol dan cross chantek untuk tandukan gol ke-7 dari Lampard amat dipuji dan bijaksana!! Bent menmbah gol di hujung match tapi xmencukupi untuk menyelamatkan Sunderland dari kekalahan memalukan dan meneruskan rentetan 8 match tanpa menang..
Kemenangan nie membolehkan Chelsea kekal di atas persada liga dengan kelebihan satu mata di atas MU yang turut menang semalam..tunggu Arsenal je samada akan spoil atau tidak malam nie..2 match tanpa bintang Afrika, 12 gol dijaringkan menunjukkan keadaan tidaklah seteruk yang disangka dan ak yakin dengan adanya pemain2 yang marvellous kita mampu mengharungi Bulan Januari dengan result yang MANTOPP !! KTBFFH!!
Match Highlight :
1 comment:
http://birudarahkami.blogspot.com/
lawatilah komuniti kami....
Post a Comment