The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Sunday, March 13, 2011

0 Bersantai tahap gaban

0 Comments
Didi dan Cech tukar profesion??

Bukan selalu dapat peluang berehat buat pemain Chelsea, dengan rehat seminggu lebih takde match, nie masanya untuk diorang bantai bersantai habis-habisan..Kunjungan beberapa pemain The Blues menyaksikan North America's NBA staged league basketball games di London's O2 Arena bertujuan meredakan pressure seketika sebelum match penting CL musim depan lawan Copenhagen..

Luiz berjaya menangkap sedara Barney n Friends!!

Antara pemain skuad utama yang hadir adalah Didi, Luiz, Cech dan Ivanovic diikuti oleh pemain akademi iaitu Sebek, Nathaniel Chalobah, Aziz Deen-Conteh dan Patrick Van Aanholt..Perlawanan bola kerajang antara Toronto Raptors dan New Jersey Nets ini dijadualkan secara timbal balik selama dua hari ..Nets mendominasi saingan dengan kemenangan selesa 116-103 pada hari pertama dan 137-136 pada malam kedua sekaligus memastikan raptors merah terperangkap di dalam jaring The Nets!!

Antara komen pemain :

Buat pertama kali Didi nampak 'kecik'

DIDI : 'It was not the first time I go to the O2 for basketball but it was the first time I have seen an NBA regular season game and you see the difference between that and a friendly game,' says Drogba. 'It was faster and more physical.'

'I was a Nets fan because I did some video and photos with them and I know a few players from there.'

Cech dan Sebek

CECH : 'There were three overtimes played and it was the longest game of basketball ever. It was a great game and I really enjoyed it,' Cech says.

'I had been to something like a pre-season game before, which is not the same, but I had never had the chance to see a real game live. I had a seat by the court as well and that is when you can really see, you are almost in touch with the game and the players and you can see the quality.

'It is always good to see different kinds of sports and I went there to see the Tennis Masters which was brilliant, and now the NBA and it is only a pity that the last time the NHL ice hockey was played there I wasn't able to go, so I hope they will play there again.'

'In the Czech Republic basketball had a dip in popularity in the 1990s,' he explains. 'In recent years it became popular again but if I had chosen something other than football it would have been ice hockey.'


Best pulak tengok pemain Chelsea keluar sama-sama kat luar, sekaligus menunjukkan keakraban diorang bukan sahaja di atas padang semata-mata..Kehadiran Luiz jugak menunjukkan tiada istilah senior dalam skuad dan pemain baru sepertinya semakin diterima di kelab baru..Di dalam ataupun luar padang, kita adalah Blues Family!!


p/s : Bersantai, santai jugak..Jumpe Copenhagen nanti jangan lupa kasi rembat cukup-cukup..



0 Dah bebudak tu bebudak jugak la

0 Comments
Budak-budak, mane ada pengalaman, pancut awal je la tak tahan lama..Kanak - kanak wenger sekali lagi collapse bila masuk penghujung musim, terutamanya bulan March - skrip yang sama diulang dalam 6 musim terakhir..Dari berangan mat jenin nak 4 trophy, tinggal 1, itupun liga aku rase takde harapan la nak menang kalo team main macam budak sekolah..

Kenapa aku berbicara pasal Sengal?? Bukan apa, kejatuhan Sengal bermakna peluang terbaik buat Chelsea..Injury seperti biasa yang menjadi penyakit budak meriam kian parah..Selepas Sabun Fab, Walcock dan terbaru lebuhraya Juru; skuad Sengal kian tenat dihimpit kecederaan..The Blues berada di sebaliknya, kian mantap dan seperti biasa akan perform pada waktu yang crucial..Biasalah orang pengalaman, mula lambat tapi tahan lama..

Tempat kedua liga?? Nampak memang possible buat Chelsea..Sengal walaupun fixture dia tak sesusah mana, aku yakin akan collapse jugak sebab mentaliti bebudak nie memang tak kuat..Dengan semua bebudak tak cukup umur, memang dioarang takde 'true leader' nak handle pressure dalam big match..Kini The Blues di belakang Sengal dengan hanya dipisahkan 6 mata, jika Chelsea kekal konsisten, Sengal kekal sengal, tak mustahil kita mampu memintas budak meriam..Hanya sedikit tuah, tak mustahil terus jadi juara liga tetapi persetankan angan-angan yang terlalu awal, secara realistik second position adalah pencapaian yang hebat musim nie..Melihat kepada prestasi Manure semalam, jelas setan merah tetap antara skuad yang kuat walaupun tewas dua match sebelum nie di tangan Liverpool dan Chelsea..Yupp, hanya jika Manure benar-benar bebal je dia akan lepaskan title kepada The Blues penghujung musim..Namun Chelsea takkan mengalah selagi belum official setan merah jadi juara..Bak kata Captain Marvel JT "Never say Die"..Keep fighting until the end, Keep the Blues Flag Flying High!!


Thursday, March 10, 2011

0 Torres, satu kesilapan??

0 Comments
Ahh budak Blonde nie, main rambut je tau..

Memang sebelum beli dak blonde nie, aku memang agak 'kurengg' dengan keputusan mendapatkan Torres..Last Transfer Day Januari pon aku lagi usha berita David Luiz berbanding Torres..Sebab?? Dia selalu injured, dan faktor utama tentu sekali sebab dia adalah player Liverpool, dan suka gol lawan Chelsea..Aku lebih gemar kita mendapatkan Aguero yang lebih sesuai dengan corak permainan The Blues, 4-3-3..

Yupp, Aguero memang target utama kita pada Januari lepas sebenarnya, cuma dihalang dengan keras oleh Atletico menyebabkan kita perlu mengalih tumpuan kepada Torres yang dilihat available dan mahu keluar dari Liverpool..Dan aku tak menyalahkan scout, kerana kita dah 2-3 kali mencuba mendapatkan Aguero tetapi gagal, Torres is Second choice..Aku tetap positif, jika Barca boleh tersenyum mendapatkan Ronaldinho berbanding Beckham, juga Manure mendapatkan Cantona berbanding Shearer, bermakna tak semestinya first choice kita adalah benar-benar tepat..

Yang lepas biarkan berlalu, dah beli, nak buat macamane..Dan disebabkan Torres sudah menyarung jersi biru keramat Chelsea, maka aku akan menyokong dia sepenuh hati..Dan Aguero juga aku rasa tak diperlukan dah kerana kuota serangan kita dah cukup untuk sekurangnya 3-4 tahun lagi..Sturridge pon ada kan, apadahal??

Namun apa yang merungsingkan pemikiran fan The Blues adalah form Torres ketika nie..Prestasi dak blonde nie dalam 4 match terakhir agak tak menjadi, tiada gol, tiada assist - David Luiz dengan Terry yang defender pon lagi power score dari Torres..Media ape ke lagi, bakar membakar la sementara ada peluang..Jika difikirkan, apa masalahnya??

Sheva ke dua??

Jika ada yang mengatakan dia seperti Sheva, aku kurang setuju kerana situasi adalah berbeza..Sheva hadir tanpa persetujuan Jose jadi dapat dilihat kenapa dia dianak tirikan dan tak dimasukkan sebagai perancangan taktikal Special One..Torres adalah pilihan Carlo, dan dia sememangnya mahukan Nando di dalam pasukan..Kesungguhan Carlo mencuba berbagai formasi untuk suit Nando adalah bukti..Malah Nando hadir pada ketika Didi sedang merosot, Sheva hadir ketika Didi sedang meningkat..Tanpa saingan nama besar lain di Chelsea, dapat dilihat betapa Nando akan menjadi long term striker kita berbanding Sheva yang hanya dibayangi oleh kehebatan Didi suatu ketika dahulu..

Prestasi merosot??

Yupp, point paling ketara..Jika dibandingkan dengan prestasi hebat Torres pada 2007 yang menjadikan dia disebut sebagai striker terbaik dunia, jelas terdapat banyak penurunan prestasi..Pada musim pertamanya bersama Liverpool, Nando menjaringkan gol pada setiap 3.9 shot dan mendapat 61% shot on target..Musim nie, dia hanya mendapat gol pada setiap 11 shot, manakala ketepatan dia shot on target menurun ke 31%..

Torres tidak seperti Teves, mahupun Rooney yang dinilai bukan sahaja kepada gol tetapi assist dan bermain sebagai playmaker team..Nando adalah top man striker seperti Nistelrooy yang hanya dinilai berdasarkan gol ratio jadi sekiranya dia kurang shot on gol, peratusan jaringan yang menurun, kita boleh mengatakan performance dia semakin merosot..Ketika menentang Blackpool kelmarin, dapat dilihat dia hanya ada 1 shot on target, itupun straight ke arah goal keeper lawan..Takde shot, macamane nak gol..

Support??

Situasi di Chelsea adalah berbeza di Liverpool, taktikal Benitez pada 2007 adalah membentuk team yang dibina sekitar Torres bermakna teammate di sekelilingnya akan cuba memberikan hantaran seberapa banyak bagi Nando menjaringkan gol, terutamanya Gerrard yang merupakan partner terbaiknya di bahagian hadapan..Di Chelsea kini kita cuba melakukan perkara yang sama tetapi ia memakan masa kerana taktikal kita sebelum ini adalah bermain one striker up front, long ball yang memerlukan Didi menjadi big man di hadapan dan menggunakan pemain sayap untuk menyerang, serangan kita tidak dibentuk sepertimana di Liverpool..

Penukaran formasi 4-4-2 adalah satu langkah ke arah yang tepat untuk membantu Torres bermain di potensi tertinggi seperti pada 2007 dahulu, namun kita kekurangan pemain yang sesuai..Masalah partnership adalah satu topik utama, Didi jelas bukan gandingan sesuai, lembab dan mempunyai kriteria hampir serupa, ia mengingatkan aku kepada Villa dan Robbie Keane yang gagal membentuk chemistry bersama Torres sebelum nie..Didi-Torres, memang nampak macam gandingan yang terhebat dunia, tetapi dalam PES mahupun FIFA je, realitinya ia amat sukar dilakukan..Torres memerlukan pemain yang lebih mobile di belakangnya, playmaker - pemain berjersi 10, dan ketika ini hanya Anelka, Josh dan Kalou yang menepati kriteria nie, walaupun aku lebih menantikan Benayoun yang merupakan teammate lamanya untuk beraksi di belakang Nando..Youssi kini cedera, harap dia cepat sembuh untuk mengembalikan naluri pemusnah Torres..

Clique??

Ibarat budak baru masuk sekolah, pastu nak buat kepala, mesti pelajar senior panas ye dak?? Kedatangan Torres bukan sahaja meletakkan bekas King Drogba ke bangku simpanan, malah dengan tag 50m, dia seakan diberikan layanan istimewa dengan bermain hampir setiap game..Bagi aku memang normal sebab Carlo nak memberikan Nando lebih masa untuk blend dengan taktikal pasukan, namun mungkin disalah erti oleh pemain lain..Ketika menentang Blackpool, dilihat beberapa pemain Chelsea terutamanya Malouda dan Kalou tak memberikan hantaran kepada Nando walaupun dia berada di posisi terbaik untuk menjaringkan gol..Mungkin hanya spekulasi, namun biasalah kalau nak diterima masuk geng baru bukan senang, ko kena buat sesuatu yang menunjukkan ko layak..Seperti Ramires dan David Luiz, diorang berusaha keras dalam setiap game dan telah menjaringkan gol pertama, sekaligus membolehkan kedua pemain baru ini semakin diterima sebagai Blues Brother..Buat Torres, harap dia akan bermain bersungguh selepas ini untuk mendapatkan respek dari pemain lama dengan usaha dia di atas padang, bukannya berpandukan tag harga semata..

......

Apapun selepas melihat aksi dia ketika menentang Copenhagen dalam First Leg sebelum nie, aku boleh katakan Torres masih mempunyai bakat dahulu, cuma dia kurang konfiden ketika ini..Aku harap Carlo kekal menggunakan Anelka atau Kalou sebagai partnership terutamanya dalam match CL pasnie bagi membolehkan dia mendapat lebih bantuan di hadapan..Gunakan Didi memang tak jadi, dia akan bolot bola sorang..Jika Torres tak mendapat assist dari teammate, bagaimana dia nak score?? Berikan dia sedikit masa, kita akan melihat kembali Torres yang sebenar!! KTBFFH!!

p/s : Bebaltop pun amik masa semusim baru perform, apadahal??

Tuesday, March 8, 2011

0 Post Match : Bad Game, Good Result

0 Comments
Super Frank tetap 'Super'

Peghh, naik muak aku nak tengok game semalam, ditambah dengan line stream yang agak celaka tersedak-sedak, memang bukan satu match yang memuaskan dari segi performance di Bloomfield..Namun apadahal?? Result adalah perkara yang terpenting ketika ini, aksi kita tolak tepi..Anggap sahaja ia sebagai ganti beberapa Bad Luck kita ketika tempoh 3 bulan yang lepas..Boleh dikatakan kita agak bernasib baik dapat membawa pulang 3 mata semalam hasil defend Tasik Hitam yang memang longgar nak mampus walaupun keseluruhan match banyak dikuasai oleh para pemain berbaju Sunquick..

First Half, tak banyak yang aku nak ceritakan kerana boleh dikatakan hambar nak mampus..Hanya gol tandukan Terry yang layak dimasukkan dalam highlight Daily Motion, yang lain hampass belaka..Gandingan Didi dan Torres sekali lagi membuktikan betapa diorang umpama minyak dan air, hitam dan putih, Terry dan Bridge - tak boleh diletakkan bersama..

Gaya terjunan Ikan Salmon

Second Half, bless in disguise?? Didi tercedera lalu terpaksa dikeluarkan dan Kalou dimasukkan pada minit ke 55..Jelas betapa dilihat ada banyak perbezaan apabila Didi dikeluarkan, kita bermain lebih pantas ketika menyerang berbanding menggunakan long ball untuk dihantar kepada Didi..Kalou lebih banyak melakukan larian pantas ke dalam kotak, sesuatu yang akhirnya memberikan manfaat apabila berjaya mendapatkan penalti - disudahkan dengan lagaknya oleh Super Frankie..5 minit kemudian, Kalou sekali lagi menjadi penyumbang apabila memberikan assist lazat untuk Lamps melakukan larian pantas menembusi defend blackpool lalu merembat ke penjuru gawang..Malouda dan Josh (yahoo!!) dimasukkan apabila kemenangan sudah 99% konfem dalam tangan..Baki 20 minit agak memeranjatkan aku kerana tuan rumah nampak begitu bersemangat untuk mencari gol, walaupun saguhati je..Hasil kebangangan Bosingwa yang dari dulu aku dah naik menyampah aspek defensive dia memberikan padah..kehilangan bola dari posisi sayap menyebabkan barisan duta sunquick membuat serangan pantas lalu berjaya menewaskan Cech..Beberapa cubaan lagi dilakukan tetapi sudah cukupla sekali je kita bagi can kat tuan rumah..Chelsea menang 3-1!!

Aspek haram nak mampus

-Torres main malas-malas, masih dalam pressure mencari gol pertama..Tapi dah teammate pon tak bagi bola, pekejadah nak gol cemane??
-Didi memang tak boleh jadi partner Nando, pergerakan yang terlampau lambat dan mudah dibaca tak membantu langsung..Malah takde link antara Didi dan Torres walaupun dia ada jugak 2-3 kali mencuba..Anelka still first choice..
-Yuri, Malouda - sama bangang?? Dua kali lima je, macam masukkan pemain yang sama cuma berbeza muka, rambut dan kulit..
-Bosingwa punyer defensive..arghh...dah berbuih aku cakap..harap Alex cepat sembuh..

Aspek baguih dok ada

-Lamps semakin perform lately..Dah cekau 9 jaringan, mampukah dia teruskan level 20 gol setiap musim??
-Chelsea main macam celake, tapi still boleh dapat result bagus adalah petanda baik mengenai kekuatan pasukan nie..Boleh dibayangkan apa yang bakal terjadi jika kita dapat mencapai Top Gear secepat mungkin..


Walauapapun, RESULT tetap perkara utama, dan 3 mata semalam adalah point berharga yang bakal membolehkan kita mendapat tiket CL, dan tak mustahil memenangi EPL..Kini kita berjaya mengekalkan posisi ke-4, menjarakkan 3 mata di atas Spurs, serta 2 mata semakin hampir dengan Mancee..Match liga seterusnya paling crucial, berjumpa Mancee yang dah 3 match terakhir kita tak menang beb..Aspek fizikal jelas berbeza semenjak kehadiran De jong dan Yaya Toure, dan sekiranya kita dapat mengatasi kelemahan nie, baru boleh tumpaskan Money City..Jika dapat menang, baru aku boleh katakan kita dah bersedia sepenuhnya untuk mengejar takhta liga..Kalah, faham-faham jela, segalanya akan bermula dari zero semula..Buat masa 9 hari takde match CL dan FA nie, harap semua pemain rest sebaiknya dan kumpulkan tenaga..Chelsea still alive, KTBFFH!!



Monday, March 7, 2011

0 Preview : Pucuk Dicita Ulam Mendatang

0 Comments

Manure tewas, Spuds seri - dua keputusan yang cantek molek buat Chelsea sebelum berkunjung ke Bloomfield..Adakah akan memberi perbezaan?? Yupp, sudah tentu!! Masih kekal berada di Tempat ke-4, semangat kita pasti akan memuncak untuk memanjat carta liga dan tiada cara yang lebih baik selain menghadapi Blackpool yang sedang 'tercedera'..

'Kita harus menersukan rentetan kemenangan" jelas Carlo. Yupp, kejayaan menumpaskan Manure bagi aku sudah berlalu dan jangan terlampau excited kerana kita harus fokus kepada match-match seterusnya..Kunjugan ke laman Blackpool adalah satu cabaran untuk merampas 3 mata penuh..


"Kaki gua urat dawai, tulang besi, jangan risau" ujar Luiz sambil tersenyum sinis

Berita pasukan, David dan Mikel doubtful untuk match ini..Yeah, singa keramat dikhuatiri hamstring ketika menentang dan menendang Rooney, namun dijangka akan sempat pulih menjelang match nie..Jika tidak maka Bosingwa perlu bermain dan Iva dianjak ke posisi Centreback..Mikel pula sakit lutut namun tak begitu merisaukan kerana Ramires, Essien dan Lamps bermain dengan begitu baik sekarang..Tanpa CL dan FA Cup minggu depan, bermakna tiada pressure untuk kita merehatkan pemain dan Carlo boleh menurunkan barisan skuad terbaiknya malam nie..

Ini adalah peluang keemasan untuk Torres menjaringkan gol pertamanya buat Chelsea kerana dia sudah pernah melakukannya bersama Liverpool sebelum ini menentang Blackpool..Bagi pihak tuan rumah, malang bagi diorang ketiadaan Adam bermakna ia adalah musibah besar tatkala Lamps dan Essien semakin hampir ke prestasi asal..Harap Nando akan belajar bagaimana nak membuat volley dari Luiz sempena match malam nie..Carlo dijangka akan stick dengan formasi ketika menentang Manure iaitu 4-4-2..Walaupun Didi bermain bagus dalam 20 minit di Bridge, bagi aku dia lebih sesuai jadi subs justeru Anelka masih lagi partnership terbaik buat Nando ..Walaupun kurang menyerlah minggu lepas, jangan lupa Anelka kerap perform ketika menentang team kecik macam Blackpool, aku yakin dia akan memainkan peranan besar malam nie..Hanya satu perubahan je aku mintak dari Carlo iaitu Yuri dimasukkan sebagai kesebelasan utama menggantikan Malouda..Overall, perfect!!

Skuad malam nie :

Cech
Iva-Luiz-JT-Ash
Ram-Essien-Lamps-Yuri
Anelka-Torres

Result Prediction : Blackpool (0) - Chelsea (3)

Tuesday 8 March 2011 ESPN (CH812) 3.55 am LIVE

Harap kita dapat menunjukkan aksi yang hebat seperti Second Half di Bridge tempohari..Walaupun Manure semakin banyak drop point, tumpuan kita masih lagi akan kepada Top 4..Hanya jika kita dapat melepasi rintangan Blackpool, juga big match Mancee barulah aku akan consider posisi kita semakin kuat untuk mengejar Manure..One match at one time..Apapun yang penting Chelsea harus tumpu kepada match kita sendiri, tamatkan musim dengan 10 rentetan kemenangan, selain itu kita serahkan kepada nasib samada jadi juara atau tidak..Keep the faith, KTBFFH!!



0 Kunyit Memang Sodap

0 Comments
Hanya warga Mancunia je tak suka kunyit



Friday, March 4, 2011

0 Legenda Singa Keramat

0 Comments

Pada suatu masa dahulu, singa keramat adalah simbol keazaman bagi warga Chelski dari Barat London..Simbol legenda ini ditatahkan di atas pakaian mereka dan dikatakan mempunyai aura yang mampu menghancurkan mana-mana binatang keparat lain di sekitar England..

Sejak sekian lama mencari, warga Chelski seakan berjaya menjumpai watak jelmaan singa keramat tersebut dengan kehadiran pemuda serba legenda Ruud Gullit..Ia seakan benar kerana pemuda ini telah mengangkat Chelski menjadi territory yang digeruni di sekitar Eropah..Namun aura tersebut hanya bersifat sementara kerana beliau telah meninggalkan Barat London dan sejak itu tidak kelihatan lagi..

..........

Namun pada suatu hari suasana di Barat London kembali gegak gempita dengan kehadiran seorang budak muda yang dikhabarkan adalah jelmaan kedua legenda tersebut..Kegarangan luar biasa budak muda ini dikatakan adalah hasil jelmaan sempurna singa keramat ini yang dilihat telah mengembalikan aura serba menakutkan di Barat London bagi musuh yang hadir ke kawasannya..


Singa Keramat??

Berita ini disahihkan lagi dengan kehadiran setan merah yang cuba mengganggu keharmonian Barat London..Dikatakan semangat singa keramat yang kuat telah merasuk jiwa anak muda ini untuk menjaga kawasannya lalu dia menghalau kehadiran setan merah ini dengan penuh bergaya..

BAMM!!!

BAMM!!!

BAMM!!!

Terkejut dengan kegagahan singa keramat, setan merah ini berasa takut lalu hadirlah tiga pengawal bersut hitam untuk menyelamatkannya..

Tiga pengawal tersebut dihantar oleh Bapak Setan di Wilayah Mancunia untuk menyelamatkan anak-anaknya.."Anak-anakku, singa keramat sudah kembali!! Kamu takkan selamat, ayuh pulang!!" Lalu kesemua setan merah tadi lenyap..Keadaan di barat London kembali aman dan warga Chelski di situ berasa amat gembira dengan kehadiran semula Singa Keramat buat sekian lama..

"Yeah, Singa Keramat sudah kembali!! Setan merah berjaya ditewaskan!!"

Ketua kampung di Barat London amat terkejut dengan penampilan budak muda ini secara tiba-tiba, namun dia percaya dia adalah jelmaan legenda tersebut.."Kami percaya Singa Keramat ini telah kembali sekali lagi untuk membantu kami" katanya..

Adakah benar budak muda ini adalah singa keramat?? Adakah dia legenda yang kembali untuk menyelamatkan warga Chelski??

Hanya masa yang akan menentukan. Namun selepas berjaya menghalau setan merah pulang ke sarangnya, budak muda ini mengaum seolah-olah menandakan dirinya sudah kembali!!

ROARRRRRRRRRRRRRRRRR!!!!!







Thursday, March 3, 2011

0 Post match : Turning Point??

0 Comments
Syuh2, dah kalah pegi balik..buat menyemak je datang rumah orang..


Kejayaan merejam setan tempohari boleh dikatakan kemenangan 'besar' buat Chelsea - terutamanya dari segi mentaliti..Sejak kemenangan 2-0 ke atas Sengal di Bridge, kita agak lesu terutamanya di perlawanan besar dan telah tewas dua kali ke atas Fool, dan Sengal di Emirates Stadium..Big match sememangnya penting untuk menandakan tahap permainan kita dan menang ke atas rival adalah boost terbaik dalam mana-mana liga sekalipun..Selepas 3 bulan yang celaka dalam tempoh kemerosotan paling teruk, kemenangan 2-1 kelmarin adalah impak tonik yang kita cari-cari selama ini dan ia membuktikan The Blues masih lagi bernyawa!!

Dalam match kelmarin adalah saat kita melihat kembali semangat Blues Never Dies yang hilang sekian lama..Dimulakan oleh David Luiz dan disudahkan dengan penalti Lamps, kita mengejar dari ketinggalan gol Rooney dan menghalau Setan keluar berambus dengan kemenangan 2-1 di Stamford Bridge..Nasib?? Yeah, nasib memang memainkan peranan kadangkala dalam sesuatu match, dan bagi fan Manure yang bising dengan ref, suka aku nak cakap berbanding Chelsea, Manure lagi banyak menang nasib..Bagi sesiapa yang merampus tak puas hati, cermin muka sendiri dan tengok betapa kelab korang banyak kali dapat favour dari FA sebelum nie..Kalo nak merengek tak puas hati, aku rase gol Rooney patut disalllow, sebab Shrek patutnya kena banned hasil menyiku pemain minggu lepas..Kenapa takde hukuman diberikan kepada Shrek hatta fined sekalipun?? Jawapannya mudah, sebab dia pemain Manure, anak murid Fergushit - Bapak segala angkara setan di England..

The Blues is the winner at Bridge. Pull stop. Tak payah nak memanjangkan cerita. Bagi semua penyokong The Blues, ia merupakan match paling fantastik musim nie, selepas kekecewaan selama 3 bulan. Yupp, ia adalah hadiah bermakna kepada peminat yang setia.

Berdasarkan match kelmarin, aku menyenaraikan point positif dan negatif yang kita dapat lihat selepas 90 minit di Bridge.

Positif

  • Kembalinya semangat berani mati Chelsea. Kejar dari belakang bukti utama.
  • David Luiz. Pembelian paling berbaloi Januari. Mungkin dia lebih layak menjadi 50milion man, bukannya Torres.
  • Oh ya, Luiz juga menjaringkan gol pertama kelab lagi awal dari actual 50m man. Luiz juga hanya seorang CB. Shame on you, Nando!!
  • Ramires memang fantastiko, lebih liat, lebih pantas, lebih bersemangat dari mana2 pemain Chelsea di atas padang. Larian yang menakjubkan dari sayap kanan padang sehingga Vidic dikeberikan kad merah. One for the future.
  • Warga tua Chelsea - JT, Lampard, Essien dilihat masih mempunyai nilai dalam pasukan dan menjadi nadi Chelsea di Second Half sebagai bukti.
  • Bad Boy di luar, Good Boy di atas padang - Ash membuktikan mentaliti dia masih kuat selepas insiden panas dihidu media. Lupakan First half, aksi dia kembali mantap pada 45 minit terakhir.
  • Kenapa Malouda masih mendapat first team?? Please, Yuri lebih layak. Baru masuk 5 minit, dah bagi impak besar. Jika dapat kekal bebas dari injury, dia patut dapat main kesebelasan utama sebagai sayap kiri. 'Ronaldinho Russia' bukan gelaran kosong beb.
  • Didi bermain lagi bagus sekarang, nampaknya hukuman kena bangku simpanan agak berjaya untuk membangkitkan naluri haiwan The King. Tapi dia juga membuktikan dia lagi gempak jadi impak subs pada umur 33. Its for the best.
  • Carlo masih lagi Best Candidate untuk kerusi panas Chelsea. Kehebatan dia menukar formasi ke 4-4-2 nampaknya membuahkan hasil sekaligus memberikan tamparan Pak Arab kepada Carlo- haters yang mengatakan dia tak tahu dari segi taktikal. Malah subs Didi, Zhirkov dan Bosingwa kesemuanya pada waktu yang tepat dan memberikan impak hebat dalam second half. Hail King Carlo!!

Negatif

  • Nando hilang punca terutamanya Second Half apabila Chelsea menyerang bertubi-tubi. Masih khayal atau lupa posisi aku tak pasti dan bernasib baik Carlo kekalkan dia 90 minit atas padang. Harus mencontohi semangat Luiz.
  • Malouda, keparat paling celaka dalam skuad. Layak diberikan hukuman bangku simpanan jugak seperti Didi untuk menyedarkan diri. Nazar rambut nampaknya tak berhasil kali nie.
  • Anelka, masih lagi tiada aura dalam Big Game. Tapi dia masih ada nilai bila lawan team lemah. Perlu lebih ruthless depan gol.


Okeh, kembali ke realiti. Walaupun kita menewaskan Manure, ia tak bermakna kita dah memenangi liga kerana perjalanan masih panjang dan kita masih berada 12 mata dari persada liga..Be rational, kedudukan kita dalam Top 4 belum terjamin walaupun kita dah memintas Spuds..Cuma diharap kemenangan kelmarin dapat memberikan impak kuat dari segi mentaliti para pemain untuk beraksi dengan lebih konsisten selepas ini..Chelsea kini mempunyai advantage dari segi moral dan aku yakin ia adalah Turning Point kepada kita untuk memanjat carta..Chelsea masih lagi bernyawa, dan kita adalah Big Team!! Semua lawan, bersedialah dengan amukan Mighty Blues!! KTBFFH!!



Wednesday, March 2, 2011

0 Proud To be Blues

0 Comments
Thank You David Luiz
Thank You Zhirkov
Thank You Super Frankie
Thank You Didi
Thank You Carletto
and
Thank You Chelsea


Korang memberikan kepuasan tak terhingga kepada semua The Blues Army seantero dunia

Darah kami akan tetap mengalir biru selamanya

-Setan Merah durjana berjaya direjam dengan kejam di Stamford Bridge-



Proud To Be Blues

Keep The Blues Flag Flying High!!





Tuesday, March 1, 2011

0 Preview : Menanti Kunjungan Setan Merah

0 Comments
Askar Biru lawan Setan Merah - boleh kata tiap musim jumpa tapi tetap akan menjadi salah satu match terpenting liga..Cuma kali nie dengan tujuan yang berbeza, jika musim lepas kedua team bersaing untuk kejuaraan liga, kali nie Chelsea akan fokus untuk mendapatkan Top 4 manakala Manure akan mencari mata untuk kekal di atas..JT masih lagi obses mengenai kejuaraan liga, tapi bagi aku match nie penting untuk mendapatkan tiket CL..Mancee dan Spuds drop point adalah rahmat tetapi tak berguna jika kita gagal mendapatkan mata malam nie..Berdasarkan situasi semasa ramai menjangkakan draw tetapi aku masih berharap agar Chelsea mampu mencipta kejutan..

Jika dulu hanya fokus kepada Didi sebagai Top Hitman Chelsea, kali nie kita ada muka baru untuk menghadapi setan merah - FERNANDO TORRES...Masih ingat kekalahan 1-4 Manure di tangan Liverpool dulu?? Yupp, ia adalah mimpi ngeri buat Vidic yang hanya mampu melihat budak blonde nie jadi Super Saiya Rambut kaler kuning dan membasmi gejala kesetanan di Old Kerepot..Kini bersama Askar Biru, Nando dilihat lebih bersemangat dari biasa bersama rakan yang lebih hebat dan kali nie Vidic sekali lagi akan menjadi target utama..

Haha!!

'You want to play well against these players to show you can do it, and Vidic and Ferdinand were always a big challenge for me, so I hoped they could both play. Some people prefer big players not to be playing but I prefer to play against these kinds of players.'


Dengan penuh angkuhnya Nando tak berasa cukup dengan Vidic dan meminta Ferdinand untuk turut menjadi mangsanya malam nie..Tapi apakan daya Rio yang merupakan Cappi England berasa cuak untuk dimalukan, justeru dia mendakwa sakit selembit usus berdarah dan hanya duduk tengok match kat rumah je sambil bersedia untuk gelak guling2 tengok Vidic kena tapau buat kali kedua..

Selain Nando, fan Askar biru dah tentu akan excited melihat budak rambut kerinting David Luiz bermain selepas 2 match cup tied sebelum nie..Berkemungkinan akan digandingkan bersama JT malam nie, aku ingin melihat kebolehan maksimum pemain muda Brazil nie dalam match besar pertamanya..Walaupun bermain ala samba, kebolehan defensive dia amat bagus cuma dirisaukan agar dia nie tak buat teknik gopoh dia yang suka tackel tak tentu pasal dalam kotak..Haritu Fulham nasib baik Dempsey tue dalam ketegori bangang, tetapi jika Manure mendapat peluang yang sama, jangan harap kita akan selamat walaupun bukan Howard Webb jadi ref..

Formasi?? Manure macam bese akal jahat Pak Alex dah tentu dia takkan bermain terlampau excited kerana nie match away di Stamford Bridge..Jadi seperti kebiasaan diorang akan pakai 4-5-1, bermain bertahan dan counter attack untuk mendapatkan gol, tipikal English style..Yupp, bahagian midfield akan menjadi kawasan penentuan siapa raja malam nie..

Carlo aku jangka akan kekal menggunakan 4-4-2 seperti ketika menewaskan Copenhagen dan Anelka dan Torres sekali lagi akan diharap menjadi gandingan berbisa di hadapan, dibantu oleh Malouda dan Ramires dari kawasan sayap..Didi dijangka akan di'bangku-simpanankan' sekali lagi tetapi diharap boleh memberi impak subs seperti yang dilakukannya ketika Chelsea mengalahkan Manure 2-1 musim lepas..Dengan kali ini tiada Ferdinand, gandingan Smalling-Vidic akan diuji menentang Anelka-Torres yang kian meningkat..Aku harap kita tidak bermain lembab, Smalling je beb, serang habis-habisan!!

Skuad malam nie :

Cech
Iva-Luiz-JT-Ash
Ram-Essien-Lamps-Malouda
Anelka-Torres

Result Prediction : Chelsea (1) - Manure (1)

Chelsea dalam pembinaan, Manure dalam winning run, jadi sukar aku nak menjangkakan match nie..Pressure lebih terarah kepada The Blues yang mahu mengejar Top 4 Spot manakala Manure yang berada 15 mata di atas Chelsea, juga 5 mata di atas Sengal akan bertandang ke Bridge dengan tiada kerisauan..Manure dah pasti hanya mencari draw malam nie dan tumpuan akan terarah kepad Torres dan Anelka untuk menembusi benteng Setan Merah yang tersusun..Jika ada luck dan Nando berjaya menemui selera 'gol' kembali, Chelsea akan menang, tetapi berdasarkan situasi, mungkin kita hanya akan berpuas hati dengan satu mata..Wish we got the lucky side, KTBFFH!!