The Blues Army Live Chat

Ini permanent post. Teruskan membaca latest artikel kat bawah.

Friday, March 22, 2013

1 Im Back!!

1 Comments

Sudah lama tak menegemaskini blog, pemergian Big Boss Roberto #TOODM (There's Only One Di Matteo) sedikit sebanyak merupakan antara penyebab aku rasa 'kurang' semangat untuk mengikuti perkembangan Chelsea ketika ini. Namun jangan ingat darah biru sudah hilang, ianya masih ada, mengalir amat kuat dalam diri. Dan ya, ia amat kuat yang menyebabkan aku rasa mual melihat muka Big Fat Spanish Waiter berdiri di sebelah padang lalu membuatkan aku jarang mengupdate post di sini.

Masih ingat apa kata2 Benitez??


“We don’t need to give away flags for our fans to wave — our supporters are always there with their hearts, and that is all we need.
“It’s the passion of the fans that helps to win matches — not flags.”


 

Hardcore Chelsea fan takkan lupa apa kata-kata Benitez. Mungkin ada yang mengatakan peminat harus menyokong manager Chelsea tidak kira siapa, tetapi bagi aku Rafa bukan orang yang harus dihormati. Flag, bendera adalah lambang Chelsea sejak dahulu lagi, kalau tidak masakan kita mempunyai lagu lagenda 'Keep the blues flag flying high??' Statement Rafa yang menghina fan chelsea dan bendera adalah sesuatu yang sukar dimaafkan. Sebongkak-bongkak Mourinho sekalipun, dia tidak pernah menghina fan Liverpool sebagai Scouser atau seumpanya. Apa yang lebih tidak boleh diterima adalah keengganan Rafa untuk memohon maaf dengan statement dia terdahulu walaupun telah menjadi manager Chelsea. Adakah aku boleh menerima Rafa sebagai manager? NOPE. 

Musim ini adalah musim yang agak kosong buat fan Chelsea, berbeza dengan musim lepas dalam 3 bulan terakhir. Ya, tiga bulan yang gemilang menggarap Piala Liga Juara-Juara dan Fa Cup di bawah pimpinan Di Matteo adalah antara memori yang takkan dilupakan oleh fan The Blues. Apa yang akan aku ingat musim ini hanyalah kebangkitan era baru pemain muda Chelsea di bawah nama MAZACAR (Mata, Hazard, Oscar). Barisan muda ini diharap dapat menandingi kehebatan generasi emas Lampard, Drogba, Terry dan Cech. 


Aku cuma mengharapkan yang terbaik buat Chelsea ketika ini, Top 4 adalah keutamaan, apa hendak jadi kepada Benitez, itu diserahkan kepada Roman. Namun melihat kepada situasi semasa, Rafa akan keluar hujung musim dan ianya amat melegakan. Siapa akan mengambil teraju Chelsea selepas ini masih menjadi tanda tanya, tetapi aku mengharapkan Capello, Klopp atau Conte adalah orangnya. 

Apapun, amat sukar untuk melupakan Big Boss. Gaya cool beliau sememangnya berjiwa Chelsea yang Carefree akan terus diingati.

THERE'S ONLY ONE DI MATTEO

THERE'S ONLY ONE DI MATTEO

THERE'S ONLY ONE DI MATTEO



Mug pon kaler biru, memang semangat Chelsea betul Big Boss ni!!
#ONEDIMATTEO

Sunday, February 12, 2012

0 Terlampau bijak atau memang bangang??

0 Comments

4 makhluk kesayangan AVB yang bebal :

Bosingwa
Malouda
Torres
Meireless

Apa itu pun AVB pun tak nampak ke?? Dah 2-3 game sebelum nie memang 4 makhluk nie punca kita main teruk. Percaya sangat letak la player bebal macam nie lagi. Nah 2-0! Ni makan dia!

Di mana pembelian mahal January Gary Cahill??

Kenapa Ivanovic main defender tengah lagi??

Dah tau midfield dan serangan kita tiada pemain pantas, kenapa loan De Bruye dan Josh?

Piazon pulak mana??

Terlampau genius atau anggap kelab Chelsea nie bapak dia punya??


Please, AVB ubah taktikal kau sebab aku kalau boleh mahukan stability selepas 6 manager sebelum ini datang bersilih ganti. Tapi jika AVB masih bebal dengan kasih sayang dia kepada pemain Portugal macam Bossingwa dan Meireless, sedih untuk dikatakan aku sudah hilang kepercayaan. Change, or good bye AVB!!


Saturday, February 4, 2012

0 Sekali lagi??

0 Comments

John Terry dilucutkan jawatan Kapten England sekali lagi semalam. Cukuplah, its a digrace. Menghukum pemain yang belum disabitkan apa-apa kesalahan oleh mahkamah (berhubung kes racist kepada adik Ferdinand) adalah sesuatu yang amat drastik oleh FA England. Buat pengetahuan anda, keputusan kes perkauman ini hanya boleh diketahui selepas Euro 2012. Situasinya cukup jelas, England sudah tak mahukan JT dalam skuad kerana mereka tak mampu menunggu sebegini lama dalam proses membina skuad untuk kejohanan Eropah nanti. Pendek kata, FA England mahukan JT bersara kerana dikatakan mempunyai kesan negatif pada moral pasukan.

Pada pendapat aku JT tidak bersalah dalam kes perkauman ini, sekurangnya sehinngga keputusan mahkamah keluar. Adakah FA England tunduk di atas desakan media yang bertubi-tubi mempebesarkan kes racism ini dalam akhbar?? JT hanya menjadi kambing hitam untuk meredakan kekecohan ini, dan seperti yang diketahui, media memang tak menyukai JT sejak dahulu lagi.

Kesimpulannya, mengapa perlu memaksa diri?? JT memang mempunyai semangat nasionalisme yang memang dikagumi. Ini dibuktikan apabila dia bermain sepenuh hati ketika WC 2010 di Afrika walaupun ketika itu baru sahaja dilucutkan pangkat sebagai kapten dan armband diberikan kepada Ferdinand. Namun JT tak menyerah kalah kepada tundukan media dan terus mempamerkan aksi mantap untuk Three Lions sehingga diberikan kembali armband oleh Capello buat kali kedua.



Ketika pemain Liverpool hanya tahu menjaga telor sendiri, JT sedia mengorbankan kepalanya untuk England.

Namun apabila kes lucutan kali kedua ini berlaku, bagi aku sudah cukuplah buat Terry. Mengapa perlu berbakti kepada mereka yang tak menghargai?? JT sememangnya tidak pernah beraksi sambil lewa apabila menyarung jersi kebangsaan, namun bagi board FA England, dia hanyalah toksik buat pasukan. Mungkin sudah sampai masanya JT melupakan skuad kebangsaan dan menumpukan perhatian sepenuhnya buat Chelsea. Lagipun macamlah England hebat sangat boleh menang Euro 2012. Puii!!

We'll always behind you!!

Wednesday, February 1, 2012

2 Bernasib Baik di Liberty Stadium

2 Comments
Sinclair - Budak suruhan di London, Raja di Wales

Chelsea memang amat, amat bernasib baik dapat draw semalam. Jika diikutkan Swansea sememangnya layak menang (walaupun aku Chelsea Fan) kerana bermain dengan amat baik dan memperkotak katikkan midfield kita. Malah Nathan Dyer seorang sahaja boleh memalukan seluruh bahagian tengah kita yang sememangnya longlai.

Apa yang tambah menambah luka di hati Chelsea adalah bekas pemain akademi kita, Scott Sinclair menjaringkan gol pembukaan yang hampir menjadi gol kemenangan Swansea jika tidak kerana own gol injury time Taylor yang memberikan keputusan akhir 1-1. Jauh dari lubuk hati aku adalah Scott memang layak mendapatkan gol ini kerana setelah ditendang keluar oleh Chelsea (board menganggap Scott tidak cukup bagus) dia membuktikan yang sebaliknya dan menjadi nadi The Swans musim ini di bawah Rogers. Apa yang lebih ironik adalah melihat bagaimana hebatnya bekas staff Chelsea, Brendon Rogers mengubah pasukan divisyen kedua menjadi skuad yang bermain total football menarik. Sedangkan kita membayar AVB dengan harga 14 juta hanya untuk hadir ke Chelsea dan mengubah corak permainan kita, namun sehingga kini masih lagi jauh panggang dari api nak dikatakan sebagai total football.

Kecewa? Memang kecewa dengan result, tapi aku lebih kecewa dengan AVB. Hari semakin hari aku bertambah sadis dengan pemilihan pemain oleh AVB. Adakah ini manager yang bakal menjadi pengganti Special One?? Buat masa ini aku tak nampak langsung di manakah kredilibiliti AVB untuk berdiri sama tinggi dengan coach legend kita. Apa yang tak kena dengan AVB??

Sam berkata kepada Cahill : "Kita senasib Bro"

1) Apa tujuan membeli Cahill?? Kita sudah sedia tahu Gary memang fit untuk bermain namun sejak hadir ke Bridge dia tak bermain untuk 3 game. Malam semalam adalah sepatutnya debut yang layak diberikan kepada Cahill lantaran ketiadaan JT yang cedera tetapi apa yang dilakukan AVB?? Iva dan Luiz bermain CB manakala Bosingwa dipanggil semula ke dalam first team. Kenapa AVB kenapa? Iva memang tak sesuai bermain centre back manakala Bossman, macam biasa, memang Right Back yang hanya tahu menyerang tanpa bertahan. Aku tak memahami apakah yang dilihat AVB pada Bosingwa dan dah pastinya Cahill akan menyumpah diri kerana hadir di Chelsea hanya untuk berada di bangku simpanan yang bakal merosakkan harapannya ke Euro 2012.

Jangan tertipu!! Malouda tidaklah seganas rambutnya seperti dua tahun lepas.

2) Malouda sudah tua! Memang midfield kita ramai yang injured tetapi tetap aku tak menyukai Malouda musim ini. Tak memberikan apa-apa sumbangan kreativiti di hadapan, selain hanya membuang satu tempat kosong dalam pasukan. Apakah gunanya ada Piazon dibangku simpanan?? Kita memang longlai di bahagian midfield dan Malouda tak membantu langsung tetapi yang lebih pelik AVB masih lagi menaruh harapan kepada kuda tua Perancis ini.

Beli, dan loan balik!! Bijak sungguh!!

3) Loan Loan Loan! - Aku memang tahu Loan adalah satu langkah yang bagus untuk memberikan peluang bermain kepada pemain muda kita, tetapi sampai bila?? Sekiranya sampai satu tahap tak diberikan peluang yang diharapkan, sudah tentu pemain muda kita akan cabut ke kelab lain umpama Scott Sinclair. Membeli De Bruyne adalah contoh utama. Mengapa membeli KDB tetapi meminjamkannya semula ke Genks, sedangkan kita amat memerlukan left winger sekarang untuk menggantikan Malouda? Board Chelsea memang pelik. Aku tidak tahu nak salahkan Emenalo ataupun AVB dalam hal ini.

Phillip Prosenic - Satu lagi permata Chelsea disambar Milan

4) Youth Policy?? Haktuihh!! - Kelmarin Prosenic adalah satu lagi pemain muda mengikut jejak Sinclair dan Stoch yang dijual. Apa yang menghairankan aku mengapakah kita tidak yakin dengan pemain muda kita?? Josh, Lalkovic, Rajkovic, Kakuta, Conor Clifford, Sam Hutchinson, Piazon mungkin masih muda, tetapi dari segi kualiti aku yakin mereka lagi bagus dari segelintir pemain senior yang masih bermain untuk Chelsea kini. Malah kita sepatutnya tak perlu berbelanja sakan membeli pemain, cuma perlu memberi sedikit keyakinan kepada pemain muda kita sudah mencukupi.

Transfer window sudah tutup. Chelsea hanya membeli Cahill, De Bruyne dan Bamford, 3 pemain yang takkan memberi impak kepada skuad kita musim ini. AVB membeli Cahill tetapi sayangkan Bosingwa, De Bruyne dibeli namun dipinjamkan semula ke Genks, Bamford pula masih 18 tahun terlampau muda. Ini semua hanyalah pembelian yang membuang masa jika manager kita masih sayangkan pemain tua macam Malouda dan Bosingwa. Buat masa ini AVB bagi aku belum lagi menepati tanggapan kita sebagai New Special One. Hanyalah manager muda yang clueless mengenai pemilihan pemain.

Special One and..Clueless one

Buat semua fan Chelsea, harap turunkan expectation kita musim ini jika tak mahu kecewa. Lupakan trofi EPL, malah CL dan FA Cup juga aku tak yakin kita boleh menang jika main macam sekarang. Top 4 adalah target utama kita musim ini. Keep Believing, Keep The Blues Flag Flying High!



Tuesday, January 31, 2012

0 More Youngster! More!

0 Comments


OMG! Its Kevin in London!!

Kevin De Bruyne nampaknya akan menjadi pembelian kedua AVB musim sejuk ini. Dengan harga sekitar £6m, KDB bakal mengikat kontrak sepanjang 5 tahun bersama The Blues. Tetapi jangan terlampau excited, kerana pemain muda Belgian ini akan kembali ke Genks untuk bermain secara loan sehingga akhir musim. Jadi kita hanya dapat melihat bakat De Bruyne musim depan.

Adakah AVB cuba membentuk Belgium Foundation di Chelsea?? Dengan Courtois dan Lukaku sudah berada dalam perancangan jangka panjang Chelsea, kehadiran De Bruyne sememangnya dialu-alukan. Malah adakah Eden Hazard juga akan datang untuk membentuk gandingan Fantastic Four di Bridge?? Hopefully!

OMG!! Its Tintin in London!!

Okeh lupakan mengenai KDB, ini juga berita menarik mengenai youngsters akademi Chelsea iaitu Lucas Piazon. Dengan beberapa kecederaan menimpa pemain senior Lampard dan Ramires, Piazon akhirnya mendapat panggilan pertama skuad utama dan kini sudah ke Wales sebagai persediaan menentang Swansea malam ini. Diberikan nombor 35, Piazon sememangnya amat teruja dan dibuktikan dengan tweet beliau.


Walaupun Malouda mungkin akan mendapat tempat utama malam ini, di harap Piazon bakal mendapat panggilan subs dan diberikan masa bermain sekaligus mempamerkan skill Samba beliau. Sejujurnya aku lagi excited menanti aksi Piazon berbanding Malouda yang memang selfish musim ni!

Cech
Iva-Luiz-Cahill-Ash
Romeue-Meireless
Piazon
Sturridge-Torres-Mata

Kalaulah AVB akan starting lineup lawan Swansea macam nie..I'll be on the moon!!

Cerita mengenai malam ini, berita buruk adalah JT bakal tidak bermain akibat injury (atau pergi court??) namun berita baiknya adalah Gary Cahill akan diberikan debut pertamanya bersama Chelsea! Gandingan Cahill-Luiz mungkin sesuatu yang baru namun kualitinya jelas dapat dilihat, kedua-duanya masih muda dan mempunyai aspek teknikal yang hebat. Harapnya kita dapat kekalkan clean sheet ke-6 dalam 6 match terakhir walaupun tanpa captain marvel JT.

Menentang Swansea aku agak risau kerana mereka ini umpama adik Barcelona, bermain tiki taka yang memang sukar dikekang. Rekod kemenangan 3-2 The Swans ke atas Arsenal membuktikan mereka tak boleh dipandang rendah. Respek kepada Brendan Rogers dengan falsafah flow football yang diterapkan. Namun kita adalah Chelsea, tiada apa yang perlu digentarkan. Kita akan bermain mengikut cara kita tersendiri. Cmon The Blues!! KTBFFH!!

Wednesday, January 18, 2012

0 Tahukah Anda?? 5 Perkara mengenai Gary Cahill

0 Comments

  • Chelsea merupakan kelab ke-5 buat Gary Cahill selepas pernah mewakili Aston Villa, Burnley, Sheffield United, dan Bolton.
  • Mempunyai dua kerakyatan iaitu England dan Republic Of Ireland, bagaimanapun Gary Cahill memilih untuk mewakili Three Lions dan melakukan debut pada 3 Sept 2010 menentang Bulgaria.
  • Gary Cahill menjaringkan gol pertama buat England, juga pada debut 3 Sept 2010 menentang Bulgaria.
  • Mendapat anugerah Player of the Year Winner musim 2004–05 di Burnley dan Players' Player of the Year musim 2008–09 di Bolton.
  • Arsenal hampir membeli Cahill musim lepas namun tawaran harga £6 juta yang ditawarkan ditolak mentah oleh Coyle dengan alasan terlampau 'murah' dan mengatakan Wenger seorang yang kedekut (Buy-back clause buat Cahill ketika itu £18 juta). Guess who is the winner now??

0 First Interview with Gary Cahill

0 Comments

Tuesday, January 17, 2012

0 Welcome Aboard!!

0 Comments

Welcome aboard mate!!

Setiap kali ada pemain baru hadir ke Stamford Bridge dah pasti aku akan excited. Kedatangan Gary Cahill adalah sesuatu yang dinantikan dengan penuh debaran selama 16 hari iaitu tempoh rundingan yang agak panjang..

Jumlah bayaran perpindahan sebanyak £7 juta dari Bolton dengan gaji £80,000 seminggu, well, boleh dikatakan ianya adalah pelaburan yang tidak melampau dan berbaloi memandangkan tahun lepas Cahill boleh mencecah harga sehingga £14 juta..Cuma pada bahagian gaji yang aku kurang berkenan, bayangkan Juan Mata yang menjadi pemain tulang belakang Chelsea musim ini hanya bergaji 55,000 seminggu..Jika aku menjadi Mata dah tentu akan cucuk pihak kelab untuk menaikkan gaji dan dah tentu pemain lain seperti Romeu dan Ramires yang bermain kesebelasan utama tetapi bergaji sedikit akan turut terasa dengan bayaran yang diterima Cahill..

Namun selain isu gaji, Gary Cahill adalah pembelian yang bagus dan mungkin akan menjadi turning over buat masalah pertahanan kita musim ini..Mempunyai aspek teknikal dan disiplin yang mantap, Cahill mungkin lebih sesuai untuk high line defensive yang dimahukan AVB berbanding David Luiz yang nampaknya masih belum mempamerkan aksi meyakinkan setakat ini.

"I think his technical attributes are immense and his pace is fantastic as well,". ujar AVB mengenai Cahill.

Dengan adanya tambahan Cahill, bermakna Alex hampir pasti akan dijual dan QPR antara kelab yang berminat. Di atas kertas, kualiti pemain pertahanan kita boleh dikatakan antara yang terbaik kerana kini (kecuali JT dan Ash yang nampaknya untouchable); Ivanovic, Luiz, Bosingwa, Ferreira dan Cahill akan merebut posisi CB dan RB. Jadi siapakah pilihan formasi terbaik??

Luiz-Cahill-JT-Ash <-----------Pilihan aku

Sebenarnya mana-mana formasi defend yang tak melibatkan nama Bosingwa dah cukup untuk membuatkan aku menarik nafas lega..Namun pilihan aku di atas mungkin adalah yang terbaik buat masa ini tanpa Ivanovic yang masih cedera..Boleh melihat Luiz overlap ke atas dari sayap kanan tanpa membuatkan kita berpeluh meninjau aspek pertahanan dia yang gopoh dalam penalty box adalah pilihan terbaik..Dengan adanya Cahill di bawah membantu JT harap ianya akan menjadi gandingan yang mantap seperti ketika bersama skuad England. Atau adakah suatu hari Hutchinson dan Bertrand akan menerjah masuk dan membentuk all-time England connection??

Sam-Cahill-JT-Bertrand <----------Hopefully one day!!

Apapun good luck buat Cahill sebagai warga Bridge yang baharu. Berikan The Blues lebih banyak clean sheet, mate!! KTBFFH!!



Sunday, December 25, 2011

2 Januari Top Transfer List

2 Comments

Ketika sambutan Krismas sedang diraikan, Chelsea nampaknya masih menanti hadiah dari Pakcik Santa yang belum kunjung tiba. Kejutan yang ditunggu?? Sudah tentu pemain baru!!

Berita Alex dan Anelka menghantar transfer request bukan sesuatu yang baru namun implikasinya amat jelas. Bahagian pertahanan adalah yang paling bermasalah selepas Alex bakal berpindah manakala Luiz dan Iva mengalami kecederaan sekaligus meletakkan JT sebagai satu-satunya Centre Back yang available. Anelka pula nampaknya tak menunggu masa yang lama untuk mencari lubang baru, dan lubang itu nampaknya di China apabila mengesahkan perpindahan dua tahun ke Shanghai Shenhua pada Januari. Bukan itu sahaja, Piala Afrika yang akan berlangsung pada Januari juga menyebabkan pengecilan skuad ekoran ketiadaan Mikel, Drogba dan Kalou yang akan mewakili negara masing-masing.

Jadi pembelian atau opsyen yang lebih murah, iaitu pinjaman pemain adalah sesuatu yang hampir pasti akan berlaku. Ini turut diakui oleh AVB."We will have to respond quickly in the market", jelas beliau.

Siapakah target utama Chelsea musim sejuk ini?? Berikut rangkuman pemain yang bakal dijual dan dibeli pada bulan Januari.

OUT

Nicolas Anelka
Deal : Agreed
Transfer to : Shanghai Shenhua

Semakin dipinggirkan oleh AVB hasil kecemerlangan Sturridge yang berjaya merebut kesebelasan utama, tiada pilihan lagi buat Nico untuk membawa diri. Dan ini adalah perpindahan ke -10 sepanjang kariernya setakat ini.

Jersi kelab ke sepuluh buat Abdul Salam Bilal

Alex
Deal : No offer yet

Possible transfer : Arsenal, Juventus

Seperti Anelka, juga telah menghantar transfer request dan diterima dengan baik oleh AVB dan kelab. Masih belum mendapat sebarang tawaran namun hampir pasti akan dijual ekoran keengganan AVB untuk menurunkan kembali pemain yang tidak komited kepada kelab.

Florent Malouda
Deal : No offer yet

Possible transfer : Anzhi Manchakala

Menurut laporan kelab kaya Russia ini bersedia menawarkan gaji setinggi 150,000 seminggu kepada Flo sebagai umpanan. Semakin diketepikan oleh AVB dengan prestasi hebat Mata, mungkin ini adalah masa yang sesuai untuk Flo mengangkat kaki.

Salomon Kalou
Deal : No offer yet

Possible transfer : Anzhi Manchakala, Locomotiv Moscow

Turut diumpan dengan gaji 120,000 seminggu oleh Anzhi, Kalou bakal mengikut jejak Malouda sekiranya kedua-dua pemain ini setuju berpindah ke Russia. Kelab Locomotiv Moscow juga menaruh minat kepada Kalou yang hanya kerap menjadi super subs sepanjang berada di Chelsea.

Fernando Torres
Deal : No offer yet

Possible transfer : Malaga, Milan

Flop?? Tak tahu bagaimana mahu menggambarkan situasi Nando di Chelsea yang kejap turun kejap naik. Kini diketepikan oleh Didi sebagai starting centre forward, tak mengejutkan jika Torres mahu kembali ke Sepanyol atau ke Itali untuk mengambil nafas baru dalam kariernya yang semakin suram.

IN

Gary Cahill
Deal : No offer yet

Possible transfer : Chelsea, Spurs

Perpindahan yang hampir pasti akan terjadi. Malah Owen Coyle juga mengesahkan Chelsea adalah antara kelab yang berminat mendapatkan Cahill. AVB pula berkata Centre Back adalah Top Priority untuk dibeli sebagai pengganti Alex. Dengan harga 7m, sudah tentu ianya amat berbaloi apabila memandangkan suatu ketika harga Cahill pernah melonjak kepada 20m dahulu.

Gandingan JT-Cahill bukan sesuatu yang baru.

Milos Krasic
Deal : No offer yet

Possible transfer : Chelsea, Man U

Antara pemain star yang menjadi lebihan di Juve, Krasic kini sedang mencari kelab baru. Berkemungkinan diambil sebagai pinjaman, Krasic bakal menggantikan Anelka yang berpindah sebagai right winger sekaligus membolehkan Sturridge bermain sebagai Centre Forward. Namun kelab Setan Merah turut mengintai peluang mendapatkan Krasic. Jika dia Chelsea kita ada Iva untuk memujuk Krasic, Manure pula ada Vidic. Siapa cepat dia yang dapat!!

Jack Rodwell
Deal : No offer yet

Possible transfer : Chelsea, Man U

Dianggap sebagai pengganti kepada Lampard, Rodwell memang bintang yang sedang menyinar. AVB sudah menafikan tawaran sebanyak 20m untuk Jack The Ripper, tetapi ia nampaknya takkan menghalang media untuk terus membuat sebarang spekulasi.

Luka Modric
Deal : No offer yet

Possible transfer : Chelsea, Man U

Saga yang tak berkesudahan. Luka sememangnya amat perfect sebagai pelengkap buat Chelsea, namun Levvy takkan membiarkan ia berlaku dalam masa terdekat. Harapan yang bakal hanya menjadi harapan bulan Januari ini.

Higuain
Deal : No offer yet

Possible transfer : Chelsea, Juventus

Jika Torres dijual, bermakna Higuain sudah tentu akan menjadi target utama oleh AVB. El Pipita yang mempunyai finishing menakjubkan memang dikehendaki di Chelsea apatah lagi selepas dia jarang mendapat tempat di Madrid. Jika terpaksa, mungkin AVB boleh menggunakan hubungan isimewa dia sebagai anak murid Jose untuk mendapat persetujuan Special One melepaskan Higuain.