The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Friday, April 16, 2010

1 Lagi Lagi Kisah Jersi Baru!!

1 Comments
Oh ya, masih lagi teruja dengan kemunculan jersi baru 2010-11, aku ingin memberi beberapa ulasan mengenai perisai baru kita ini yang sememangnya superb..

Jersi terbaru nie yang menggunakan teknologi adidas TechFit™ menonjolkan sisi otot bagi para pemain yang berbadan sasa..memang sesuai untuk sesape yang kuat pegi gym badan pon macam Essien, Didi..Kalou?? emm..

MERAH??

Jersi baru nie diinspirasikan dari jersi tradisi Chelsea, aku yakin pasti ramai yang nampak kolar yang berwarna merah yang agak menceroboh jiwa 'biru' setiap penyokong Chelsea..Merah adalah kaler Arsenal, Liverpool dan MU justeru boleh dikatakan ada yang membangkang..Tapi perlu diingat sebenarnya pada badge Chelsea memang ada kaler merah (pada warna bunga)..secara sejarahnya pulak, kita sebenarnya dah pernah menggunakan elemen red pada jersi2 zaman tok kaduk dulu iaitu pada tahun 1953, 1959 walaupun hanya sedikit (sejalur merah je pada stokin) dan beberapa kali juga ia digunakan sehinggalah tahun 1990 kita berhenti menggunakan elemen kaler merah berdarah nie mungkin atas alasan rivalry dan kaler biru, putih, kuning dan hitam lebih diutamakan dalam pembuatan jersey kita sehingga kini..

MADE FROM 100% CHELSEA

Bertemakan 'Made from 100% Chelsea' pasti korang tertanya2 apa kebendanya nie?? untuk mengimbau zaman pre-historic The Blues dahulu, jersi ini dicipta berdasarkan rekaan zaman 1950-an dulu..Sir Peter Blake yang merupakan legendary artist telah diberi tugasan untuk mereka atwork bagi meraikan kisah dan warna warni sepannjang history Chelsea dari dulu hingga kini dengan mengaitkan kepada aspek2 yang ada pada jersi baru ini, dari sudut warna, design dan hatta fabrik sekalipon diselusuri dengan rapi..

Oh ya, korang leh usha hasil kerja Sir Peter Blake dan 'Made From 100% Chelsea' campaign nie kat laman web nie : www.adidas.com/madefromchelsea ( Memang best!! Wajib tengok!!)

Barisan Terry dan Co akan merasmikan jersi nie pada match terakhir premiership menentang Wigan bulan depan (6 May)..Kita akan melihat sekali lagi jersi nie diperagakan pada Final FA Cup nanti 15 May..Justeru mungkin kita dapat melihat kita memegang kedua-dua trofi Double menggunakan perisai baru kita nie, sememangnya cara terbaik untuk merasmikan jersi terbaru..Harap2 jersi nie mampu jugak membawa tuah kepada kita di Europe season depan..Pasnie leh la usha-usha kat Padang Besar dan Rantau Panjang..hehe..KTBFFH!!

Video behind-the-scenes-launching :

Thursday, April 15, 2010

0 Official : Chelsea New Kits 2010/11

0 Comments
Dah official, nie adalah jersi baru kita season depan, mugkin agak pelik sebab ada kolar merah, tapi bagi aku still cun dari jersi season nie, Great Job Adidas!!

Galeri :



3 Chelsea tepuk tangan, Arsenal tepuk Dahi

3 Comments


Oh ya, good job dari Spuds yang berjaya mengalahkan kanak2 tadika kemas Arsenal semalam dengan jaringan 2-1..sememangnya menepati ramalan..kini kanak2 meriam boleh dikatakan hamper GAME OVER dalam persaingan kejuaraan liga dengan perbezaan kini 6 mata dan 4 match remaining..Nie juga menunjukkan bebudak meriam berjaya meneruskan tradisi hebat diorang saban tahun ‘kempunan trofi ‘ dan ungkapan’ season depan ada lagi’ serta ‘in Arsene we Frust’ menjadi ungkapan keramat fan2 meriam kini..dah boleh la pikir season depan lak..

Arsenal = ARSE


Untuk Spuds, korang dah wat keje bagus dengan menghancurkan seorang rival The Blues, tapi cukup2 la kegembiraan korang dan bersedia untuk menghadapi amukan ombak biru di White Hart Lane weekend nie..dengan 4 mata di atas, kita lebih santai, kurang tekanan, mentality sedang memuncak, dan beberapa pemain utama kita sudah direhatkan dalam match menentang Wonderpet, beraksi sehari awal juga memberikan kita lebih masa berehat dari Spud.. Dengan skuad yang lebih cergas, kita akan menurunkan barisan terbaik dengan Malouda, Joey dan Deco kembali starting, ehem2 siap sedia la untuk dibelasah nanti 6-0..CHELSEA-True Pride of London!!

Wednesday, April 14, 2010

0 Post Match : Anelka pemusnah Wonderpet!!

0 Comments
Huhh aku dah agak match semalam akan menjadi suatu pertarungan yang sukar, kerana selalunya apabila kita menjadi clear favourite, skuad the Blues secara tiba2 menjadi kaku dan gemuruh akibat pressure berlebihan..rentetan kemenangan 4 match berturut2 termasuk kemenangan besar2 kepada Villains dan Manure sebelum nie meletakkan kita dikatakan mudah mengalahkan kelab Bolton 'Wonderpet'..Fergie juga sudah bermain minda dengan mengatakan kita akan mudah membenam Wonderpet kerana dia tahu skuad Chelsea akan menerima tekanan akibat harapan yang tinggi..

Selain pressure, Carletto yang dikatakan akan melakukan rotation player juga menjadi punca aku agak risau kerana gandingan kini memang merupakan skuad terbaik kita jadi sebarang perubahan besar agak membimbangkan, takut menjejaskan corak permainan dan rentak kemenangan..

Seperti yang dijanjikan, Carletto semalam melakukan perubahan dalam skuad untuk persiapan menentang Spurs Sabtu nie..Malouda, Joey dan Deco direhatkan dari starting lineup manakala Anelka, Kalou dan Ballack menjadi taruhan..
First half bleh dikatakan agak hambar kerana Bolton jelas lebih bersedia dan hanya lebih suka bertahan, peluang terbaik Chelsea hadir di minit 24 apabila Free Kick Didi ditepis oleh keeper Wonderpet namun Kalou lambat menyambar bola muntah menyebabkan peluang pertama tersasar..namun di penghujung separuh masa Didi berjaya melakukan cross cantek dari sayap kiri yang tepat menamui kepala botak berkilat Anelka yang mudah menanduk masuk untuk gol pertama Chelsea!! Nie juga gol pertama Abdul Salam Bilal semenjak januari, sememangnya hadir di waktu yang tepat!!

Second Half, Chelsea kembali mengatur gerak dan Didi dekali lagi menjadi provider dengan through ball kepada Kalou tetapi Si 'Ceplos' nie memang kadang2 menjadi gila sebentar di depan gawang, one on one dengan Juuskelainen tidak diterjemahkan kepada gol menyebabkan kita gagal menambah jaringan..kontroversi apabila cross dari pemain Wonderpet dikatakan terkena tangan JT, justeru menyebabkan mereka meraung2 meminta penalti..Bagi aku, apabila melihat highlight keputusan agak sukar dan mungkin tepat kerana jika diperhatikan bola terkena bahu JT..agak 50-50 dan jika penalti diberi mungkin agak melampau bagi aku..nasib baik nie bukan Old Kerepot..

Carletto yang agak panas apabila kita tidak dapat menambah gol memasukkan Joey dan Malouda, dua winger terbaik kita manakala Kalou serta Anelka dikeluarkan..Joey segera memberi impak, flick untuk Lamps dicipta baik setup untuk Frankie melepaskan Jurus Sepakan Torpedo tetapi sayang bola terkena tiang dan melantun keluar..Hampir-hampir menjadi gol ke-23 dia musim nie..

Bermula dari minit ke-80 situasi mnjadi cemas apabila barisan Wonderpet menyerang kubu The Blues bertali arus dan beberapa serangan dari Elmander dan Klasnic jelas menyebabkan Fan2 The Blues (termasuk aku) gigit jari, gigit kuku, gigit meja kedai mamak pon ada..Namun kekentalan Terry dan Co menyelamatkan keadaaan..tanpa disangka di penghujung match minit ke-94 kita memperoleh counter yang lazat dari sayap kiri oleh Zhirkov dan cross leret tepat mencari joey cuma gagalk disudahkan dengan sempurna menyebabkan match kekal 1-0..Chelsea bertahan dan kita memperoleh 3 mata berharga!!



Match Highlight :

Chelsea v Bolton Wanderers

Trey | MySpace Video


Namun jika ada yang mengatakan Chelsea tak layak menang memang ridiculous kerana kita mencipta peluang yang lebih genuine dari team Wonderpet, cuma penyudah kita kurang berbisa malam semalam..Wonderpet memang memberikan tentangan sengit dan layak dipuji, namun gol Anelka menjadi pemisah kedua2 team dalam match nie..Takpuas hati lagi?? tengok stats nie :

Shots on target Chelsea 8 Bolton 0

Kemenangan malam semalam membolehkan Chelsea menjarakkan kedudukan kepada 4 mata diatas Manure dan 6 mata di atas kanak2 Sengal..Spurs akan bertemu kanak2 Meriam malam nie jadi kita akan melihat samada mereka mampu keep it up atau tidak, jika Sengal kalah, GAME OVER untuk barisan Wedges..Sememangnya Big Advantage kini, dengan 4 match tinggal, Chelsea kini mencengkam kedudukan teratas dengan erat, teruskan prestasi, tingkatkan motiovasi, kekalkan fokus, tumpaskan lawan satu persatu, aku yakin kita akan menjadi EPL Champion!! Congrats The Blues, Spurs menanti Sabtu nie pulak, KTBFFH!!

Nie lagu khas aku tujukan untuk team 'Wonderpet' :


apa yang penting ?
Chelsea menang..
apa yang penting ?
tiga mata..

Wonder Pets Wonder Pets…
korang datang..
merengek-rengek bola kena tangan..
Drogba cross lawa..
Tandukan Anelka memang kuat..
bila bekerjasama semua jadi mudah..

yea Wonderpets yea!!



Tuesday, April 13, 2010

1 Preview : Ayuh jarakkan jurang!!

1 Comments
Malam nie The Blues mempunyai peluang terbaik untuk meletakkan setapak lebih dekat kepada trofi EPL..Keputusan seri Blacburn-Manure tempohari membolehkan kita mendapat peluang menjarakkan standing kepada 4 mata di kemuncak liga!!

Kita akan menghadapi Bolton Wonderpet malam nie di Stamford Bridge namun jangan dipandang rendah kerana mereka mempunyai skuad yang lebih segar (takde game weekend) berbanding Chelsea yang masih terasa bahang match FA Cup 3 hari lalu..Namun kita mempunyai favour kerana berada di Home, harap digunakan sepenuhnya untuk mendominasi Bolton..

Carletto dijangka melakukan rotation kerana dalam masa 3-4 hari lagi kita akan bertemu Spurs pula di White Hart Lane.. skuad kita agak kecil akibat injury list justeru fitness pemain2 utama perlu dijaga rapi..Kata-kata Carletto :

'Some players I want to rest, for sure will start from the beginning Ballack, and Kalou in place of Joe Cole. For the strikers I want to take a decision tomorrow. Defensively we are doing well, I don't have a possibility to change some players, Ferreira, Alex, Terry, Zhirkov are doing well."


Berdasarkan apa yang dikatakan Carletto, aku menjangkakan skuad kita malam ini :

----------Cech----------
Ferreira-JT-Alex-Zhirkov
--Lamps-Mikel-Ballack--
--Kalou-Anelka-Malouda--

Result prediction : Chelsea (2) - Bolton (0)

Walupun Didi direhatkan, Anelka aku yakin mampu menjalankan tugas dengan baik seperti apa yang dilakukan kepada Villains dengan result 7-1..Lampard dan Malouda mampu menjadi finishing walaupun tanpa Didi..Sebarang kemungkinan aku harap Carletto cepat bertindak dengan melakukan subs..

Apa yang merisaukan aku adalah kemunculan Ballack dan ketiadaan Deco dalam starting lineup..Deco menjadi tunjang utama kebangkitan kita dalam beberapa match lepas, kepantasan, dribble dan vision Deco membaca permainan jelas satu kelebihan yang tidak dimiliki Ballack..Harap Carletto akan memasukkan Deco segera sekiranya Ballack tidak dapat menjalankan fungsinya dengan baik atau sering berlari lembab seperti biasa..Alternatif lain mungkin Mikel perlu menjadi korban dan Ballack-Deco-Lamps menjadi starting lineup..Keputusan di tangan Carletto dan aku harap dia membuat keputusan yang tepat..

Kemenangan malam nie sudah tentu akan memberikan kelebihan penuh kepada Chelsea dalam perebutan trofi EPL..dengan kanak2 Arsenal dijangka tewas kepada ayam Spurs, kita mampu menjarakkan mata ke atas kedua2 rival ini sekaligus..Tumpaskan Bolton, padamkan segala harapan Manure dan Arsenal, kita semakin hampir untuk bergelar Juara England!! Ada Berann?? KTBFFH!!


Match LIVE ESPN 2.45 pg Rabu



Monday, April 12, 2010

4 Kita sudah menjumpai pengganti Flo!!

4 Comments
T.A Flo

Torre Andre Flo-mugkin ada fan The Blues mengenali mamat nie atau tidak-agak ditenggelamkan oleh populariti Zola, tetapi bagi aku Legend Norway nie sememangnya antara pemain terbaik pernah dibeli oleh Chelsea suatu masa dahulu..

Menyertai Chelsea pada 1997 dengan harga ciput, £300,000 dari kelab Norway, Brann tiada siapa menyangka Flo mampu menjadi antara striker yang disegani..Debut bersama Chelsea sahaja sudah menjelmakan 15 gol dalam musim pertama di England, gandingan mantap bersama Zola masih lagi diingati sebagai partnership striker terbaik di Premiership ketika itu..Muka jambu Flo juga menyebabkan gadis dan makcik2 di sekitar London menjadi Gila Bayang..Namun musim terbaik Flo adalah pada musim 1999-2000, apabila dia menjadi Top Scorer The Blues dengan 19 gol, menjaringkan 3 gol bertemu Barcelona dan membawa Chelsea meraih trofi FA di akhir musim..Flo berpindah season 2000/01 apabila kehadiran Gudjohnsen dan Hasselbaink menyebabkan peranan Flo kian terbatas..

Adakah kita sudah menemui pengganti Flo?? Mungkin dia adalah Flo yang baru :




FLO-rent Malouda


Sekian lama mencari, Chelsea cuba menjejaki Flo yang merupakan mamat perancis yang kian meletup2 namanya di Ligue 1..Florent Malouda nama diberi, mamat nie merupakan Winger Olympique Lyon yang kian menyinar, musim 2006/07 adalah kemuncak prestasi Flying Frenchman, menjaringkan 10 gol, menyepak keluar Real Madrid dari CL, dan membawa Lyon meraih kejuaraan Ligue 1 ke-6, justeru membolehkan dia dinobatkan sebagai Ligue 1 Player of the Year..

Sign for £13.5m

Malouda dibeli oleh Yang Teristimewa Jose Mourinho pada 2007 dengan harga £13.5m..Mungkin tidak setampan atau sejambu T.A.Flo tapi nie bukan rancangan realiti Top Model atau AF nak muke hensem2, bakat Malouda dikatakan lebih 'kacak' dari rupanya..Namun kusangka panas hingga ke petang, rupanya pagi-pagi lagi dah hujan lebat..Jose tidak yakin dengan Malouda, kurang beraksi menyebabkan dia kian merosot dan pencapaian hebat dia di Lyon kian dilupakan..Walaupaun ketiadaan Mourinho yang resign, manager2 seterusnya sekali lagi kurang mempercayai Malouda..Ketika ini Ken Bates dan sidang2 dari managerial Chelsea semua sudah mengatakan " Kita silap, dia bukanlah pengganti Flo yang kita cari"

Namun kehadiran Hiddink umpama Sinar Baru dalam hidup Malouda..Hiddink memberikan sepenuh keayakinan untuk Malouda mencari kembali bakatnya yang hilang, dan Malouda sedar ini peluang dia untuk kembali menyerlah.. tidak menghampakan, penghujung season lepas merupakan antara aksi terbaik Malouda dengan beberapa assist dan gol menyebabkan kedudukan Left Wing dilihat sudah secure untuk Malouda..Pertuakaran rambut juga menyebabkan gaya Malouda dilihat sudah berubah, gaya Predator lebih ganas, memukau dan membolehkan dia kembali hebat di atas padang..

DULU : rambut ala2 budak PLKN yang jambu habess


KINI : Rambut ala2 Predator yang menggerunkan lawan

Baru je nak naik, Ancelotti pula hadir, dan Malouda perlu bermula dari bawah semula..Don Carrletto menggunakan formasi Diamond menyebabkan peranan Malouda sebagai natural winger kian terbatas..Tidak sesuai bermain sebagai Attacking Midfield, Malouda sekali lagi dipinggirkan oleh Don..Namun di bulan Januari, Carletto menukar formasi kepada basic 4-3-3, Malouda kian menyerlah di bawah taktikal baru, bebrapa gol dan assist menyebabkan nama Malouda kian disebut2 tatkala Chelsea dilihat lebih merbahaya apabila Malouda beraksi..

Nama Malouda sebagai pengganti Flo kini nampaknya hampir menjadi realiti, finishing dan cross Flying Frenchman kini memang setajam dan sebijak Legend Flo..Bermula dengan dua gol ketika menentang Posemut, juga dua gol ketika menentang Villains, keduan-duanya menang besar 5-0 dan 7-1..assist tak payah citer la, berlambak..pertemuan dengan Manure menyerlahkan kehebatan Malouda yang kian sukar disekat, dengan mudah Flying Frenchman melepasi kawalan benteng Manure dan melepaskan low cross yang tepat hinggap pada backheel Joey..Jika belum cukup, semalam sekali lagi Malouda menjaringkan gol menentang Villains membawa The Blues ke final FA Cup..Pengganti Flo sudah dijumpai, Ken Bates juga sudah mengatakan "He is the man"

Malouda telah menjaringkan 15 gol untuk Chelsea musim nie, dan selagi adanya Flying Frenchman, aku yakin The Blues amat sukar disekat oleh mana2 kelab sekalipun..Pemain Terbaik Chelsea musim nie?? Vote aku untuk Malouda..Hanya 5 match premiership dan satu Final FA tinggal, sekiranya dia kekal bermain hebat sehingga tamat musim dan membawa Chelsea meraih Double, aku yakin Malouda bakal mencabar Didi dan Rooney sebagai Pemain Terbaik EPL musim nie..Go Flying Frenchman, Go Flo!!

Sunday, April 11, 2010

2 Post Match : The Blues to Final, Manure seri!! Who's laughin now??

2 Comments

Wakakaka aku memang tak tahan nak gelak pada semua Chelsea haters, tiga minggu lepas kita direject sepenuhnya oleh media dan fan2 seluruh dunia, Out CL, bakal terlepas Premiership kepada Manure, dan mungkin hanya memenangi FA Cup..barisan kita juga di cop sudah tua dan tidak bermaya, Carletto hilang punca dan Joey nak tukar kelab..Tak sangka banyak perkara boleh berlaku dalam hanya tiga minggu, kita menang direct 3 match termasuk menang besar ke atas Posemut dan Villains serta mengalahkan Manure, merampas Top Spot Premiership, Manure dan Arsenal out dari Europe, kita menumpaskan Villains sekali lagi untuk menempah tempat ke Final FA buat kali kedua berturut2 dan paling mahsyuk, best dan menceriakan hari2 aku bila terlihat result akhir Blackburn-Manure seri 0-0!!

Perjalanan merangkul Double kini amat cerah, kalahkan Bolton Rabu nie, kita akan leading 4 mata di hadapan Manure, dengan Arsenal akan bertemu Spurs, aku yakin kanak2 bimbingan Wedges akan kecundang!! Who's Laughin Now??

Okey berbalik kepada post match berkenaan game antara Chelsea dan Villa semalam, Carletto menurunkan Didi sebagai starting striker di dalam formasi 4-3-3 manakala posisi lain tiada perubahan..O'Neill pula mendapat kembali mendapat khidmat Milner dan Dunne yang fit untuk revenge kekalahan 7-1 kepada Chelsea tempohari..kemenangan 7-1 Chelsea ke atas Villains dua minggu lepas sememangnya meletakkan The Blues sebagai clear favourite, mampukah pejuang biru menahan pressure ini??

First Half, sememangnya kekalahan besar di Bridge lalu menyebabkan Villains seumpama harimau terluka dan jelas dapat dilihat apabila mereka mengasak kita habis-habisan seawal minit pertama lagi..Milner melakukan shot pertama ke bucu gawang, cuma tersasar beberapa inci je, fuhh..Di minit ke-15, Agbonlahor dijatuhkan oleh Mikel dalam kotak, tetapi adakah penalti?? Webb berkata tidak, bagi aku 50-50, Mikel agak kasar, tetapi Agbonlahor dilihat sememangnya mencari penalti dengan mudah jatuh..kata pengadil adalah muktamad, match diteruskan..Villains sekali lagi mendominasi, cross Downing ditanduk keluar oleh Terry walaupun Carew sudah siap sedia menghulurkan kepala botak dia..Namun Malouda kemudian melakukan counter yang cantek, cuma cross gagal disudahi dengan kemas oleh Didi yang dibentes keras oleh Warnock..separuh masa tamat 0-0..

Second Half keadaan yang sama berulang, Villains kekal mendominasi, namun ketumpulan serangan mereka disamping kekebalan Terry and co menjaga gawang menyebabkan match kekal 0-0, sehingga ke minit 70..Chelsea mendapat corner kick, Malouda mengambil sepakan yang menemui Terry di luar kotak, mungkin dia mahu assist atau shot, aku tak pasti, tetapi sepakan lerat JT berjaya menemui Didi yang mudah menolak masuk ke gawang Villains..Mungkin ini tuah Wembley kerana kita tidak pernah kalah lagi di Stadium Bersejarah England nie..Semenjak dari gol itu, Villains dilihat hilang punca, dan barisan mereka kian retak, hancur dan menanti belah..

Carletto melakukan subs, Ballack, Anelka dan Kalou dimasukkan menggantikan Deco, Didi dan Joey yang agak tenggelam, agak jelas wajah kehampaan pada Joey yang bermain agak 'biasa2' sahaja malam nie..sedah tentu bukan cara terbaik untuk meyakinkan Capello yang melihat di tempat penonton..Sekali lagi, Carletto sudah bijak melakukan pertukaran yang berkesan, Ballack melakukan cross dari sayap kanan yang tepat menemui kaki Flying Frenchman yang kian berapi2 season nie, rembat yang padu dari Malouda, 2-0 untuk Chelsea, nampaknya GAME OVER untuk Villains..tapi masih belum cukup, sudah tentu Villains yang kian lemah dan tidak bermaya amat lazat untuk diratah sekali lagi..Malouda sekali lagi melakukan larian supersonic memasuki kotak penalti Villains, backheel untuk Anelka, asssist untuk Lamps, fake shot dan finishing yang cantek dari Super Frankie melengkapkan malam gemilang untuk Chelsea yang berjaya mara ke final FA Cup!!

Match Highlight :




-Tahniah untuk Super Frank-gol ke 22 dia musim nie, menjadi rekod jaringan tertinggi pernah dicapai Frank sepanjang bermain untuk Chelsea..Want more??
-Tidak tahu mengapa, corak permainan kini memang best, jauh berbeza dengan Jose yang agak bosan, no offense Jose lebih kental defensively tetapi aku sukakan corak attacking football, we love it, Carletto love it, Roman also love it..Carletto will stay??


Form Chelsea kini kian meletup2 dan sudah tentu amat membahagiakan buat semua Fan The Blues, enjoy the moment!! Malam nie kita akan mengetahui siapa lawan kita di final nanti samada Tottenhampeh atau Posemut..Mana2 pon akutak kisah, tapi kalau Spurs lagi best, London Derby dan aku nak revenge final Carling 2007 dulu..

Lupakan mengenai FA Cup buat seketika kerana final adalah 15 May nanti, lambat lagi justeru fokus kini harus kepada Premiership..Bolton adalah lawan yang akan dihadapi kini di Bridge, menang ke atas mereka, kita adalah clear favourite untuk title!! KTBFFH!!






2 Wembley,Wembley, Wemb(er)ley..Here-we-are!!

2 Comments


Chelsea sekali lagi akan termaktub dalam sejarah terhebat Wembley..tuah stadium England nie memang datang sekali lagi, kemenangan 3-0 amat menakjubkan dan membolehkan The Blues mara ke final FA Cup buat kali kedua berturut2!!..Laluan meraih Double buat kali pertama dalam history Chelsea kini amat cerah, dengan hanya 5 match premiership tinggal dan 1 match final di Wembley, aku yakin The Blues mampu melakukannya!! Match tadi walaupun result amat favour kepada Chelsea, ia tidak semudah yang disangka kerana kita ditekan habis-habisan oleh Villains sewaktu First Half..Second Half juga hampir serupa namun gol pertama dari Didi jelas menyebabkan formasi Villains kian rapuh akibat terdesak mencari gol penyamaan..Gol pantas counter dari Flying Frenchman Malouda dan Frankie amat memukau dan mahsyuk abess, GAME OVER untuk Villains..Tahniah untuk Super Frank yang menyumbat gol ke-22 dia season nie-memecah rekod jaringan gol terbaik dia sepanjang bermain untuk Chelsea!! Great night for Chelsea, Great night for the Blues, Great nights for us!! Big 3 melopong la tak boleh pergi Wembley, haha peduli apa aku..Jom nyanyi ramai-ramai!!



Flying high, up in the sky,
We'll keep the blue flag flying high

From Stamford Bridge to Wemb(er)ley

We'll keep the blue flag flying high
!!



Saturday, April 10, 2010

1 Preview : Wembley, Wembley, Wemb(er)ley...

1 Comments

Where ever they go we`ll follow our team,
For we are the Chelsea and we are supreme,
We'll never be mastered by no northern bastards,
And we'll keep the blue flag flying high,
Flying high, up in the sky,
We'll keep the blue flag flying high
From Stamford Bridge to Wemb(er)ley
We'll keep the blue flag flying high


Malam nie kita akan bertemu Villa dalam semi final FA Cup, yup match ini akan menentukan samada kita akan berada di final buat kali kedua berturut2 dan merangkul piala ini buat kali ke 11 dalam rekod kelab..Pertemuan di Wembley malam ini boleh dikatakan permanas badan sebelum match Final yang sebenar di Wembley 15 May nanti..

Menentnang Villa sudah tentu dikatakan mudah selepas kita meng'ayamkan' mereka 7-1 dua minggu lalu, tetapi awas!! Match FA Cup adalah berlainan, dan Villains kali nie lebih bersedia berbanding pertemuan terakhir..Sudah tentu mereka mahukan revenge, dan aku harap Chelsea tidak memandang mudah pihak lawan, ak yakin kita akan mara!!

Sekiranya ada yang mengatakan match terakhir 7-1 mudah kerana bermain di Bridge, kubu kebal The Blues, mereka silap dan perlu berasa lebih risau kerana Wembley adalah Home Kedua Chelsea!! Wembley sememangnya sinonim dengan Chelsea, match terakhir di Old Wembley yang ditubuhkan pada 1923 adalah Final FA Cup tahun 2000 antara Chelsea dan Villa (ironic??) di mana The Blues berjaya meraih kemenangan 1-0 hasil jaringan Di Matteo meninggalkan sejarah Chelsea sebagai pasukan terakhir memenangi match di Old Wembley..7 tahun berlalu, selepas dibina semula, New Wembley dibuka pada tahun 2007 dan final FA Cup pertama di sini juga dimenangi oleh Chelsea ke ats rival Manure dengan kemenangan 1-0 hasil jaringan siapa lagi kalau bukan Didi!!! Sekiranya belum cukup, season lepas kita bertemu Arsenal di di Wembley dan sekali lagi tuah Wembley melekat kuat kepada The Blues apabila kita menolak kanak2 Wedges yang masih mentah tak kenal Wembley dengan jaringan 2-1..Final FA Cup season lepas menemukan kita bersama Everton..Kemenangan 2-1 hasil jaringan Lampard dan Didi membolehkan kita mengucup piala ke-10 FA di Wembley!! Malam nie kita akan beraksi sekali lagi di Wembley, dan sudah tentu korang tahu tuah akan berada di pihak yang mana bukan??

Okey mengenai update pemain, skuad Chelsea tiada perubahan, tiada injury terbaru, juga tiada pemain yang sembuh, hanya Ivanovic masih doubful (yahoo??), skuad yang sama seperti menentang Manure akan kita lihat malam nie..Villains pula mungkin dapat menurunkan Dunne dan Milner yang kembali fit malam nie..

Barisan malam nie :

Aston Villa : Friedel, Guzan, Cuellar, Luke Young, Beye, Dunne, Collins, Davies, Warnock, Downing, Milner, Petrov, Sidwell, Delph, Ashley Young, Carew, Agbonlahor, Heskey, Delfouneso, Albrighton, Clark.

Chelsea : Cech, Hilario, Turnbull, Kalou, Alex, Drogba, Malouda, Terry, Borini, Lampard, Mikel, Deco, Anelka, Zhirkov, J Cole, Belletti, Ballack, Kakuta, Sturridge, Ferreira, Bruma, Ivanovic.

Harap kita tidak dikaburi dengan kemenangan besar 7-1 dua minggu lalu, malam ini adalah match yang berbeza, tetapi tidak bermakna kita perlu terlampau berhati2, bermain seperti biasa, aku yakin Villains hanyalah pasukan murahan yang mampu kita permainkan..

Formasi 4-3-3 akan kekal menjadi taruhan, dan Malouda akan menjadi sumber inspirasi malam nie..posisi lain mungkin tiada perubahan, Joey aku yakin akan kekal dalam skuad..Didi atau Anelka?? Aku mungkin akan memilih Didi, kerana sememangnya dia kerap menjaringkan gol dalam match2 penting, dan dia memang suka menjaringkan gol di Wembley!!

Formasi malam nie :
---------Cech---------
Ferreira-JT-Alex-Zhirkov
---Lamps-Mikel-Deco--
---Joey-Didi-Malouda--

Result Prediction : Chelsea (2)- Villains (0)


Match LIVE 12.00 tgh mlm

From Stamford Bridge to Wemb(er)ley
We'll keep the blue flag flying high!!




Thursday, April 8, 2010

3 Double 'Chelsea' ranapkan Manure dan Old Kerepot

3 Comments
Para pemain Chelsea meraikan kemenangan di Old Kerepot Sabtu lalu

Pemain 'Chelsea' Arjen Robben meraikan jaringan kemenangan di Old Kerepot semalam


Congrats untuk Manure yang terkeluar dari Europe!!