The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Tuesday, November 3, 2009

0 Kunjungan ke Vicente Calderon

0 Comments
Chelsea akan bertandang ke Vicente Calderon, Sepanyol malam ini menentang Atletikus Madrid bagi aksi Liga Juara-Juara sebelum match showdown menentang Manure hujung minggu ni..Masih segar dengan kemenangan 4-0 ke atas Bolton, skuad The Blues pasti tampil dengan penuh bersemangat untuk mencari 3 mata penuh bagi menempah tiket ke pusingan kalah mati..Jangan dilupakan rentetan kemenangan besar kita dalam 4 match setakat nie bermula apabila kita membelasah team yang sama Atletikus 2 minggu lalu dengan kemenangan 4-0 dan ak harapkan ia akan berterusan.

Prestasi skuad The Blues memang tengah meletup2 sekarang nie dan nampak seperti sukar dihentikan..haha bagus2 xyah behenti pon xpe ak suke tengok chelsea on form camnie..Bahagian midfielder le yang paling hebat sekarang nie sebab boleh kata sume player menunjukkan prestasi yang cemerlang dan ak pasti Carletto mesti pening kepale nak pikir sape yang patut dimasukkan untuk mencorakkan formasi diamond beliau..

Antara yang menyerlah mestilah Deco dan Joe Cole..Deco yang dah menjaringkan 2 gol dalam 2 game terakhir pasti mahukan kedudukan di kesebelasan utama..Jangan dilupakan Joe Cole walaupun belum menjaringkan gol lagi, sape yang usha game Chelsea pasti tahu apa kelainan yang mampu diberikan Joe Cole; gaya permainan yang kreatif dan larian yang sukar dibaca memang menjadi nadi kekuatan Joe dan die memberikan satu dimensi baru dalam corak serangan Chelsea..Walaupun jarang main Malouda tetap antara player terbaik Chelsea dan akan mengintai sebarang peluang..dengan Essien, Ballack dan Lampard bagi aku adalah untouchables di bahagian tengah, hanya satu posisi attacking midfielder yang boleh direbut, Joe, Deco dan Malouda kini perlu bersaing untuk menjadi pilihan utama Ancelotti..so Carletto, sape ko pilih??

Atletikus Madrid masih lagi dalam kepincangan walaupun dah bertukar manager..Quique Sanchez Flores yang pernaha mengemudi Valencia mase lawan Chelsea dulu masih belum mampu mngubah nasib pasukan die yang kalah aritu di tangan Athletic Bilbao 1-0..Tapi selalunya setiap manager baru die akan ad impak die yang tersendiri so ak harap player Chelsea jangan terlampau konfiden dan berhati2 dengan sebarang kejutan malam nie..

Untuk game malam nie, Ash bakal kembali ke dalam skuad selepas pulih dari kecederaan dan sudah sama2 diterbangkan ke Spain semalam bersama2 teammate yang lain..player lain Boxing, Mikel dan Zhirkov still dalam wad sakit Bridge di London..Didi walaupun semalam ak bace ad slight injury arini carletto kata die dah pulih dan mungkin diturunkan untuk pertama kali dalam CL musim nie..KING IS BACK!!

Dengan match menentang Mankayu dalam bayangan, ak harap Carletto akan merehatkan beberapa pemain utama untuk game menentang Atletikus malam nie bagi mengelakkan kecederaan..Ak nak kite menentang Mankayu dengan full strength supaya kita boleh belasah diorang cukup2 kali nie hehe..Didi antara yang perlu direhatkan..walaupun dah pulih ak harap Carletto akan merehatkan die sebab die antara player utama yang diperlukan mase lawan team setan nanti..dengan Joe haritu rehat dan mungkin masuk dalam pasukan malam nie, ak rase skuad mempunyai artillery yang cukup untuk membenam Atletikus sekali lagi walaupun tanpa Didi..

Formasi malam nie :

------------Cech----------------
--Ivanovic--JT--Carvalho--Ash---
---Essien--Ballack--Lampard---
-------------Cole------------
----------Kalou--Nik---------

(didi boleh subs second half)

Ak nak Joe Cole gol malam nie kalo die main..setakat nie Chelsea xpernah kalah dalam 5 match kat spain dan ak yakin kita akan menang lagi malam nie..KEEP THE BLUES FLAG FLYING HIGH!!

Match Prediction : Atletikus 0-Chelsea 3

Match Live kat Astro Star Sport (813) pukul 3.40 pg Rabu


0 Joe mahukan Kejuaraan CL

0 Comments
Midfielder kreatif Chelsea Joe Cole berazam untuk menamatkan kemarau kejuaran Liga Juara-Juara untuk Chelsea setelah hampir berjaya memenangi Piala Eropah tersebut pada tahun 2008..Musim lepas The Blues hampir memasuki final kedua berturut2 sebelum tewas di minit akhir..Joe Cole xmen dalam game nie dan die sememangnya kecewa dengan kekelahan tersebut

"That was the most difficult game for me to watch," he said. "I was convinced it was going to be our year. It didn't happen for us, and it hurt like it hurt every other Chelsea fan. "But that's in the past. That's been and gone. Now it's a new season and a fresh chance to go on and win it."

Mengenai sasaran die musim nie, Joe mahukan kejuaraan EPL tapi Champions League tetap menjadi sasaran utama beliau dan kelab.

"The Premier League is very important but, for this club, the Champions League is a massive target for us. We haven't won it yet. We've come very close in the last five years and maybe should have won it on one or two occasions. We've come very close.

"That remains the aim, to win it. We've got everything else: the players, the manager, the set-up, the experience. Everything's fantastic.

"If Chelsea are building itself as a club with genuine claims to be the biggest club we can be, as big as Manchester United, Real Madrid, Barcelona, Milan, then you have to win trophies. And you have to win major trophies. The Champions League will help us as a worldwide club to show we're here to do business."


Dengan skuad yang ada kini dan prestasi hebat di bawah tunjuk ajar Ancelotti selaku Master Mind dalam Champions League nie, dan selagi xde gangguan dari Platini & Co, ak yakin Joe akan menjadi nadi skuad Chelsea musim nie dan membantu Chelsea untuk memenangi Piala Eropah buat pertama kali.

p/s : Chelsea dah berapa kali nyaris nak menang CL cume xde nasib je..mesti ad banyak gangguan; ghost gol, tergelincir, si botak celaka Ovrebo dan Platini..

Monday, November 2, 2009

0 V for Villa

0 Comments
Setelah rumours berkenaan Aguero, Villa pulak kembali dikaitkan dengan perpindahan ke Stamford Bridge..Rumours nie bukan baru dan kadangkala aku dah muak gak dengan khabar angin camnie last2 tak beli sesape pon..Chelsea dikatakan bersedia bersaing dengan Belacan, Manure dan si boros Real Madrid dengan ingin meletakkan tawaran sebanyak €28 juta pada Januari nanti..

David Villa nie memang hebat dan walaupun Valencia tengah problem die still antara top striker kat liga Sepanyol; menyumbat 7 gol dalam 9 perlawanan setakat nie dan die merupakan top scorer kat La liga besama2 Pak Berahim (ibrahimovic)..jangan lupe die pun menang kasut emas masa Euro 2008..satu je yang best kalo dapat beli die januari nanti adalah die nie eligible untuk game CL satu kelebihan berbanding Aguero sebab Valencia xmasuk CL musim nie..

p/s : pada pendapat aku nak dapat Vill nie memang susah dan ak rase Chelsea xkan dapat beli die (lagipun kena tunggu appeal transfer lepas ke x)..Valencia pulak dah le cekik darah mesti mintak harga tinggi nak mampos punye..Villa nie dah kate awal2 die xkan pindah keluar dari Spain dan die nie jenis setia; ak rase die akan stay kat Valencia sampai abes karier die..kalo pindah pon mgkin ke Madrid atau Belacanlona..

Sunday, November 1, 2009

0 Amukan berterusan

0 Comments
Kemenangan besar 4-0 ke atas Bolton di Reebok Stadium semalam akhirnya membolehkan Chelsea berjaya memecahkan badi di tempat lawan dan ini kali kedua team Bolton di’ayam’kan 4-0 oleh Chelsea dalam masa 4 hari..Pesta Gol berterusan lagi untuk skuad The Blues dan kita telah menjaringkan 17 gol keseluruhan dalam empat perlawanan terakhir tanpa dibolosi hatta satu gol pon..

Ancelotti tidak melakukan banyak perubahan semalam yang berbeza dari expectation aku kecuali Deco dimasukkan selaku starter dan Joe Cole direhatkan manakala Paulo Ferreira meggantikan Ash yang injured di posisi left back..

Super Frank meneruskan kesangapannya mencari gol dengan menjaringkan gol pembukaan Chelsea menerusi sepakan penalti pada minit ke-45 iaitu penghujung babak pertama dan ini merupakan gol ke-4 die dalam tiga game...Counter attack yang cantek dari Nik membolehkan Deco menambah gol kedua Chelsea pada minit ke-61 sebelum pemain pertahanan Bolton, Zat Knight menjaringkan gol sendiri pada minit ke-82...haha pelik betul ak rase nie dah kali keberapa ak tengok ad player lawan wat own gol kat gawang sendiri masa lawan Chelsea..lawan Hitam Terbakar (Blackburn) ngan Atletikus pn ade gak pelik bin ajaib..Didi mengesahkan kemenangan bergaya Chelsea dengan gol keempat pada minit-minit terakhir babak kedua..Gol nie memang smart abbess dan melambangkan teamwork yang jitu dari player2 Chelsea..Passing one touch antara gandingan Nik-Deco Lampard dan finishing dari Didi di dalam kotak penalti lawan memang menarik dan ak boleh lihat Didi pun seolah2 x percaya dengan gol tersebut..Nie mengingatkan aku dengan gol Robben mase season 2004/05 dulu..

Deco semalam memang beraksi cemerlang dengan beraksi sebagai Attacking midfielder di samping Lampard..Pendirian Ancelotti untuk mengekalkan Deco dan Carvalho yang dikaitkan dengan Inter memang berbaloi sebab diorang nie boleh dikatakan antara tulang belakang di atas kehebatan Chelsea musim nie..Kekuatan dalaman Chelsea di bahagian midfield memang tak boleh dipertikaikan lagi..tanpa Joe Cole yang direhatkan sepenuhnya semalam, gerakan di bahagian tengah tetap berbisa dan aku harap Deco mampu mengulangi prestasi die semasa di Barcelona dan Porto dulu..

Kemenangan nie menyaksikan Chelsea kini mengumpul 27 mata selepas mengharungi 11 perlawanan liga dengan diikuti rapat oleh MU yang menang gak semalam..Minggu depan mmg penting sebab kita akan bertemu dengan team Setan 2 dekat Fortress Stamford Bridge tapi sebelum tue jangan lupe ada match CL menyelit di tengah menentang Atletikus di Sepanyol rabu nie..Harap terus mengekalkan momentum dan tiada kecederaan sebelum menentang MU nanti..CHELSEA FOR LIFE!!

Match Highlight :



Saturday, October 31, 2009

0 Misi menghapuskan badi

0 Comments

Malam nie skuad The Blues akan bertandang ke Reebok stadium untuk match liga menentang Bolton, situasi yang berbeza selepas 3 game berturut2 berada di home..Selepas 3 kemenangan besar skuad Chelsea boleh dikatakan berada di prestasi terbaik kini tetapi masih ingat lagi kejadian di Villa Park?? Walaupun baru je lepas menang ngan fool team kita tewas mengejut ngan ASSton dalm fixture seterusnya..dan kejadian malang di Wigan sebelumnya turut jangan dilupakan..Prestasi di Away match masih lagi meragukan dan kemenangan malam nie amat penting bagi menghapuskan sumpahan di tempat lawan..

Carletto telah menyuarakan pendiriannya dengan mengatakan tiada pertukaran formasi akan dilakukan untuk away match kerana dia yakin dengan skuad yang ada skrang..Mengenai wad sakit Bridge, kedua2 left back utama Ashley Cole (gashed leg) dan Yuri Zhirkov (ankle) masih dalam kuarantin diikuti oleh Jose Bosingwa (knee) dan Jon Obi Mikel (foot)..Ivanovic ngan Kalou masih dalam pemerhatian lepas kecederaan kecil di Carling Cup..

Yuri Zhirkov yang masih lagi belum bermain untuk skuad utama Chelsea sekarang tengah dilanda kecederaan yang bagi aku memang mengecewakan sebab terjadi berulang2 kali..Kecederaan lutut die nie agak merisaukan sebab nampak teruk dan mgkin memerlukan pembedahan..Kalau operate memang berbulan2 le baru boleh men balik..

"I suffered a painful blow on the knee early in the game against Germany," Zhirkov said. "It ached a little afterwards, but there was no sign of a continuing problem.

"After the match with Atletico, the knee swelled up terribly and the doctors couldn't explain exactly what was happening.

"There was even a theory that my body was reacting to a complete change in climate, food and every else. There was talk of an operation, but now, after pumping out liquid on the knee, it is more or less normal, thank God."

Kecederaan ash sepatutnya boleh dijadikan peluang untuk Yuri masuk ke first team tapi dah dua2 injured naseb bek ad Belletti ngan Ferreira backup..Harap2 die cepat sembuh pasnie..

Seperti Ancelotti ak yakin xde perubahan besar yang perlu dilakukan sebab player2 sekarang dah mampu menunjukkan gaya permainan yang mantap..Cuma jangan la buat kesilapan2 bodoh seperti game away match sebelum nie..Deco yang beraksi hebat di Carling Cup haritu mungkin akan cuba mengintai peluang di posisi tengah yang bagi aku memang kompetitif persaingan antara player2 untuk merebut tempat di bahagian diamond kerana semua player seperti Malouda turut menampilkan prestasi yang hebat..Tapi buat masa ini ak rase Carletto akan stick dengan player yang beraksi semasa menentang Blackburn minggu lepas..

Formasi malam nie :


----------------Cech------------------

Ivanovic—JT—Carvalho—Belletti-----

---Essien---Ballack---Lampard-------

----------------Cole------------------

-----------Nik--------Didi------------


Team setan tu men lambat sket malam nie jadi kemenangan akan bagi pressure dengan meninggalkan diorang 5 mata di atas kasi diorang makan asap banyak sket haha..Dan ak harap Di Santo akan men dan score lawan team setan 2 hehe..Match LIVE kat Star Sport malam nie pukul 10.55 malam..KEEP THE BLUES FLAG FLYING HIGH!!

Match Prediction : Bolton 1- Chelsea 3

Friday, October 30, 2009

0 VaRiaSi

0 Comments


Kehebatan Chelsea yang memperoleh tiga kemenangan berturut2 dengan 13 gol dijaringkan adalah berpunca daripada kebolehan skuad Chelsea untuk berubah formasi dalam permainan dengan variasi pemain yang fleksibel dan sukar dibaca oleh pihak lawan..Formasi diamond Ancelotti bagi aku mmg unik dan boleh berubah2 dan ia sememangnya berkesan!!..

Meletakkan keempat2 playmaker di bahagian ini kita akan mendapat satu corak permainan yang agak slow tapi passing yang menarik dan possession yang lebih seperti ketika menentang fool...Jika winger dimasukkan, kita akan mendapat corak permainan yang lebih laju dan skill sepertimana yang dilakukan oleh Joe Cole dan apa yang menarik perhatian aku adalah seorang pemain itu tidak terikat di satu posisi2 semata2..Ballack boleh bermain sebagai attacking atau defensif..Deco kadangkala beraksi sebagai wing di bahagian kanan atau merencana serangan di bahagaian tengah..dan strategi ini memang mengena bagi team lawan yang menggunakan taktik Zone Marking..

Pak Uda yang score lawan Bolton aritu pon sependapat dengan ak..haha ko memang best r pak uda..

"The threat comes from everywhere in our team and that's going to be our strength this season," Florent malouda told the Evening Standard.

"We don't have to depend on one player. Obviously in a season you can have moments when someone is not in form or has the capacity to score.

"We have quality throughout the squad. It's important every player shows it when he has an opportunity to do so. That's our strength at the moment because people are doing just that.

"Everyone can score with the movement we have and the quality of our passing game. We have improved a lot with the system.

Walaupun di awal musim skuad kita masih mengharapkan Didi dan Nik untuk menjaringkan gol tapi ak boleh lihat lama kelamaan seluruh skuad dah dapat memahami gaya permainan dan corak serangan yang dimahukan oleh Ancelotti.. ak harap ia dapat mengurangkan beban yang dipikul didi dengan semua player sama2 berusaha menjaringkan gol..Deco, lampard, Ballack, essien, malouda dan Joe bagi aku sudah mampu untuk sama2 menjana satu gandingan dan chemistry yang mantap di bahagian tengah dan merobek gawang lawan dalam musim nie..

Umpama Milan di ambang kehebatannya, ak boleh membandingkan Joe cole selaku penggerak utama midfield Chelsea seperti kaka atau rui Costa..kenapa tidak lampard?? Walaupun Frank hebat, tapi die kurang skill dan kelajuan seperti yang dimiliki Kaka..ak anggap Lampard seperti Seedorf atau pirlo kerana die lebih mahir dalam hantaran jauh, bijak dalam membaca permainan dan mempunyai rembatan yang padu..Boleh bermain sebagai winger, attacking midfielder atau supporting striker merupakan kelebihan Joe sebagai player serangan yang versatile..Jikalau die boleh kekal dari kecederaan musim nie ak yakin die boleh menjadi antara pemain terbaik Chelsea musim nie..Carletto sendiri mengakui kehebatan Joe Cole.."He is Genius" adalah ungkapan pertama yang dikatakan oleh beliau selepas melihat aksi menakjubkan menentang Blackburn.. Di bawah bimbingan Ancelotti selaku mentor Kaka sudah tentu dia tahu apa yang diperlukan untuk membawa Joe ke tahap yang lebih tinggi...NOTHING IS IMPOSSIBLE

Thursday, October 29, 2009

0 So Four, So Good

0 Comments
The Blues mara ke Suku Akhir Carling Cup dengan menjadikan Bolton team ketiga yang dibelasah di Kubu Bridge dalm masa seminggu selepas Atletikus dan Blackburn.. Selepas aksi yang menakjubkan menentang Madrid, skuad Chelsea seolah2 dirasuk rasukan ablasa sehingga x berhenti2 menjaringkan gol manakala gawang gol kite lak sentiasa selamat dan x bocor..4-0, 5-0 dan 4-0..Fortress Bridge sememangnya berhantu!!

Match pagi tadi dapat r ak tgok dgan feeling LIVE sebab ak mencuba untuk xtgok result..pas Subuh je trus ak usha kay TV dan sememangnya berbaloi tgok game nie..walaupun 7 pertukaran dilakukan pada first team (tgok preview) , corak permainan Chelsea tetap rancak dan sempoi macam bese tambah2 ade G.I Joe dan skill2 giler babas die mmg puas ati la sape tgok game nie..

Gol2 dijaringkan oleh Kalou, Malouda, Deco dan Drogba..Hilario mula sebagai starter tapi injured di awal match dan digantikan dengan Cik Rose duta Redbull (Ross Turnbull) dan sememangnya BULLeh!! Turnbull dalam game nie ak tgok pnuh keyakinan untuk membolehkan Chelsea memperoleh 3 kertas putih berturut2....dengan muke selambe die sambut bola tinggi dan shot2 team Bolton seolah xde ape2 yang berlaku dan dengan harga free transfer, die nie sememngnya pembelian yang berbaloi!!..Bagi aku Chelsea antara team yang bertuah kat EPL sebab mempunyai tiga keeper yang berkelas; Cech, Hilario dan Turnbull...tgok r kat Big 4 yang len kalau xde keeper utama diorang memang mengah la diorang nak jaga gawang sure bocor punye..

Ak xnak ulas panjang2 ak rase korang leh tgok sendiri perjalanan game nie kat highlight kat bawah..Ak cume nak ulas sikit je pasal game semalam antaranya Sturridge pemain muda yang diturunkan sebagai starter di depan dengan Kalou memang banyak melepaskan peluang dan boleh dikatakan finishing die mmg lemah dan tumpul macam pisau berkarat..Geram gak ak tgok sebab Deco ngan Joe dah kasi assist baik punye kat die leh lak die buang camtu je...mgkn jarang diturunkan menjadi punca tapi chance die nie nak men mmg kurang so ak harap bile Ancelotti bagi die peluang lagi pasnie die akan gunakan dengan sebaiknya..

Joe Cole dan Deco memang man of the match semalam dan bagi ak gandingan diorang kat tengah memang antara yang terbaik kat EPL skang..banyak skill, passing yang accurate dan finishing yang gempak dari Deco, manakala Joe pn xkurang hebat dengan dua assist..Tanpa Lampard dan Essien midfield kita mmg bergerak dan ak leh nampak xde masalah kat bahagian nie untuk Piala Afrika nanti..Midfield kita mmg bahagian terkuat kite sekarang nie..Cume sayang Joe masih xdapat gol walaupun dah menampilan aksi superb dalam dua match terakhir..harap game pasnie dapt r sebijik dua haha..GO JOE!!

Match pasnie menentang Bolton balik kali nie untuk aksi liga dan away dari home..harap tuah di Stamford Bridge akan dibawa bersama2 sebab kat away sekarang nie form kita still teruk..last dua match away dua2 kalah..Sesuatu yang perlu diperbaiki jika ingin menjulang trofi EPL tahun nie..KEEP THE BLUES FLAG FLYING HIGH!!

Match Highlight :



0 Carling Cup : Ancelotti beri Kejutan

0 Comments

Carletto bikin kejutan untuk match menentang Bolton dengan telah menyenaraikan awal2 barisan utama yang akan beraksi pagi besok..satu keberanian atau perang psikologi semata2?? Barisan skuad untuk cup yang dikira ketiga terpenting di England nie keseluruhannya majoriti player yang jarang bermain untuk first team dan player2 yang baru pulih dari kecederaan untuk mengembalikan fitness diorang..walaupun meletakkan second team, skuad yang bakal diturunkan tetap mantap dengan superstar seperti Ballack, Deco dan G.I joe untuk mengetuai pasukan yang bagi aku dah mencukupi untuk menewaskan Bolton.. Chelsea ingin melebarkan rekod kemenangan 10 game berturut2 kat home season nie..Di Lembah Maut Bridge ak pasti takde team lawan akan terselamat haha..

Skuad malam nie:

--------------------Hilario-------------------

---Belletti ---Ivanovic—Alex---Ferreira-----

----------Ballack—Deco----Malouda---------

--------------------G.I Joe------------------

---------------Kalou---Sturridge------------

Subs: Ross Turnbull, Jeffrey Bruma, Nemanja Matic, Michael Essien, Frank Lampard, Fabio Borini dan Didier Drogba.

Jika keadaan memerlukan, Didi dan Frank sedia membantu..JT dan Anelka tiada dalam skuad untuk memberikan rehat sepenuhnya dan tindakan yang bagus sebab diorang dua nie boleh kata dah men setiap game Celsi musim ni..campur ngan main untuk negara lagi ak rase Carletto sememangnya mengambil berat mengenai player die dan player harus diberi sedikit ruang bagi diorang memulihkan stamina dan mengembalikan fokus dalam permainan..

Apa yang menarik perhatian aku adalah kelibat Sturridge..bersama dengan Kalou, sturridge akan diberi peluang untuk membuktikan kehebatan die selaku antara bintang baru yang bakal menyinar di Bridge..mungkin masih jauh lagi untuk memecahkan dinding untuk masuk ke first team tapi jika dia menampilkan aksi yang hebat, sudah tentu Carletto akan berpeluh memikirkan selection striker nanti dan ini perkembangan yang positif terutamanya peluang untuk posisi penyerang lebih terbuka semasa Piala Afrika nanti..player muda baru Matic dalam subs dan belum pernah diturunkan lagi oleh Carletto..ak pun xpenah tengok die men jadi ak harap dapat tgok aksi die r nanti..

Match LIVE xde kat Astro..die tayang game sengal vs fool wtf..Game Chelsea vs Bolton DELAYED pukul 545 pagi Khamis (esok)Supersport..Kalau nak merasa live jangan la tengok result, tido awal dan tgok pagi nanti..ak wat camtu nanti hehe..Go Go Chelsea!!

MATCH PREDICTION : CHELSEA 2 - BOLTON 0

p/s : Sorry geng ak lambat wat post harini sebab internet slow r..

Tuesday, October 27, 2009

0 Aguero...again??

0 Comments
Chelsea kembali dalam misi memburu Sergio Kun Aguero Januari ini selepas Atletico sedia mendengar sebarang tawaran untuk player argentina nie..sume nie bakal terjadi kalau pemohonan rayuan untuk transfer ban terhadap Chelsea berjaya diterima oleh FIFA..Keputusan rayuan nie boleh diketahui sebelum Krismas nanti..harap2 ada la berita baik..

Atletico director Miguel Angel Gil Marin mengatakan : "Chelsea offered £42m for Kun and Real Madrid bid £33m for Diego Forlan. If they want a new horizon, Atletico will evaluate it."

Chelsea sekarang nie mmg tengah berusaha nak beli striker sebab akan kehilangan Kalou dan Drogba bulan Januari nanti untuk piala Afrika..Kehilangan dua2 Ivorian nie akan meninggalkan Nik, Strurridge dan mgkin Di Santo( kalau dipanggil balik dari loan) sebagai striker yang ada..Kalu ada yang injured mmg mengah la skuad kita time 2..Essien dan mikel pon akan turut serta tapi tak membimbangkan sangat sebab Lampard, Ballack, Joe Cole dan Deco mmg superb dah walaupun ad yang jugak transfer rumours mengenai kemasukan Van Der Vaart, Hamsik dan De rossi..

Satu je x best sbb Aguero nie kalo dapat Jan nanti die xbleh men untuk Chelsea dalam CL (sama cam kes Arshavin season lepas)..satu kerugian tapi xkisah r sekurang2 nye die leh tolong kat EPL..Kalo xdapat pn xpe ak masih ad harapan kat Di santo..hehe

Sunday, October 25, 2009

0 5 Star Show!!

0 Comments

The Blues meneruskan rentak kemenangan dengan membelasah Blackburn rovers 5-0..Permainan yang tersusun, Passing yang cantik, Skill yang memukau dan Finishing yang superb merupakan antara elemen yang Berjaya ditonjolkan oleh barisan player Chelsea semalam..Corak permainan yang amat menghiburkan berjaya diterapkan oleh Carletto kedalam pasukan dan ini sememngnya antara aksi terbaik team kita season nie..Sememangnya 5 bintang!!

Ketiadaan Ash dan Boxing tidak dirasai sebab Ivanovic dan Belletti yang turun selaku pengganti sememangnya tidak mengecewakan..Carvalho kembali selaku CB..Tapi apa yang menggembirakan ak adalah kembalinya Joe Cole dalam starting line up..nie merupakan penampilan pertamanya dalam skuad utama selepas musim kecederaan yang panjang..Rovers sememangnya menempah maut awal dengan startin lineup tanpa Samba, Dunn dan Di Santo..Kunjungan ke Lembah Maut Bridge sememangnya satu kesilapan besar diorang malam semalam..

Chelsea berjaya membuka jaringan pada minit ke-21 apabila Givet own gol berpunca dari hantaran lintang Nik..Didi cuba menambah gol ke-2 Chelsea dengan rembatan padu ala2 shaolin soccer dari luar kotak penalti berjaya ditepis keluar oleh Robinson Crusoe..Chelsea kembali mengasak dan Robinson sekali lagi menjadi penyelamat apabila berjaya menepis volley dari Terry membolehkan separuh masa berkahir dengan 1-0..

Second half bermula dan seperti ketika menentang Madrid, Chelsea tak menunggu lama untuk menambah gol kedua dengan kali nie Lampard muncul selaku scorer dengan rembatan dari jarak dekat hasil hantaran Didi...Rovers semalam memang hampeh sebab selalu bukak ruang untuk player2 Chelsea menyerang..Essien mengeksploitasi keadaan tersebut dengan rembatan deras dari luar kotak umpama Peluru berpandu dengan kelajuan 2.5 Mach..Selepas itu Chelsea mendapat sepakan penalty apabila Didi dikasari oleh Nelsen..Lampard seperti biasa tidak silap dan menjaringkan gol ke-3 die dalam 2 perlawanan..Didi meneruskan konsistensi die selaku penjaring tetap The Blues apabila menanduk masuk gol kelima Chelsea hasil corner Ballack..bagi aku die mmg layak mendapat gol malam nie sebab die banyak berkorban untuk team dan assist untuk teammate die yang lain..

Dengan 3 mata konfem dalam tangan, Carletto melakukan beberapa pertukaran dan Fereira dan 2 pemain muda Chelsea iaitu Bruma dan Sturridge dibawa masuk..Substitute nie mmg positif dan membolehkan pemain muda nie dapat experience dalam match kompetitif seperti EPL..harap diorang leh dapat banyak peluang lagi pasnie..

Joe Cole yang dibawa keluar mendapat standing ovation dari penonton dan ak mmg terhbur dengan corak permainan Joe semalam; banyak skill, lincah dan cergas dan nie menunjukkan die still antara pemain terbaik untuk skuad Chelsea walaupun dah lama berehat..ak harap die dapat kontrak baru xlama lagi..Bagi aku die sememangnya sesuai diletakkan sebagai pemain di belakang 2 striker..Setelah Carletto beberapa kali melakukan eksperimen dengan Lampard, Malouda dan Deco gagal di posisi ini, ak rase Joe Cole adalah Jawapan tepat dan merupakan pelengkap strategi Diamond Ancelotti yang semakin hari semakin mantap..

Dengan kemenangan nie kita berada di puncak liga dan ak harap MU kalah di tangan Libepul malam nie..CHELSEA TILL I DIE!!

Highlight :